Hafzhan Rauf's turn 5!

30 August 2015


Assalamualaikum,

Jangan salah baca ok. Bukan aku yang berumur 5 tahun. Tapi blog aku ni ha. Kasi tepuk tangan sikit. Nak tiup lilin ni. Kalau ada yang pernah buka section "About" tu mungkin tau sedikit sebanyak pasal blog aku --Cepat ngaku yang korang tak pernah buka kan? Aku tau hahaha

Dari 2010 - Sekarang
Sebelum 2010 tu aku dah pernah cuba buat blog atas pengaruh cikgu sekolah aku, Cikgu Mazidah. Aku dulu selalu baca blog dia masa 2009 (beliau mengajar aku geografi, tingkatan 3). Beliau suka share pasal student beliau mengajar, aku rasa seronok bila dapat share cerita macam tu. Masa tu baru berjinak dengan myspace je. So aku buat blog sebab nak mencuba --Tapi aku delete blog tu sebab macam masih noob and tak ramai yang my age pakai blog (or aku tak jumpa sebenarnya? hahaha)

Tahun 2010, baru start blog secara real. Again pengaruh seorang cikgu juga, Kyra Aisyah (Cikgu english). She encourage us to have a blog and i was like, "Yea why not". Maka lahir lah blog ni.

Sumthing-stupid (2009) : Deleted
Ni nama pertama blog masa cuba cuba nak buat blog dulu. Nama ni diambil sebab tak nak ada orang recognize blog aku sebab aku ni pemalu sebenarnya --Ala tau korang tak caye. Okbai




Stupidity-zone (2010-2015)
Nama ni diambil sebab teringat nama blog lama and aku yakin blog aku nanti ada entry bodoh-bodoh je. Kan betul memang merepek je entry aku. Aku dah delete most of the entry masa buat filter entry. So korang tak payah nak check ok? --Ini antara entry favorite aku masa pakai nama blog ni (http://hafzhanrauf.blogspot.com/2011/06/panjang-patutlah.html)


Hafzhanrauf (2015 - sekarang)
Ok ni tiba-tiba nak tukar sebab malu nak submit url blog bila ada orang offer untuk bagi job review. Gila kau tak malu nama blog ada perkataan "stupid" kat situ. --Yang ni aku dah cerita kat section about tu. So tak payah la cerita lagi eh?

Yes aku tukar nama blog. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh klik sini (http://hafzhanrauf.blogspot.com/2015/07/tukar-url-blog-tanpa-hilang-readers.html)

Okay nanti aku sambung entry ni. Too much pulak panjang dia haha. Excited sebab blog umur 5 tahun dah. Ni kalau budak, memang dah masuk tadika kot.

Im an epic small boat

27 August 2015


Assalamualaikum,

Alkisahnya bila Apis upload gambar kat instagram. Dimana gambar tu sebenarnya aku email kat dia sebab memang dia nak pun. So konon-kononnya nak letak credit atas gambar yang beliau upload, beliau pun tag aku pada gambar. --Dia tak nak letak credit kat caption.

Aku cuma dapat notification yang aku di-tag. Gambar tak keluar lagi, internet agak slow. So aku like and comment macam biasa. Sampai la bila aku dah boleh view gambar. Kebetulan rasa tertanya-tanya la kena tag kat mana.

Sila lihat gambar dibawah. Dimanakah saya telah di-tag, kawan-kawan?

Klik untuk tumbesaran

YA SAYA BOT TERSEBUT


Terus aku gelak terbahak-bahak. Punya la banyak subject dalam gambar, aku cuma dapat bot. Kira bagus la kan? Cuba kalau aku dapat kat bukit nun jauh disana? Memang aku kejar dia ni bawak senduk.

Secara realitinya, aku dapat bot adalah sebab aku ni saiz agak besar. Orang gemuk boleh terapung dalam air katanya. Macam pelampung gitu. Aku tak tau ni logik apa. Sebab aku tenggelam je. Selalu minum air pantai, air swimming pool. Sedap jugak HAHAHA

Ok gais beliau jujur dah. Dia kata dia tak nak tag kat couple dalam gambar sebab nak elak fitnah dan saje je letak kat bot tu. --Padahal teringin je nak kena tag kat couple tu. Acah -acah ada pakwe sikit hahaha

Apa yang buat aku ni species boat yang epic ialah bila beberapa jam selepas tu, adik aku (Nad) tujukan lagu kat aku.



Kebetulan lirik lagu dia sangat fit dengan situation aku. Walaupun aku ni small boat dalam gambar tu, aku mampu menghasilkan big ocean. Jangan main-main. Hahahahahahaha

Wordless Wednesday: Maksud no plat kenderaan anda

26 August 2015


Assalamualaikum,


Kebetulan pagi-pagi buta, makcik aku post benda ni dalam group whatsapp. Lepas dapat terus nak tengok semua no plat kenderaan kat rumah ni.Boleh jadi kelakar, boleh jadi deep hahaha. Bawah ni hasil intai kereta and motor jiran HAHAHA


4422 - Mati mati lapar lapar (Simpati dengan yang ni tak tahu kenapa haha)

1437 - Dijangka mati hidup terus (Spesis zombie yang ni agaknya)

4207 - Mati lapar tiada terus (Lain macam deep dia)


Korang punya apa? Kalau takde kenderaan, tengok orang lain punya. Jangan ambil serious sangat. Ni cuma main-main walaupun i think ada maksud yang betul. --Aku belajar mandarin level 1 je beb. Tak lepas lagi nak translate benda bukan basic XD

Cutie drawing from Ieyra

25 August 2015


Assalamualaikum,

Hari ni bangun je, bila check notification phone nampak notification someone tag me kat instagram. Punya berdebar nak tengok kat gambar apa yang kena tag. And sekali tu BOOM yeah (Gambar kat bawah) --Acah-acah Azwan Ali kan pakai boom tu hahahaha. Takpe la nak diva sikit hari ni.


Comel sangat! Tak sangka pulak Ieyra nak lukiskan. Mula-mula tu aku gurau je sebab dia nampak macam lukis anime je. Aku pulak pi gatal-gatal mintak lukis muka aku HAHAHAHA --Dasar tak malu ya gue ni XD

Aku suka tengok lukisan dia. Aku rasa kalau dia lukis anime feveret aku, mesti aku dah save jadi wallpaper hahaha. Sebab aku ni forever suka tengok lukisan, lagi-lagi tengok proses melukis tu. Haih terpukau --Dulu pernah tengok kawan melukis, jangan citer la macam mana mata aku tak berkelip dan mulut ternganga tu.

Okay korang boleh la lawat blog Ieyra (http://leprecious-nineplus-two.blogspot.com/) pastu stalk la dia puas-puas ye hahahahahaha-- Hehe baru perasan ada entry dia yang sebut nama i wuu XD. Lama sangat tak buka blog nih.

Wordless Wednesday: What do you like about me?

18 August 2015


Assalamualaikum,


Sebelum ni punya Wordless Wednesday pun entry lebih kurang macam ni je. Tak caye cuba [klik sini] Since ni sedut dari wechat, maka hampeh siket kualiti dia.

Tapi kali ni aku rasa susah kot korang nak rate aku, unless kalau korang kenal aku macam mana. Ikut la kalau korang nak rate jugak pun tak kisah. Sebab main entry ni bukan gambar atas ni. Tapi gambar kat bawah.


Perkenalkan, Yunus Rauf's tu adik aku. Umur 16 (2015) dan tak hensem sebab tu lah masih single hahahahaha. Wechat id: itsyunus  -Haa walaupun aku kejam, aku promote jugak budak ni.

Haha memang pesen adik beradik ni susah nak puji each other kan? So cuba tengok respon seorang Kak Ajan kepada adiknya.

Ye tau. Nombor 13 tu tak wujud pun. Lepas komen, aku terus gelak kuat-kuat. Lumrah lah bila seorang kakak suka sakat adik-adik dia HAHAHAHA

Tips shopping di instagram

15 August 2015


Assalamualaikum,

Aku tau best shopping kat instagram. Senang je nak cari barang. Just search hashtag #SayaJual<item> kat carian instagram dan poof! Pilihan di depan mata. Another thing yang best shopping di instagram ni bila korang boleh dapat barang yang rare dan tak boleh dapat di kedai-kedai biasa. Betul?

Untuk hashtag #SayaJual, terima kasih kat Hanis Zalikha sebab memperkenalkan hashtag tu kat instashop. Walaupun asalnya hashtag tu dibuat untuk mengelakkan intashop spam komen gambar artis. Dalam masa yang sama, memudahkan pencarian barang untuk customer.



Tapi sebelum tu aku nak tanya, how sure korang terhadap instashop ni? Especially bila first time deal dengan instashop ni. So ini ada cara yang mungkin boleh membantu korang untuk shopping.

1. Customers feedback
Bila ada banyak positif feedback baru rasa yakin nak deal dengan instashop tu. Sesetengah instashop tu siap buat another instagram just for feedback. Tak nak bercampur baur dengan barang yang dia jual. Ni lagi bagus sebab kemas sikit insta feed dia and mudah nak belek-belek barang. --Thumbs up for this kind of instashop.

2. Feedback pada komen gambar
Masa baca description barang, jangan lupa scroll sekali komen. Mana tau sekali jumpa komen "Tolong reply whatsapp saya. Saya dah whatsapp dari 3 hari lepas". Kalau dah keluar komen macam ni memang agak diragui. Better elakkan.

3. Tanya pendapat kawan-kawan
Korang mesti ada kawan yang kaki shopping kat instagram kan? Kalau nak beli apa-apa tu, cuba refer pada kawan-kawan dulu. Mungkin dorang pernah deal dengan instashop tu dan mungkin juga dorang boleh recommand yang lagi best, kan?

4. Semak online pendaftaran ssm perniagaan online
Ada sesetengah instashop yang pamerkan pendaftaran ssm mereka. Korang boleh semak, klik sini untuk tau lebih lanjut pasal ni. --Buat masa ni aku tak pernah guna cara ni sebab macam leceh tapi cara ni la paling sahih.


Kalau semua ni tak boleh pakai, korang bersangka baik je la yang deme tak menipu.

Kalau korang nak tau kisah instashop yang menipu ni, boleh je search hashtag #KakiTipuOnline atau follow instagram @kamibencikakitipuonline01 dan tengok la sendiri. Kalau jumlah wang yang ditipu tu kecil tak apa. Kalau jumlah besar takkan nak biar kan, betul tak?

Aku post ni sebab tak nak ada yang jadi macam aku. Aku punya kes ni tak tau la kes tipu atau apa. Nanti aku share kisah aku pulak. Tapi tak janji la. Hahahaha.

Kata-kata akhir dari aku, bershopping la secara berhemah dan jadilah pengguna yang bijak. --Huhu dah macam iklan apa daa.


P.S: Untuk entry ni, thanks to my fellow friend yang i've interview pasal ni. Sampai semua tanya "Kau tengah buat research ke ni jan?". I would like to see how my girls shopping secara online, and any experience on being scammed.

Wordless Wednesday: I am not chicken

12 August 2015


Assalamualaikum


Ayy pantang betul lah bila dicabar ni. Boleh dia kata aku ayam sebab tak post benda ni? Ni tak boleh jadi ni. --Hahaha ok nipu betul aku ni. Konon pantang dicabar. Sebenarya saje je nak post gini. Cuba rate sikit.

Ni jumpa kat moment wechat. Selaluya buat tak tau je dengan post macam ni. Tapi tak tau la. Tiba-tiba rasa macam nak cuba.

Okay, boleh komen kat bawah :)

Haa cemni la wordles wednesday konon-kononnya, tapi banyak jugak huruf bawah gambar ni hahahaha




Tragedi group whatsapp

09 August 2015


Assalamualaikum,

Ingat tak dalam entry sebelum ni (Klik sini kalau nak ke entry tersebut) yang macam dah lari topik tu aku ada pesan supaya hati-hati bila nak send benda pelik-pelik dalam group whatsapp gila-gila korang?

Sebenarnya pernah berlaku tragedi dimana aku ter-accident-ly hantar kegilaan aku kat group yang salah. Aku terhantar gambar ipad aku kat group EXCO MT Kelab. Rasa macam nak menangis je. Malu gila.


"Gais, iols boring gila dengar ceramah ni. Nak main ipad lah. BTW, iols dah tangkap gambar pakai ipad ni. Lawa tak kamera ipad iols?"

Lepas hantar 2 gambar dan 1 mesej aku masih tak sedar yang aku dah salah hantar sampai la ada orang tulis "Ajan, kau salah group ni". Masa ni rasa macam nak menjerit je tsk tsk. Malu la dah ter-show off ipad buruk tu kat orang lain huaaa

Benda ni terjadi bila aku tak betul-betul keluar dari group whatsapp EXCO MT Kelab (Terus pi home button). So bila tekan simbol whatsapp tu, keluar balik group whatsapp terakhir yang aku view tu. Aku pun dengan gembira send sebab disangkanya group whatsapp gila-gila aku.

Pengajarannya jangan gopoh sangat dan jangan terlampau over-confident serta over-excited masa nak send tu. Jangan lupa baca bismilah dulu.

P.S: Hilang respect bila dalam meeting tsk tsk

Segmen: Nama Group Whatsapp Paling Win

08 August 2015


Assalamualaikum,

http://alyanimatshah.blogspot.com/2015/08/segmen-nama-group-whatsapp-yang-paling.html
Click banner to join
Deadline: 13 August 2015

Cara-cara untuk join:
  • Sediakan satu entry dengan tajuk "Segmen : Nama Group Whatsapp yang paling WIN!
  • Letakkan banner diatas dalam entry dan backlink ke entry segmen blog Aly
  •  Screenshot nama group whatsapp dan ceritakan serba sedikit tentang latar belakang group whatsapp tersebut
  • Tinggal link entry dikomen entry segmen blog Aly (klik pada banner)

Pemenang bertuah akan memenangi hadiah misteri dari blog Aly tau. Rugi tak cuba.

Okay here is my group whatsapp name, and its story...

Diva nokks ni terdiri daripada 4 orang je sebab ni geng yang selalu sama-sama kat U. Bukan senang nak selalu sama-sama kat U aku ni. Sebab jadual semua orang lain-lain. Kalau serupa tu nasib. Masuk kelas ni, jumpa orang lain. Masuk kelas yang ni pulak, jumpa orang lain. Kalau jenis macam aku yang tak berani nak approach orang, memang lone ranger la sampai grad weh.

Baru start awal tahun 2015 sebab masa tu baru complete empat orang ni pakai smartphone. Masa ni la perangai tak senonoh masing-masing keluar. Nama group diambil sebab memasing bajet diva tapi perangai sememeh sangat.

1. Perang gambar profile group
Kalau dapat gambar muka salah sorang yang tak berapa nak senonoh tu, mula la nak jadikan profile group. Masa ni mula la perang zoom gambar sorang-sorang pastu jumpa part yang kelakar terus jadikan profile. --Ye dorang suka letak gambo lubang hidung aku sebagai profile sebenarnya. Sebab lubang hidung aku beso katanya.

Kalau dah perang gambar, mula la ada perang nama group. Habis semua benda bertukar. Bayangkan, dalam masa yang sama, semua orang sibuk berlumba nak tukar gambar la, tukar nama la.

2. Whatsapp vs snapchat
Kalau internet laju gila, mula la masing-masing nak selfie expression muka pastu tulis mesej kat caption. Ala ala snapchat tu. Sampai satu hari tu penuh satu album dengan muka tah pape. Masa ni la rasa "haih nak kena delete lagi muka dorang ni".


Group whatsapp ni jadi best bila kita rapat dengan semua member dalam group tu. Tak rasa awkward nak post pelik-pelik --But please kalau nak send pelik-pelik tu double check korang hantar kat group yang betul atau salah.

Pencarian Bloglist Aisyhah Nyais Ogos 2015

06 August 2015


Assalamualaikum

http://apple-crunchh.blogspot.com/2015/08/pencarian-bloglist-aisyhah-nyais-bulan.html
Klik banner untuk join

Due date: 7 August 2015


Blog Aisyhah so far sangat comel. Lagi comel dari blog aku. Pandai main warna. Jujur aku cakap, memang aku kalau tengok blog pakai warna pastel ni jadi jeles sekejap sebab comel. Header tu lagi satu point. Comel.

Stress jugak ah jadi orang yang tak pandai nak pilih warna and tak pandai buat header blog ni. Rupa blog aku ni pun hambar je. --Dia kalau cakap pasal blog orang, automatik teringat blog sendiri hampeh ni heih

But aku rasa la, width blog Aisyhah macam terlalu lebar sampai background blog macam tenggelam. Lagi satu, lebar entry dengan sidebar tu macam tak seimbang.

Okay tu je kot. Yang lain rasanya okay. By the way, ini cuma personal opinion ok? Kipidap bebeh!

Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015

05 August 2015


Assalamualaikum,

http://stnrsyfh.blogspot.com/2015/07/pencarian-bloglist-review-blog-ogos.html
Click banner to join

Tiba-tiba rajin pulak nak join segment ni. Korang pun jom la join. Syarat join dia tak susah pun.

Buat entry untuk segmen ni and letak URL korang dalam komen kat entry Yaya (klik banner). Walaupun Yaya tulis follow dia tu optional, korang follow je la bukannya susah pun kan?

Tempat bloglist terhad ok. 10 blog untuk sebulan. Sekarang cuma tinggal tempat untuk bulan December je. Siapa cepat, dia tersenarai la sebagai bloglist.

Jap. Agak-agak aku dah terlambat ke nak join segmen ni?

--------------------------------------------------------- 

Actually dah siapkan entry ni. And atas ni adalah original entry. Ingat nak publish esok sekali check blog Yaya dah tinggal 1 tempat bulan December. Tak sangka dapat reserve. Terharu ni. Nak bagi virtual hug T^T

Yeay, thanks to Yaya. Dapat jadi bloglist dia bulan December. Maka dengan ini, aku jadi penutup kepada Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015 untuk blog Yaya.

Guitar for beginner

04 August 2015


Assalamualaikum,

Aku tak tau aku ni layak ke tak nak bagi tips pasal ni. Sebab aku ni pun tak ada la terer sangat main gitar. Tapi hari tu Ieyra komen kat instagram, jadi aku akan cuba jugak bagi tips. So, kalau ada yang lagi master bab gitar ni mohon betulkan mana salah tu eh.

Aku bagi tips berdasarkan cara aku berlajar dulu. Jujurnya, aku belajar sendiri, start belajar masa september 2014 dan belajar 99% dari internet.

Apa yang korang perlukan ialah;
- Gitar
- Internet
- Passion

Nak main gitar haruslah ada gitar kan? Internet sebab aku belajar chord berdasarkan internet dan tanpa passion, berkemungkinan besar korang belajar sekerat jalan.


Aku tak suka belajar chord dia sebenarnya (Ok cikgu music pls jangan marah i T^T). Aku mula belajar dengan pilih lagu yang nak main, and belajar chord untuk lagu tu je. Dia rasa lebih enjoy sebab kita dengar muzik yang kita mainkan dan dalam masa yang sama aku belajar 4 chord basic. [Selalunya chord Em, C, G, D] --Lagu yang aku guna untuk belajar dulu, All of me by John Legend.

So bila rasa nak main lagu lain, aku search chord. Bila ada chord baru, baru aku refer balik chord chart. So main la lagu tu sampai puas. --Sampai tangan korang laju tukar chord and strumming. 

Untuk pattern strumming, better tengok tutorial kat youtube. Mungkin lagi jelas. Ala senang cerita semua better tengok tutorial kat youtube je hahaha.


Lastly passion. Passion tu perlu sebab aku tak nak la korang belajar sekerat jalan je kan? Kalau korang hentam main gitar, korang akan ada rasa perubahan pada jari macam gambar kat bawah ni.



Sila fokus pada hujung jari tu eh. Jangan tengok ferero roshe tu pulak hahahah. Aku bukan nak takutkan korang yang baru nak belajar. Dia akan mula jadi macam tu sebab kena hold tali gitar tu kuat sikit. Kalau tak bunyi tak best la kan? Tapi janga risau. Mula-mula je macam tu, lama-lama dia cantik balik huhuhu.

Ye tu gambar jari aku. 


Dan kalau teringin nak tengok aku main gitar macam mana, aku suggest korang tengok kat instagram aku. Segan nak upload kat youtube sebab setiap kali record mesti ada part suara sengau and tersalah chord. Bila upload kat insta, dah cut yang buruk so nampak perfect sikit. BTW, instagram aku tak private, jemput tengok.


Instagram: @nurhafz_



Jap. Bila baca balik macam tak nampak pun tips guitar for beginners. Betullah kata orang. Perempuan ni complicated. Nak suruh orang belajar main gitar guna youtube pun dia boleh bebel panjang -.-


[Photo] #HaNaTravelling Hafzhan and Wana Travelling

02 August 2015


Assalamualaikum,

Okay ini dia entry yang akan dipenuhi dengan gambar. So, nak warn awal-awal la yang yang entry kali ni mungkin boleh buat lappy korang jammed kejap.

Ini adalah antara gambar yang terpilih diantara dalam 300++ gambar (Well perempuan kan? Banyak selfie je sebenarnya hahahah) So dalam entry ni nak acah-acah photography sikit.

Details gambar;

Captured by main camera Sony Xperia Z3, front camera Sony Xperia Z3, and main camera of Samsung Galaxy S3.

Photo editing used is VSCO Cam, mainly pakai preset C1 dan ada buat sedikit adjustable kat brightness, contrast, saturation and sharpen. Masa ni tengah gila dengan kaler gambar yang vibrant. So yeah, C1 :) --Pastu ada yang terlupa edit tu, aku edit kat photoscape je hahahaha

Location: Phuket, Krabi.


Okay album gambar #HaNaTravelling bermula dari sekarang!


Entry ni cuma nak share gambar je. Tak ada sebarang suggestion untuk korang pergi hotel mana atau makan kat mana atau lawat tempat yang best.

Sebab aku rasa aku dah mention kat entry sebelum ni yang aku melawat Thailand ni pun sebab program universiti. Tak ada la bersuka ria sangat (Emm mungkin ada sikit hahahha) -- Ini [link] untuk entry sebelum ni.

Oh yea, aku ni bukan photographer tau. Aku tak reti nak bagi tips edit gambar (If lepas ni ada yang tanya ke) But i can give suggestion kalau nak (kot). Semua benda aku buat suka-suka je. Dan  tak pernah masuk kelas photography. So rasa macam tak berapa nak layak share benda gini. Kang kena marah dengan sifu photographer bila ter-bagi ajaran sesat

Sekian :)