Segmen: Nama Group Whatsapp Paling Win

08 August 2015


Assalamualaikum,

http://alyanimatshah.blogspot.com/2015/08/segmen-nama-group-whatsapp-yang-paling.html
Click banner to join
Deadline: 13 August 2015

Cara-cara untuk join:
  • Sediakan satu entry dengan tajuk "Segmen : Nama Group Whatsapp yang paling WIN!
  • Letakkan banner diatas dalam entry dan backlink ke entry segmen blog Aly
  •  Screenshot nama group whatsapp dan ceritakan serba sedikit tentang latar belakang group whatsapp tersebut
  • Tinggal link entry dikomen entry segmen blog Aly (klik pada banner)

Pemenang bertuah akan memenangi hadiah misteri dari blog Aly tau. Rugi tak cuba.

Okay here is my group whatsapp name, and its story...

Diva nokks ni terdiri daripada 4 orang je sebab ni geng yang selalu sama-sama kat U. Bukan senang nak selalu sama-sama kat U aku ni. Sebab jadual semua orang lain-lain. Kalau serupa tu nasib. Masuk kelas ni, jumpa orang lain. Masuk kelas yang ni pulak, jumpa orang lain. Kalau jenis macam aku yang tak berani nak approach orang, memang lone ranger la sampai grad weh.

Baru start awal tahun 2015 sebab masa tu baru complete empat orang ni pakai smartphone. Masa ni la perangai tak senonoh masing-masing keluar. Nama group diambil sebab memasing bajet diva tapi perangai sememeh sangat.

1. Perang gambar profile group
Kalau dapat gambar muka salah sorang yang tak berapa nak senonoh tu, mula la nak jadikan profile group. Masa ni mula la perang zoom gambar sorang-sorang pastu jumpa part yang kelakar terus jadikan profile. --Ye dorang suka letak gambo lubang hidung aku sebagai profile sebenarnya. Sebab lubang hidung aku beso katanya.

Kalau dah perang gambar, mula la ada perang nama group. Habis semua benda bertukar. Bayangkan, dalam masa yang sama, semua orang sibuk berlumba nak tukar gambar la, tukar nama la.

2. Whatsapp vs snapchat
Kalau internet laju gila, mula la masing-masing nak selfie expression muka pastu tulis mesej kat caption. Ala ala snapchat tu. Sampai satu hari tu penuh satu album dengan muka tah pape. Masa ni la rasa "haih nak kena delete lagi muka dorang ni".


Group whatsapp ni jadi best bila kita rapat dengan semua member dalam group tu. Tak rasa awkward nak post pelik-pelik --But please kalau nak send pelik-pelik tu double check korang hantar kat group yang betul atau salah.

6 comments:

  1. Saya ada group wasap ahlinya 3 org sahaja...kami best friend. Memang xmo include orang lain..pasal takut jadi xbest pulak ='D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan? Kadang-kadang whatsapp group yang member dia sikit ni lagi kecoh dari yang ramai member.

      Delete
  2. yup, group whatsapp best kalau ahlinya gila-gila.. tak senyap je.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Usually gila gila kita tu tak keluar unless dengan orang yang rapat je.

      Delete
  3. kalau group bff tak leh ramai2 sgt... kadang ada y menyampah.... thanks support =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahha memang tak boleh ramai. Okay youre welcome :)

      Delete