Guitar for beginner

04 August 2015


Assalamualaikum,

Aku tak tau aku ni layak ke tak nak bagi tips pasal ni. Sebab aku ni pun tak ada la terer sangat main gitar. Tapi hari tu Ieyra komen kat instagram, jadi aku akan cuba jugak bagi tips. So, kalau ada yang lagi master bab gitar ni mohon betulkan mana salah tu eh.

Aku bagi tips berdasarkan cara aku berlajar dulu. Jujurnya, aku belajar sendiri, start belajar masa september 2014 dan belajar 99% dari internet.

Apa yang korang perlukan ialah;
- Gitar
- Internet
- Passion

Nak main gitar haruslah ada gitar kan? Internet sebab aku belajar chord berdasarkan internet dan tanpa passion, berkemungkinan besar korang belajar sekerat jalan.


Aku tak suka belajar chord dia sebenarnya (Ok cikgu music pls jangan marah i T^T). Aku mula belajar dengan pilih lagu yang nak main, and belajar chord untuk lagu tu je. Dia rasa lebih enjoy sebab kita dengar muzik yang kita mainkan dan dalam masa yang sama aku belajar 4 chord basic. [Selalunya chord Em, C, G, D] --Lagu yang aku guna untuk belajar dulu, All of me by John Legend.

So bila rasa nak main lagu lain, aku search chord. Bila ada chord baru, baru aku refer balik chord chart. So main la lagu tu sampai puas. --Sampai tangan korang laju tukar chord and strumming. 

Untuk pattern strumming, better tengok tutorial kat youtube. Mungkin lagi jelas. Ala senang cerita semua better tengok tutorial kat youtube je hahaha.


Lastly passion. Passion tu perlu sebab aku tak nak la korang belajar sekerat jalan je kan? Kalau korang hentam main gitar, korang akan ada rasa perubahan pada jari macam gambar kat bawah ni.



Sila fokus pada hujung jari tu eh. Jangan tengok ferero roshe tu pulak hahahah. Aku bukan nak takutkan korang yang baru nak belajar. Dia akan mula jadi macam tu sebab kena hold tali gitar tu kuat sikit. Kalau tak bunyi tak best la kan? Tapi janga risau. Mula-mula je macam tu, lama-lama dia cantik balik huhuhu.

Ye tu gambar jari aku. 


Dan kalau teringin nak tengok aku main gitar macam mana, aku suggest korang tengok kat instagram aku. Segan nak upload kat youtube sebab setiap kali record mesti ada part suara sengau and tersalah chord. Bila upload kat insta, dah cut yang buruk so nampak perfect sikit. BTW, instagram aku tak private, jemput tengok.


Instagram: @nurhafz_



Jap. Bila baca balik macam tak nampak pun tips guitar for beginners. Betullah kata orang. Perempuan ni complicated. Nak suruh orang belajar main gitar guna youtube pun dia boleh bebel panjang -.-


14 comments:

  1. hehehe nanti nak kena beli gitar nih..kalau bljr guna application gitar kat playstore dulu takboleh ke? HAHA ;_;

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAA YES pakai apps guitar pun okay. Why la i never think of this T^T

      Delete
  2. teringin na main gitar... tp, gitar ta de!! hehehe.. ~wink~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha try toget one. Pinjam dulu pun okay rasanya. Cuma tak best kalau pinjam, tak boleh nak main selalu la. Kena pulangkan ye dak?

      Delete
  3. nak sangat bljr main gitar.. tapi masa dan guru tak da... suatu hari nanti akan sy usahakan jga.. hehe... susah2.. crik je bakal suamipandai main gitar kn.. hahaha,,, nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yes. Cari bakal suami pandai main gitar tu best. Tak payah la nak korbankan jari, sebab nanti jari kasaq T^T

      Delete
  4. Cuna baru tengah belajar main ukulele . dah pandai main ukulele baru nak beli guitar pulak . hehe >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow ukulele. Suka kot dengar bunyi ukulele but my friend masa tu encourage untuk belajar main gitar. Dia kata "Apa barang main 4 tali? Main la 6 tali." Kwajaq gila tsk tsk

      Delete
  5. I play guitar. It is easy bila itu mmg jiwa. tapi jadi susah bila itu kita paksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul! Kalau ada passion tu yang kita rasa nak teruskan no matter what.

      Delete
  6. suami pandai main gitar.kadang2 dia main jga hujung2 minggu.ena memang tak minat nk belajar..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tak minat tak apa. Ada suami yang pandai main pun dah okay. Sekali sekala dengar lagu secara live. Takde la nak dengar dari phone je kan?

      Delete
  7. Pernah belajar main guitar dari kawan but tak dapat hadam haha. Rasa macam complicated sangat. Pelik macam mana orang boleh just petik and boom terus macam dengar dari radio

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes sebab ni jugak. I was so curious macam mana dengan tali-tali tu sekali petik boleh keluar bunyi-bunyi best.

      And masa mula-mula belajar tu, peh. Rasa cam parkinson jari nak tukar chord. Serious complicated gila masa tu. Tangan kiri nak hold chord, tangan kanan nak strum. Macam mustahil pun ada masa tu hahaha

      Delete