Im an epic small boat

27 August 2015


Assalamualaikum,

Alkisahnya bila Apis upload gambar kat instagram. Dimana gambar tu sebenarnya aku email kat dia sebab memang dia nak pun. So konon-kononnya nak letak credit atas gambar yang beliau upload, beliau pun tag aku pada gambar. --Dia tak nak letak credit kat caption.

Aku cuma dapat notification yang aku di-tag. Gambar tak keluar lagi, internet agak slow. So aku like and comment macam biasa. Sampai la bila aku dah boleh view gambar. Kebetulan rasa tertanya-tanya la kena tag kat mana.

Sila lihat gambar dibawah. Dimanakah saya telah di-tag, kawan-kawan?

Klik untuk tumbesaran

YA SAYA BOT TERSEBUT


Terus aku gelak terbahak-bahak. Punya la banyak subject dalam gambar, aku cuma dapat bot. Kira bagus la kan? Cuba kalau aku dapat kat bukit nun jauh disana? Memang aku kejar dia ni bawak senduk.

Secara realitinya, aku dapat bot adalah sebab aku ni saiz agak besar. Orang gemuk boleh terapung dalam air katanya. Macam pelampung gitu. Aku tak tau ni logik apa. Sebab aku tenggelam je. Selalu minum air pantai, air swimming pool. Sedap jugak HAHAHA

Ok gais beliau jujur dah. Dia kata dia tak nak tag kat couple dalam gambar sebab nak elak fitnah dan saje je letak kat bot tu. --Padahal teringin je nak kena tag kat couple tu. Acah -acah ada pakwe sikit hahaha

Apa yang buat aku ni species boat yang epic ialah bila beberapa jam selepas tu, adik aku (Nad) tujukan lagu kat aku.



Kebetulan lirik lagu dia sangat fit dengan situation aku. Walaupun aku ni small boat dalam gambar tu, aku mampu menghasilkan big ocean. Jangan main-main. Hahahahahahaha

9 comments:

  1. Hahaha...menarik.

    Kelemumur mengganggu rutin harian anda? Tukarlah perapi rambut anda kepada Penjagaan Rambut ProSante

    ReplyDelete
  2. i cannot hahahaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ oklatu bot at least boleh bawa org ke mana mana terokai alam πŸ˜›πŸ˜‰

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. HAHAHA Diam kau. Ingat comel ke? Please lah HAHAHA

      Biar aku betulkan fakta kau yang orang gemuk boleh terapung dalam air tu sebab sikit pun aku tak terapung k.

      Delete