K-pop dekstop buddies

22 September 2011


Korang tahu apa itu dekstop buddies? Dekstop buddies tu sebenarnya animasi yang bergerak-gerak kat dekstop. Ni pun aku tahu dari blog Vivi. Cukup comel lorr!!!

Tuto: Dekstop buddies

1. Download dekstop buddies kat sini.

2. Extract file. (Biasanya korang akan download WinRAR.) Jadi korang kena extract file tu.

3. Ok, nanti korang ada file yang dah di extract. Klik kat file tu. Lepas tu klik kat 'ClickMe'

4. Tunggu la beberapa saat. Nanti keluar la dekstop buddies yang comel tu. (Tak mahu bagi gambar sebab nak suprise korang!)

5. Ok, ni ada menu option untuk dekstop buddies tu.
Option ni guna tulisan jepun. Mungkin komputer korang tak boleh baca. So, ni aku bagi translate.
1. Make anothe buddy appear.
2. Brings your buddy wherever you click or where your cursor is.
3. Get rid all the additional copies of your buddies- leaving you woth a single one again.
4. Make them appear again since they might hide after a while and/or get back that window that they threw off the screen.
5. Exit


Kalau tak jadi boleh klik [Tutorial Dekstop Buddies] Sorry la, aku tulis balik tuto ni bertujuan nak bagi korang lebih faham. Kalau menyusahkan, MAAF!

Aku nak share aku punya dekstop buddies! Eunhae time. Bwahahaa! <--Gile gelak camni.Dekstop aku dah macam sangkar. Seronok tengok benda comel tu gerak-gerak. Neomu gwiobda!!!
Eunhae time!

Two Eunhae moment here. watch it carefuly. XD


Eunhae kissing!

Lepas keluar semua tu, lappy jadi slow. So kena la buang semua dan tinggalkan satu je. ngeeee. :)

K-POP taggie!

16 September 2011


Bertuahnya budak perempuan tu. Jelesnyaa!

Geram ni, sepatutnya pada 110916 aku ada post entry kay blog ni. Tapi tak ada pula. Ingatkan ada masalah dengan internet dan menyebabkan tak boleh post, tapi rupanya aku TERpost kat blog lagi satu! Susah betul handle dua blog kan?

Aku jumpa K-Pop taggie ni kat blog Raraa. Rasa rindu gila nak buat taggie camni lagi. Pergh tak sabar nak mulakan!

1. Artis k-pop pertama yang korang kenal.
//TVXQ JaeJoong.

2. Artis k-pop pertama yang korang minat.
//JaeJoong | TVXQ and Zhoumi | SujuM

3. Artis k-pop yang buat korang menangis dan berikan sebab.
//Leeteuk, sebab aku memang tak boleh tengok dia menangis, aku pun rasa macam nak menangis jugak. TT.TT

4. Satu lagu k-pop yang kau tak pernah jemu.
//Marry U- SUJU

5. Perkara paling bodoh yang korang buat sepanjang jadi k-popers.
//Jerit-jerit depan laptop sebab tengok statement orang yang cuba merampas bias aku!

6. Korean show yang buat korang terjaga sampai tengah malam.
//Boys Over Flower! Bukan je terjaga sampai tengah malam, tapi aku berjaga sampai pukul 10 pagi.

7. Berikan satu nama lelaki korea yang babyface.
//Yoseob! <-- grr. Aku tak suka dia sebab babyface dia la. *jeles sebenarnyee.

8. Senaraikan 3 bias utama kau.
//Lee Donghae, Aiden Lee, Prince Hae.  *Orang yang sama je. Haha, aku tak terfikir nama orang lain pun. =.=

9. Satu persamaan kau dan bias.
//Masa sekolah rendah aku suka tekan doorbell jiran pastu lari. Tapi nasib baik la jiran aku tak marah. Bila aku tanya jiran aku kenapa tak marah dia jawab 'Loceng tu dah rosak.' Haha, pheww! [Donghae oppa]

10. Kenangan pelik kau sepanjang jadi k-popers.
//Dapat mimpi jumpa Onew dan tangkap gambar sama-sama pakai phone sendiri. Bila bangun dari tidur, check phone utk tgk gambar tu ada ke tak. Gambar tu dah tentula tak ada. *Geleng kepala, senyum sendiri* Yang menjadikannya pelik ialah, aku tak minat Onew pun! Terfikir pasal dia pun tak pernah. Camne pulak boleh muncul ni?

11. Apa yang kau dah sumbangkan selama jadi k-popers ni.
//Dah beli Mr.Simple ver.B! Neverland dan Mr.Simple ver.C masih dlm proses.