Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

SEGMEN : Hang Komen Hang Bertuah

08 September 2016


Assalamualaikum,

Klik banner untuk join!

Baca pasal segmen ni kat blog Athirah and terus macam berminat nak join. Mek Zumbie ni tengah cari 10 blog untuk direview. Siapa tak nak? Nak join pun senang je gais!

1. Buat entry, letak banner diatas dan link ke entry beliau.
2. Komen entry beliau dengan link entry korang.
3. Tahniah! Anda participated. Good luck!

Hai Mek Zumbie, bagitau kalau ada salah silap tulis detail segmen atas ni hahaha. I just feels like kena tulis sebab orang lain patut join jugak! No excuses okay. Lagi beberapa hari je sebelum tarikh tutup. 

Again good luck!
Okbai


Segmen Bloglist NrlSyazwana

20 February 2016


Assalamualaikum,

Click banner to join!


Dengan ini saya menjemput 3 rakan blogger untuk join. Dan calon-calonnya adalah:
http://qileh.blogspot.com/
http://ehhzafirah.blogspot.com/
http://ieyra-ghani.blogspot.com/

Good luck semua!

Segmen Blogwalking by Nurnbla: Top Blogwalking Blogger

02 February 2016


Assalamualaikum,

Masih ingat segmen yang aku join akhir bulan lepas? Yes yang Nurnbla anjurkan tu. Dah tamat pun 30 January haritu. Dah siap umumkan pemenang lagi. Menariknya, dia actually tambah pemenang!

Ala takkan tak ingat banner ni

Asalnya dia cari 5 Top Blogwalking Blogger dan 3 Top Active Blogger Bulan January. Tapi masa aku tengok senarai blogger yang terpilih tu, dah jadi (( 7 Top blogwalking Blogger )) dan (( 4 Top Active Blogger Bulan January ))

Just klik je dalam kurungan tu kalau nak tengok siapa lagi yang ada dalam list okay. Tahniah tau kepada yang terpilih! Baki senarai tu dia bawak untuk bulan Februari nanti. Kan aku dah kata jangan menyesal tak join hahaha.

Cuba teka siapa yang tersenarai nombor 4 dalam 7 Top Blogwalking Blogger tu? AKU! Masa baca nama sendiri tu punya seronok macam nak breakdance je haih *Sengih sengih macam kerang busuk 2 minit jap*. Meh amik sikit apa dia tulis:


Blog nih best. Serius best. Aku jenis seorang yang selamba dan ringkas. So, bila baca entri nya tentang " Kita sem berapa " tu kan,aku suka baca. Terus aku tekan entri seterusnya sehingga ralit baca. Haha.. Aku dah follow dan akan aku ikut setiap entrinya. Haha.. Jangan marah yaaa...


P/S: Okay sekarang siapa ada tips nak kecikkan balik hidung kembang aku ni? Aku terharu gila bila baca sebenarnya tsk tsk

Pencarian Mega Bloglist Aisyhah Nyais

26 January 2016


Assalamualaikum,

Klik banner untuk join!
Dateline: 30 January 2016

Thanks to Qila sebab tag! Ha tak lama dah pencarian ni. Kalau nak join baik cepat ada beberapa hari je lagi. Syarat penyertaan pun senang je weh. Tak de alasan untuk tak join. Dia cari 20 orang pulak tu. Chance besar. Rugi tak join!

Kalau nak join, 30 January tu last. And 31 January dia umumkan pemenang terus. For those yang join, goodluck bebeh.

Ni mangsa tag aku: Sya, Aisyah and Apis

Segmen Blogwalking By Nurnbla (January)


Assalamualaikum,

Klik banner untuk join
Dateline: 30 January 2016

Thanks to Aisyah sebab tag! Jom join segmen yang Nurnbla ni buat. Syarat penyertaan pun mudah je. Tak caye, pi buka entry segmen. Ala klik je banner atas ni.

Dia tengah cari 5 orang untuk penuhkan list Top Blogwalking Blogger --Yang ni akan dipilih based on korang punya kekemasan dan entry kreatif. So tulis entry lawo-lawo k.

And dia cari another 3 orang untuk Top Active Blogger Bulan January -- Will be choosen randomly (yang ni best sebab semua orang ada chance untuk terpilih)

So? Jom join dan meriahkan segmen ni okay? Cepat k. Sebab tak lama lagi je nak tamat tu. Kang lambat menyesal huhu. Goodluck k semua yang join segmen ni! So bawah ni nak tag dua orang rakan blogger (( Nad )) and (( Fira ))



Pencarian Blog Terkemas 2015!

07 December 2015


Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

Tag: 



End: 18 December 2015



Segmen: Nama Group Whatsapp Paling Win

08 August 2015


Assalamualaikum,

http://alyanimatshah.blogspot.com/2015/08/segmen-nama-group-whatsapp-yang-paling.html
Click banner to join
Deadline: 13 August 2015

Cara-cara untuk join:
  • Sediakan satu entry dengan tajuk "Segmen : Nama Group Whatsapp yang paling WIN!
  • Letakkan banner diatas dalam entry dan backlink ke entry segmen blog Aly
  •  Screenshot nama group whatsapp dan ceritakan serba sedikit tentang latar belakang group whatsapp tersebut
  • Tinggal link entry dikomen entry segmen blog Aly (klik pada banner)

Pemenang bertuah akan memenangi hadiah misteri dari blog Aly tau. Rugi tak cuba.

Okay here is my group whatsapp name, and its story...

Diva nokks ni terdiri daripada 4 orang je sebab ni geng yang selalu sama-sama kat U. Bukan senang nak selalu sama-sama kat U aku ni. Sebab jadual semua orang lain-lain. Kalau serupa tu nasib. Masuk kelas ni, jumpa orang lain. Masuk kelas yang ni pulak, jumpa orang lain. Kalau jenis macam aku yang tak berani nak approach orang, memang lone ranger la sampai grad weh.

Baru start awal tahun 2015 sebab masa tu baru complete empat orang ni pakai smartphone. Masa ni la perangai tak senonoh masing-masing keluar. Nama group diambil sebab memasing bajet diva tapi perangai sememeh sangat.

1. Perang gambar profile group
Kalau dapat gambar muka salah sorang yang tak berapa nak senonoh tu, mula la nak jadikan profile group. Masa ni mula la perang zoom gambar sorang-sorang pastu jumpa part yang kelakar terus jadikan profile. --Ye dorang suka letak gambo lubang hidung aku sebagai profile sebenarnya. Sebab lubang hidung aku beso katanya.

Kalau dah perang gambar, mula la ada perang nama group. Habis semua benda bertukar. Bayangkan, dalam masa yang sama, semua orang sibuk berlumba nak tukar gambar la, tukar nama la.

2. Whatsapp vs snapchat
Kalau internet laju gila, mula la masing-masing nak selfie expression muka pastu tulis mesej kat caption. Ala ala snapchat tu. Sampai satu hari tu penuh satu album dengan muka tah pape. Masa ni la rasa "haih nak kena delete lagi muka dorang ni".


Group whatsapp ni jadi best bila kita rapat dengan semua member dalam group tu. Tak rasa awkward nak post pelik-pelik --But please kalau nak send pelik-pelik tu double check korang hantar kat group yang betul atau salah.

Pencarian Bloglist Aisyhah Nyais Ogos 2015

06 August 2015


Assalamualaikum

http://apple-crunchh.blogspot.com/2015/08/pencarian-bloglist-aisyhah-nyais-bulan.html
Klik banner untuk join

Due date: 7 August 2015


Blog Aisyhah so far sangat comel. Lagi comel dari blog aku. Pandai main warna. Jujur aku cakap, memang aku kalau tengok blog pakai warna pastel ni jadi jeles sekejap sebab comel. Header tu lagi satu point. Comel.

Stress jugak ah jadi orang yang tak pandai nak pilih warna and tak pandai buat header blog ni. Rupa blog aku ni pun hambar je. --Dia kalau cakap pasal blog orang, automatik teringat blog sendiri hampeh ni heih

But aku rasa la, width blog Aisyhah macam terlalu lebar sampai background blog macam tenggelam. Lagi satu, lebar entry dengan sidebar tu macam tak seimbang.

Okay tu je kot. Yang lain rasanya okay. By the way, ini cuma personal opinion ok? Kipidap bebeh!

Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015

05 August 2015


Assalamualaikum,

http://stnrsyfh.blogspot.com/2015/07/pencarian-bloglist-review-blog-ogos.html
Click banner to join

Tiba-tiba rajin pulak nak join segment ni. Korang pun jom la join. Syarat join dia tak susah pun.

Buat entry untuk segmen ni and letak URL korang dalam komen kat entry Yaya (klik banner). Walaupun Yaya tulis follow dia tu optional, korang follow je la bukannya susah pun kan?

Tempat bloglist terhad ok. 10 blog untuk sebulan. Sekarang cuma tinggal tempat untuk bulan December je. Siapa cepat, dia tersenarai la sebagai bloglist.

Jap. Agak-agak aku dah terlambat ke nak join segmen ni?

--------------------------------------------------------- 

Actually dah siapkan entry ni. And atas ni adalah original entry. Ingat nak publish esok sekali check blog Yaya dah tinggal 1 tempat bulan December. Tak sangka dapat reserve. Terharu ni. Nak bagi virtual hug T^T

Yeay, thanks to Yaya. Dapat jadi bloglist dia bulan December. Maka dengan ini, aku jadi penutup kepada Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015 untuk blog Yaya.

Segmen Blogger Cergas & Santai

26 October 2014


Assalamualaikum,

http://nineteencapri.blogspot.com/2014/10/segmen-blogger-cergas-dan-santai.html
Nak tau lebih lanjut, klik banner okay?

Lepas baca pasal segmen ni, rasa macam setuju dengan Zati 120%. Memang perasan lately blogger dah kureng aktif (Cam aku ler tu) --Bukan apa weh, takde masa and takde idea nak update apa sebenarnya.

And segmen ni kira alat bantuan aku nak jana idea apa nak share kat korang. (Ceh ayat tu over gila) Sebab biasanya orang yang pendiam (pendiam ke omg!) macam aku ni banyak benda dalam kepala. Cuma susah nak keluarkan. Serious.

So here, nak jawab soalan yang diajukan. 

1. Currently, lagu/movie/novel apakah yang menjadi kegemaran korang?
Aku pilih buku eh? Sebab lagu kegemaran aku banyak weh. And movie pulak aku tak berapa nak update.

So buku yang menjadi kegemaran ni ialah Wreck Your Journal. Kalau korang ada follow @mohamadazlanyunos korang tau la. Aku kenal buku tu pun dari instagram dia. Secara jujur aku nak bagi tau aku bukan la se-kreatif macam abam Azlan tu. Tapi gedik nak jugak.


Amacam? Best kan? Aku beli version kecik sebagai permulaan untuk menjadi kreatif. Nanti kalau dah siap, aku update ok?


2. Suggestkan SATU link blog yang kamu suka / lawati.
Sorry Zati, sebab jawapan ni nanti tak mengikut kehendak soalan.

Firstly, nak promote blog adik.  
Nadhirah: http://nenekshinchan.blogspot.com/

Second, nak promote blog BFF  aku dalam alam maya ni.  
Apis: http://hafizzulkafly.blogspot.com/

Lastly, nak promote blog blogger-blogger yang satu uni dengan aku. Kiteorang siap dah jumpa k hew hew.
Kak Ika: http://mizzikastories.blogspot.com/
Kirah: http://nsmk-kimkirah.blogspot.com/
Aiman: http://aimanbudakbaik93.blogspot.com/


3. Entry korang yang korang rasa readers patut baca.
Ini takdak. HAHAHAH Serious. Tak best mana pun entry aku ni. Plus aku suka merepek entah apa-apa.


So this is how i finished this segmen. Lama dah tak join segmen sebab malas tapi pelik aku boleh semangat pulak nak join segmen ni.