Wedding :)

25 December 2010


Hahaha, jangan salah sangka. Bukan aku yang kahwin, tapi paksu aku. Maka tamatlah zaman bujangnya pada 10.12.10 . 11December2010 pula, majlis perkahwinan paksu aku dengan pasangan pilihan dia berlangsung. Kat Kuala Kangsar, Perak. Woohoo.. Best gila naik bas ramai-ramai, macam pergi rombongan. Hilang la sikit kempunan aku nak pergi rombongan tak jadi tu. -____-'

Hmm. Aku ni bukannya reti sangat nak cerita panjang-panjang, selalunya aku akan cerita tak mengikut urutan sebab lupa. haha. Ni ada gambar sikit untuk tatapan anda.













Video DJ

01 December 2010



Video ni buruk, edit pun pakai phone. Gambar ni pun dah pernah ada pada entry sebelum ni.


Klik la, nanti boleh berkenalan sekali, bhahaha!


School out, scream and shout!

22 November 2010


Dah cuti sekolah. Tak rindu punyalah kat sekolah! hahaa. *tipu  Kenangan yang tinggal ialah gambar kelas ni ha. 

Atas dari kiri:
Umar, Redza, Hairullah, Amin, Amirul, Calvin, Andrew, Aiman Syahmi
Tengah dari kiri:
Nazwatul Akhmar, Amirah Izzati, Aku, Maisarah Aiza, Nadzariatul Aqilah, Aqilah, Aini afifah, Amutha
 Bawah dari kiri:
Sarvinesh, Syazwan, Asyraff, Kamarul, Cikgu, Aiman Nadhirah, Nadia, Aina Najwa, Hazwani.


Dalam gambar ni tak cukup tiga orang. Yang dua orang tu pergi kem. Yang seorang la belum masuk kesekolah ni lagi.


Ok, ada gambar lagi yang nak dikongsi, iaitu gambar yang tak jadi! hahaha.




Semua gambar-gambar ni aku main ciplak je kat facebook. Malas nak minta kat cikgu, lagipun sama je. Aku edit sendiri. Semua main belasah je. hhe!!  Aku bukannya teror sangat pun mengedit ni. Setakat guna aplikasi Picnik je. Aku tahu ramai reti guna punya. Oh ye! Untuk gambaran yang lebih menarik boleh klik pada gambar. Gambar yang boleh diklik adalah tiga gambar yang kecil sahaja.














*Entry yang dibuat untuk membuang masa


Tag!

21 November 2010


Hahaha. Aku baru faham apa nak buat kalau kena tag. Hha, lembab betul la aku ni. baca je la ye!




1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
    My parents of course!


2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?

    Handphone. RM500 hahaha


3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan       korang nanti?
   Kat hotel dan bertemakan inggeris warna hitam+putih+merah <3


4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
   Tak lah! Tak pernah pun!


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
   Seberapa lama dia mencintai aku. cehh~

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
    Tak pernah ada laa..  :(


7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
    Majalah Yezz! bulan ni :)



8. Apakah nama penuh korang?
    Nur Hafzhan Bt Abdul Rauf.



9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
    Tentulah Ibu!  :)


10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
      Emm entah



11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
     Tak. Mesin basuh kan ada XP


12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
     Korea!



13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
     Umm... Entah..



14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
     Fatin
   :: Mempunyai blog yang lawa :)
   :: Baik!
   :: Cute!! :D


15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
   :: Handphone
   :: Keychain comel murah yang dikumpul
   :: Buku yang dibeli
   :: Sijil  *ngee
   :: Makanan. *Ala tapi dah makan T^T*


16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?   
   :: Kalau cinta - Joanna&co ft Aliff Aziz
   :: Diam-diam - Tilu
   :: Takkan pernah ada - Geisha
   :: Hujan kemarin - Taxi Band
   :: You make me wanna die - The Pretty Reckless


17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
      15 March. Tahun lepas tak sambut pun.



18. 7 orang blogger yang korang nk tag
    :: Siti Mashitah
 
    :: Aqiella
    :: Cyida
    :: Mida
    :: Farah


19. Cerita sikit blogger yang pertama korang tag
    Dia rakan blogger yang best!


Persediaan sebelum menghadapi peperiksaan

20 November 2010


Entry ni ditujukan kepada calon SPM tahun ini. Tapi rasanya tak ada siapa akan membacanya sebab, mungkin dia orang tak online, dan study gila-gila.

Apa-apa pun kalau ada yang membaca, kau orang boleh amalkan. Aku pula akan amalkan untuk tahun hadapan.


Tips-tips untuk menghadapi peperiksaan.

DO!
  • Minum rebusan bayam.
          Bayam direbus, kemudian minum airnya. Ala-ala popeye gitu.
  • Minum susu.
          Pada waktu malam minumlah air susu yang dicampur dengan kacang badam yang                   dikisar dan campurkan dengan madu.
  • Makan kacang.
          Sebelum menduduki peperiksaan / dalam perjalanan ke sekolah, anda boleh makan                 kacang. Baik untuk otak *tak silap la


DONT'S
  • Menghafal formula.
          Kalau study last minute, anda dinasihatkan jangan menghafal formula. Sebab benda tu             akan menjadi tekanan. Kalau untuk mengukuhkan pemahaman tak apa.

  • Makan banyak.
          Sebelum mengambil peperiksaan, anda memang tidak boleh makan banyak kerana,                 tenaga anda akan habis untuk pencernaan makanan dan ini akan menyebabkan anda             mengantuk semasa dalam dewan peperiksaan.

  • Buat perbandingan.
          Selepas tamat menjawab soalan, jangan buat perbandingan jawapan dengan kawan                 kerana ia menyebabkan anda ingin mengingati apa yang anda telah buat dan ia                       membebankan otak. Sebaiknya fikirkanlah tentang kertas yang bakal dihadapi.


Segala tips ini aku dapat dari rancangan Remaja kat TV3. Tips ini diberikan oleh Dr.Fazley . Mungkin apa yang aku tulis tu tak berapa nak tepat. Well, aku pun manusia, sentiasa melakukan kesilapan. 

*Aku terpaksa berlari ke bilik untuk mendapatkan nota dan pen untuk catat tips ini.




Lastly, untuk calon SPM, Good Luck!



Kalau Cinta -- Aliff Aziz & Joanna with lyric

15 November 2010




Joanna yang berduet dengan Alif Aziz ni dari kumpulan Joanna&co ke? Hahaha, rasanya ya kot. Mana ada penyanyi yang bernama Joanna lagi. Aku suka dengan suara Joanna ni. Macam lagu Aku pelangi ni. Best ouh! Nak dengar lagunya? Klik Di sini <3

Mereka memang cute!



Lepas ni aku mungkin akan jarang update blog. Harap maklum.


Speaking.

13 November 2010


Aku nak kongsi cerita yang kelakar yang aku baca dari buku 'Kompilasi Kisah Jenaka by Syed Mahadzir Syed Ibrahim'. Aku suka sangat baca buku ni. Jadi aku bagi la kawan-kawan aku pinjam buku ni untuk kongsi cerita-cerita yang kelakar ni. Tapi masalahnya, bila dah ramai pinjam, buku aku ni pun dah tak berupa buku. KOYAK! Arghhh! Benci nak bagi pinjam lagi.



Tajuk ceritanya ialah 'Belajar Bahasa Inggeris'.

Din baru sahaja tamat pengajiannya di sebuaah sekolah beraliran Inggeris. Pada suatu malam, dia telah diuji oleh ayahnya. Ayahnya memang tidak tahu berbahasa ingeris walau sepatah pun. Dia sengaja ingin mengetahui sejauh mana kemampuan anaknya berbahasa inggeris.
Ayah   : Buku dalam bahasa inggeris apa, Din?
Din      : Kenapa ayah nak tahu?
Ayah   : Ayah pun teringin nak belajar bahasa inggeris juga.
Din      : Belajar bahasa inggeris bukannya susah , ayah!
Ayah   : Sebab itulah ayah nak belajar dari kamu.
Din      : Saya boleh ajar kalau ayah nak belajar.
Ayah   : Jadi ayah nak tahulah. Buku dalam bahasa inggeris disebut apa?
Din      : De buk (The book)
Ayah   : Ooo. Begitu.
Din      : Lagi, ayah?
Ayah   : Pena?
Din      : De pen (The pen). Lagi?
           Ayahnya tidak menjawab sebaliknya berfikir bahawa belajar bahasa inggeris adalah mudah.Setiap benda dalam bahasa melayu yang diterjemahkan kedalam bahasa inggeris mesti ada 'De' dan perkataan berikutnya dipendekkan. Kalau begitu, dia begitu yakin dia juga mampu berbahasa inggeris walaupun tidak pernah elajar di sekolah beraliran inggeris. Pada suatu hari, dia sedang minum dikedai kopi bersama Raman, dia pun berkata;
Si Ayah   : Sejak aku belajar dari anak aku, aku dah boleh berbahasa inggeris.
Raman     : Eh, betul ke ni?
Si Ayah   : Tak kan aku nak tipu kau pula.
Raman    : Aku rasa macam tak percaya saja.
Si Ayah   : Aku boleh buktikan.
Raman    : Kalau macam tu cuba ini. 'Kucing mati tertelan tulang'.
Si Ayah   : De ku de ma de ter de tu.
Raman    : Aku rasa macam pelik saja bunyinya.
_____________________________

Itu masih boleh diterima kot. Sebab dia tak bersekolah aliran inggeris. Tengok macam adik aku yang darjah satu ni.
Aku      : How are you?
Adikku : Thank you!
Maka tergelak terbahak-bahak bila dia cakap macam tu. ^.^


Nah! ambil ni dictionary special untuk mu. hhaa!



Tips untuk mendapat jodoh dengan orang yang kacak. (Girls only)

07 November 2010


Aku bukan nak bagi tips merepek-repek ye. Tapi boleh diamalkan *agaknya . But better not to. Jangan risau, cerita ini takkan meruntuhkan iman kau orang pun. Sekadar suka-suka. (^_^)

Biasalah perempuan, aku dengan kawan aku memang suka cerita pasal Stefan dalam cerita Vampire Diaries. Kacak. Cerita pasal persamaan la. Ceritanya berbunyi begini;

'Weyh, suka aku tengok muka Stefan yang gila-gila kacak tu.'
'Hey, tu aku punya, kau ambil la abang dia.'
'Ko nak tahu tak? Aku tengok cerita apa entah yang ada pada hari jumaat, Al kuliyah ke Al hidayah ye?'
'Pasal apa?'
'Aku dengar ustaz tu cakap, tuhan dah jodohkan orang yang sangat berlainan dengan kita.'
'Maksudnya?'
'Dia kata, jodoh kita bukan dengan orang yang sudah ada chemistry. Tapi yang tak ada chemistry langsung.'
'Oh! Patutlah orang selalu cakap kalau asyik gaduh nanti ada jodoh? Pastu kalau benci orang pun ada jodoh?'
'Ye la. Haaa! Kau tahu apa yang aku fikir?'
'Apa?'
'Kalau kita nak kahwin dengan orang yang kacak, kita kena la sentiasa bergaduh dan benci orang yang kacak, baru ada jodoh. Betul tak?'
'Haah la. Eh! Aku benci la dengan Stefan tu.'
'Aku pun sama!'
___________________________________________

Harap kau orang tak tiru cara kami mencari jodoh. Bhahahahaha. Perbualan ni bukan rekaan tahu! Tapi betul-betul terjadi. Aku ni memang berfikiran pelik+gila-gila. Susah kalau dapat kawan macam aku. hahaha

Information. Dalam perbualan tu, yang bewarna merah adalah aku dan yang berwarna biru adalah kawan aku. :)


Suka slurpee? Jaga-jaga.

03 November 2010


Aku tahu ramai yang suka minum slurpee ni. Aku pun sama juga. Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku dengan slurpee ni. Harap kau orang berhati-hati bila membeli slurpee ni.


Cerita bermula apabila aku keluar dengan kawan untuk menempah barang di Klang. Lepas siap berjalan kekedai-kedai yang ada, kawan aku ajak singgah ke 7Eleven untuk membasahkan tekak. Kami beli slurpee. Lagipun aku dah lama tak minum benda tu sebab aku takut. Sampai je kat dalam bas, aku pun terus la cakap kat kawan aku;

'Hazwani, cuba kau tengok apa yang dia tulis ni. Menakutkan betul. Aku jadi seram nak beli benda ni selalu.'

Warning! Brain freeze may occur!

Kawan aku terus je gelakkan aku, sambil berkata;

'Hahahaha.. Apa la kau ni. Tu cuma tagline dia je. Mana ada apa-apa pun.'
'Oh ye ke? Menakutkan betul tagline dia.'
____________________________________________


Hahaha, malu aku. Aku mengaku memang tagline dia hebat! Sampai dalam kepala otak aku ni asyik fikir macam gambar at bawah ni.


So, kawan-kawan yang lain kat luar sana tu, jangan takut nak minum slurpee macam aku. Tak mungkin kerajaan membenarkan penjualan barang yang tak selamat untuk penggunanya disini. Tapi kasihan kat kau orang baca entry yang macam ni, tajuk je suka buat suspen, tapi isi entah apa-apa. Jangan marah. Enjoy the freeze! ^.^



Diam diam - Tilu

30 October 2010


Setiap pagi sebelum pergi sekolah, aku mesti terdengar lagu ni kat radio hot fm . Seronok bila dengar. So, aku nak kongsi dengan kau orang. Dengar lah :)





Ashraf Sinclair sebenarnya Mr. Bean?


Aku memang dah lama nak tulis pasal ni. Tapi asyik terlupa je. Sekarang aku tulis cepat-cepat sebelum aku terlupa lagi.

Alkisahnya... Setiap kali waktu petang, memang turn mak aku  tonton televisyen. Dia suka tonton 'Anugerah dan cinta' , cerita Indonesia. Nak tak nak, aku pun join je la. Aku nampak muka Ashraf Sinclair sebagai pelakon utama. Dengan buat muka cutenya aku cakap dengan adik aku;

"Nad! Handsome kan Ashraf Sinclair ni!"
"Tak!"
"Eh! Kau tak nampak ke betapa handsomenya dia tu!"
"Tak! Muka dia macam Mr.Bean."

Dengar je dia cakap macam tu, muka Ashraf Sinclair yang tadinya sungguh handsome bertukar dengan muka Rowan Atkinson tu. Alahai imaginasi. Untuk menghilangkan ilusi si Mr. Bean tu, aku pun berdebat lagi.

"Mana ada! dia lagi handsome. Tak sama langsung dengan Mr. Bean tu."
"Tak percaya tanya ibu."

Aku pun tanya la ibu. Ingatkan ibu menyebelahi aku. Tapi;

"Ibu, muka Ashraf Sinclair dengan Mr.Bean sama ke?"
"Ya! Sama."

Nak buat macammana. Terpaksa kalah.

______________________________________________

So, apa pendapat kau orang? Sama ke?