Biodata seorang Ajan

28 September 2015


Assalamualaikum,

Tiba-tiba rasa macam kena post juga biodata ni walaupun aku ni sebenarnya dah 5 tahun dalam dunia blog ni. Dalam entry ni aku cuba tulis biodata dalan version full. Since kat about me tu sangat lah simple.

Dari kiri: Aini, Wana, Haliah, Ajan
Nama diberi Nur Hafzhan Bt Abdul Rauf. Ajan tu nickname. Anak pertama dari 5 orang adik beradik. Lahir pada 15 Mac 1994 (21 tahun, 2015). Dilahirkan di Hospital Tanjung Karang, Selangor. --My parents and grandparents are javaneese. Unfortunately i can't speak javaneese hmm

Tinggal di kawasan Klang, Selangor. Aku anak jati Selangor weh atok, nenek, ibu, ayah asal Selangor. Kampung aku kat Tanjung Karang (Ibu) dan Sepang (Ayah).

Sekarang sedang belajar di Universiti Utara Malaysia mengambil jurusan Perbankan, semester 5. Sebelum ni belajar di Kolej Matrikulasi Perak dalam bidang perakaunan --I never thought that i can pass this since i was a science stream student. Selalu sangat dengar komplen yang akaun susah. Tu  yang tak sangka dapat pass dengan jayanya. Alhamdulillah.

Pastu aku tak tau nak tulis apa lagi. Apa lagi korang nak tau? Tak sangka nak tulis pasal diri sendiri pun susah. Lama gak ah nak tulis benda macam ni. Kalau rasa macam nak tau benda lain, tanya je la.

Motif aku tulis entry ni? Ada orang selalu confuse dengan jantina dan nama aku. Dia kalau sorang je tak pe. Ni dah banyak kali. So biar la aku perkenalkan diri aku.

Kelakar sebenarnya bila orang confuse dengan nama aku ni. Sekali dengan jantina aku bertukar. Tapi aku tak salahkan sape-sape pun sebab konfius. Dah biasa dah pandang orang muka berkerut tengok nama aku, tak pun gagap nak sebut. (Bukan saje in reality, in virtual world ni pun ada yang confuse ok hahaha)

Pastu details extra yang takde kena mengena pasal nama dan jantina tu saje je aku bagi. Mana tau tiba-tiba ada jodoh nak datang kah kah kah. (Kelakar pulak rasanya macam kena buat resume bila nak cari jodoh)  ---Haip jodoh kerja ok. Kerja.

Note: Sorry sebab jarang update entry and blog walking. Sebab bila dah naik sem ni aku busy. Almaklum la pegang jawatan. Tak cukup jawatan jadi student, nak jugak jawatan as Exco. Assignment belum dapat tapi paperwork banyak dah kena siapkan hahaha


Masalah teknikal

22 September 2015


Assalamualaikum,

Ingat lagi entry Giveaway in planning dulu? Okay, boleh refer pada entry yang ni (klik sini)

Betul aku memang plan nak buat giveaway lagi. Remember last passage aku tulis "Ada masalah sikit" tu? Masalah yang menimpa itu adalah handphone aku hilang. Kejadian berlaku pada 28 August 2015.


28 August 2015
Balik dari tengok wayang baru sedar phone tak ada dalam bag. Masa tu rasa separuh panik. Sebab cuba yakinkan diri sendiri yang phone terjatuh kat seat kereta or somewhere else yang masih boleh reach, unfortunately not.

Bila dah pastikan semua tempat aku check and tak jumpa, baru real panik. Aku patah balik kat mall tadi. Kat tempat menunggu depan jual popcorn tu memang confirm tak ada. Seat wayang? Yea ada masuk balik dalam hall wayang, tapi ada tayangan and it is rude to disturb them kan? Plus, yang jaga tiket tu bagitau yang cleaner pun tak jumpa. So itu la pengahkirannya.


Last pegang masa sebelum masuk dalam hall. Kat tempat duduk depan jual popcorn tu, aku whatsapp kawan aku "Bye nak tengok Insidious II" (Padan muka buat orang jeles lagi). Dan sebagai penonton wayang yang berdisiplin, aku dah silent phone and 'simpan' dalam bag. Dan terus tak sentuh phone sampailah kat rumah.

-------------------------------------------------------8<-----------------------------------------------

Keesokan harinya, aku berkurung dalam bilik sebab malas nak jawab soalan tak ada jawapan. Cth: "Kenapa tak check phone masa keluar hall?"


Sejujurnya hidup tanpa phone pada zaman millenium ni memang susah lagi-lagi bila nak contact kawan. Nasib baik pakwe takde, kalau tak lagi frust. Masa ni la baru terfikir nak berjinak-jinak dengan hobi baru hahahaha.

Boleh tahan la merasa seminggu tak ada phone. Tapi tak terasa sangat sebab ada ipod. Walaupun ipod touch aku tu dah start hang and slow, sabarkan je la. --I bought new one on 3 Sept 2015, which is almost a week after i lost my phone.

Ingat tak nak libatkan parents sebab phone hilang atas kecuaian sendiri. So fikir nak beli phone baru masa cuti raya haji sebab tunggu duit biasiswa. Which means, minggu pertama and kedua sem, tak pakai phone. (Please jangan tiru cara akak spend duit biasiswa). But my dad support half, i cried tsk tsk

My dad was the last person knew that i lost my phone. I purposely did that. I don't want he get worried because i thought i can handle this by myself. He is a person who wouldn't get mad for thing like this. In condition, you have to take it as moral value to you, learn something.

One night, he came into my room and lend money to me. Said "Nah beli phone baru. Kalau tak cukup tambah sendiri la ye". I couldn't look into his face (because i might cry for sure). "Okay" i replied. So i whatsapp-ed him to say thanks (I believe that he know how i mean the thanks). He said "Sama-sama, anggap je hadiah birthday" (Its funny bcs my birthday was 5 month ago) --I won't let anybody see me crying bcs its ugleh gila  kot. Ive seen my crying face and macam nak tumbuk diri sendiri hahahahha

Terima Kasih Ayah.


P/S: Tak berani nak bagitau parents sebab takut deme fikir aku cuba minta simpati untuk dapatkan phone baru. Ayah pulak dah banyak spend untuk adik aku yang baru nak masuk U (Adik aku dapat UKM) So memang takut my small problem will burden them tsk tsk (Masih terharu sampai sekarang tsk tsk tsk)

P/S1: Sorry ada perenggan tu macam more to english sebab kalau tulis bahasa melayu nanti dramatik sangat. My family doesn't show our affection but we know we love each other. --Eleh aku dah sem 5 bila nak balik utara je mesti nangis gedik kan? Tapi nangis masa dalam bas la. Sebelum masuk bas tu muka acah-acah sado hahahaha

Bukan pencuci tandas

14 September 2015


Assalamualaikum

Okay ini entry sambungan dari entry sebelum ni pasal terminum pencuci tandas. Kalau belum baca, boleh klik sini.

Selepas Zack balik ke bilik dia, adik aku yang kedua, Nad, 19 whatsapp dalam group whatsapp family untuk inform yang tak tahu lagi (ayah je kot yang tak tau lagi masa tu).

Sila klik gambar dibawah untuk tumbesaran yang sihat.






Okay dia actually minum air berperisa lemon dan tak rancang pun nak prank dia sampai macam ni. Tak sangka dia pulak senang betul jatuh perangkap --mungkin sebab yang prank tu aku, Nad dan ibu aku sekali. Ye ibu aku pun join kenakan dia ahahahah

Boleh tahan dia percaya sampai boleh rasa panas tu. Walaupun masa kitorang cakap sebelum ni, kitorang gelak-gelak seba dah tak tahan tengok reaksi dia. Dia punya percaya tu sampai tulis moment kat wechat lagi hahaha


Okay jangan risau gais. Ni cuma joke kasar antara family dan tak ada kena mengena antara yang hidup dan yang mati. Sorry untuk tajuk entry yang saspen. Yang penting jangan letak pencuci tandas merata-rata ok?

Thanks la kepada sesiapa yang tertipu dengan entry pertama. Thanks sebab concern. Jangan risau ok. Adik aku tu sihat wal afiat lagi :)

Terminum pencuci tandas

11 September 2015


Assalamualaikum,

Dengar tajuk pun dah tau yang benda ni semua tak sengaja sebab perkataan "ter" tu. Nak pesan kat sini la, pencuci tandas tu lain kali jangan letak merata-rata. Nak pulak pacakging lawa tak rupa pencuci tandas pun.

Yang terminum pencuci tandas tu bukan aku tapi adik aku. So cerita kat bawah ni jadikan pengajaran la ye.


So satu malam ni, semua adik beradik aku melepak dengan smartphone masing dalam bilik ibu aku (dia kalau dah pasang air-cond memang automatik melekat dalam tu). Datang adik aku yang keempat, Zack, 12.

Masuk bilik terus sambar botol sebelah kaki aku dan minum isi dia. Aku dengan panik cakap,

"Weh asal kau minum benda tu? Tu kan pencuci tandas!"

"Tipu"

"Ye doh ibu letak situ sebab kejap lagi nak letak dalam tandas"

"Lah menipu"

"Ye la. Cuba tengok ni dia tulis panda..."

"Kenapa letak pencuci tandas kat peti ais? Semalam aku nampak kat peti ais" sambil meludah balik air dia dah telan.

"Ye la sebab pencuci tandas yang ni kena simpan situ dulu sebelum pakai. Perut kau rasa panas tak?"

"Tak pun"

"Weh aku nak google la terminum pencuci tandas. Haa kau tengok ni Zack haa. Kau tak rasa panas ke?" sambil tunjuk screen phone yang dipenuhi hasil carian tersebut.

"Tak"

"Mungkin dia lambat sikit kot. Cuba tunggu lama sikit. Pencuci tandas kan ada asid nak cuci tandas bersih-bersih"

"Hmm aku dah rasa panas sikit" dan keluar dari bilik ibu aku

---Nanti aku sambung lagi la. Kesian pulak rasanya. Simpati pun ada.



Giveaway Sempoi by mrsfara

02 September 2015


Assalamualaikum,

http://mrsfara.blogspot.com/2015/08/giveaway-sempoi-by-mrsfara.html
Klik banner untuk join

Selamat ulang tahun ke-2 untuk blog Ms Fara! Hehe


Giveaway in planning

01 September 2015


Assalamualaikum,

So hari ni blog aku dah berumur 5 tahun 2 hari (hek eleh, nni pun nak kira ke?) Ok saje je nak kasi mukaddimah yang agak menyampah sikit. Okay kita straight to the point ok? Ini adalah sambungan entry kelmarin. Since entry kelmarin dah agak panjang, cukup lah aku cerita pasal sejarah blog ni.


http://hafzhanrauf.blogspot.com/2014/08/mini-merdeka-giveaway.html

Sebenarnya plan nak buat giveaway sempena blog umur 5 tahun ni. Seronok masa first time buat giveaway dulu. Hi back kepada sesiapa yang pernah join Mini Merdeka Giveaway dulu!

Nak buat sebab nak terima kasih kat korang yang rajin datang blog ni. Yang paling best tu, nuffnangers yang suka klik iklan. Korang memang awesome. Kalau nak tau aku gain banyak CPC (Cost-per-click) than CPUV (Cost-per-unit-visit). Thanks sangat.



Thanks again kepada semua peserta Mini Merdeka Giveaway dulu. Seronok. Tak boleh nak bayangkan seronok dia tu. Tak caye boleh tanya Apis macam mana progres giveaway ni. --Sebab ramai peserta dari blog dia mula-mula. Pastu aku spam dia pakai caps lock padan muka. (Spam sebab jeles hahaha)

Tapi sebab  ada masalah sikit, rasanya kena tangguh dulu rancangan ni. Okay now, korang dialu-alukan untuk cadangakn hadiah apa untuk next giveaway ni (InshaAllah)