Tarian Unknown

27 January 2011


Hari ni merupakan hari pertama aku, Hazwani dan Ain Syafiqah menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga stor sukan. Aku dan Hazwani pergi ke sekolah pukul 3.30 petang (tak sharp pun.~). Kita orang pun tunggu la Ain Syafiqah kat laluan gajah menyusur kat sekolah tu sebab boleh tengok orang berlatih kawad kaki untuk mesyuarat PIBG tak lama lagi. Aku ni memang suka tengok orang kawad kaki, sebab dia orang nampak tersangatlah seragam. Tak lama tu Hazwani kata..

‘Eh! Tu Ain lah.’
‘Mana?’
‘Kat sana tu.’
‘Oh!’

Disebabkan kawan aku tu macam dah hilang arah nak cari kita orang, aku pun berdiri la kat atas bangku sambil hayunkan tangan macam orang minta pertolongan SOS. Tapi aku tak berjaya menarik perhatian dia. Aku pun buat la pergerakan macam budak misteri dalam komik Lawak Kampus tu, baru berjaya. Ain pun cakap,

‘Kau tak malu ke?’
‘Ha? Kenapa?’
‘Semua budak kawad tengok kau la.’
‘Ha? Bukan dia orang menghadap kesana ke?’
‘Tak, dia orang dah menghadap kat kau.’
‘Esok, kalau ada orang tanya pasal ‘tarian’ tadi, kau cakap kau tak kenal ye?’
‘Memang pun.’



Minat tapi tak kenal.

25 January 2011


Pelikkan? Macam mana boleh minat tapi tak kenal? Hahaha. Kena la baca cerita dulu. Cerita agak 'basi' tapi takkan dilupakan. Ingat tak entry aku tentang kegilaan aku pada jejaka korea yang HOT tu. Tak ingat? Klik sini.Tak caya ke mereka ni hot? Tengok la video kegemaran aku. Video Mirotic-TVXQ (Kumpulan ni dah dibubarkan?). Cari kat Youtube ye kawan-kawan! Faham kau orang akan hot yang aku maksudkan selepas menontonnya. Hahaha..

Cerita sebenarnya:
Semasa cuti sekolah yang lalu (disember2010) Aku pergi ke Jusco Bukit Tinggi dengan kawan aku untuk menonton wayang (biasa la tu). Tak sangka pula Zaliena (kawan yang aku maksudkan tu) ni bawa Khidir sekali. Disebabkan dia seorang saja lelaki, aku pun saja buli dia. Dia dah macam bodyguard kita orang. Mana taknya, pergi tandas pun tunggu. Kesian pula aku tengoknya, diam je dia.

Selepas menonton wayang, aku ajak Zaliena ke mynews.com sebab dengar khabarnya, gambar aku dan Zaliena yang aku hantar dah masuk kat dalam majalah yezz!. Hahaha! BETUL! masuk yezz. Aku dengan Zaliena tersengih-sengih je la, (kami perasan popular, padahal gambar tak mandi). Sambil-sambil makan kat KFC tu, aku selak lagi majalah tu. Tak sangka tiba-tiba pula si Khidir tu bersuara.
'Nak tengok.'
'Tak boleh! Zaliena, jangan bagi dia selak mukasurat 47'
'Ala, nak tengok je.'
'Kena la beli sendiri..'

Aku pedulikan Khidir tu. Sembang dengan Zaliena pasal jejaka BOYS OVER FLOWER yang berkurun lama tu. Sekali lagi Khidir tu buka mulut.
'Dalam banyak-banyak orang korea aku cuma kenal seorang je.'

Tak sangka pula orang macam dia minat korea juga, rasanya dia ni jenis 'old school'. Terasa bangga pula bila dia minat korea, tak tahu kenapa. Aku pun tanya la.
'Ha? ye ke? Kau minat siapa?'
'Park Ji Sung'
'Macam pernah dengar nama tu. Siapa dia tu? Penyanyi? Pelakon?'
'Pemain bola sepak.'

Aku rasa macam orang bangang je. ye la.. Mula-mula poyo minat orang korea, macam aku ni kenal sangat semua orang korea ni. Sampai tahap pemain bola sepak hampehh~ Nampaknya, cuma aku seorang je yang tak kenal pemain bola sepak korea ni. Malu eden!


Perkenalkan. Ini Park Ji Sung. Salam perkenalan. Hahaha


Rahsia XXX

01 January 2011






Minta maaf! cerita ini terpaksa dipadam. Bukankah cerita ini sepatutnya rahsia?