Cerita sebenarnya:
Semasa cuti sekolah yang lalu (disember2010) Aku pergi ke Jusco Bukit Tinggi dengan kawan aku untuk menonton wayang (biasa la tu). Tak sangka pula Zaliena (kawan yang aku maksudkan tu) ni bawa Khidir sekali. Disebabkan dia seorang saja lelaki, aku pun saja buli dia. Dia dah macam bodyguard kita orang. Mana taknya, pergi tandas pun tunggu. Kesian pula aku tengoknya, diam je dia.
Selepas menonton wayang, aku ajak Zaliena ke mynews.com sebab dengar khabarnya, gambar aku dan Zaliena yang aku hantar dah masuk kat dalam majalah yezz!. Hahaha! BETUL! masuk yezz. Aku dengan Zaliena tersengih-sengih je la, (kami perasan popular, padahal gambar tak mandi). Sambil-sambil makan kat KFC tu, aku selak lagi majalah tu. Tak sangka tiba-tiba pula si Khidir tu bersuara.
'Nak tengok.'
'Tak boleh! Zaliena, jangan bagi dia selak mukasurat 47'
'Ala, nak tengok je.'
'Kena la beli sendiri..'
Aku pedulikan Khidir tu. Sembang dengan Zaliena pasal jejaka BOYS OVER FLOWER yang berkurun lama tu. Sekali lagi Khidir tu buka mulut.
'Dalam banyak-banyak orang korea aku cuma kenal seorang je.'
Tak sangka pula orang macam dia minat korea juga, rasanya dia ni jenis 'old school'. Terasa bangga pula bila dia minat korea, tak tahu kenapa. Aku pun tanya la.
'Ha? ye ke? Kau minat siapa?'
'Park Ji Sung'
'Macam pernah dengar nama tu. Siapa dia tu? Penyanyi? Pelakon?'
'Pemain bola sepak.'
Aku rasa macam orang bangang je. ye la.. Mula-mula poyo minat orang korea, macam aku ni kenal sangat semua orang korea ni. Sampai tahap pemain bola sepak hampehh~ Nampaknya, cuma aku seorang je yang tak kenal pemain bola sepak korea ni. Malu eden!
Perkenalkan. Ini Park Ji Sung. Salam perkenalan. Hahaha
No comments:
Post a Comment