Family group whatsapp

27 November 2014


Assalamualaikum,


So, last two night my dad tiba-tiba buat contest kat group whatsapp family. Aku yang dah tak ada mood sebab buat assignment pun terus semangat bila nampak duit kat situ. Sape yang takde mood kalau bila nampak duit kan?

Nampak macam senang tapi tricky gila. You know why? Sebab tiba-tiba ayah nak offer RM50 kepada sape-sape yang dapat jawab. Takkan tiba-tiba ayah baik hati nak bagi HAHAHA. Memang udang disebalik mee bandung.

Aku siap hantar kat Apis (Ini konon talian hayat la). Tapi tak membantu pun mamat tu. Padahal dia lagi extreme. Siap lukis balik gambarajah tu. "Aku sanggup lukis demi 50" katanya. Ceh. --Okay iklan, boleh lawat blog beliau: http://hafizzulkafly.blogspot.com/





Nah cuba la teka berapa. Tapi aku takde la nak bagi 50 hengget ye. Kat bawah ni akan aku bagi satu video yang membuktikan jawapan korang salah. BAHAHAHA --Cara cakap macam jawapan korang dah confirm salah je






Jawapan:
Ala tak video jadik GIF image terus HAHAHAHA

Jawapan: 24 segi tiga

Cepat bagitau korang jawab apa. Kalau jawab 10, maka kita sama je la. Aku dah melepas RM50. Kalau tak dah boleh makan kek secret recipe kot. HAHAHAHA

Pengalaman jadi gila

16 November 2014


Assalamualaikum,

Dulu lepas balik sekolah aku suka tidur petang atas sebab penat. Padahal kalau mandi elok je kot segar balik. Ni dah malas dan mengada-ngada punya pasal.

Kebetulan esok hari sabtu, ada kokurikulum dan aku dah janji dengan kawan aku nak jumpa kat sekolah masa kokurikulum nanti. Bila aku bangun je tengok jam dah pukul 7:35 malam. Since semua barang tak prepare lagi (tudung tak gosok and bla bla bla), kelam kabut aku pi mesej kawan aku tu.

"Zaliena, sorry weh aku tak datang koku."

"Engkau dah kenapa ni Jan?"

"Aku terlambat bangun ni T^T"

"Ni baru pukul 7:35 malam"

Masa tu baru terpinga-pinga fikir "Malam? Malam bila sabtu ke?". Lepas 3 minit fikir (dalam keadaan bingung) baru sedar yang aku baru bangun dari tidur petang.

"Weh, sorry sorry aku nyanyuk kejap tadi hahahaha. Malu gila. Jangan citer kat sape-sape tau. Jumpa esok!"


Serious masa bangun tu rasa macam baru bangun pagi sebab keadaan gelap dia tu. Menyesal jugak la masa tu sebab tidur petang. Ibu dah selalu pesan "Jangan tidur selepas asar". Nanti hilang kewarasan / otak boleh jadi bingung kata encik google pula. Aku je yang degil. Tsk tsk.


So kelmarin aku gatal pi tidur petang lagi. Sebab aku jeles family aku pi tengok movie tapi bagitau kat group whatsapp, aku kat kedah kot. Tahun depan baru balik. Tidur sebab nak elak roomate nampak aku tengah nangis (It's hurt when it felt like been left out) --Aku macam spoiled daughter kan? Memang pun.

Again, bila bangun aku tengok roomate aku tengah ambil tuala nak pi mandi. "Aik? Ada kelas ke? Ada discussion kot tu" Bila check phone, jam 18:55. Aku pun cepat-cepat bangun mandi.


((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)). - Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)(1) --Sumber

Nota: Elakkan la tidur petang. Kalau tak muda-muda lagi dah rasa jadi gila.

Tips: Selamatkan pendrive dari virus di computer lab

08 November 2014


Assalamualaikum,



Ini adalah masalah terbesar buat student macam aku. Since tak ada printer sendiri, kena la print segala mak nenek assignment, nota kuliah kat computer lab. Sakit hati jugak la bila pendrive kesayangan R.I.P sebab selalu connect dengan computer lab.

Sekarang aku dah tak bawak pendrive pi computer lab tapi boleh print. Pendrive selamat, note and assignment pun dapat. Win-win situation.

Cuma perlukan Expire Box and Bitly (Aku dah bookmark dah dua dua link ni hehe)


Expire box.
Expire box ni sama je macam dropbox dan semua binatang cloud storage tu. Cuma beza yang ni simpan dokumen korang sekejap je. Lepas 48jam, dokumen korang dah takde. So jangan risau la, takde sape nak curi assignment kau tu.


Upload dokumen korang macam biasa. Then copy download link.


Bitly.
Aku guna bitly ni sebab nak pendekkan url yang panjang berjela. Kalau korang genius tahap dewa, boleh la hapal url yang Expire Box tu bagi.


Just masukkan link yang korang copy tadi kat tempat kosong atas tu. Nanti dia bagi link yang pendek. Tapi still susah nak ingat (bagi aku la). So nak best, sila sign up bitly. Paling malas pun sign up pakai facebook je weh. Tak payah nak isi form banyak-banyak.


Macam tadi, just masukkan link korang kat ruang ikan buntal tu. Nanti jadi la macam dalam gambar atas ni. See? Boleh costumized link yang dah dipendekkan tu. Aku dah costumized link. So tak wujud dah link huruf pelik-pelik tu.

So lepas ni, dah boleh pi computer lab dan sebut link yang korang cipta tu dengan bangga. Contohnya;

"Akak, nak print dari web bitly.com/sayacomeldariawak"

Sebab kat komputer lab aku, bahagian printing ada orang jaga. Kena hulur pendrive baru dia printkan. Kalau buat sendiri tu sempat la nak login dropbox ke, facebook ke..

Penggunaan benda alah ni tak terhad. Pandai-pandai la korang aplikasikan.





Aku siap pendekkan link blog aku. Nak letak kat instagram. Aku tau link blog aku susah nak ingat. Ni semua salah idea aku masa form 4 dulu. Konon gempak padahal asdfghjkl.



Okay bye! Nak pi print assignment. Selamat maju jaya guna cara ni. Terasa macam sel sel otak sedang berhubung bila menaip entry ni. HAHAHA



Feel tengok cerita hantu

03 November 2014


Assalamualaikum,



Takziah kepada speaker lappy aku. Dah tak merdu macam dulu. Cepat sangat bersara.

Korang pun, sayangilah speaker lappy anda. Nanti bila sound dari lappy korang dah bunyi macam penyanyi rocker baru tau menyesal.

Aku pun satu, gedik sangat nak tunjuk power tak takut tengok cerita hantu. Aku pi buat full volume. Nak feel la katakan.


Teringat last semester, kalau movie night dengan Haliah (jiran bilik sebelah) and Zulfa (Roommate) mesti wajib tutup lampu punya. Nak fe-feeling tengok kat TGV / GSC.

Masa tu tengok cerita hantu. Boleh pulak masa part yang mendebarkan tu blackout. Bilik aku dah la cuma diterangi dengan skrin lappy je. Lappy aku mati terus sebab tak pasang bateri. Memang sangat gelap. Kau buka mata luas-luas pun masih rasa macam pejam mata.

Macho tak macho, aku terus kaku and... "Weh mana korang? Pegang aku pls". Masa tu tak berani la nak meraba sebab takut raba benda lain. Imaginasi horror tengah kuat gilo. Padahal Haliah dengan Zulfa tu ada je kat situ, tak lebih sedepa pun.

Guess what? Depa tak pegang aku pun. Zedey.


Bye speaker tsk tsk