Mini Merdeka Giveaway

25 August 2014


Assalamualaikum,

So seperti yang dijanjikan, inilah dia giveaway tu. Amacam? Teruja tak? So here, memperkenalkan partner aku dalam menjayakan GA ni, Hafizzulkafly. Kalau perasan, nama dia ada kat credit section belah kanan ni pasal aku selalu refer tuto dia --Sebab senang, bila tak paham aku serang orangnya terus. HAHAHA

Yep, dia la budak cerewet dan muka hensem macam korean tu. --
Hari tu dia ada bagi gambar kad matrik diploma dia and i was like "omg, youre chinese". Ala chinese and korean, apa bezakan? So tu la dia hahaha. (Kalau korang baca entry Giveaway Teaser tu, korang tau la pasal ni)

Ya Allah aku teruja gila tengok respon korang dalam entry giveaway teaser tu. Aku pun duk ikut countdown hari GA yang akan di-announce kan ni. Okay semua, boleh teruskan bacaan dibawah. Jemput join. Maaf sebab mukaddimah panjang sikit hew hew hew


Syarat penyertaan:
1. Warganegara Malaysia yang mempunyai blog.
2. WAJIB follow:-

3. Like :

4.Our sponsor: Instagram: @hudapunya -- jika ada instagram, wajib follow
5. Buat satu entry yang bertajuk "Mini Merdeka Giveaway"
6. Letak banner dalam entry dan backlink ke entry ini.
7. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu.
8. Komen link entry anda pada entry ini SAHAJA


Hadiah:
  • Pineng Powerbank   -- x1
  • Monopod   -- x 2
  • Topup RM10   -- x 3


Pemilihan pemenang: Random


Tarikh tamat: 6th September 2014, 11:59PM



FAQ

Q:  Saya nak backlink ke blog Apis ke blog Ajan ni? Rakan blogger saya ada backlink ke blog Apis, ada juga yang backlink ke blog Ajan. Saya keliru.
A: Awak backlink ke blog Apis jika awak dari blog beliau dan backlink ke blog saya jika awak dari blog saya.

Q: Nak tinggalkan link kat blog mana ni eh?
A: Sama macam kes backlink, tinggalkan link entry dari blog mana awak berada. Tak perlu tinggalkan di kedua-dua blog sebab nanti kami akan gabungkan senarai nama peserta.

Q: Eh jap jap backlink tu pebende doh?
A: Okay untuk soalan tu, sila refer pada tutor abam hensem ni (klik sini)






Note: Rajin-rajin la sikit klik nuffnang kami. Mana tau ada rezeki lebih boleh tambah hadiah hee ^^






Giveaway teaser

23 August 2014


Assalamualaikum,


Acah acah je teaser picture tu. Okay, sila mark kat kalendar yang 25 haribulan ni aku buat giveaway dengan partner blogger aku.

Eh eh macam best je.

Ha tunggu la 25 haribulan ni. Entry akan keluar tepat 12 malam waktu Malaysia. Masa tu korang boleh jerit eksaited k. Join tau. --Segala details akan ada pada entry GA tu nanti.

Hari ni dah start boleh pasang muzik drumrolls biar kasi feeling sikit (Okay macam lawak je pasang muzik drumrolls 2 hari). Debaran menanti hari giveaway katanya.

Oh ye, nanti kalau dah keluar entry and nampak banner giveaway sebenar, puji sikit la banner tu. Aku buat banner tu 100% pakai phone guna applikasi Picsart (Sebab noob pakai photoshop). Lagi lagi dapat pulak dengan partner blogger yang mashaAllah cerewetnya-- Nasib baik hensem muka macam mamat korea.



Okay bye he he


Penggunaan gear auto dengan betul

20 August 2014


Assalamualaikum,



Aku mengaku yang aku ni perempuan tipikal yang tak berapa nak reti dalam bab kereta, lappy, phone or any mechanical device lah. Reti pakai gitu-gitu je. Nasib baiklah terdetik nak google : Cara penggunaan gear auto dengan betul.

Selama ni aku cuma tau fungsi P: Parking, D: Drive, R:Reverse and N: Neutral. Neutral tu pun tau sebab ayah bagitau guna bila berhenti kat traffic light. Macam mana pulak dengan 2 dan 3 kat kotak gear tu? --Tujuan utama google sebab nak tau fungsi 2 dan 3 ha ha ha

Aku sarankan korang pergi baca kat blog ni (klik sini) sebab aku pun baca dari situ. Nak copy paste rasa macam tak baik so aku share ja link dia. Senang kalau ada soalan bole tanya dia [Guess what, aku baca pe semua soalan yang diutarakan. Sedikit sebanyak membantu kot]


---------------------------------

Hari tu ter-tengok cerita Saya Sebenarnya Isteri Dia (aku tak layan citer cemni sebenarnya) Ada part yang Tiz mintak tolong Izzue pasal lappy dia. Sentap jugak ah bila Izzue kata "Haa ni la perempuan reti guna je...bla bla bla.." Siap ungkit pasal kereta Tiz tuh.

Nasib baik aku tau defrag lappy (Ibu aku yang ajo ha ha) so tak dalam sangat sentap dia. BTW, aku tak tau nama watak deme dalam cerita tu tau sebab tu tulis nama sebenar T^T

Antara produk kesihatan dan kosmetik yang diharamkan

18 August 2014


Assalamualaikum,

Firstly aku nak pesan jangan serbu aku tanya pasal produk ni. Aku cuma nak kongsikan supaya pengguna produk boleh menghentikan penggunaan kerana dikhuatiri memudaratkan. Since benda ni pun dah dipamerkan di Hospital PPUM, okay pergi check barang cepat.

Aku harap korang boleh teliti barang dalam gambar tu ye. Aku tak dapat nak list kan satu-satu sebab ada produk yang aku tak tau.



Aku  rasa ramai yang pakai antara produk-produk tu. Dalam keluarga aku pun ada 2 - 3 jenis produk yang dipamerkan. Tapi dah stop dah sekarang. Mungkin tak nampak kesan dia sekarang. Tapi takkan bila dah teruk baru nak ambil tindakan kan?

Lepas ni sebelum nak guna sesuatu produk tu, kena makesure yang produk tu ada kelulusan KKM tau. Jangan pakai balun je.

To student UUM semester 1 2014/2015

16 August 2014


Assalamualaikum,

Firstly, maap sebab entry ni lambat publish. Kesian korang tertunggu-tunggu, merana sebab takde update untuk junior dia ni (Kau kasi hayun penyapu sikit kat minah tulis ni) --Ini entry yang ditulis pada pukul 3:00 pagi, harap maklum dengan kesewelan beliau.


Yes, adik-adik yang dapat masuk UUM tu akak ucap tahniah! Meh cubit pipi sikit. Power seh korang. Jadi junior aku pulok. --Ayat konon senior padahal baru nak masuk semester 3. Noob sangat akak nih.

Kalau ada nak tanya apa-apa tentang U atau musykil ke, jangan tanya akak. Walaupun akak 24/7 online (akak dapat cuti memang kerja buat lemak je kat rumah ni) Akak bukan orang yang uruskan orientasi korang tau. Tapi akak tau perasaan korang yang gila berdebor nak masuk U tu. Meh akak tolong. Hew hew

Ha korang buka facebook and join group UUM Intake 2014/2015 dan group Minggu Suai Kenal UUM 2014/2015 (Klik ja weh official nih. Majlis Perwakilan Pelajar UUM yang update ni) --Tapi kalo korang pemalu tahap cipan macam aku. Segan nak post atau komen, boleh je PM aku terus (klik sini) atau kat twitter: @nurhafz_

Akak jawab mana akak tahu je la. Kalau akak tak tahu, akak tanya senior akak pulak nanti (Dah jadi senior pastu tany senior atas lagi. Fuh~ )

Oh ye,

Ni junior KMPk akak, pastu masuk UUM jadi junior akak lagi (klik sini kalau nak geng dengan dia). Kesian dia tak dapat lari dari akak. Macam korang la. Mula-mula tanya pasal matrik kat blog, pastu ke twitter, pastu insta. Steady je~ hew hew hew --Akak cuma nak cakap, jangan malu sangat dengan akak tu je HAHAHA




Note: Sape yang dapat course banking tu, sepp sikit dengan akak. Kita geng tau dak! Hahahaha

Shout-out to my nuffnagers

15 August 2014


Assalamualaikum,

Tiba-tiba rasa tergerak hati nak bagi shout-out untuk nuffnager yang singgah blog aku ni. Terima kasih sudi datang "beraya" kat blog aku yang tak berapa nak beraya pun ni hew hew hew. Terima kasih awak semua.


Big thanks to;

http://izuanrahman.blogspot.com/
http://norshamimi.blogspot.com/
http://balqis-resepiku.blogspot.com/
http://ariescape.blogspot.com/
http://khudri2337.blogspot.com/
http://pitaukur.com/
http://nanameer-patrickstar.blogspot.com/
http://notesfromwawa.blogspot.com/
http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/
http://erynagadisimple.blogspot.com/
http://nurul-rasya.blogspot.jp/
http://aqneey.blogspot.com/
http://nurainahanis.blogspot.com/
http://dahliaayob.blogspot.com/

Aku nak terima kasih dulu kat korang ni. Pasal aku rasa cuti ak dah nak habis. Lepas ni dah masuk uni balik, aku liat sikit nak blogwalking atau update entry (insha-Allah minggu pertama ni masuk uni tu masih boleh tahan rajin kot)

Tapi aku akan usahakan juga untuk singgah balik blog korang dan isi tabung korang --Eleh aku ni konon je busy, padahal busy tido je pun.

Sekarang pukul 2:45AM. Ha terharu tak aku taip entry pepagi buta ni? Terharu tak? Hahaha

Extreme Park Sepang Gold Coast

13 August 2014


Assalamualaikum,

Pada hari raya ke-tiga ritu, aku pergi menyinggah ke Extreme Park Sepang. Ye la, kampung belah ayah kat Sepang. So lepas balik raya tu, ayah bawak singgah ke Pantai Bagan Lalang.

Lepas layan adik aku main layang-layang kat tengah pantai tu (dan juga mengotorkan kasut kerana mengambil risiko pergi jauh tanpa mengambil berat tentang berat badan yang mungkin menyebabkan kasut tenggelam kat pasir yang lembut) Ayah bawak pergi Extreme Park. --Gosh panjang gila dalam kurungan tu.




Dekat Extreme Park Sepang ni ada archery, paintball, go-cart dan ATV ride. Check out more details on their website yea? (click here)



Okay tu aku dengan adik laki aku (depan: Yunus, belakang: Zakaria). Attempt nak potong aku lettew. Budak ni memang. Orang dah pesan jangan race, dia nak race jugak.

Yang main go-cart ni mostly semua (ayah, Dona, Nad, Yunus, Zakaria) first time kecuali aku. Ayah naik double dengan Dona (my 5y/o lil sis). Yunus naik double dengan Zakaria (gambar dia atas) while aku dengan nad naik single.

Beruntung la aku punya universiti ada go-cart kan? --Haa semalam dah keluar result UPU kan?Angkat tangan sikit yang dapat UUM tu. Nak tengok jugak junior aku ni haha.




Tips memakai mascara untuk beginner

11 August 2014


Assalamualaikum,

Cantikkan tengok bulu mata orang lain panjang dan lebat? Jangan tipu kalau korang pernah cuba pakai mascara tapi hasil dia tak macam yang kita nakkan –Sebab aku pun antara girl girl yang agak failed pakai mascara HAHA

Sebenarnya nak pakai mascara ni ada cara dia. Kalau pakai bedal je pakai macam aku ni, dapat la bulu mata “lebat”dengan ketulan yang menjengkelkan. Berat je rasa nak buka kelopak mata tu kan? –Bukti failed pakai mascara, pengalaman sendiri woo

Okay now aku nak kongsikan tutorial pakai mascara untuk beginners dengan betul. Jangan ingat pakai shawl je ada tutorial.

Barang yang diperlukan: Penyepit, alat bantu (mascara guard), mascara base dan mascara.


1. Gunakan penyepit dan alat bantu
Gunakan penjepit terlebih dahulu untuk melentikkan bulu mata. Hati-hati pakai. Jangan sepit kelopak mata udah. Untuk langkah seterusnya, gunakan alat bantu (mascara guard) supaya nampak lebih kemas. Dua benda ni boleh dapat kat mana-mana kedai kosmetik tau.


2. Sapukan mascara base (warna putih)

Dengan menggunakan alat bantu tadi, sapukan mascara base (warna putih) pada bulu mata.


3. Gunakan mascara (warna hitam)

Akhir sekali, gunakan maskara (hitam) ke atas bulu mata dengan menyapu secara zig-zag. Dah siap!




Lagi best kalau ikut tutorial diatas dengan menggunakan mascara daripada jenama terbaik. Mesti lagi umphhh! *Kelip mata secara slow motion* --Menggoda bak hang mata I. Hahaha

Kalau nak dapatkan mascara berjenama dengan harga berpatutan, boleh layari laman web ZALORA Malaysia. Macam-macam ada. Kalau tak percaya usha la mascara kat sana.

Kisah terapi lubang hidung

09 August 2014


Assalamualaikum,

Okay entry yang ni pelik sikit. Aku tak tahu kenapa kalau karang entry dalam ms word aku mula menulis macam novel. Aku sendiri pun tak tahu. Heran, kalau terus tulis kat blog takde pulak ayat mengarang novel. Apa-apa pun ini alkisahnya. (Eh korang jangan gelak bila baca penceritaan aku pulak. Serious tak tahu kenapa jadi macam tu)


---------------------------------------------------------------------------------

Suatu hari dikampung, terdengar paksu aku minta ubat sakit kepala daripada nenek.  Isteri dia pening katanya. Terasa yakin apa yang aku pernah baca tentang terapi lubang hidung di internet mungkin dapat membantu, lantas aku “Cuba tekan lubang hidung sebelah kanan 5 minit. Nafas guna lubang hidung sebelah kiri je”.  Paksu mengerutkan dahi “Boleh ke?”.

Dari jauh nampak isteri paksu, Cik Zura (Dia agak muda lagi. Tak best la kalau panggil makcik). Mungkin dia terdengar apa yang aku kata tadi. Dia pandang suaminya, seperti meminta kepastian. Paksu menganguk.  Jari telunjuk Cik Zura perlahan digerakkan ke lubang hidung sebelah kanan dan menuntupnya. Keraguan jelas diwajahnya namun diketepikan. Aku hanya memerhatikan dengan penuh rasa ingin tahu.


Lima minit berlalu. Jari dilepaskan. Wajahnya sukar untuk aku baca. Berjaya ke? Dia menarik nafas sebelum memberitahu “Tak jadi apa-apa pun” dengan nada yang sedikit kesal sekali gus membuat aku hampir tersedak. Tak tahu nak rasa simpati atau bersalah sebab mungkin Cik Zura fikir aku cuba memperbodohkannya. 

"Er benda tu namanya terapi lubang hidung. Salah satu cara untuk hilangkan pening kepala tanpa panadol. Betul ada! Baca kat internet" laju aku menjelaskan sambil tersenyum kambing kerana cuba menjelaskan benda yg hampir mengarut dengan harapan Cik zura tahu aku tak tipu. --




Okay habis. Aku tak tahu kenapa tak jadi. Aku tak penah cuba pun terapi ni sebab aku jarang sakit kepala. Mungkin seba tak cukup 5 minit kot. Ataupun mungkin terapi ni tak dapat kesan dalam jangka masa terdekat.

Aku tak menafikan kebolehan terapi ni. Mungkin aku ada salah baca atau tak habis baca atau apa-apa lah kemungkinan kecuaian yang aku buat. Kalau korang nak tau, boleh google sendiri pasal terapi ni hew hew. Tapi kalau korang buat dan menjadi, ce citer sikit haha.


Book date raya

07 August 2014


Assalamualaikum,

Ceh tajuk tu cam acah-acah je. Sebenarnya aku tak beraya pun tahun ni. I mean pergi rumah kawan-kawan semua tu. Sebab cuti tak sama, sorang kat sana, sorang kat sini. Lagi satu sebab best-best-friend aku accident so, dia masih belum recover. Tak dapat la nak raya macam tahun lepas.

Tahun lepas dapat raya konvoi sebab belum masuk U lagi masa tu. Masing-masing tunggu panggilan. To be very honest, last year adalah first time kawan aku raya datang rumah sejak aku sekolah menengah. Well im not good in making friends kan? Padan muka la. I appreciate them yang datang *tsk tsk terharu*


Ini la kawan yang teman aku raya ni. Seronok aku borong buku-buku ni. Since i don't really like love-story-kind of book, i choose this. Pakai ambil je, tak payah baca sinopsis pun tak apa sebab confirm la bukan cerita cinta ye dak?

Ni adik aku punya kerja la. Baucar buku dia RM200 tu dia balun kasi habis. Jadi jumlah buku fixi kat rumah aku dah jadi 33 termasuk 2 fixi verso dan 1 fixi novo. Terfaktab ada 1 buah, Lejen ada 3 buah, dan sebuah buku dari dubook press.

Dont misunderstand, memang dari kecik lagi aku memang suka kumpul dan baca buku (strike 'baca' sebab bila dah kenal komik, payah nak mula balik HAHAHA)

Masa form 1, aku adalah budak yg lepak kat library masa rehat-- sebab makan sorang-sorang kang orang pandang dengan simpati. So baik baca buku je (aku baca fiksyen je pun). Sebab tu jadi rakan nilam. Tapi stop lepas form 3 sebab malas dah nak tulis sinopsis HAHAHA --Benda paling leceh sebenarnya.

Okay stop zaman sekolah. Aku dah habis baca Kacau by Ariff Adly, Gantung by Nadia Khan dan Suspek by Inawza Yusof. Gila ko tak best baik try baca! Now Siong by M. Faiz Syahmi and Neesa Jamal in progress. --Aku tak tulis review buku sebab aku dah stop jadi rakan nilam. Remember? Hahaha



P/S: Aku perasan cover buku Nadia Khan ni mesti terbalik. Kelabu dan Gantung. Ada jugak masanya aku sendiri terpedaya dengan cover tu *pegang buku terbalik*

Salam Eid Mubarak 2014

05 August 2014


Assalamualaikum,

Since raya ni sebenarnya sebulan, jadi takde masalah la kan kalau aku baru nak wish raya ni? Hahaha okay ini adalah alasan yang sama aku guna dari tahun lepas sebab update pasal raya lambat. Padahal sebenarnya aku malas nak buka lappy pastu taip haih.


Jadi maka dengan ini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan,


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Halalkan la segala blogwalking yang tak terbalas, dan pengisian tabung nuffnang yang tak terbalas jugak. Pada sesiapa yang rajin dok klik nuffnang aku, terima kasih. Semoga dimurahkan rezeki. Insha Allah, aku akan isi tabung korang juga.


Ayat tu kena bold pasal skema sangat. Bunyi macam bagi ucapan raya kat TV je hahaha. Okay now one thing about me kalau cerita pasal raya. (Ceh nak belanja diri sendiri punya fun fact ni)




I was born in 2nd of Syawal 1414 hijrah okay. So sebenornya birthday aku dalam kalendar islam ialah pada bulan Syawal walaupun dalam kalendar masihinya bulan Mac. Bukan hape, rasa spesial sikit. Sampai ibu aku pun cakap macam tu. Ha ha



"Weh i wanna tell you something"

"What?"

"I actual birthday is on 2nd of Syawal."

"Oh really? Selamat hari lahir Ajan! *bla bla bla with all sort of sweet speech and its almost 3 passage kot dia tulis*"

"Tu birthday aku dalam kalendar Islam la"

"EH? Habis tu birthday kau bila?"

"15 March 1994"

"Peh dah lama lepas. Aku tarik balik semua yang aku sent tu hahahahahha"



See dah dapat rasa sambut birthday kali kedua tahun ni. That was my conversation dengan kawan matriks aku, Qila. Kalau aku otak karat masuk air, otak dia pun sama jugak. Bukan satu kepala dah ni kira satu otak. BHAHAHAHHA OKAYBAI



Note: Yea, result final semester II aku dah keluar. So nak ucap banyak-banyak terima kasih kepada yang mendoakan. Sebab dapat dekan lagi ^^. Nampaknya kalau nak achieve result sama lagi, aku kena kurangkan blogging. Jangan marah tau (Dan marathon drama jugak T^T)

Note lagi: Hairan sebenarnya ada yang komen "Kenapa letak 1 gambar je?" kat entry #LorongBelakang padahal aku letak banyak kot T^T Cuba korang scroll, gambar dalam box tu ada lagi kan?