Tips belajar; Belajar dari kesilapan

24 July 2013


Assalamualaikum


Ni aku nak bagi tips belajar yang real punya. Pasal tahun 2011 aku ada post entry pasal tips belajar kimia. Tak sangka entry tu agak dapat sambutan walaupun yang sebenarnya entry tu hanyalah troll semata-mata. Dulu aku mana ada teknik belajar pun. Aku yakin orang-orang yang dah kena troll dengan entry tu mesti maki hamun aku. T.T Sorry la..

Dulu masa aku form 3 stail aku belajar, cuma siapkan kerja sekolah je. Aku tak pernah pun buat latihan extra, sebab lebihan masa tu adalah masa untuk aku online. Yo ler dulu zaman myspace. Gila addict dengan game online. Tapi kat sekolah memang 100% focus, cuma tak buat revision je. Aku dapat focus 100% pun sebab aku tak ada geng cakap.  Memang dalam kelas aku ni pembisu. So result PMR aku gempak la sikit, 6A 2B.

Masa form 5 pulak, aku still gunakan stail study yang sama macam masa form 3 dulu. Tapi result SPM aku boleh buat orang tak percaya. Aku dapat 1A, 1A-…. *panjang result aku weyh*. So secara kasarnya aku dapat 2A sahaja daripada 9 subjek. Ni puncanya aku tak focus dalam kelas. Entah kenapa mengantuk je.



So disebabkan result yang tak seberapa tu, aku tak berani la nak teruskan perjuangan aku dalam aliran sains. Yo la, kimia and biologi aku C kot. Physic and add math aku B. Cikgu-cikgu masa form 5 dulu selalu cakap “kalau result kamu tak strong, jangan harap la nak teruskan sains ni. Nanti kamu susah kat U”

Aku pun tukar jurusan masa kat matrik. Perakaunan. Bila duduk kat matrik ni baru tau cara nak belajar dengan betul. Pasal memang tak boleh nak berfoya-foya sangat. TV pun tak de. Malang lagi, bilik aku memang tak dapat wifii connection. So apa ada? Buku je.

Tips-tips belajar.
1.       Fokus semasa lecturer mengajar.
This is a must ok. Then kalau lecturer ada bagi extra info, kena catat. Dan kalau lecturer ada bagi latihan, kena buat. //Ready gula-gula berangin banyak-banyak. Bagi elak mengantuk. Dan fikirkan benda yang kita tengah belajar ni sesuatu benda yang menyeronokkkan//
 2.       Siapkan tutorial.
Tutorial ni sebenarnya nak bagi faham konsep benda yang kita tengah belajar tu. Bila bincang jawapan dalam tutorial, jangan segan nak tanya bila tak faham. //Actually kalau korang focus dalam lecture, korang takkan malu nak tanya sebab korang tau apa yang korang tak faham.//
 3.       Banyak buat soalan past-year
Benda ni tak sama denga tutorial sebab ni nak mengasah lagi kefahaman korang. Sama ada korang boleh aplikasikan apa yang korang belajar atau tak. //Lagipun benda ni buat korang lebih yakin nak jawab exam sebab korang tau corak soalan dia.//
 4.       Jangan meniru
Bila jawab kuiz ataupun ujian, jangan meniru.  At least kalau salah pun tu atas diri sendiri daripada betul tapi atas orang lain. Ye dak? Pernah dengar omputeh kata “The best teacher is your mistake”. Rilek la nama pun belajar.


Aku rasa itu je yang aku buat. Yang lain macam  pergi kubikel tu aku jarang buat pasal balik kelas pun dah pukul 4. Tak larat dah nak gerak lagi. Belum lagi fikir baju yang aku dah rendam tu lagi. Lagipun setiap kali habis topic pembelajaran, biasanya ada kuiz. Dalam kuiz tu boleh Nampak kat mana tahap kefahaman korang dalam basic topic tu. So mana yang agak tak faham tu boleh touch-up sikit-sikit.


Nak belajar ni tak boleh nak paksa sangat. Pernah je sehari suntuk aku tak sentuh buku. Siap layan movie lagi. Lepas tu layan Running Man gelak terbahak-bahak. *Bagi aku kalau satu hari tak sentuh buku tu dah parah* Dah memang tak ada mood. Tapi kalau ikutkan mood sangat pun tak gerak rasanya. Mood study mana pernah sampai kan? Kan? Kan?

Tapi benda ni depends pada diri sendiri. Selesa dengan cara apa. Kalau duduk kat matrik ni memang tak best kalau tak study. Ye la bayangkan kau lepak kat katil pastu tengok roommate kau semua study bagai nak rak. Memang rasa macam looser gila. Ni pun salah satu pendorong study. Haha.



Siyez tak tau aku ni menjawab soalan Qila ke tak. Sebab dia tanya kat twitter hari tu. Tips belajar. Aku rasa aku banyak lari topic. Haha. Aku memang tak ada tips pun. Tu tips yang aku bagi tu pun kadang-kadang aku tak buat. Yang nombor 1 tu. Aku memang nak focus tapi mata aku mesti jadi berat nak bukak. Haha.

Make sure kalau lecturer tanya faham ke tak, jawan faham kalau korang betul-betul faham. Bukan jawab faham sebab malas nak fikir apa yang korang tak faham. Lecturer matrik ni semangat mengajar. Korang pun kena la semangat belajar. Matrik’s student, Chaiyok!


Pengaruh Seramshit

23 July 2013


Sejak-sejak ni aku selalu tidur lambat sebab melayan tweet seram oleh @seramshit kat twitter. Best jugak la baca cerita dyorang. Lagipun setiap malam curator seramshit bertukar-tukar. So memang cerita dia confirm lain-lain. Penyebab utama aku tidur lambat adalah seramshit ni hanya beroperasi pada pukul 12 tengah malam hingga pukul 4 pagi. Kalau korang pun ada cerita mistik yang nak share boleh la mencalonkan diri untuk curate seramshit ni semalaman.


Ni yang rasa macam nak cerita aku punya cerita seramshit ni. Malas nak calonkan diri nak curate, maka aku tulis je la kat sini. Dugaan besar weyh curate tu. Kalau cerita hambar mau kena bash. Tau rasa kena bash? Macam kau tengah buat persembahan kat pentas tetiba muncul tomato busuk terbang kat muka kau. Tak sanggup aku.

Aku ni tak pernah mengalami benda-benda mistik macam tu. Dengar-dengar cerita tu memang selalu la. Tahun lepas masa aku duduk kat KMPk memang la ada dengar  orang kata ada pasal benda halus ni. Tapi sepanjang aku duduk kat situ, tak ada apa-apa pun berlaku kat aku. Tapi kat roommate-roommate aku yang lain ada la.

Wawa:
Macam biasa lepas maghrib kteorang semua turun pergi kafe yang dekat dengan Blok Sri Teja, Kafe Mama. Lepas makan kteorang balik bilik. Biasa la kalau ada kerja belum siap or ada kuiz esoknya, tak boleh la nak lepak lama-lama kat kafe untuk ‘sesedut’ wifii.

Kteorang kena lalu tangga yang terletak betul-betul berhadapan dengan padang bola jaring diantara blok Sri Teja dan Sri Intan. Masa aku jalan menuju ke blok Sri Teja, Wawa jalan lambat sangat sampaikan aku pun dah jalan terlajak lebih kedepan. So, aku patah balik nak tarik Wawa, “Wa, apasal kau jalan lambat sangat ni? Aku dah sampai depan tau tak?”. Then Wawa pun cakap, “Weyh, kau Nampak tak tu?”. Aku pun pandang kat tempat dia pandang. Laluan yang menyambungkan blok Sri Teja dan Sri Intan. “Nampak apa? Tak ada apa-apa pun.” Serius aku cuma nampak padang kosong je. “Serius kau tak nampak?”.

Ni la gambar padang tu, cuma versi dekat. Ni gambar masa semua sibuk nak balik. Habis sem XD

Aku mula-mula ingat tak ada apa-apa, tapi bila dia dah asyik tanya aku banyak kali, maknanya dia nampak sesuatu la tu. Disebabkan Wawa tak puas hati dengan jawapan aku, dia guna jari telunjuk dia tunjuk arah padang. Risau la aku. Berani pulak dia main tunding-tunding jari kat benda yang aku tak nampak ni. “Dekat tiang bola jaring tu, kau tak nampak ke?”. Aku ajak dia balik bilik, since roommate aku lagi dua orang tu dah lama tinggalkan kteorang, dah sampai bilik agaknya. Tapi wawa ni still tak puas hati. Dia pergi tengok tiang bola jaring tu lebih dekat lagi. Aku pun join tengok. Memang tak ada apa-apa.

Memandangkan muka Wawa dah lain macam, aku pun tanya la dia sepanjang perjalanan nak balik ke bilik.

Aku: Sebenarnya apa yang kau nampak?
Wawa: Makhluk apa entah..  matanya warna merah.
Aku: Oh… *Tak terkejut sebab memang dah jangka dia nampak benda macam tu* So.. apa yang benda tu buat?
Wawa: Dia pandang aku.
Aku: What?!  Dia pandang kau? Selamba je kau tunding-tunding jari kat dia eh.
Wawa: Weyh, aku rasa tak sedap hati la.
Aku: Tak ada apa-apa la. Dah tak payah nak fikir sangat benda tadi tu.

Balik tu, terus baca surah al-mulk. Memang tak ada apa-apa jadi pun. Tapi aku tak tau sangat pasal Wawa ni tak nak cerita habis. Tapi dia ada kata nak lukiskan untuk aku. Cuma aku takut aku yang tak boleh tidur, so aku tolak.

Sebelum ni pun dia pernah macam ni jugak, tapi kat Kafe C. Masa makan malam Wawa ni duduk menghadap pemandangan bukit-bukit *bukit-bukit ni mana nampak dah waktu malam. Gelap* dan aku duduk bertentangan dengan dia. Setiap kali dia dah suap makan dalam mulut, mesti dia pandang  satu tempat ni. Echa yang perasan.

Echa: Kau ni kenapa Wawa?
Wawa: Tu kat pokok tu.. *mengacukan mulut dia kearah belakang aku* Dia panggil aku.

Serius masa tu aku memang tak nampak apa-apa. Cuma pokok. Tu je. Tapi Wawa still tenung tempat tu lama-lama.

Echa: Hishh kau ni jangan la pandang dia. Takut kau termakan dengan ajakan dia. Ajan kau duduk kat situ.

Aku pun duduk kat kerusi yang boleh halang pandangan Wawa dari tempat tu. “Kau pandang aku je. Tak payah pandang dia.”

Wawa ni aku kategorikan special sikit sebab kadang-kadang dia boleh nampak benda macam tu. Even dia dari kecik lagi. Lagipun abang dia memang boleh ubatkan benda-benda macam ni. So dia pernah nampak yang lagi ganas pun ada.


Echa:
Cerita echa ni pendek je. Dia ada cerita masa dia mandi nak dekat-dekat maghrib tu dia ada dengar orang menangis. Dan lagi dia pernah cerita masa dia nak pergi tandas dalam pukul 2-3, dia macam nampak  ada orang berambut panjang dan berbaju putih masuk tandas jugak. Cuma yang hairannya, tak ada bunyi air paip mengalir pun dari tandas tu. Tapi ni tak dapat nak dipastikan la sebab dia tengah mamai masa tu. Semua benda dia bodohkan je.

Okay ni cerita panjang sikit.
Satu hari, aku online kat meja study aku. Meja aku sebelah tingkap, belakang aku meja Echa. Masing-masing buat kerja sendiri. Aku online memang tak ingat dunia la sebab aku dah lama tak online. Gian. Kalau aku online memang aku focus habis. Semua benda aku tak perasan. So bila aku dah siap online, aku pergi la kat Echa. Dia dah duduk kat tengah-tengah bilik.

Echa: Kau tak dengar apa-apa ke tadi?
Aku: Dengar apa?
Echa: Bunyi tingkat kena ketuk la. Kau tak dengar ke? Kuat kot.
Aku: Serius? *cuba mengimbas balik bunyi-bunyi yang aku dengar sepanjang aku online* Rasanya tak dengar apa-apa.
Echa: Aku seram doh. Tu yang aku duduk sini.
Aku: Kejam, bukan nak ajak aku.
Echa: Aku tengok kau rilex je. Aku biar je la.


Shaa:
Shaa ni jenis suka study sampai lewat malam. Orang lain dah tidur, dia masih sibuk dengan buku-buku dia. Atas pintu bilik kteorang ada cermin. ¾ daripada cemin tu dah ditutup dengan kan batik sebab lampu pendaflour kat luar bilik tu betul-betul  depan pintu bilik, so cahaya yang masuk dalam bilik tu terang sangat buat aku susah nak tidur.

Shaa kata masa dia tengah study tu, tiba-tiba bilik tu kejap terang kejap gelap. Maksudnya bahagian ¼ cermin yang tak ditutup tu jadi tempat untuk benda tu main-main dengan cahaya tu. Siapa tak takut bila sorang-sorang duduk dalam bilik separa gelap dan kena kacau macam tu.

“Pergi! Jangan kacau aku la bodoh” then benda tu tak kacau dah.


Shaa  dengan Echa je yang pernah kena tindih masa tidur. Yang pasal ni aku malas nak cerita. Rasanya siapa yang pernah kena tu tau kot. Tiba-tiba rasa macam badan kena hempap and susah nak bernafas. Lagi menakutkan bila dengar jeritan kuat kat telinga. Masa tu sikit pun tak boleh nak gerak.

Sejauh mana kebenaran benda ni aku tak tahu sebab aku ceritakan balik je. Tapi kalau aku ter-tokok tambah tu kira halal je la. Haha. Aku rasa jalan cerita aku memang sama cuma dari segi perbualan tu mungkin dah berubah sikit. Ye la. Mana aku ingat actual dialog kot.


Cerita ni bukan nak menakutkan orang. Benda ni sebenarnya tak payah nak difikirkan sangat. Kalau asyik fikir mesti rasa macam kena ikut la, macam ada orang tengah tengok la. *Sebab aku pun kadang-kadang macam tu*  Padahal tu cuma perasaan sendiri je. So waspada ok. Kalau takut baca ayat kursi.


My grandma on TV

14 July 2013


Assalamualaikum,

Actually semalam aku balik kampung. Saje nak berbuka and sahur dengan nenek. Haha. Tapi satu malam je la tidur kat kampung, pasal isnin nanti adik aku sekolah.

Nenek: Eh kakak tengok la TV 1. Ada drama bersiri rakam kat tempat kerja nenek. Nenek pun ada konon-konon berlakon sekali
Aku: TV 1? Cerita apa?
Nenek: Apa ye tajuknya? Ada Norkhiriah berlakon. Konon-kononnya bos.

[aku ni jarang tengok TV. Berita je yang aku rajin tengok. *itu pun kalau rajin* So memang tak bukak la TV-TV ni]

Hahaha kalau korang nak tau, tempat kerja nenek aku tu agak terkenal. Dulu masuk Wanita Hari Ini, TV3. Lepas tu Agen Halal, TV Alhijrah. Surat khabar pun ada. Ada la jugak nampak muka nenek aku yang comel tu. Hahaha

Nenek aku ni kerja buat kerepek. "Kuih siput" antara kuih yang femes. Tapi aku lagi suka kerepek bawang. Muahaha.




Okay tu je. Ni aku update pakai fon. Nanti kalau aku update pakai laptop, aku post gambar. Hehe Jangan lupa tengok nenek aku kat TV ye~



SEMI HIATUS: This is my day

11 July 2013


Assalamualaikum.

Okay, firstly nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat. <-- Fuyooh ayat macam nak bagi deejay radio baca je.

As you all (maybe not all) know, today is the day where UPU result is out. *Pehal ayat semacam* . Aku check result tu pun pukul 1 and guess what? I ni bakal UUM student. Dapat course perbankan. Sorry la terpaksa strike course tu sebab kalau my science stream teacher dari sekolah menengah tau ni, mau kena pancung.


Soo does anyone here yang dapat sama? Ok forget it.


Lesen kereta aku baru keluar hari ni. Nak tau apa yang best? Aku tak payah pakai stiker P kat kereta pasal P motor aku aku dah lama habis. Kiranya sekarang ni aku dah jadi pemandu yang berlesenkan CDL.



Berita pasal nuffnang pulak. Duit nuffnang aku tu dah cecah RM50 k. Boleh cash out dah. Tapi aku rasa nanti la. Tunggu lama sikit. HAHA Bukan senang nak dapat duit dari nuffnang ni. Aku pakai dah hampir 3 tahun baru dapat RM50.



For everything happen today, all i can say is Alhamdulillah. Berkat Ramadhan :)







Tak tahu lepas ni boleh update lagi ke tak. Pasal tu aku letak 'SEMI HIATUS'