Tips belajar; Belajar dari kesilapan

24 July 2013


Assalamualaikum


Ni aku nak bagi tips belajar yang real punya. Pasal tahun 2011 aku ada post entry pasal tips belajar kimia. Tak sangka entry tu agak dapat sambutan walaupun yang sebenarnya entry tu hanyalah troll semata-mata. Dulu aku mana ada teknik belajar pun. Aku yakin orang-orang yang dah kena troll dengan entry tu mesti maki hamun aku. T.T Sorry la..

Dulu masa aku form 3 stail aku belajar, cuma siapkan kerja sekolah je. Aku tak pernah pun buat latihan extra, sebab lebihan masa tu adalah masa untuk aku online. Yo ler dulu zaman myspace. Gila addict dengan game online. Tapi kat sekolah memang 100% focus, cuma tak buat revision je. Aku dapat focus 100% pun sebab aku tak ada geng cakap.  Memang dalam kelas aku ni pembisu. So result PMR aku gempak la sikit, 6A 2B.

Masa form 5 pulak, aku still gunakan stail study yang sama macam masa form 3 dulu. Tapi result SPM aku boleh buat orang tak percaya. Aku dapat 1A, 1A-…. *panjang result aku weyh*. So secara kasarnya aku dapat 2A sahaja daripada 9 subjek. Ni puncanya aku tak focus dalam kelas. Entah kenapa mengantuk je.



So disebabkan result yang tak seberapa tu, aku tak berani la nak teruskan perjuangan aku dalam aliran sains. Yo la, kimia and biologi aku C kot. Physic and add math aku B. Cikgu-cikgu masa form 5 dulu selalu cakap “kalau result kamu tak strong, jangan harap la nak teruskan sains ni. Nanti kamu susah kat U”

Aku pun tukar jurusan masa kat matrik. Perakaunan. Bila duduk kat matrik ni baru tau cara nak belajar dengan betul. Pasal memang tak boleh nak berfoya-foya sangat. TV pun tak de. Malang lagi, bilik aku memang tak dapat wifii connection. So apa ada? Buku je.

Tips-tips belajar.
1.       Fokus semasa lecturer mengajar.
This is a must ok. Then kalau lecturer ada bagi extra info, kena catat. Dan kalau lecturer ada bagi latihan, kena buat. //Ready gula-gula berangin banyak-banyak. Bagi elak mengantuk. Dan fikirkan benda yang kita tengah belajar ni sesuatu benda yang menyeronokkkan//
 2.       Siapkan tutorial.
Tutorial ni sebenarnya nak bagi faham konsep benda yang kita tengah belajar tu. Bila bincang jawapan dalam tutorial, jangan segan nak tanya bila tak faham. //Actually kalau korang focus dalam lecture, korang takkan malu nak tanya sebab korang tau apa yang korang tak faham.//
 3.       Banyak buat soalan past-year
Benda ni tak sama denga tutorial sebab ni nak mengasah lagi kefahaman korang. Sama ada korang boleh aplikasikan apa yang korang belajar atau tak. //Lagipun benda ni buat korang lebih yakin nak jawab exam sebab korang tau corak soalan dia.//
 4.       Jangan meniru
Bila jawab kuiz ataupun ujian, jangan meniru.  At least kalau salah pun tu atas diri sendiri daripada betul tapi atas orang lain. Ye dak? Pernah dengar omputeh kata “The best teacher is your mistake”. Rilek la nama pun belajar.


Aku rasa itu je yang aku buat. Yang lain macam  pergi kubikel tu aku jarang buat pasal balik kelas pun dah pukul 4. Tak larat dah nak gerak lagi. Belum lagi fikir baju yang aku dah rendam tu lagi. Lagipun setiap kali habis topic pembelajaran, biasanya ada kuiz. Dalam kuiz tu boleh Nampak kat mana tahap kefahaman korang dalam basic topic tu. So mana yang agak tak faham tu boleh touch-up sikit-sikit.


Nak belajar ni tak boleh nak paksa sangat. Pernah je sehari suntuk aku tak sentuh buku. Siap layan movie lagi. Lepas tu layan Running Man gelak terbahak-bahak. *Bagi aku kalau satu hari tak sentuh buku tu dah parah* Dah memang tak ada mood. Tapi kalau ikutkan mood sangat pun tak gerak rasanya. Mood study mana pernah sampai kan? Kan? Kan?

Tapi benda ni depends pada diri sendiri. Selesa dengan cara apa. Kalau duduk kat matrik ni memang tak best kalau tak study. Ye la bayangkan kau lepak kat katil pastu tengok roommate kau semua study bagai nak rak. Memang rasa macam looser gila. Ni pun salah satu pendorong study. Haha.



Siyez tak tau aku ni menjawab soalan Qila ke tak. Sebab dia tanya kat twitter hari tu. Tips belajar. Aku rasa aku banyak lari topic. Haha. Aku memang tak ada tips pun. Tu tips yang aku bagi tu pun kadang-kadang aku tak buat. Yang nombor 1 tu. Aku memang nak focus tapi mata aku mesti jadi berat nak bukak. Haha.

Make sure kalau lecturer tanya faham ke tak, jawan faham kalau korang betul-betul faham. Bukan jawab faham sebab malas nak fikir apa yang korang tak faham. Lecturer matrik ni semangat mengajar. Korang pun kena la semangat belajar. Matrik’s student, Chaiyok!


No comments:

Post a Comment