Liebster Award: shamstallion

18 September 2014


Assalamulaikum,

Ha kena tag lagi. Kali ni liebster award. Thanks to Sham sebab tag hew hew. Rasa terselamat dari memerah otak nak update apa. Korang penyelamat aku haha


Rules:
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog
  • Answer the 11 question asked
  • Nominate 11 other blogger with smaller folloing but with lots of potential
  • Create 11 your own question for them to answer
  • Notify your nominate




Q: Berapa lama korang terjebak dalam dunia blogging?
A: Tahun 2010 (Form 4) kalau tak silap. Wah dah 4 tahun meh.

Q: Kenapa korang memilih untuk blogging?
A: Sebab curios cemana rasanya ada blog. Masa tu kan masih teenage, curiosity tinggi gilo.

Q: Korang dah LIKE facebook fanpage aku?
A: Belum. Sebab jarang on facebook masa blogging tsk tsk (Serious aku tak aktif sangat kat facebook)

Q: Bila masanya korang akan duduk menghadap blog?
A: Waktu malam kalau takde assignment (Tapi kalau ada assignment pun aku boleh multi-tasking blogwalking HAHAHA)

Q: Apa hobi masa lapang korang?
A: Baca novel yang aku bawa dari rumah yang tak sempat habis baca ni. (Currently sedang baca Awan by Syafiq Aizat)

Q: Kenapa korang pilih hobi tu?
A: Sebab baca novel tu best. Tak rasa best ke? Lol okay tau hobi ni sangat skema.

Q: Apa benda paling gila korang pernah buat?
A: Hirup tomyam guna straw kat cafe --Kawan aku terseksa tengok aku sedut tomyam pakai sudu. Tak luak katanya. So dia kata "Kau pakai straw ni". so aku terus la pakai straw sedut [Sebenarnya tak rasa benda ni gila sangat bagi aku cuma kawan aku suka kata "Ajan ni gila sikit, kau jangan cabar dia bukan-bukan"]

Q: Tempat yang korang ingin pergi?
A: Nak pi Korea.

Q: Kenapa korang nak sangat pergi situ?
A: Sebab aku tak dapat fikir tempat lain selain dapur (makan <3)

Q: Apa pendapat ikhlas tentang blog kecik aku ni?
A:Nice je blog. Simple and tak berat (my fav type of blog). Tak tau nak komen pasal apa. hew hew tapi serious blog simple yg tak berat ni my favorite--  Nanti ajar aa cane nak main gitar. hehe (kawan bagi gitar tapi zzz)

Q: Boleh tak promote blog kecik aku ni kat kawan-kawan korang? Hahaha!!
A: "Awak-awak yang baca entry ni, jemput-jemput la singgah blog Abam Sham ni" --Gini je boleh dak? Hew hew hew



Tag: 


Soalan cepumas:
  1. Apakah benda paling jauh yang boleh korang capai tanpa mengubah posisi asal korang?
  2. Nyatakan 3 lagu "most played" dalam phone korang.
  3. Waktu dan tarikh korang jawab soalan ni.
  4. Capai buku paling dekat dengan korang, buka mukasurat 15. Taip ayat baris ke-5.
  5. Letak top 3 link blog yang ada kat dashboard korang.
  6. Berapa umur korang 20 tahun akan datang?
  7. Prefer pakai jam kat tangan belah kanan  atau kiri?
  8. Apakah benda pertama yang korang fikir bila dengar perkataan "hensem"?
  9. Ada weird habit? Jika ada,nyatakan. (cth: Suka bau buku baru lama-lama / suka telan ubat gigi)
  10. Upload gambar dekstop korang.
  11. Tulis nombor soalan yang korang tak dapat nak jawab dengan jujur.

Peh penat nak fikir 11 soalan ni. Kalau boleh tak nak bagi soalan yang kena fikir. Penat lor nak fikir (Aku paham weh. Aku dah banyak kali jawab liebster award ni. Ponat deh pikir). Tapi soalan kali ni, korang banyak kena buat lah tapinya.

Nak jawab,silakan. Kalau tak nak pun tak apa. Aku update pun pasal nak botak dah fikir nak update entry apa. Yang tak kena tag pun boleh jawab. Jangan lupa share balik link yang korang dah jawab ok. Nak baco jugok.


Liebster Award: cahayaketinggiankehalusan


Assalamualaikum,

Thanks to Alia Liayana sebab tag hew hew. Rasa terselamat dari memerah otak nak update apa. Korang penyelamat aku haha.  Ni la sebab kenapa aku appreciate sangat kalau ada orang tag.



Rules:
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog
  • Answer the 11 question asked
  • Nominate 11 other blogger with smaller folloing but with lots of potential
  • Create 11 your own question for them to answer
  • Notify your nominate

Q: 3 perkataan yang menghuraikan diri anda.
A: Mata tak sepet

Q: Sumber inspirasi dan motivasi anda.
A: Ini tak tetap. Boleh jadi sesiapa dan apa jua benda bergantung kepada situasi.

Q: Gadget yang mesti ada dalam poket.
A: I dont put anything in my pocket even i have one. Letak barang dalam beg XD  (Bukan nak loyar buruk tapi seluor nowaday manyak kotat maa. Kalau letak phone, mau patah dua kang duduk XD)

Q: Apps yang paling penting dalam gadget anda.
A: Social network (Instagram, Twitter, Telegram and Whatsapp). Photography (VSCOcam, Picsart)

Q: Apa yang anda impikan buat masa sekarang ni.
A: Nak exposekan diri dalam aktiviti university (Sebab selalu takde confident nak terlibat secara besar-besaran) dan of course la nak dekan lagi hahaha

Q: Hobi waktu senggang?
A: Baca novel-- Dah bagitau kat atas tuh haha

Q: Menonton TV / Mendengar radio
A: I hate both actually.

Q: Destinasi perlancongan yang ingin anda pergi.
A: Korea --Explained earlier haha

Q: Bakat terpendam / Kebolehan anda yang tak ramai orang tahu.
A: Boleh naik roller coaster tanpa buat reaksi muka dan tak menjerit.

Q: Situasi yang membuatkan anda tertekan.
A: Fikirkan situasi orang lain.

Q: Komen anda tentang blog Alia
A: Cantik and simple. Tak sangka hitam dan emas boleh jadi kombinasi yang lawa wow.



Tag: 


Soalan cepumas:
  1. Apakah benda paling jauh yang boleh korang capai tanpa mengubah posisi asal korang?
  2. Nyatakan 3 lagu "most played" dalam phone korang.
  3. Waktu dan tarikh korang jawab soalan ni.
  4. Capai buku paling dekat dengan korang, buka mukasurat 15. Taip ayat baris ke-5.
  5. Letak top 3 link blog yang ada kat dashboard korang.
  6. Berapa umur korang 20 tahun akan datang?
  7. Prefer pakai jam kat tangan belah kanan  atau kiri?
  8. Apakah benda pertama yang korang fikir bila dengar perkataan "hensem"?
  9. Ada weird habit? Jika ada,nyatakan. (cth: Suka bau buku baru lama-lama / suka telan ubat gigi)
  10. Upload gambar dekstop korang.
  11. Tulis nombor soalan yang korang tak dapat nak jawab dengan jujur.

Peh penat nak fikir 11 soalan ni. Kalau boleh tak nak bagi soalan yang kena fikir. Penat lor nak fikir (Aku paham weh. Aku dah banyak kali jawab liebster award ni. Ponat deh pikir). Tapi soalan kali ni, korang banyak kena buat lah tapinya.

Nak jawab,silakan. Kalau tak nak pun tak apa. Aku update pun pasal nak botak dah fikir nak update entry apa. Yang tak kena tag pun boleh jawab. Jangan lupa share balik link yang korang dah jawab ok. Nak baco jugok.

Loom bracelet / loom band

16 September 2014


Assalamualaikum,

Nak tangkap gambar gelang getah tu tapi pada masa yang sama tak nak expose too much my hand, so nampak macam aku nak show off jam kan? Tsk tsk jangan salah faham eh.


Apa itu loom band? Loom band ni simpulan getah berwarna warni yang dijadikan gelang

Lately aku tengok ramai yang pakai / buat / jual loom band ni. Then pergi kat satu kedai ni, dia jual loom band kit (Cukup ah semua equipment nak buat dalam tu) RM12 --Terkejut tengok harga, pasal ada terjumpa org jual band ni satu gelang RM8 \\pengsan\\


So, this is my loom band kit. Beli extra getah pasal tak de getah putih dalam kit tu. And yes atas lappy aku tu, some of my loom band yang dah siap.

Kalau tak tau nak buat macam mana, jangan risau. Refer je tutorial kat youtube. Sonang deh. Tau tau dah siap. Masa tu macam "Omg dah siap ke?"


Atas ni gambar aku ambil sebab excited dah nak siap. Tau apa jadi lepas tu? One of the band, putus! Putus masa aku cuba keluarkan getah tu. Der sape kata buat benda ni tak berfaedah? Mengajar kita erti kesabaran tau dak? HAHAHA


Personal collection. Banyak dak aku buat? Mostly aku nak bagi kat kawan. Macam friendship bracelet gittew. Handmade pulak tu peh.


Sorry sebab tak dapat recommand kan mana-mana online shop yang jual murah sebab tak nampak lagi. Loom band kit tu pun aku beli kat kedai serbaneka dekat dengan kawasan rumah aku je.



Pesta Buku Selangor 2014

14 September 2014


Assalamualaikum,

Entry ini telah dicoretkan pada 3 September 2014. Lambat benoh aku publish. Takpe la, publish jugakkan?

To be very honest, aku pergi sebab nak dapatkan buku fixi. 3 buku, RM 50 bukan selalu beb.

Dan buku yang aku rembat masa tu ialah Santet, Gelap dan Tangkas.


Aku dah aim Santet dan Gelap dari masa buku ni di-announce kat twitter @bukufixi. Sebab aku suka buku Seronok by Saat Omar (penulis buku Santet) dan buku Kacau by Ariff Adly (penulis buku Gelap)-- Pasal tulisan depa ni gila addictive nak baca. Serious.

Addictive. Sebab bila aku recommand orang baca buku ni, dyorang mesti kata best gila. Aku dah tarik 3 orang baca buku ni beb.

The reason aku pilih buku Tangkas sebab mamat penulis dia ada kat situ. Aku sampai sekarang masih tak percaya yang satu daripada buku fixi aku dah ada tanda tangan penulis. Tak tahu nak rasa teruja ke terharu --

Kau tau tak 3 hari aku eksaited tengok buku yang ada signature. Tak perasan pun tarikh dia tulis salah. Aku boleh jadi noob tengok singnature dia. Aku syak mamat ni pakai sharpie jampi-jampi masa sign atas buku agaknya.


By the way, i just made Aisyah aka my matriks roomate into fixi fans. Yeeha. Terkejut hari tu dia whatsapp tanya "Ajan, mana nak dapat buku yang kau selalu baca tu? fixi" --Ha kau, laju la aku spam dia pasal buku feberet aku ghahahahaha-- Sorry beb, this is virus XD




Pemenang Mini Merdeka Giveaway

09 September 2014


Assalamualaikum,

Maka hari yang dinanti-nanti telah tiba. Hari pengumuman pemenang Mini Merdeka Giveaway.

Dah ready? Okay kasi drumrolls sikit. Ingat aku tak berdebor ke nak klik "generate" kat random.org tu? Mengigil oi. Incase nak tengok number blog korang <klik sini>

Pemenang Powerbank


Pemenang Monopod


Pemenang topup


----------------------------------------------------------------------------

Bagi pemenang powerbank, boleh email ke hafizzulkafly@gmail.com detail anda:
Nama:
Alamat:
No Telefon:
URL blog:

Bagi pemenang monopod, boleh email ke nurhafzhan.elf@gmail.com detail anda:
Nama:
Alamat:
No Tel:
URL blog:

Bagi pemenang topup, boleh email ke hafizzulkafly@gmail.com detail anda:
Nama:
URL blog:
No Tel:
Operator telefon: (Maxis, Celcom, Digi, dan lain-lain)

Note: Jika selepas 3 hari tiada sebarang contact dari pemenang, kami berhak untuk menukar pemenang lain.

Thanks to;

Pertama sekali nak ucap terima kasih banyak-banyak, besar-besar kepada hudapunya sebab jadik sponsor untuk giveaway ni.

Ha korang kalau ada yang nak beli powerbank Pineng yang murah, boleh contact dengan @hudapunya, through instagram. Korang cakap je cemni "Saya baca kat entry Mini Merdeka Giveaway kat blog, hakak jual powerbank murah eh? Nak satu!"-- Kompem dia kasi lagi murah hahaha.

Next, nak ucap terima kasih kat Apis sebab nak buat giveaway ni dengan aku. Since ini adalah giveaway pertama aku, aku teruja seminggu. Ye la, dah lama teringin nak buat tapi takde confident. And at last, dream come true hew hew hew

Tak lupa juga terima kasih untuk yang sudi join, kalau korang tak join maka krik krik la kiteorang punya giveaway ni. Terharu nih. Serious aku ingat nanti jadik cam krik krik --Ni la punca takde confident weh tsk tsk

Tahniah buat pemenang. Yang tak menang tu jangan sedih ok. Nanti kalau ada rezeki lebih, kiteorang buat giveaway best best lagi.


Dengan ini Mini Merdeka Giveaway by Apis and Ajan Sponsored by hudapunya telah tamat secara rasmi :)



Little update: Setelah buat beberapa perbincangan, perdebatan, pergaduhan, pergedikkan dengan Apis, kami buat keputusan untuk kekalkan pemenang sedia ada dan tidak memilih pemenang baru walaupun mereka masih belum claim hadiah sampai sekarang. --Kira batal la yang kata mesti claim in 3days tu atau tukar pemenang baru. Paham ye ^^

The Versatile Blogger Award

07 September 2014


Assalamualaikum,

Yeay Mini Merdeka Giveaway dah tutup! Baru dapat publish entry ni.

Sebelum ni sibuk dengan Liebster Award. Sekarang muncul pula Versatile Blogger Award. Apa-apa pun terima kasih Miss Fatyn, Farra, RaraIzzaty, Sham, Yus dan Reza sebab tag --Sejujurnya aktiviti macam ni la yang membantu aku untuk update blog bila dah ketandusan idea nak update hahaha.

Sebenarnya entry ni dah siap pada 28 August 2014, tapi kasi laluan kat giveaway dulu. So sape yang baru tag aku tu, yang sempat aku masukkan nama dia. Hehe



Rules:
- Thanks to the person who gave you this award (Include a link to their blog)
- Select 15 blogs (bloggers you've recently discovered, followed regularly)
- Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
- Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

Okay, based on the rules aku kena pilih 15 blog dan calonkan dia untuk award ni (Walaupun aku tak tau apa beza rules no 2 dan no 3) baru tulis "7 thing about yourself" --Aku nak skip "nominating" tu sebab nak tulis "7 things about yourself" dulu k. Kat bawah baru nominate.


1. Librocubicularist (a person who reads in bed)
Aku tak tau kenapa tapi aku dah cuba jadi macam student dalam TV yang baca buku kat taman la, tasik la dalam tren la. Aku tetap tak selesa. Aku dah cuba baca buku dalam keadaan duduk kat ruang tamu pun still tak boleh. Tak kira la baca nota atau novel. --

Tapi ada baca yang tulis librocubicularist ni orang yang tak boleh tidur tanpa buku. Aku tak sampai tahap tu kot. Cuma baca atas katil je hahahah. Lebih suka baring atau meniarap bila baca buku sebenarnya. XD --Style suka bela perut gini la dio.


2.Sarcasm switch rosak
"Oi aku perli kau la" said by my sister, Nad.
"Tu aku perli la" said by Apis.

Banyak kali dah aku selalu dapat macam ni sebab aku memang tak boleh detect perli. Kalau nak cakap, please cakap direct ye. "Cantik tulisan kau" kata Yunus, adik aku. "Eh? Ye ke? Ni cuma tulisan malas je" Kata aku merendah diri. "Aku perli kau la dol" "Oh! ye ke?"-- This thing really happen k. (And tulisan aku memang buruk pun HAHAHA)

Sampaikan Apis said "Eh kau ni memang innocent ke pura-pura tak tau?" Seriously, aku memang tak tau dia tengah perli *garu kepala*

"Kampung kau kat mana?" 
"Belah ibu kat Tanjung Karang. Belah ayah kat Sepang"
"Eh! Dekatnya" 
*5 minit terdiam*
"Lily, err... Tu kau tengah perli ke kau cakap betul?"
"Eh aku cakap betul la. Ingat aku tengah perli ke?"

(Tiba-tiba jadi sedikit aware bila orang cakap. 5 minit tau aku fikir yang dia tengah perli ke cakap betul. Konfius sangat T^T Cerita bab ni sampai esok pun tak habis weh)


3. Invisible in class
Ni cerita masa aku secondary school. Zaman primary school tu masih visible. When puberty hits me, things change. When i was in form 1 until form 4, aku tak ramai kawan.(form 5 takde problem sebab dah stay setahun dengan class form 4 kan, setahun ialah tempoh untuk aku get comfortable)

Kalau orang lain ramai kawan, tapi aku stick dengan 1-2 orang untuk satu-satu masa. Sebab dulu aku amik masa 1 tahun untuk get comfortable with people. (Kelas aku pulak asyik tukar-tukar, anjak kedepan kononya pandai sangat)

Terkejut masa form 5;
"Dulu masa form 1 aku 1 Dedikasi"
"Eh kau pun 1 Dedikasi ke Ajan? Apesal aku tak perasan kau?"

Every year, aku duduk belakang dan jauh dari geng budak perempuan melayu. And since takde kawan dalam kelas aku selalu ketinggalan news contohnya aku selalu terlambat pergi makmal / bilik seni sebab tak tau tsk tsk--

Aku ada kawan cuma bukan rapat sangat la takat pinjam pen (bukan kawan yg buat cerita problem, cuz i have none). Aku pulak jenis awkward 24/7, padan muka. Kalau cikgu suruh buat group, orang lain semua dok cari kawan, aku pulak cuma duduk tunggu orang pilih aku (itu pun kalau ada)

Cuba tanya student yang satu kelas dengan aku kat U, mesti dyorang tak perasan aku punya. HAHAHAHa


4. I can't get closer with people i like
Masa secondary school jugak. Ni macam crush la. Semua crush aku type yang aku tengok dari jauh. Kalau dekat, sistem badan aku macam automatically shut down

Teringat masa form 3 kena buat ujian lisan bahasa melayu kat depan kelas. Boleh pulak crush aku duduk depan sekali. Apa benda semua yang aku nak cakap semua tersekat kat kerongkong. Class semua dah pandang, tangan aku pulak dah sejuk. Sampai cikgu kata "Okay Hafzhan, tarik nafas dan cuba sekali lagi" --Result still sama. (Masa tu kalau ada orang halau crush aku keluar kelas, aku berterima kasih sangat). Aku tak buat ujian lisan masa form 3, serious.

Ada satu hari ni aku buli kawan aku naik tangga (since stamina dia agak lemah, naik tangga lambat. Aku dah lari sampai atas) Lepas pandang bawah dan gelak, aku nak teruskan lari naik atas and *badan dah shut down* --Almost langgar crush aku. Aku terus jadi patung, and im not even breathing. Bila dia dah turun sampai aku tak dengar suara dia baru aku jadi normal balik.

Kau bayangkan masa tu dia cuma satu anak tangga atas aku dan benda pertama aku nampak cuma nametag dia dan lencana sekolah dalam jarak dekat. Macam cerita kartun je. Tapi betul weh T^T --Ni pun kalau cerita sampai esok tak habis. Aku punya badan selalu sangat shut down automatically masa tu.


5. Food is precious
Aku tulis macam tu sebab aku ni jenis yang kena habiskan makanan sampai licin. Kau akan tau struggle makan bila adik-beradik kau 5 orang dan masing-masing dalam tahap nak membesar. Dulu kat rumah kalau ada biskut atau hotdog atau nugget (Makanan ringan la senang citer), makanan tu boleh habis in less a week-- Dan tak boleh simpan makanan dalam peti sejuk sebab senang lesap.

Setiap kali makan nasi pun mesti habis sampai licin pinggan walaupun dah kenyang ataupun tak suka makanan tu "membazir amalan syaitan".

Until now, aku menyesal betul kalau terambil nasi banyak sebab nak habiskan memang seksa dan kalau tak habiskan kena seksa haha --Aku hairan macam mana budak zaman sekarang boleh tinggal je makanan bila dah kenyang. Tak rasa bersalah ke? Kalau kenyang, kenapa ambil banyak?

Suatu hari dengan Nad;
"Akak aku dah kenyang la. Tak boleh nak habis"
"Ah takde. Baik kau habiskan. Kalau tak lepas ni aku tak nak belanja kau makan"
"Bungkus boleh tak?"
"Gile ke. Dah sikit macam ni nak bungkus? Bungkus dalam perut kau cepat"

Aku belanja dia makan Kenny Rogers. Mana tak kenyang, banyak kot. Tapi nak buat macam mana. Kalau aku dah verified "habis makan" baru boleh bangun. --Lepas tu jalan macam nenek nenek sikit sebab full hahaha


6.Easy to approach on internet
Kalau in real world aku selalu awkward 24/7, aku lain dalam internet. Aku boleh selamba dek je tegur orang dalam internet macam dah lama kenal. (Aku harap orang yang kena tegur tu tak rasa pelik pls)

Selepas habis matrik, aku baru follow twitter classmate-classmate aku. Aku tegur salah sorang classmate aku yang aku jarang cakap dengan dia sepanjang setahun tu (Err almost tak pernah bercakap sebenarnya). So dia;

"Eh Ajan."
"Ha kenapa?"
"Kat kelas dulu tak pernah bertegur pun. Ni aku follow twitter pun sebab kawan je"

Dan kawan aku yang lain mesti macam "Eh sejak bila kau rapat dengan dia?". Aku senang nak bergaul dengan orang kalau bukan depan-depan. Serious T^T --Tapi malangnya, aku tak reti nak involve dalam group conversation (mute group whatsapp)

Mostly orang akan sangka aku pemalu, guess what lepas kawan dengan aku dyorang semua takkan setuju kalau word "pemalu" tu describe diri aku.


7. Panic rush
Aku tak tahu nak bagi nama apa untuk describe sifat aku yang satu ni. Sebenarnya, aku tak boleh rush atau kelam kabut dan aku tak boleh panik. Sekali dah kena salah satu, habis la. So kalau pergi kelas awal 1 jam pun aku sanggup (Tak nak kelam kabut) --Aku bab masa ni, jangan kata la weh

Kalau aku panik, benda yang aku buat semua macam tak kena. Kelam kabut macam hape. Contoh kalau pi kelas kelam kabut nanti ada la benda tertinggal la (pernah juga sampai terlupa pakai deodorant. er kbai)

Contoh terdekat, kalau korang ada ternampak entry Mini Merdeka GA teaser (dah delete) dulu. Tu aku tengah panik tahap cipan. Boleh masa tulis tak rasa apa-apa. Bila dah publish, baru perasan yang aku dah bagitau hadiah utama GA and paling penting... NAMA GA TU.

Aku terus tak senang duduk dah. Tau tak macam mana orang yang dah tak boleh nak fikir apa nak buat, panik and kelam kabut semua. Risau Apis marah je (Aku dah reveal banyak kot tsk tsk spoil gila)

"Oi relax la. Aku bukan nak makan kau pun."

Then lepas 10 minit baru boleh fikir normal balik. Instead of edit entry tu, aku delete terus. Dan masa aku nak delete entry yang terlebih bagitau rahsia, aku terdelete the real entry Mini Merdeka GA yang patutnya publish 25hb tu. --Terus PANIK balik  (face palm)




  1. http://maizurazulkeflee.blogspot.com/
  2. http://nenekshinchan.blogspot.com/
  3. http://thefoodchewer.blogspot.com/
  4. http://smilingsafieqa.blogspot.com/
  5. http://isaygoodbyee.blogspot.com/
  6. http://amijacuwada.blogspot.com
  7. http://norshamimi.blogspot.com/ 
  8. http://nurainahanis.blogspot.com/ 
  9. http://mizzikastories.blogspot.com/ 
  10. http://in-finitedream.blogspot.com/ 
  11. http://iwantsuccess93.blogspot.com/ 
  12. http://bloomysloomy.blogspot.com/ 
  13. http://zambo-zell.blogspot.com/ 
  14. http://shujimmy.blogspot.com/ 
  15. http://nasilemakkimchi.blogspot.com/ 

Untuk yang kena tag, awal awal aku nak mintak maap sebab menyusahkan korang luls. Ampun pak. Dan aku rasa ini entry aku yang terpanjang sepanjang tahun ni. //Tahniah Ajan//