Ujian personaliti diri

31 January 2015


Assalamualaikum,


Aku dapat dari group whatsapp family aku. Dan aku rasa benda ni sangat menarik untuk di-sharekan. Tak pasti kalau korang dah pernah buat. Tapi aku nak tulis jugak. Ok kita mulakan kat bawah.

Anda tinggal bersendirian di rumah dan beberapa masalah terjadi:

1. Telefon berdering
2. Bayi menangis
3. Ketukan di pintu dan seseorang memanggil diluar
4. Kain di ampaian, dan hujan
5. Air di singki masih berpasang dan hampir melimpah keluar

Susunkan permasalahan diatas mengikut keutamaan anda. Saya akan jelaskan personaliti anda mengikut urutan yang anda berikan


Ok sekarang sila ambil masa fikirkan urutan. Jangan scoll kebawah kalau belum siap susun eh.




HA TENGOK APA?



DAH SUSUN KE?



OH NAK MAIN TIPU YE?



JAP JAP MANA JAWAPAN DIA?



ALAMAK HILANG KE?



HAHA GOTCHA! GILA KE HILANG?



DAH READY KE?



OK OK KITA REVEAL JAWAPAN EH.



RILEK. RILEK JANGAN MARAH LAGI.



TARIK NAPAS DULU.



//DRUM ROLLS//



Ujian ini dinamakan Ujian Keutamaan Sigmund Freud. Setiap permasalahan mewakili sesuatu dalam kehidupan harian seseorang.

1. Telefon = Kerjaya
2. Bayi = Keluarga
3. Ketukan pintu = Sahabat
4. Pakaian = Wang ringgit
5. Air melimpah = Cinta dan kasih sayang


So korang jenis yang mengutamakan apa? Aku punya? Nanti aku bagitau. Sebab jawapan aku complicated sikit. Aku rasa jawapan aku ni tak boleh pakai pun. Nanti aku tulis entry lagi satu. HAHAHAHA

Perasaan jadi dugong

28 January 2015


Assalamualaikum,

Ingat tak entry merepek aku sebelum ni? Bagi mereka yang tak tahu apa-apa, boleh klik [kereta merentas masa] aku ni. Dia akan bawak korang ke entry sebelum ni

Aku buka ruang korang request entry merepek. Korang boleh tanya apa sahaja sebab merepek ni memang salah satu kebolehan aku. Walaupun 90% daripada kejadian merepek tu berlaku atas sebab aku salah dengar apa orang cakap.

Sebenarnya masa malam aku publish entry tu, memang dah ada orang request pun. Tapi sebab niat dia jahat (agaknya), komen tersebut tak boleh publish sebab internet connection tak mengizinkan. 

Since dia ada bagitau dia komen tapi tak keluar, aku desak dia untuk bagitau. Maka soalannya (dalam gambar dibawah). 


Terima kasih adik Hafiz sebab sudi tanya soalan. Walaupun aku yang patut panggil kau abang tapi sebab kau panggil aku "akak". Kejap lagi akak jawab.

Enko memang pandai jaga hati akak ye dik. Konon salah tulis. Tapi akak dah belajar dari drama apa tah yang pernyataan pertama selalunya benar dan yang seterusnya tipu. Ok takpe, akak takde hal nak jawab.

Aku dah jawab "Kau nak aku bagitau cemana rasa jadi dugong? Rasa penat nak bawak perut menggelebeh. Dah la jalan mengesot. Peh seksa.". Tapi adik Apis ni sangat bijak sebab dia tanya aku...

Lol keluhan ke hape ni?

Sabo je la akak dengan kau dik. Kau gelakkan aku overweight. Ok macam ni. Kau perhati betul-betul gambar dugong kat bawah ni.


Persamaan aku dengan dugong adalah makhluk berat didarat tetapi perasan ringan dalam air. Itu pun sebab force apa tah. Ala dalam subjek fizik form 4 tu. Akak punya fizik masa SPM dulu dapat C. Ok lupakan je la. 

Pernah bayangkan dugong merentas desa? Aku merentas desa kat sekolah dulu, peh rasa macam nak guling-guling je. Tak larat nak bawak lemak ni jalan-jalan. Dari situ aku paham perasaan dugong. 

Sekian.




P/S: Okay korang boleh lawat blog adik Apis untuk tips-tips kecantikan. Okbai aku tipu. (http://hafizzulkafly.blogspot.com/).


Kehilangan identiti

27 January 2015


Assalamualaikum,


Aku tak tau dah berapa kali aku taip entry ni tapi padam balik. Aku tak tau dah berapa lama entry ni duduk dalam draft. Aku tak tau dah berapa kali aku tanya Apis "Nak update entry apa ni weh?". Aku tak tau dah berapa kali Aiman tanya "Bila nak update blog?". Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya.

Pressure jugak ada blog ni eh?

At least aku berjaya edit blog aku. Selalunya bila aku dah log in blogger, aku mesti takde mood balik nak edit. So aku end up dengan blogwalking and log out.

Terima kasih kepada yang sudi blogwalking ke blog ni walaupun macam dah takde tuan dah blog ni. Aku ada je sebenarnya tapi takde cerita yang nak di-sharekan. Cuba korang request entry kat aku "Akak, cemana rasanya jadi ikan duyung ye?" --Ini contoh je.



Aku rasa entry ni pun bakal di-delete. Merepek je.
Bye.

Suci by Yatt Hamzah Shah Alam opening

25 January 2015


Assalamualaikum,

Semalam sempat pergi ke Suci by Yatt Hamzah Shah Alam opening. Tak plan pun, tiba-tiba kawan ajak. Memandangkan tak buat apa-apa masa cuti ni, pergi je la.

Instagram: @SucibyYattHamzah

100 orang pertama yang datang semalam akan dapat goodie bag yang bernilai almost RM250 dan sempena pembukaan di Shah Alam juga harga jubah, shawl, blouse, handsock, palazo diturunkan jauh dari harga sebenar.

Jadi semalam butik tu sangat pack dengan orang. Perempuan dengan harga runtuh memang tak dapat dipisahkan. Ada juga yang ambil kesempatan untuk bergambar dengan (Kak/Cik/Makcik weh aku tak tau nak pakai apa supaya nampak tak kurang ajo tsk tsk) Yatt.

Rasa maca baru shopping sakan dengan bag bag ni

Korang mesti nak tau apa yang ada dalam bag ni kan? Ni nak tunjuk la ni. Bagi jeles sikit yang tak dapat datang tu. Jangan marah hahaha.

1. Suci by Yatt Hamzah

2. Felina Beauty

 3. Acida

 4. Seqy Beauty

 5. D'herbs

6. Galeri Ilmu

7. Natasha Malek

8. Eman coco

Okay thats all. Kalau nak tau lebih lanjut boleh lawat instagram @SucibyYattHamzah