Showing posts with label igshop. Show all posts
Showing posts with label igshop. Show all posts

Hybrid shawl by Azzy

07 November 2016


Assalamualaikum,

Entry hari ni special untuk perempuan. Good news kepada peminat bawal and shawl. Sebab igshop yang aku nak bagitau ni jual benda yang korang perlukan. Kalau pening nak pakai tudung bawal ke shawl ke, boleh la usha igshop bawah ni.

CHIFFON SHAWL + BAWAL = HYBRID SHAWL

Jap korang tahu tak apa bezanya hybrid shawl ni dengan shawl lain? Well, sebenarnya ada dua material kain dalam satu shawl. Dia punya bentuk shawl pun bukan macam shawl biasa yang lain. Designed to make it easier to be shape and comfortable!

Instagram

Best thing tentang hybrid shawl ni, korang boleh pilih bidang berapa korang nak. Standard size? Labuh? Super labuh? Ada juga jenis instant, senang tinggal sarung je. 

Now, dorang dah keluarkan Diamond Hybrid Shawl. Comel baq hang macam ada crown lekat atas kepala. Sumpah do i really like this tapi i purchase masa dia belum keluar hohoho padan muka.

Warna dia no kidding, sumpah banyak. Serious! Berapa jam tah aku buat pilihan warna. Ada la dua tiga kali belek gambar sama sambil fikir nak warna apa. Kena consider nak pakai dengan baju apa lagi and end up beli warna yang aku tak pernah terfikir nak beli pun lol. 
 I am wearing Red Chili, bidang 45
(Ignore kertas coloring adik aku belakang tu lol)
Now the best part for this entry! A very special for my blog reader, 10 orang pembeli terawal boleh dapatkan 10% diskaun kalau korang nyatakan kod dibawah masa dah confirm order. So, go and jadi top 10 customer!
HSbyAzzyXAjan
CONTACT 
Instagram: @hybridshawl_byazzy
Whatsapp: 014 - 537 0689


Ultimately,
Service tiptop yo!


Tips shopping di instagram

15 August 2015


Assalamualaikum,

Aku tau best shopping kat instagram. Senang je nak cari barang. Just search hashtag #SayaJual<item> kat carian instagram dan poof! Pilihan di depan mata. Another thing yang best shopping di instagram ni bila korang boleh dapat barang yang rare dan tak boleh dapat di kedai-kedai biasa. Betul?

Untuk hashtag #SayaJual, terima kasih kat Hanis Zalikha sebab memperkenalkan hashtag tu kat instashop. Walaupun asalnya hashtag tu dibuat untuk mengelakkan intashop spam komen gambar artis. Dalam masa yang sama, memudahkan pencarian barang untuk customer.



Tapi sebelum tu aku nak tanya, how sure korang terhadap instashop ni? Especially bila first time deal dengan instashop ni. So ini ada cara yang mungkin boleh membantu korang untuk shopping.

1. Customers feedback
Bila ada banyak positif feedback baru rasa yakin nak deal dengan instashop tu. Sesetengah instashop tu siap buat another instagram just for feedback. Tak nak bercampur baur dengan barang yang dia jual. Ni lagi bagus sebab kemas sikit insta feed dia and mudah nak belek-belek barang. --Thumbs up for this kind of instashop.

2. Feedback pada komen gambar
Masa baca description barang, jangan lupa scroll sekali komen. Mana tau sekali jumpa komen "Tolong reply whatsapp saya. Saya dah whatsapp dari 3 hari lepas". Kalau dah keluar komen macam ni memang agak diragui. Better elakkan.

3. Tanya pendapat kawan-kawan
Korang mesti ada kawan yang kaki shopping kat instagram kan? Kalau nak beli apa-apa tu, cuba refer pada kawan-kawan dulu. Mungkin dorang pernah deal dengan instashop tu dan mungkin juga dorang boleh recommand yang lagi best, kan?

4. Semak online pendaftaran ssm perniagaan online
Ada sesetengah instashop yang pamerkan pendaftaran ssm mereka. Korang boleh semak, klik sini untuk tau lebih lanjut pasal ni. --Buat masa ni aku tak pernah guna cara ni sebab macam leceh tapi cara ni la paling sahih.


Kalau semua ni tak boleh pakai, korang bersangka baik je la yang deme tak menipu.

Kalau korang nak tau kisah instashop yang menipu ni, boleh je search hashtag #KakiTipuOnline atau follow instagram @kamibencikakitipuonline01 dan tengok la sendiri. Kalau jumlah wang yang ditipu tu kecil tak apa. Kalau jumlah besar takkan nak biar kan, betul tak?

Aku post ni sebab tak nak ada yang jadi macam aku. Aku punya kes ni tak tau la kes tipu atau apa. Nanti aku share kisah aku pulak. Tapi tak janji la. Hahahaha.

Kata-kata akhir dari aku, bershopping la secara berhemah dan jadilah pengguna yang bijak. --Huhu dah macam iklan apa daa.


P.S: Untuk entry ni, thanks to my fellow friend yang i've interview pasal ni. Sampai semua tanya "Kau tengah buat research ke ni jan?". I would like to see how my girls shopping secara online, and any experience on being scammed.

Ready Stock Nike shoe from @amizvault

13 July 2015


Assalamualaikum,

So here, aku nak suggest igshop yang jual kasut Nike. Sekarangkan ramai yang suka pakai kasut Nike. Those yang budget tak cukup nak besar tu, beli yang biasa pun dah okay kan? Igshop ni lagi jual ready stock. Tak payah dah tunggu lama lama.


Instagram


Macam ni ceritanya, aku nak belikan adik aku kasut Nike Roshe Run. Ada la deal dengan beberapa igshop ni. Banyak problem macam supplier tipu dorang la (Yang ni no worries, dia pulangkan duit dah).

Sampai nak dekat puasa. Masa ni macam mustahil sikit nak buat pre order sebab adik aku nak pakai masa raya. (Siap cakap "Weh nanti geng geng aku pakai roshe run kot semua" dengan nada kesian. Haih lemah betul la aku.) Takut tak sempat. So nasib baik jumpa si @amizvault ni. Terang-terang dah tulis ready stock.

Yang bestnya lagi layanan dorang. Smooth je order dengan dorang. Takde la nak tunggu reply lama pun. And masa nak buat pertukaran saiz pun okay. Since nak beli kasut secara online ni payah sikit. Lagi lagi bila saiz kasut bola adik aku EU44 and kasut sukan dia EU42. Konfius kan?

And today (read: kelmarin), kasut tu dah sampai and Alhamdulillah saiz yang betul. Honestly, seronok deal owner igshop macam ni *thumbs up*. Sangat recommanded untuk korang :)

Suci by Yatt Hamzah Shah Alam opening

25 January 2015


Assalamualaikum,

Semalam sempat pergi ke Suci by Yatt Hamzah Shah Alam opening. Tak plan pun, tiba-tiba kawan ajak. Memandangkan tak buat apa-apa masa cuti ni, pergi je la.

Instagram: @SucibyYattHamzah

100 orang pertama yang datang semalam akan dapat goodie bag yang bernilai almost RM250 dan sempena pembukaan di Shah Alam juga harga jubah, shawl, blouse, handsock, palazo diturunkan jauh dari harga sebenar.

Jadi semalam butik tu sangat pack dengan orang. Perempuan dengan harga runtuh memang tak dapat dipisahkan. Ada juga yang ambil kesempatan untuk bergambar dengan (Kak/Cik/Makcik weh aku tak tau nak pakai apa supaya nampak tak kurang ajo tsk tsk) Yatt.

Rasa maca baru shopping sakan dengan bag bag ni

Korang mesti nak tau apa yang ada dalam bag ni kan? Ni nak tunjuk la ni. Bagi jeles sikit yang tak dapat datang tu. Jangan marah hahaha.

1. Suci by Yatt Hamzah

2. Felina Beauty

 3. Acida

 4. Seqy Beauty

 5. D'herbs

6. Galeri Ilmu

7. Natasha Malek

8. Eman coco

Okay thats all. Kalau nak tau lebih lanjut boleh lawat instagram @SucibyYattHamzah

Cheap dreamcatcher from @hariharimimpi

17 July 2014


Assalamualaikum,

Okay entry ni sesuai la bagi peminat-peminat drama korea The Heirs ni. Aku tau ramai yang tengok betul tak? Gila ko tak tengok. Heroin semua cun cun. Hero semua hensem hensem. Ha ha okay dah lari topik. aku mention cerita ni sebab rata-rata yang kenal dream catcher ni dari cerita ni.


Instagram

Kalau nak tau, aku sebenarnya memang dah lama cari dream catcher neclace. Kalau boleh nak beli kat luar je la. Best boleh belek-belek kan? Tapi susah nak jumpa kat tempat aku ni. So terima kasih la kat akak Hanis Zalikha sebab memperkenalkan hashtag #sayajual<nama item> sonang nak carik kau.

Dalam banyak-banyak instagram yang aku survey, aku tengok instagram @hariharimimpi ni la jual paling murah. Harga dia berpatutan untuk setiap saiz. Cantik pun cantik. Dan yang best, tali dream catcher tu korang boleh request nak panjang mana pun. Dyorang tak caj pun untuk tali.

Sape yang nak decorate meja study ke, nak jadi perhiasan kereta ke, nak jadikan rantai ke, nak jadikan strap telefon ke, boleh dah usha insta ni.



Ni yang aku beli. RM5 each and memang request tali panjang sebab nak jadikan rantai pun. Beli dua sebab satu untuk adik punya.

Berbaloi la sikit beli banyak kalau harga tak masuk postage ni sebab nanti boleh agih-agih kos postage. Korang kumpulkan kawan 6 orang yang nak beli benda ni, then order sekali. Kan kos postage dah jadi RM1 seorang. Wuuu

Okay bye

Cheap korean lens at @hallyfashionista

08 July 2014


Assalamulaikum,



Instagram


Kalau korang tengah cari contact lens, yes korang berada di entry yang betul. Ni instashop kawan aku, yes one of trusted seller ok. --Kalau tak trusted, boleh je mengadu kat aku nanti aku belasah dia haha.

Dia jual pelbagai jenis lens. Kalau nak ada power pun boleh. Takde la nanti dah pakai lens tapi kena pakai cermin mata pulak kan? Disarankan korang check mata dulu sebelum beli. Makesure tau berapa power korang, nanti kawan aku akan suggest power untuk lens korang ok?

Kawan aku ni sebelum dia buka instashop ni, dia pun dulu seorang customers. So dia memang dah survey harga instashop yang jual lens. So memang dia akan jual lagi murah dari tu. Cuba la banding kan hahaha

Follow kalau nak tengok jenis lens yang dia jual :)

Gadget from @thirshoppe

28 June 2014


Assalamualaikum,



Actually owner ig shop dah announce lama dah. Tapi hari ni baru nak update sebab nak tunggu hadiah sampai. Aku tak percaya yang aku ni pemenang hadiah misteri dia. Rezeki. Alhamdulillah.

Dapat kamera lomo. Back to the old times. Belajo guna kamera pakai kodak ni. Pastu kalau tangkap gambar tak boleh view, kalau buruk maka buruk la. Dan dia limited since kodak paling banyak pun 36 gambar je boleh.

Yo la sekarang kan pakai memory card pastu boleh review picture. Kalau tak suka boleh delete and tangkap yang baru.Tak pe aku kan rare hahahaha.

Thirshoppe ni jual gadget. Aku dengar dia ada jual Iphone5s harga murah. Ingat nak usha tapi dia kata dah habis. Zedey. Lazypod, monopod, alternatif gopro (SJ4000), universal lens, magic miracurl, phone casing, shutter, instaxshare printer, instax 8s. Ha apa lagi korang cari?

So far aku follow dia ni, feedback customers dia semua bagus. Siap boleh COD kalau korang risau sangat. Jadi, apa lagi? Visit


Instagram


Note: Haah dia private ig atas sebab tertentu okay. Request follow je, satgi dia approve la tu.

Plain totebag from @nodesignerhere

22 March 2014


Assalamualaikum,

Cuba teka. Cuba teka. Siapa yang baru menang giveaway kat instagram hari tu? Aku la tu~ Wuu. Tak sangka boleh menang. Sebab pemenang dia pilih satu je, randomly.



Nasib baik owner instagram dah warn awal-awal. Kalau tak, aku bukanlah pemenangnya sebab ada yang main kotoq naa. Tau la nak memang. Orang lain pun nak menang jugak.

"Private ig dan ig khas untuk join giveaway tak akan dikira" --Aku suka gila kalau owner instagram dah mention awal-awal benda ni. At least, each contestant have an equal chance to win.

"Pemenang akan dipilih secara random" --Yang ni pun best. Kalau kira mengikut likes terbanyak, memang takde harapan la aku. Aku ni bukan jenis pergi ig orang and comment minta like.



Aku sebenarnya dapat hadiah kitty pencil case tu. Yang bag tu aku beli. Dah alang-alang menang kan? HAHAHA

To be very honest, aku memang tak bawa pencil case pergi kelas dengan alasan berat. Since pencil case aku tu besar. Bila dapat simple pencil case macam atas ni, baru rajin bawak pencil case pergi kelas.

Pencil case yang besar mendorong saya untuk meletakkan lebih banyak barang didalamnya dan menjadikan dia lebih berat daripada buku. Apa orang kata? Kedai? Macam macam hado dalam pencil case tu. Cakap je nak ape.

Now "kedai" i dah jadi "pencil case" balik. wee



Instagram



P/S: Okay sape-sape yang berminat nak beli plain totebag boleh tengok (klik sini). Dia jual macam-macam jenis plain totebag. Beli pukal, dapat murah. Kalau nak cutomized totebag pun ada. Tapi kena ikut mood dia la nak buat ke tak. Kalau nak sangat pi pujuk dia suruh buka order. XD

P/S1: Aku dah beli barang dari dia 2 kali. Memang best ah bank in hari ni, esok sampai rumah!

P/S2: Aku post pasal benda ni sebab banyak keyword search blog aku pasal totebag. So here. hambik kau. Hahaha




Affordable scarf from @deerashop

14 October 2013


Assalamualaikum,


Instagram


Ini instashop kawan aku and yes she is trusted seller. Dia dah start menjual tudung dari zaman matrik lagi. Tak sure pulak kalau dia dah menjual dari sebelum masuk matrik

So far, aku tengok dia punya tudung murah-murah. Lagi-lagi bila dia nak clearkan stok dia and jual secara pakej pakej. Serious murah sebab aku pun beli dari dia. --Atau aku memang jenis tak rajin nak usha instashop lain ye dak? hahaha

Cuba tengok dulu k? Serious murah gua tak tipu :)