Persediaan sebelum menghadapi peperiksaan

20 November 2010


Entry ni ditujukan kepada calon SPM tahun ini. Tapi rasanya tak ada siapa akan membacanya sebab, mungkin dia orang tak online, dan study gila-gila.

Apa-apa pun kalau ada yang membaca, kau orang boleh amalkan. Aku pula akan amalkan untuk tahun hadapan.


Tips-tips untuk menghadapi peperiksaan.

DO!
  • Minum rebusan bayam.
          Bayam direbus, kemudian minum airnya. Ala-ala popeye gitu.
  • Minum susu.
          Pada waktu malam minumlah air susu yang dicampur dengan kacang badam yang                   dikisar dan campurkan dengan madu.
  • Makan kacang.
          Sebelum menduduki peperiksaan / dalam perjalanan ke sekolah, anda boleh makan                 kacang. Baik untuk otak *tak silap la


DONT'S
  • Menghafal formula.
          Kalau study last minute, anda dinasihatkan jangan menghafal formula. Sebab benda tu             akan menjadi tekanan. Kalau untuk mengukuhkan pemahaman tak apa.

  • Makan banyak.
          Sebelum mengambil peperiksaan, anda memang tidak boleh makan banyak kerana,                 tenaga anda akan habis untuk pencernaan makanan dan ini akan menyebabkan anda             mengantuk semasa dalam dewan peperiksaan.

  • Buat perbandingan.
          Selepas tamat menjawab soalan, jangan buat perbandingan jawapan dengan kawan                 kerana ia menyebabkan anda ingin mengingati apa yang anda telah buat dan ia                       membebankan otak. Sebaiknya fikirkanlah tentang kertas yang bakal dihadapi.


Segala tips ini aku dapat dari rancangan Remaja kat TV3. Tips ini diberikan oleh Dr.Fazley . Mungkin apa yang aku tulis tu tak berapa nak tepat. Well, aku pun manusia, sentiasa melakukan kesilapan. 

*Aku terpaksa berlari ke bilik untuk mendapatkan nota dan pen untuk catat tips ini.




Lastly, untuk calon SPM, Good Luck!



2 comments:

  1. ouhh gosh ! info yg sgt bgune yee (:
    oukayy2 . nty fatyn ikut tips2 tuhh . cehh . ehehe . btw,doakan fatyn yee .
    winkwink*

    ReplyDelete