Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

#HANAKerenGituDeh to Bandung, Indonesia

29 November 2016


Assalamualaikum,

Kalau nak tau, masa cuti midsem hari tu aku pergi Bandung, Indonesia. Kira macam lawatan sambil belajar student universiti la. Kami tak pergi Petrosains dah (but seriously, kalau dapat pergi Petrosains lagi pun aku suka hahaha)

Hashtag #HANAKerenGituDeh ni konsep sama je macam #HANATravelling dulu. Cuma beza satu tu pergi Thailand and yang ni untuk jalan ke Indonesia. Klik je kat hashtag tu kalau nak tengok entry ke Thailand.

DAY 1

It is a compulsary picture to those who go abroad kan? Lagi-lagi naik flight. Nasib baik dah delete gambar awan dari dalam flight tu. Heshteg tipikal hahaha.


Turun dari flight, terus pergi Trans Studio, Bandung. Having fun la kononnya. Padahal aku turun tu dah macam orang tak betul sebab pening. Lepas main game, terus baik lol. My favorite one mesti la roller coaster yang sampai keluar bangunan tu and main air hohoho.


This is where we stay. Fave Hotel, Bandung. Yes the one yang korang selalu nampak kat ads kat facebook tu. Tak pernah nampak? Pi rajin rajin buka facebook lol

Ini lunch hari pertama. Tak tipu power gila sambal ayam penyet tu. Dia macam kalau dah kesat kesat peluh kat dahi pastu bibir dah merah tahan pedas pun, still rasa kena habiskan jugak. Packaging dia paling aku suka sebenarnya <3


Universiti program, of course kena lawat pesantren. Merasa jalan kaki kat lorong lorong kecil dalam sinetron tu. sumpah, datang sini rasa insaf kejap tsk tsk

Dinner and that's the end of DAY 1.

DAY 2

I dont remember what happen in DAY 2.  Yang aku ingat makan lepas tu shopping (But since my mind set datang Bandung bukan untuk shopping, so i shop less. Very less)


This is the night view at Rumah MODE. Those yang memang nak shopping, this is one of the recommended place. Very convinient and lawa gila. --Tapi kelakar sebab aku dengan kawan aku keluar dari tempat ni cuma beli pencil box and aku pun tak tau kenapa aku beli hahahah

Semua orang dok shopping baju, seluar, kasut and bag branded. Aku dengan kawan aku bawak bekas pensil keluar lepas tu makan aiskrim. 

Yeap this for dinner DAY 2. End.

DAY 3
Day 3 tak ada gambar sebab banyak gambar sendiri. Rasa terancam bila upload gambar sendiri hahaha. So macam biasa last day tak boleh nak over sangat berjalan. Kena get ready kat airport awal sebab nak check in.

However, flight delay dalam 30 minit sebab hujan. But Alhamdulillah sampai Malaysia jugak. So yeap fun (ye ke fun? Aku tidur je dalam flight tu sebenarnya. Pastu bangun perasan semua orang minum air oren and aku yang baru bangun tu segan nak mintak hahahaha nooob)


As i said before, this is university program. My friend as pengarah projek and i was her assistance director. Even though tak dapat explore Bandung sepenuhnya, and banyak kali tukar tentatif sebab nak dapatkan persetujuan semua, i gotta say this is programme is a success.

Okay below is my video vacation yee ha hahaha. Sila tengok hahaha


I still remember the day i have to call Malindo regarding group booking then my friend gatal suruh aku speaking and that day is the day yang aku paling malu sebab...

Aku speaking separuh jalan je lol,
Kbai

Tadom Hill we go!

10 August 2016


Assalamualaikum,

31st July 2016. Baru je cakap teringin nak pergi Tadom Hills kelmarin. Lepas tu tiba-tiba my younger sister, Nad cakap "Wei esok pergi Tadom jom!" "Kau serious ke?" "Serious".




1st August 2016, 8.00AM. Tadom Hill we go! So Gegurlzzz is our group name. Kena tulis group name masa isi borang. So ni hasil nukilan 2 minit kami (malas gila nak fikir). Aku pergi dengan kawan-kawan adik aku, Aida and Akila.

More info about Tadom Groove (day pass), do visit their website: http://www.tadomhillresorts.com/day-pass/





Click image to view


Best thing about Tadom Hill is the environment. Of course tak dilupakan papan lompat dia dengan tali kat lake tu (this thing is not cool bila korang takut tinggi, macam aku).

I DID LOMPAT OKAY USING BOTH (PAPAN LOMPAT AND TALI)


My first attempt pakai papan lompat tu. Memang takut but fikir "Kalau bukan sekarang, bila lagi?", "Ala kejap je ni". So i lompat. End up, telinga aku sakit gila, terminum air and air masuk hidung. So i kinda serik nak lompat lagi.

Before balik, my sister and kawan-kawan dia encourage aku untuk rasa yang tali punya. I really really can't. So, i just stay kat atas and tak turun langsung sampai baju pun dah kering. Aku kat atas macam fasi la dok jaga tali bagi orang lain main. --No biggie! Tak kisah pun asalkan aku tak kena lompat.

Even a stranger (3 guys) encourage me to take the rope and swing. Still no bruh. Sampai depa dah turun. Tinggal aku and Nad. Baru aku lompat. This is what I told to myself "Dorang kata yang ni lagi best dari papan lompat tu...... okay.... cuba....". So i did. TAK FUN OK TAK FUN AND SAKIT DADA SEBAB AKU LANDING MACAM SUPERMAN HA PADAN MUKA.

Regarding 3 guys earlier. One of them sangat berani. Masa aku dekat atas, he's been jumping like 2 times siap minta kawan dia record. And he even take off his life jacket omg sukahati gila (dont ever do this guys). Lucky him, dia pandai berenang. Rileks gila. Oh yea, there is something about this guy i want you guys to know. I swear this is not a joke. His name is...


Ajan (wE SHARE SAME NAME?!!)
Okbai.

#TheJemahJemahJourney: Video

05 February 2016


Assalamualaikum,

Finally dah siap video untuk #TheJemahJemah Journey. Serious baru ada masa nak edit semua video ni sebab cuti semester kan. Plus, my laptop can't handle too much big video. Kena banyak bersabar bila laptop start hang masa nak edit video tu. Ei berbulu rasanya.

Yang menariknya, masa edit video ni langsung tak hang. I was like "Wow seriously? Kau baik pulak dengan aku hari ni".  Tiga-tiga video tu aku berjaya edit tanpa ada rasa berbulu hahaha. Kecuali yang day-3 punya. Tu pun stuck masa nak save je. Lain semua baik. --Alhamdulillah :D

#TheJemahJemahJourney: Day 1
And korang boleh baca entry untuk hari pertama ni kat (sini)


#TheJemahJemahJourney: Day2
Entry untuk hari kedua, korang boleh baca kat (sini)


#TheJemahJemahJourney: Day3
Entry untuk hari ketiga (disini)

I know sound effect yang mula-mula tu mesti macam poyo gila kan? I used that sound effect masa editkan video assignment roommate aku. Pastu macam best pulak nak pakai kat sini. Nasib baik simpan lagi. 

And my edit simple je. Letak lagu and speed up video. Tips dia, find the right moment. Kalau record video 2 jam, ha jenuh la nak tengok balik semua. Edit pakai windows movie maker (i wish i have other video editing software hmm).

By the way, kitorang memang pakai fake name untuk journey ni. Acah-acah la macam hangout dengan artis famous chu olss. Tapi malangnya, masa record terus lupa fake name masing-masing haha. Failed!


#TheJemahJemahJourney: Day 3

24 November 2015


Assalamualaikum,

Kalau korang tak tau apa benda ni, wajib baca dari Day-1 (klik sini). Dan kalau dah baca day-1 and nak skip ke day-2 (klik sini)

Hari ketiga ni plan nak pergi Laman Seni 7, Shah Alam. Tapi malangnya hujan. So cuma dapat tunjuk dari dalam kereta je. Sambil tu jalan-jalan area situ tunjuk kedai-kedai best. --Kalau dapat pi, mesti dah berlambak gamabr dalam entry ni.

Next, lepak dekat Setia City Mall, Setia Alam. Aktiviti yang best nak buat kat sini ialah main buih sabun! Sebenarnya seronook je nak berkelah kat tengah padang. Tapi baru lepas hujan, so basah. Usually tempat ni penuh dengan orang main roller blade, skateboard, bagi ikan makan --Yang ni tak ada gambar sebab kitorang record video je haha

Space Mission, I-City

At night, kitorang pergi I-City, Shah Alam. Tujuan utamanya nak masuk Snow Walk, tapi under maintainance. So kitorang pilih nak masuk Space Mission, RM15/person. Agak-agak sape yang teringin nak rasa macam mana duduk kat space tu, boleh cuba.

Keluar je dari Space Mission ni, hujan balik kat luar. So tak ada la gambar lampu-lampu tu semua. Again sebab kitorang ambil banyak video. Gambar jadi kureng sikit.


Rutin bagi si perut buntal, haruslah makan. Korang kalau dah pergi I-City tu, wajib la singgah Murni Discovery, Shah Alam ni. Dekat je pun. Makanan kat sini so far sangat memuaskan hati dan memuaskan perut lapar. Nama air dia pun, peh unik ok. Sedap pun sedap.

P/S: Bila aku nak siapkan video ni pun entah.

#TheJemahJemahJourney: Day 2

21 November 2015


Assalamualaikum,

Those yang belum baca day-1 punya, boleh berbuat demikian dengan (klik sini)

So yeah, day-2 ni kitorang fully naik public transport untuk ke KL. Tempat yang kitorang pergi ni Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Nak main kat indoor theme park, Cosmo World dia je sebenarnya.

Dari Klang, kitorang naik bas. That bus driver berhentikan kitorang kat monorail Tun Sambathan. Just beli tiket sampai Imbi and dah sampai. Waktu balik tu, ambil monorail ke KL Sentral and  ambil KTM untuk balik ke Klang. --Tapi kitorang gedik turun kat Shah Alam sebab malas nak duduk dalam KTM lama-lama (padahal lagi 2 station je pun)


Tiket masuk ke Cosmo World for adult with mykad ialah RM41. Boleh masuk 2 kali, in case nak pergi makan dan solat dulu. Kitorang sampai dalam pukul 12. Pukul 3 keluar then pukul 5 lebih masuk balik sampai pukul 6. --Ni baru menggunakan dengan sebaik mungkin namanya hahaha

Tapi masa kitorang pergi tu, ada dalam 3 adult game yang masih under maintainance. Maka kitorang pun bedal je permainan budak-budak. Rugi la tak rasa semua kan?

Ni penghancur diet namanya hmm
 Masa pergi ni sorang lagi kawan uni aku, Wana join. Dia duduk dekat kawasan KL, so senang la jumpa. Since dia bawa 2 orang adik dia, maka jadi mangsa untuk tangkapkan gambar kitorang la. Kerja akak-akak ni cuma posing je pastu tunggu adik-adik tangkap gambar. Tak guna betul kan? --Ok ni tipu. Akak baik kot.

Wana balik dalam pukul 6. Perjalanan balik aku agak jauh, so aku decide nak balik lepas maghrib. Aku rasa ni kali ke 4 atau 5 datang Times Square tapi aku masih noob jalan dalam tu. Sesat kah kah kah.



Kalau korang nak tau ada sale that Savee mask. RM1/pcs. Cuba cakap mana nak dapat harga macam tu? So aku balun 5 keping je. Dah try sleeping mask dia, best! Aku suka pakai mask and terus tidur. Biar dia kering sampai esok pagi. Dia kering and tak rasa melekit pun (muka aku berminyak sikit so tak suka yang ada rasa melekit. Tak selesa)


So there, end of #TheJemahJemahJourney for day-2. Ada lagi k. Hari last, day-3. Tunggu tau. Sebenarnya aku tipu korang. Aku kata video dalam proses editing kan? Sebenarnya, memang belum edit sikit pun lol.

#TheJemahJemahJourney: Day 1

17 November 2015


Assalamualaikum,

Cuti mid-sem haritu, kawan uni aku, Haliah duduk rumah aku sebab nak jalan-jalan kat Selangor (She is from Johor). Untuk 3 hari 2 malam. Dan sebab tu la, ada hashtag special untuk journey ni, #TheJemahJemahJourney. Memang nama hashtag merepek sikit sebab aku yang bagi nama. Ha sape suruh kan? 



Since Haliah teringin sangat nak main ice skating, aku bawa dia pergi Ice Rink, Sunway Pyramid. Dia tak tau betapa susahnya nak ber-ice skating lagi-lagi untuk first timer. So masa kat sana, memang rupa mak nenek la melekat je tepi dinding tu. --Tapi aku dah suruh dia cuba roller blade kat rumah dulu, kasi fefeeling. 

I know the feeling excited nak ice skate lepas tu muka berubah terus bila masuk ice rink sebab dia tak mudah macam yang kita nampak. I fell so many time kot, well process of learning kan? And now i have no problem nak ice skating. Just kena gain more confident nak speed up by more practising.

For Haliah, since kitorang pi hari Jumaat, there are soo many people. Sampai ice rink pun macam berair. Kalau terjatuh, kena perah seluar. I told her "Weh kalau nak jalan lagi nanti, better try not to fall okay?". --Well she is okay now. Boleh jalan without "dinding" (tapi pegang aku la haha).


Then after maghrib, kitorang gerak ke Ikea, Damansara. Nak penuhkan kempunan si Haliah makan meatball Ikea. Pengaruh budak budak instagram la ni dok post gambar benda alah tu. Untuk ni, aku tak ada gambar. Kalau sape kenal aku, aku ni kalau lapar memang makan terus tak fikir apa dah. Lepas makan nanti baru macam terkedu "WEI AKU LUPA AMIK GAMBAR HMM"

Other place yang wajib singgah bila dah sampai sini, kena pergi Kedai Ustaz, Damansara (Kedai accessori phone). Sape pernah pergi mesti tau betapa bestnya shopping casing phone, screen protector, monopod sebab murah-murah belaka wei. --Aku jumpa casing yang sebijik aku beli, harga dia RM9 padahal aku beli kat tempat lain RM30 *menangis mendayu-dayu*

Untuk hari pertama ni, aku pergi dengan adik aku yg ke-2, Nadhirah, Adik aku yang ke-5, Dona, Haliah. Kalau nak tengok gambar and video kitorang, boleh search hashtag #TheJemahJemahJourney kat instagram okay?

Aku tau over sangat siap ada hashtag bagai dengan watermark sendiri. Tapi macam ni la kalau dapat kawan dengan blogger yang over macam aku. Semua nak kena ada watermark. Exclusive konon-konon. --Video dalam proses editing. Ni la punca aku tak buat assignment kah kah kah


[Photo] #HaNaTravelling Hafzhan and Wana Travelling

02 August 2015


Assalamualaikum,

Okay ini dia entry yang akan dipenuhi dengan gambar. So, nak warn awal-awal la yang yang entry kali ni mungkin boleh buat lappy korang jammed kejap.

Ini adalah antara gambar yang terpilih diantara dalam 300++ gambar (Well perempuan kan? Banyak selfie je sebenarnya hahahah) So dalam entry ni nak acah-acah photography sikit.

Details gambar;

Captured by main camera Sony Xperia Z3, front camera Sony Xperia Z3, and main camera of Samsung Galaxy S3.

Photo editing used is VSCO Cam, mainly pakai preset C1 dan ada buat sedikit adjustable kat brightness, contrast, saturation and sharpen. Masa ni tengah gila dengan kaler gambar yang vibrant. So yeah, C1 :) --Pastu ada yang terlupa edit tu, aku edit kat photoscape je hahahaha

Location: Phuket, Krabi.


Okay album gambar #HaNaTravelling bermula dari sekarang!


Entry ni cuma nak share gambar je. Tak ada sebarang suggestion untuk korang pergi hotel mana atau makan kat mana atau lawat tempat yang best.

Sebab aku rasa aku dah mention kat entry sebelum ni yang aku melawat Thailand ni pun sebab program universiti. Tak ada la bersuka ria sangat (Emm mungkin ada sikit hahahha) -- Ini [link] untuk entry sebelum ni.

Oh yea, aku ni bukan photographer tau. Aku tak reti nak bagi tips edit gambar (If lepas ni ada yang tanya ke) But i can give suggestion kalau nak (kot). Semua benda aku buat suka-suka je. Dan  tak pernah masuk kelas photography. So rasa macam tak berapa nak layak share benda gini. Kang kena marah dengan sifu photographer bila ter-bagi ajaran sesat

Sekian :)