Showing posts with label The Jemah Jemah Journey. Show all posts
Showing posts with label The Jemah Jemah Journey. Show all posts

#TheJemahJemahJourney: Video

05 February 2016


Assalamualaikum,

Finally dah siap video untuk #TheJemahJemah Journey. Serious baru ada masa nak edit semua video ni sebab cuti semester kan. Plus, my laptop can't handle too much big video. Kena banyak bersabar bila laptop start hang masa nak edit video tu. Ei berbulu rasanya.

Yang menariknya, masa edit video ni langsung tak hang. I was like "Wow seriously? Kau baik pulak dengan aku hari ni".  Tiga-tiga video tu aku berjaya edit tanpa ada rasa berbulu hahaha. Kecuali yang day-3 punya. Tu pun stuck masa nak save je. Lain semua baik. --Alhamdulillah :D

#TheJemahJemahJourney: Day 1
And korang boleh baca entry untuk hari pertama ni kat (sini)


#TheJemahJemahJourney: Day2
Entry untuk hari kedua, korang boleh baca kat (sini)


#TheJemahJemahJourney: Day3
Entry untuk hari ketiga (disini)

I know sound effect yang mula-mula tu mesti macam poyo gila kan? I used that sound effect masa editkan video assignment roommate aku. Pastu macam best pulak nak pakai kat sini. Nasib baik simpan lagi. 

And my edit simple je. Letak lagu and speed up video. Tips dia, find the right moment. Kalau record video 2 jam, ha jenuh la nak tengok balik semua. Edit pakai windows movie maker (i wish i have other video editing software hmm).

By the way, kitorang memang pakai fake name untuk journey ni. Acah-acah la macam hangout dengan artis famous chu olss. Tapi malangnya, masa record terus lupa fake name masing-masing haha. Failed!


#TheJemahJemahJourney: Day 3

24 November 2015


Assalamualaikum,

Kalau korang tak tau apa benda ni, wajib baca dari Day-1 (klik sini). Dan kalau dah baca day-1 and nak skip ke day-2 (klik sini)

Hari ketiga ni plan nak pergi Laman Seni 7, Shah Alam. Tapi malangnya hujan. So cuma dapat tunjuk dari dalam kereta je. Sambil tu jalan-jalan area situ tunjuk kedai-kedai best. --Kalau dapat pi, mesti dah berlambak gamabr dalam entry ni.

Next, lepak dekat Setia City Mall, Setia Alam. Aktiviti yang best nak buat kat sini ialah main buih sabun! Sebenarnya seronook je nak berkelah kat tengah padang. Tapi baru lepas hujan, so basah. Usually tempat ni penuh dengan orang main roller blade, skateboard, bagi ikan makan --Yang ni tak ada gambar sebab kitorang record video je haha

Space Mission, I-City

At night, kitorang pergi I-City, Shah Alam. Tujuan utamanya nak masuk Snow Walk, tapi under maintainance. So kitorang pilih nak masuk Space Mission, RM15/person. Agak-agak sape yang teringin nak rasa macam mana duduk kat space tu, boleh cuba.

Keluar je dari Space Mission ni, hujan balik kat luar. So tak ada la gambar lampu-lampu tu semua. Again sebab kitorang ambil banyak video. Gambar jadi kureng sikit.


Rutin bagi si perut buntal, haruslah makan. Korang kalau dah pergi I-City tu, wajib la singgah Murni Discovery, Shah Alam ni. Dekat je pun. Makanan kat sini so far sangat memuaskan hati dan memuaskan perut lapar. Nama air dia pun, peh unik ok. Sedap pun sedap.

P/S: Bila aku nak siapkan video ni pun entah.

#TheJemahJemahJourney: Day 2

21 November 2015


Assalamualaikum,

Those yang belum baca day-1 punya, boleh berbuat demikian dengan (klik sini)

So yeah, day-2 ni kitorang fully naik public transport untuk ke KL. Tempat yang kitorang pergi ni Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Nak main kat indoor theme park, Cosmo World dia je sebenarnya.

Dari Klang, kitorang naik bas. That bus driver berhentikan kitorang kat monorail Tun Sambathan. Just beli tiket sampai Imbi and dah sampai. Waktu balik tu, ambil monorail ke KL Sentral and  ambil KTM untuk balik ke Klang. --Tapi kitorang gedik turun kat Shah Alam sebab malas nak duduk dalam KTM lama-lama (padahal lagi 2 station je pun)


Tiket masuk ke Cosmo World for adult with mykad ialah RM41. Boleh masuk 2 kali, in case nak pergi makan dan solat dulu. Kitorang sampai dalam pukul 12. Pukul 3 keluar then pukul 5 lebih masuk balik sampai pukul 6. --Ni baru menggunakan dengan sebaik mungkin namanya hahaha

Tapi masa kitorang pergi tu, ada dalam 3 adult game yang masih under maintainance. Maka kitorang pun bedal je permainan budak-budak. Rugi la tak rasa semua kan?

Ni penghancur diet namanya hmm
 Masa pergi ni sorang lagi kawan uni aku, Wana join. Dia duduk dekat kawasan KL, so senang la jumpa. Since dia bawa 2 orang adik dia, maka jadi mangsa untuk tangkapkan gambar kitorang la. Kerja akak-akak ni cuma posing je pastu tunggu adik-adik tangkap gambar. Tak guna betul kan? --Ok ni tipu. Akak baik kot.

Wana balik dalam pukul 6. Perjalanan balik aku agak jauh, so aku decide nak balik lepas maghrib. Aku rasa ni kali ke 4 atau 5 datang Times Square tapi aku masih noob jalan dalam tu. Sesat kah kah kah.



Kalau korang nak tau ada sale that Savee mask. RM1/pcs. Cuba cakap mana nak dapat harga macam tu? So aku balun 5 keping je. Dah try sleeping mask dia, best! Aku suka pakai mask and terus tidur. Biar dia kering sampai esok pagi. Dia kering and tak rasa melekit pun (muka aku berminyak sikit so tak suka yang ada rasa melekit. Tak selesa)


So there, end of #TheJemahJemahJourney for day-2. Ada lagi k. Hari last, day-3. Tunggu tau. Sebenarnya aku tipu korang. Aku kata video dalam proses editing kan? Sebenarnya, memang belum edit sikit pun lol.

#TheJemahJemahJourney: Day 1

17 November 2015


Assalamualaikum,

Cuti mid-sem haritu, kawan uni aku, Haliah duduk rumah aku sebab nak jalan-jalan kat Selangor (She is from Johor). Untuk 3 hari 2 malam. Dan sebab tu la, ada hashtag special untuk journey ni, #TheJemahJemahJourney. Memang nama hashtag merepek sikit sebab aku yang bagi nama. Ha sape suruh kan? 



Since Haliah teringin sangat nak main ice skating, aku bawa dia pergi Ice Rink, Sunway Pyramid. Dia tak tau betapa susahnya nak ber-ice skating lagi-lagi untuk first timer. So masa kat sana, memang rupa mak nenek la melekat je tepi dinding tu. --Tapi aku dah suruh dia cuba roller blade kat rumah dulu, kasi fefeeling. 

I know the feeling excited nak ice skate lepas tu muka berubah terus bila masuk ice rink sebab dia tak mudah macam yang kita nampak. I fell so many time kot, well process of learning kan? And now i have no problem nak ice skating. Just kena gain more confident nak speed up by more practising.

For Haliah, since kitorang pi hari Jumaat, there are soo many people. Sampai ice rink pun macam berair. Kalau terjatuh, kena perah seluar. I told her "Weh kalau nak jalan lagi nanti, better try not to fall okay?". --Well she is okay now. Boleh jalan without "dinding" (tapi pegang aku la haha).


Then after maghrib, kitorang gerak ke Ikea, Damansara. Nak penuhkan kempunan si Haliah makan meatball Ikea. Pengaruh budak budak instagram la ni dok post gambar benda alah tu. Untuk ni, aku tak ada gambar. Kalau sape kenal aku, aku ni kalau lapar memang makan terus tak fikir apa dah. Lepas makan nanti baru macam terkedu "WEI AKU LUPA AMIK GAMBAR HMM"

Other place yang wajib singgah bila dah sampai sini, kena pergi Kedai Ustaz, Damansara (Kedai accessori phone). Sape pernah pergi mesti tau betapa bestnya shopping casing phone, screen protector, monopod sebab murah-murah belaka wei. --Aku jumpa casing yang sebijik aku beli, harga dia RM9 padahal aku beli kat tempat lain RM30 *menangis mendayu-dayu*

Untuk hari pertama ni, aku pergi dengan adik aku yg ke-2, Nadhirah, Adik aku yang ke-5, Dona, Haliah. Kalau nak tengok gambar and video kitorang, boleh search hashtag #TheJemahJemahJourney kat instagram okay?

Aku tau over sangat siap ada hashtag bagai dengan watermark sendiri. Tapi macam ni la kalau dapat kawan dengan blogger yang over macam aku. Semua nak kena ada watermark. Exclusive konon-konon. --Video dalam proses editing. Ni la punca aku tak buat assignment kah kah kah