Segmen : We're Kpop Bloggers

27 May 2012



LOL first time join segment. Apa kebenda ni pun tak tahu la. Tak tahu pulak ada rule. But It's ok. Ikut je la.. Macam contest pulak rasanya. HAHA. K kena jawab soalan

1. Sejak bila korang mula meminati music KPOP?
2009

2. Apa yang bestnya tentang KPOP yang orang lain perlu tahu?
Muzik dyorang ni walaupun kita tak faham, tapi bila dah dengar lagu dia dan tengok muzik video dia, rasa macam kita ni dah tererr korean. *boleh feel tuu*

3. Favourite artist/group (senaraikan seberapa banyak pon takpe)
Super Junior -
U-Kiss -
B1A4 -
BAP -
Block B -
*K malas dah nak list. Sampai esok pun tak habis ni*

4. Siapa ultimate bias korang?. Kalau rajin letak gambar sekali.
LEE DONGHAE since 2009. *i'm not gonna change my ultimate bias, FOREVER*
Gambar dia ni, kalau tak goda aku, tak sah. >///<


5. Antara banyak2 blog kpop bloggers. Blog siapa yang selalu korang
review. dan nyatakan 2 sebab.
To be honest, aku ni memang dah tak rajin nak view-view blog orang. Aku cuma check Allkpop dengan site ni http://sup3rjunior.com/

Hafiz Hyung sebab dia punya ultimate bias pun Donghae so kena la rajin masuk blog dia nak tengok ada freebies ke ada news baru ke. LOL *Hyung-ah, den bukan stalker mu, sumpah!*


Ok, tagged peeps:


Jumpa kawan lama kat facebook

23 May 2012



Wow, tajuk entry ni memanggg poyo kan? Well actually aku baru jumpa facebook kawan lama aku. Dah lebih kurang 5 tahun kita orang terpisah sebab dia pindah masa awal tingkatan satu dulu. Lepas masing-masing habis SPM baru jumpa. //Eleh, jumpa kat facebook je. Err, terima kasih Mark Zuckerberg//

Sebenarnya setiap kali pergi ABPBH road tour kat Klang Parade tu memang la jumpa. Tapi bila jumpa depan mata tu macam awkward and speechless. Ingat nak cari kat facebook tapi tak jumpa. Ni bila dah jumpa macam orang gila la aku joget-joget depan lappy ni.

Chat yang tak de emosi, padahal aku dah joget-joget depan lappy, HAHA

Nama kawan aku tu Nur Amirah Syafiqah. Dulu, aku takut nak tinggalkan dia ni dengan kawan aku lagi sorang ni (Nur Syazwani) sama-sama dalam bilik aku tanpa aku kat dalam tu. Kalau dyorang berdua dah conquer bilik aku disaster you know? Aku punya 'baju kecik' dan 'seluar kecik' ada kat merata-rata bilik. Yang paling sedih, 'baju kecik' aku dyorang campak atas air-cond. Tinggi oooo. 'Seluar kecik' aku pulak kat kipas.

Pastu setiap kali kat taman perumahan aku ni ada buat kenduri, dyorang mesti datang rumah aku dulu then mekap mekap *mak aku suka bagi barang mekap dia kat aku kalau dia dah beli yang baru*. Lepas mekap, pergi kenduri sama-sama.

Buat kuih kat rumah aku. Masa tu kita orang baru darjah berapa, dah main buat-buat kuih. Hasilnya kuih tu keras. AGAGAGA Tapi sedap. Tak pee. Yang peliknya kita orang ni gatal buat kuih masa bulan ramadhan. Dah meleleh air liur tengok kuih sendiri, buka puasa petang-petang. Ahaks

*Eh ni bukan gambar kahwin dia, baca dulu entry bawah ni*

But yeah, tu cerita dulu. Sekarang aku tengok kawan aku yang sorang ni dah makin cantik dan lagi satu dia dah besar. Ish, kalau dulu tu kecik je dia. *Korang tau kecik gila tu apa? Macam tu la. HAHA* Siap dah pernah jadi model lagi tu~~ *okay, sekarang baru boleh refer gambar atas*

Dia sambung belajar kat Perak, aku pun lepas ni pergi Perak jugak nak sambung belajar. Tapi malangnya aku matrik, dia Kolej Perfesional Mara Seri Iskandar. *Entah apa benda ni pun aku tak tahu* Alang-alang dah kat Perak tu, harap-harap dapat la hang out sama-sama. *Eh, jauh ke dekat tempat kita orang ni?*

Masa aku tengah editkan blog dia, aku tak perasan pun dia tulis pasal aku. Lepas 15 minit tengok blog dia baru aku perasan ada banyak gambar aku yang dia sumbatkan dalam entry tu. AHAH <entry ni> *Segan segan* Dia baru buat blog, so aku tolong dia hiasla. Bukan senang nak main dengan code blog ni kalau beginner, lain la kalau yang dah ada pengalaman.

Nak kenal dengan dia jugak ke? Boleh je.. Ni klik link sebelah ♥ <Blog Amirah> <Facebook>

[Digi Live Sekolahku Berbakat] Tutorial for SKI-ans

22 May 2012


Entry ni special untuk SKI-ans or ex-SKI-ans macam aku ni. AHAKS. Korang pernah dengar pasal Digi Live Sekolahku Berbakat tak? Ok tu nanti aku terangkan. Aku nak bagi tahu yang SMK Sungai Kapar Indah telah menghantar wakil untuk benda ni. *Benda? Apa benda benda? Ni contest la*Eh, non-SKIans pun boleh je vote lagi la dialu-alu kan.

Wakil untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah ialahh *drumroll*
Click on his name to know more about him. ><

Video yang di pertaruhkan boleh tengok kat page DiGi tersebut ♥ Biar aku ajar cara nak undi ye? Dah ada sorang budak ni asyik tanya aku je. Hish. Susah la aku kalau semua nak tanya. Ok, ni tuto. [Anda disarankan untuk drag gambar buka tab baru utk melihat dengan lebih jelas]


1. Like this page. <Digi Youths>
   This is a MUST. Sebab kalau korang tak like, korang tak dapat nak mengundi. So tolong dengar cakap aku ni.


2. Follow instruction from the picture below
Wah baiknya aku buatkan gambar ni. *puji diri sendiri. K tak boleh bla*


3.  Klik Galeri > Penyertaan Nanti dia keluar macam gambar kat bawah ni.


4. Buat Carian. Taip Ammar. Kalau tak pasti sila refer gambar dibawah.


5. Dah dapat hasil carian, Sila klik pada entry tersebut dan UNDI. ^.^
   Tak payah risau salah klik atau apa-apa. Ni aku dah bagi sample. Tengok je. *Eh, undi sekali*


Ok, dah siap. Terima kasih atas kerjasama anda. Setiap satu facebok account boleh mengundi untuk 5 entry yang berlainan. Satu hari hanya boleh mengundi untuk satu entry. Jangan lupa untuk undi hari hari ok? tu kepada mereka mereka yang ada 'double facebook' tu guna la dua dua account untuk undi. Kepada yang dah reti tu , sebarkan la benda ni. ♥ Ksayang korang


Merepek dengan HBN 2012

17 May 2012


Aku dah mula merepek-repek dah dengan twitter HBN. Aku harap sangat admin twitter tu tak marah. AAA Aku tak boleh kawal diri bila hari yang sepatutnya U-Kiss perform kat Hari Belia Negara tu dah makin dekat. Aku cuma nak roleplaying je dengan admin twitter tu. *Walaupun sebenarnya apa yang aku tweet aku memang betul-betul maksudkannya.* Rasanya tak de la banyak sangat aku mention. HEHEHE

















Aku tak macam korang yang buka twitter je ada orang mention. Aku sorang sorang je melayan diri kat twitter tu, so roleplaying memang best. It feels like we control them and nobody can say NO. AHAHA LOL Aku roleplaying dengan twitter Donghae lagi teruk. Ok aku jahat.

I want to be U-Kiss's lucky fans on HBN 2012.


120513 – Jaypark Showcase in KL

16 May 2012


Dah berapa hari berlalu, baru aku nak post entry pasal benda ni. T.T Actually aku dah tulis entry untuk event ni dalam lappy aku. So aku cuma copy paste je la.  Baca la ea! ^.^



Firstly dalam entry ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan saya Mohd Nor Amirul bin Norkhaidi  kerana telah memenangi 4 tiket dari pada Digi contest di facebook untuk pergi ke JayPark Basketball Match, dan menang lagi 4 tiket dari 8TV Quicke untuk pergi ke Showcase Jaypark.Kemudian saya ingin berterima kasih kepada dia sekali lagi kerana mengajak saya untuk pergi kedua-dua event tersebut. Tak lupa juga kepada ayah saya yang telah menghantar kami ke KL Live.

OMO, Skema gila ayat aku. Tapi itu la kebenarannya. Kawan aku ni memang banyak luck dia.
Kiteorang dah excited sangat nak pergi siap buat banner lagi. XD Yang paling best 8TV ada rakam banner kiteorang ni. Korang boleh la tengok 8TV Nite Live sabtu depan untuk tengok ‘kteorang’ *Eh sabtu ke jumaat?* LOL tu pun kalau Mr. Director tak potong part kitaorang pegang banner dan kaku depan kamera tu. AHAHAHA. 

Le banner. Gee

Kalau nak tahu, ni la first time aku pergi showcase tanpa mengeluarkan peluh. Tempat tu ber air-cond. Selesa mahh!! Sebenarnya kitaorang lambat redeem ticket. Tak jumpa booth 8TV Quickie, tapi nasib baik akak yang duduk kat booth Digi tu bagi kita orang ticket dulu, so kawan aku ni masih tak dapat merchandise dia yang lain. *Orang 8TV Quickie tu ada call sebenarnya tapi terputus, tak sempat nak angkat masa tu.*

Kat dalam tu adik aku je yang merakam. Aku tak berani nak buat benda tu. Dyorang laser sesiapa yang cuba rakam, tapi nampaknya kat youtube pun banyak dah video fancam. -.- Paling best tengok message Happy Birthday untuk Jaypark. Okay, aku jeaous dengan J Walker tersebut. JAYPARK TENGOK VIDEO DYORANG! //Yahh, SJ-ah! When you're gonna watch my video?//



Tapi malang sekali kitaorang tak dapat pergi event Jaypark main basketball kat Sekolah Sri KDU. Tak ada transport. Ayah aku tak dapat hantar. Ok, cukup frust sebab bukan senang nak menang 4 tiket pergi sana. Kita orang tak keluarkan sesen pun nak pergi sana.

S-s-saya sebenarnya tak suka Jaypark peluk sape-sape termasuk Baki. *Sorry baki*

Ok, aku upload satu je video showcase ni. Masa Jaypark nyanyi lagu Nothin' On You. Video yang lain aku tak tahu kat mana adik aku letak. *Ergh Aku langsung tak dapat Poster Jaypark yang Baki baling baling tu* Aku merepek-repek kat twitter masa aku tak dapat pergi Jaypark punya basketball match. T.T Tweet gila aku. LOL Sebenarnya banyak lagi. 










NE FF : Your turn

07 May 2012


NE FF stands for Never End Fan Fiction. Want to know more about this? Click here.



Sebenarnya, ini adalah mimpi pertama yang aku dapat yang ada kaitan dengan K-Idol. Dah la dua-dua watak ni dari group yang lain. Aku rasa cerita kali ni pendek. Ya, memang sekejap je.

Watak:
  • ME
  • Nad *My sister*
  • Eli, UKISS
  • Siwon, Super Junior




Sebelum konsert bermula, aku dengan Nad berjalan-jalan kat stage yang mereka akan gunakan bagi memastikan barang-barang lengkap. *Tak tahu konsert apa* Segala props diatas pentas tu kami periksa.  Kemudian terdengar pintu pada bahagian sebelah kanan terbuka. Muncul 2 orang lelaki berpakaian singlet putih, Siwon, Super Junior dan Eli, U-Kiss. Hubungan mereka begitu rapat seperti adik-beradik.

Aku mula memberikan reaksi apabila idol yang kebiasaanya aku lihat di dalam skrin kini muncul di depan mata. Aku sangat sukakan Eli, UKISS. Perbualan mereka terhenti apabila aku menjerit nama ELI. Adik aku masih lagi membelek-belek props yang berada diatas pentas dan tidak menghiraukan apa yang aku lakukan.

Eli berjalan kearah aku dan memberikan senyuman yang manis, manakala Siwon pula terus berjalan kearah bilik untuk mendapatkan solekan. Aku sedar Siwon nampak seperti kecewa kerana aku langsung tidak menyebut namanya. Aku hanya menyenangkan hati aku dengan berkata, "Erm, tak ada apa apa kot.". Jadi aku pun teruskan niat aku yang ingin bergambar bersama Eli.

"Nad! Tolong pegang camera." Kata aku. Eli faham apa yang aku inginkan dari dia, jadi dia terus ber'posing' disebelah aku. Setelah beberapa kali tangkap gambar, Eli dipanggil untuk mendapatkan solekan. Siwon pula keluar dari bilik tersebut lengkap dengan kostum. Aku memandang dia, dia hanya memberikan senyuman tawar kepada aku. Perasaan serba salah memaksa aku memanggil Siwon pula.

"Siwon oppa. ^.^" panggilku. Siwon terus datang kepada aku dan meminta adik aku, Nad untuk menangkap gambar kami. Aku terkejut dengan apa yang dia lakukan tapi aku hanya senyum. Aku paling ingat, pose terakhir yang Siwon buat ialah berdiri di belakang aku dan buat seperti dia sedang 'back-hugging'. Last word for you Siwon.

"Thanks for your SPECIAL FAN SERVICE ♥"



Esok pagi,
Le me: Nad, aku mimpi Eli dengan Siwon!
Le her: Siwon? Ah tak nak la dengar. *She is Siwon biased*
Le me: Ada kau sekali.
Le her: Ok, nak dengar.
Le me: Tapi, aku watak utamanya.
Le her: Simpan je cerita kau.

NE FF : No one special

06 May 2012


NE FF stands for Never End Fan Fiction. Want to know more about this? Click here.


Aku tak tahu apa yang menyebabkan aku mimpi pasal Onew, SHINee padahal aku bukannya selalu tengok muka dia or buat apa apa yang ada kena mengena dengan dia. Dia bukan bias aku. AAA Tolong!

Watak:
  • ME
  • Onew, SHINee
  • SHINee's manager *I don't know whether SHE's the manager or not.*


After a few hours at the shopping mall. Yeah, weekend this is what are my family use to do. We want to go back home. We're going to use an escalator to get to the first floor. From the second floor, i could group of girls holds a banner. So we wait for the first floor is 'clean' from all the girl.

I wonder who are they waiting for. A few minute later, there is two man get out from the left door and then all the girl are shouting and start to move closer to them. So we make a quick step to use the escalator and avoid the girl.

When i was on the escalator i saw man behind the first man is falling down due to a lot of girl are pushing them. The first man didn't help him but only give him a mad glare and just leave him alone. The man who fall stands up and run away. The fans realize what happen and they dismiss.

My family and i went to parking lot and i saw a man crying beside our car. I definitely know him. He is Onew, SHINee! I remember the cloth the the 'falling man' is the same like what Onew is wearing right now. "AH! You're SHINee Onew!! So, the man who give you dead glare is your manager?" i ask him. He just nodding.

Since he look so awful, i decide to bring him home. He sit beside my bed in my room. I tried to talk to him but it's never gonna work because i don't know korean language much. So, to make him forget what just happen to him at the shopping mall, i take out my handphone and ask Onew,"Selca?" he smile and make a lot of cute poses. I hate to admit it, but i love to see his bright smile. I don't know that he love camera so much.

But then my mom call me, "Akak! Someone are looking for you!". When i start to stand up to see who is looking for me, Onew's face is changing into sad face back. When i get out from the room, i saw a girl late 20 asking me, "Is Onew here?". I was shock, how did she found out? Looking at my confused face, the girl continue her word, "Don't be surprised by this. We're tracking his phone number." I still stand stiff and didn't answer her. "Why? Huh, this is i don't understand about fangirl. What are they see in the idol? Idol are just normal human being just like you. Nothing special!" 

Before i answer all the question, Onew appears from my back and get out from my house and go into the car in front of my house. "Okay thank you. I've got to go.". To me everything is moving too fast, but it's okay at least i got my selca with Onew in my phone....


LOL I woke up in the morning ang check my phone. It's dissapointing when the selca is not there. T.T





NE FF : We're secret agent

05 May 2012


NE FF stands for Never End Fan Fiction. Want to know more about this? Click here.


AAA, terujanya aku nak tulis cerita ni. Mimpi ni mimpi paling BEST yang pernah aku alami. Kenapa? Sebab mimpi ni lain. Tak macam mimpi aku yang lain. Please ea, kalau baca tu guna imaginasi yang tinggi melambung. *LOL Hiperbola citer ni*

Watak:
  • ME
  • TOP, Big Bang
  • JYP a.k.a Jinyoung Park




Hari ni sungguh sibuk sama macam hari-hari sebelum ni. Tapi aku dah biasa dengan keadaan ni. Hidup selalu berpindah randah dan mesti sorokkan identiti sebenar daripada orang ramai. Pihak atasan agensi aku kata, "Dalam dunia ni, kita tak boleh percayakan sesiapa pun." Ya. Aku sendiri pun tak kenal siapa sebenarnya Pihak Atasan tu. Inilah aku! Agen rahsia yang ditugaskan untuk menyiasat.

Waktu petang tu aku dah mendapat mesej dari pihak atasan untuk keluar daripada hotel yang aku tinggal dan mengikuti lelaki yang telah ditugaskan untuk menghantar aku menjalani misi. Aku terpaksa mempercepatkan langkah aku kerana pada bahagian bawah mesej tertera, 'ASAP'. Sebaik sahaja keluar, aku nampak lelaki yang dimaksudkan, TOP Big Bang yang berpakaian sut lengkap dengan topi bersandar pada keretanya. Tanpa berlengah, aku terus masuk ke dalam kereta.

//Hampir sama tapi TOP sepatutnya pakai bow tie warna hitam//

Beberapa minit kemuadian, aku sedar yang aku tidak mengenakan pakaian yang sepatutnya agar orang ramai tidak dapat mengecam aku. Aku terus memberitahu TOP tentang masalah itu. TOP segera memandu menuju ke Hotel 5 bintang bawah tanah kerana kami dimaklumkan Hotel tersebut sedang mengadakan aktiviti prom dan hotel tersebut paling dekat. Pada bahagian atas hotel adalah kompleks membeli belah untuk orang kaya. 

Sebaik sampai, kami keluar dari kereta dan segera masuk ke dalam kompleks membeli belah tersebut. Aku perlu turun 7 tingkat ke bawah untuk sampai ke hall hotel. Kami berhenti di pintu utama shopping mall bagi memastikan keadaan selamat, kemudian aku terus berlari menuju ke escalator manakala TOP berlari kearah bilik kawalan pada setiap tingkat bagi mematikan kamera CCTV selama 2 minit supaya imej aku tidak terpampang pada monitor.

Setelah berjaya sampai ke Hall Hotel, aku pergi berkomunikasi dengan seorang perempuan agar perempuan tersebut memberikan aku pakaian yang dia pakai untuk aku menyamar. Perempuan bersama dress labuh itu aku bawa pergi ke bilik persalinan. Disitu, aku nampak TOP telah berjaga di depan pintu, dengan isyarat yang TOP bagi, faham la aku bahawa bilik itu telah dikosongkan.

Sebelum mengenakan pakaian tersebut, aku perlu membuat perubahan pada pakaian seperti yang diajar sewaktu aku jadi trainee agensi tersebut. Tetapi, aku tak tahu apa yang aku perlu lakukan pada pakaian tu. Tiba-tiba muncul JYP dari pintu belakang pada bilik tu, dia datang pada aku dan koyakkan dress labuh tersebut sehingga menjadi dress paras lutut. JYP mengangguk pada aku dan terus keluar.

Aku keluar daripada bilik persalinan dan terus berlari kearah luar hotel bersama TOP untuk teruskan perjalanan...




NE FF : It's time to run.


NE FF stands for Never End Fan Fiction. Want to know more about this? Click here.



Ok, tak tahu kenapa aku boleh termimpi pasal benda ni. Mungkin sebab aku asyik fikirkan hubungan dia orang. Ok, aku menngaku aku frust. Tapi aku dah boleh kawal perasaan aku sekarang. *Memang susah nak kawal perasaan cemburu kalau dah suka.* 

Ok, benda ni dalam Bi. Nak test Bi. LOL

Watak.
  • ME.
  • Donghae, Super Junior
  • Jessica, SNSD


Today is the day. My class make an outdoor activities. Early in the morning, all my classmate has come to the lake. *Seriously i don't know where the exact place is* The first activity is jogging around the lake. I jog by myself. I don't know why that day i didn't meet any of my bestfriend. I jogging while enjoy the view of the lake.

Then, there is a foreign couple jog pass over me. I'm just watching them from their back. I feel uneasy when seeing the man beside the girl. I feels like i know him. After a few minutes i've solved my mind puzzle. I know he is Lee Donghae, Super Junior, but who is the girl besides him? and what are they doing in Malaysia?

I made a decision to ask him right away. So i make my steps faster to catch up the couple. I few steps before i reach the couple, suddenly the couple stops. This make my move freeze. What i saw in my eye is, Donghae lower his self to tie the untie shoe of the girl. From this distance, i can recognize the girl. The girl is Jessica, SNSD!

//Err, this is suppose to be Donghae, and the girl should be wearing a tracksuit//

After Donghae got Jessica's shoe tie, they continue jogging and having fun. I could hear their laughing hapily. I feels hard to breathe by watching them so i stops walking. I head got full of question about them.

My boy classmate who walking behind me wake me up from my daydream. They are boy who likes to 'bully' me in class. They shout "Hey Hafzhan! Tired already?". As usually like in the class, i've never answer their question and starts running....


Never end FanFiction


Best tak tajuk aku? Ngee! Aku teringin nak tulis fanfiction sebenarnya. Tapi ye la. Aku ni tak pandai sangat nak mengarang. So aku ingat nak tulis mimpi aku kat sini. Jadi macam fanfiction la, yang jadi 'never end'nya sebab mimpi aku selalu tak habis aku dah bangun. Pakai je la imaginasi korang untuk bayangkan apa yang terjadi Ok? ^.^

//Saje nak show off mimpi aku ni. Cool. Kbai//

Entry tu mengkin ada dalam bahasa melayu, dan mungkin ada dalam bahasa inggeris. Kalau aku dah siap tulis aku akan letak link tu dalam entry ni. :P
  1. [Donghae, Super Junior + Jessica, SNSD] It's time to run.
  2. [Onew, SHINee] No one special.
  3. [Siwon, Super Junior + Eli, U-Kiss] Your turn.
  4. [TOP, Big Bang + JYP] We're secret agent.


120501 It's balik kampung day.

02 May 2012


eh eh! tengok tarikh tu betul-betul ea. 120501 tu 1MAY2012. So maksudnya aku cerita pasal semalam. Semalam kan hari pekerja, so semua orang cuti la. Taman perumahan aku start bergotong royong. Adik-adik lelaki aku dan ayah aku je la yang join, aku, mak aku dan adik-adik perempuan aku balik kampung. Atuk dan nenek aku dah rindu kat aku tu.

Malam sebelum tu, aku ada practice buat kimbap. Alang-alang barang dah ada, buat je la. Tengok orang lain buat punya la senang. Sekali aku buat... Erkh, nasi tu dah berterabur. Second time buat baru jadi. Walaupun shape dia tak berapa lawa, tapi boleh la. XD

First try

second try

Banyak aku buat masa yang second try tu. Ibu suruh bawak balik kampung. Risau aku kalau nenek aku dan sepupu aku tak makan. Ye la, makanan yang bakal aku bawa ni pelik sikit. Ni semua sebab aku minat Korea. Semua nak cuba. XD Siap ada video lagi ni ha.





Kat kampung aku tu dah maik banyak kucing. So, kucing aku *kucing tu asyik ikut adik aku, so bela je la ^.^* Bila dah petang sikit baru la kucing aku tu dapat kawan. Ni yang sibuk aku merakam dyorang tu. Comell!! Ok, disebabkan agak banyak video. Aku gabungkan la video tu. Kucing yang bernama Kuning tu kucing aku. XD





Comel kan? Eh, tiba tiba aku rasa macam nak share gambar je. XD













Selain Lee Donghae, Super Junior aku juga obses dengan haiwan yang comel macam kucing, hamster, arnab ARGH banyakya. T.T Ah, 'IKAN' dengan Kucing memang tak serasi. T^T.