Sebenarnya, ini adalah mimpi pertama yang aku dapat yang ada kaitan dengan K-Idol. Dah la dua-dua watak ni dari group yang lain. Aku rasa cerita kali ni pendek. Ya, memang sekejap je.
Watak:
- ME
- Nad *My sister*
- Eli, UKISS
- Siwon, Super Junior
Sebelum konsert bermula, aku dengan Nad berjalan-jalan kat stage yang mereka akan gunakan bagi memastikan barang-barang lengkap. *Tak tahu konsert apa* Segala props diatas pentas tu kami periksa. Kemudian terdengar pintu pada bahagian sebelah kanan terbuka. Muncul 2 orang lelaki berpakaian singlet putih, Siwon, Super Junior dan Eli, U-Kiss. Hubungan mereka begitu rapat seperti adik-beradik.
Aku mula memberikan reaksi apabila idol yang kebiasaanya aku lihat di dalam skrin kini muncul di depan mata. Aku sangat sukakan Eli, UKISS. Perbualan mereka terhenti apabila aku menjerit nama ELI. Adik aku masih lagi membelek-belek props yang berada diatas pentas dan tidak menghiraukan apa yang aku lakukan.
Eli berjalan kearah aku dan memberikan senyuman yang manis, manakala Siwon pula terus berjalan kearah bilik untuk mendapatkan solekan. Aku sedar Siwon nampak seperti kecewa kerana aku langsung tidak menyebut namanya. Aku hanya menyenangkan hati aku dengan berkata, "Erm, tak ada apa apa kot.". Jadi aku pun teruskan niat aku yang ingin bergambar bersama Eli.
"Nad! Tolong pegang camera." Kata aku. Eli faham apa yang aku inginkan dari dia, jadi dia terus ber'posing' disebelah aku. Setelah beberapa kali tangkap gambar, Eli dipanggil untuk mendapatkan solekan. Siwon pula keluar dari bilik tersebut lengkap dengan kostum. Aku memandang dia, dia hanya memberikan senyuman tawar kepada aku. Perasaan serba salah memaksa aku memanggil Siwon pula.
"Siwon oppa. ^.^" panggilku. Siwon terus datang kepada aku dan meminta adik aku, Nad untuk menangkap gambar kami. Aku terkejut dengan apa yang dia lakukan tapi aku hanya senyum. Aku paling ingat, pose terakhir yang Siwon buat ialah berdiri di belakang aku dan buat seperti dia sedang 'back-hugging'. Last word for you Siwon.
"Thanks for your SPECIAL FAN SERVICE ♥"
Esok pagi,
Le me: Nad, aku mimpi Eli dengan Siwon!
Le her: Siwon? Ah tak nak la dengar. *She is Siwon biased*
Le me: Ada kau sekali.
Le her: Ok, nak dengar.
Le me: Tapi, aku watak utamanya.
Le her: Simpan je cerita kau.
No comments:
Post a Comment