120513 – Jaypark Showcase in KL

16 May 2012


Dah berapa hari berlalu, baru aku nak post entry pasal benda ni. T.T Actually aku dah tulis entry untuk event ni dalam lappy aku. So aku cuma copy paste je la.  Baca la ea! ^.^



Firstly dalam entry ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan saya Mohd Nor Amirul bin Norkhaidi  kerana telah memenangi 4 tiket dari pada Digi contest di facebook untuk pergi ke JayPark Basketball Match, dan menang lagi 4 tiket dari 8TV Quicke untuk pergi ke Showcase Jaypark.Kemudian saya ingin berterima kasih kepada dia sekali lagi kerana mengajak saya untuk pergi kedua-dua event tersebut. Tak lupa juga kepada ayah saya yang telah menghantar kami ke KL Live.

OMO, Skema gila ayat aku. Tapi itu la kebenarannya. Kawan aku ni memang banyak luck dia.
Kiteorang dah excited sangat nak pergi siap buat banner lagi. XD Yang paling best 8TV ada rakam banner kiteorang ni. Korang boleh la tengok 8TV Nite Live sabtu depan untuk tengok ‘kteorang’ *Eh sabtu ke jumaat?* LOL tu pun kalau Mr. Director tak potong part kitaorang pegang banner dan kaku depan kamera tu. AHAHAHA. 

Le banner. Gee

Kalau nak tahu, ni la first time aku pergi showcase tanpa mengeluarkan peluh. Tempat tu ber air-cond. Selesa mahh!! Sebenarnya kitaorang lambat redeem ticket. Tak jumpa booth 8TV Quickie, tapi nasib baik akak yang duduk kat booth Digi tu bagi kita orang ticket dulu, so kawan aku ni masih tak dapat merchandise dia yang lain. *Orang 8TV Quickie tu ada call sebenarnya tapi terputus, tak sempat nak angkat masa tu.*

Kat dalam tu adik aku je yang merakam. Aku tak berani nak buat benda tu. Dyorang laser sesiapa yang cuba rakam, tapi nampaknya kat youtube pun banyak dah video fancam. -.- Paling best tengok message Happy Birthday untuk Jaypark. Okay, aku jeaous dengan J Walker tersebut. JAYPARK TENGOK VIDEO DYORANG! //Yahh, SJ-ah! When you're gonna watch my video?//



Tapi malang sekali kitaorang tak dapat pergi event Jaypark main basketball kat Sekolah Sri KDU. Tak ada transport. Ayah aku tak dapat hantar. Ok, cukup frust sebab bukan senang nak menang 4 tiket pergi sana. Kita orang tak keluarkan sesen pun nak pergi sana.

S-s-saya sebenarnya tak suka Jaypark peluk sape-sape termasuk Baki. *Sorry baki*

Ok, aku upload satu je video showcase ni. Masa Jaypark nyanyi lagu Nothin' On You. Video yang lain aku tak tahu kat mana adik aku letak. *Ergh Aku langsung tak dapat Poster Jaypark yang Baki baling baling tu* Aku merepek-repek kat twitter masa aku tak dapat pergi Jaypark punya basketball match. T.T Tweet gila aku. LOL Sebenarnya banyak lagi. 










No comments:

Post a Comment