Showing posts with label Konsert. Show all posts
Showing posts with label Konsert. Show all posts

120513 – Jaypark Showcase in KL

16 May 2012


Dah berapa hari berlalu, baru aku nak post entry pasal benda ni. T.T Actually aku dah tulis entry untuk event ni dalam lappy aku. So aku cuma copy paste je la.  Baca la ea! ^.^



Firstly dalam entry ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan saya Mohd Nor Amirul bin Norkhaidi  kerana telah memenangi 4 tiket dari pada Digi contest di facebook untuk pergi ke JayPark Basketball Match, dan menang lagi 4 tiket dari 8TV Quicke untuk pergi ke Showcase Jaypark.Kemudian saya ingin berterima kasih kepada dia sekali lagi kerana mengajak saya untuk pergi kedua-dua event tersebut. Tak lupa juga kepada ayah saya yang telah menghantar kami ke KL Live.

OMO, Skema gila ayat aku. Tapi itu la kebenarannya. Kawan aku ni memang banyak luck dia.
Kiteorang dah excited sangat nak pergi siap buat banner lagi. XD Yang paling best 8TV ada rakam banner kiteorang ni. Korang boleh la tengok 8TV Nite Live sabtu depan untuk tengok ‘kteorang’ *Eh sabtu ke jumaat?* LOL tu pun kalau Mr. Director tak potong part kitaorang pegang banner dan kaku depan kamera tu. AHAHAHA. 

Le banner. Gee

Kalau nak tahu, ni la first time aku pergi showcase tanpa mengeluarkan peluh. Tempat tu ber air-cond. Selesa mahh!! Sebenarnya kitaorang lambat redeem ticket. Tak jumpa booth 8TV Quickie, tapi nasib baik akak yang duduk kat booth Digi tu bagi kita orang ticket dulu, so kawan aku ni masih tak dapat merchandise dia yang lain. *Orang 8TV Quickie tu ada call sebenarnya tapi terputus, tak sempat nak angkat masa tu.*

Kat dalam tu adik aku je yang merakam. Aku tak berani nak buat benda tu. Dyorang laser sesiapa yang cuba rakam, tapi nampaknya kat youtube pun banyak dah video fancam. -.- Paling best tengok message Happy Birthday untuk Jaypark. Okay, aku jeaous dengan J Walker tersebut. JAYPARK TENGOK VIDEO DYORANG! //Yahh, SJ-ah! When you're gonna watch my video?//



Tapi malang sekali kitaorang tak dapat pergi event Jaypark main basketball kat Sekolah Sri KDU. Tak ada transport. Ayah aku tak dapat hantar. Ok, cukup frust sebab bukan senang nak menang 4 tiket pergi sana. Kita orang tak keluarkan sesen pun nak pergi sana.

S-s-saya sebenarnya tak suka Jaypark peluk sape-sape termasuk Baki. *Sorry baki*

Ok, aku upload satu je video showcase ni. Masa Jaypark nyanyi lagu Nothin' On You. Video yang lain aku tak tahu kat mana adik aku letak. *Ergh Aku langsung tak dapat Poster Jaypark yang Baki baling baling tu* Aku merepek-repek kat twitter masa aku tak dapat pergi Jaypark punya basketball match. T.T Tweet gila aku. LOL Sebenarnya banyak lagi. 










120422 Epop Fanmeeting

23 April 2012


Yeah, aku dapat pergi sana. Awal jugak la sampai tapi awal-awal pun, ada orang lagi awal daripada aku. T.T Ok, aku pergi dengan kawan aku. *kira* 5 Orang.

Masa keluar je monorail bila dah sampai Bukit Bintang tu, ramai orang perempuan cina lari. Ah, aku tak syak apa apa pun masa tu. *first time jejak kaki kat situ* Tapi bila masuk je Sungei Wang Plaza tu, bila masuk je, dah buntu tak tahu nak pergi mana. So, kita orang kejar perempuan cina yang lari tu. AHAHAHAHA

Then, masa tengah sibuk lari, ada perempuan cina berhentikan aku.

"Are you going to Epop Fanmeet too?"
"Ahah! Yes! You too?" 
"I thought i was too early, they're earlier then me."
Kitaorang terus sambung lari. Masa ni baru pukul 9++ Belum pukul 11 lagi. Event start pukul 11. Masa dah sampai kat tempat event, benda pertama aku nampak banner Super Junior. OMG! OMG! And yeah, nampak barisan panjang yang dah melepasi 5 hingga 6 kedai kebelakang.

Bahagian muka surat epop cina yang ada kupon.

Masa beratur, aku nampak ramai orang cina kat situ pegang epop cina. Kawan aku tanya la dia.
"Do we need to bring epop to get the goodies?"
"Ah! Yes, we need to show the coupon"
So, sementara aku jaga barisan, kawan aku dah keluar pergi cari epop cina. Dalam kawasan Sungei Wang Plaza tu dah tak ada epop. Nasib baik sempat beli kat luar. Yeah, pelanggan epop Malay had no idea about this. Dyorang tak pernah mention pun kena ada kupon tu. Yang dyorang kata FREE. So, orang yang tahu je la dapat goodies.

Lepas berdiri dalam 3jam++ Baru la kitaorang sampai ke kaunter tebus kupon. Satu kupon boleh pilih sama ada nak goodies or nak poster besar dan poskad. I choose goodie la, poster dah berlambak kat rumah kan?

Lets see what we've got in the goodie bag.


Everyting inside the bag.

Cute calendar

Snack

Ramyeon yang Beast promote. Click here for proof.

Air kotak! XD SEDAPPP!! Perisa pisang, bayangkan la.

Lastly, my favorite stuff. Etude House product! XD

Kawan aku bawak adik dia sekali. So, dia dapat 2 goodie dan 1 poster besar. Ok, aku mengaku aku agak jeles tentang tu. Lepas tu aku dengan kawan aku tunggu giliran nak pakai hanbok. Tak tahu la kenapa tak ramai yang nak pakai hanbok. Actually, kalau pakai hanbok tak perlukan kupon, asalkan tangkap gambar pakai kamera sendiri. Kalau nak gambar polaroid, kena guna kupon.

Ok aku bawa instax aku sendiri, so tak perlukan kupon.

Disebabkan nak bergambar dengan Rilakkuma tak kesampaian, *setiap kali Rilakkuma tu keluar, aku tengah beratur* Aku pun ambil gambar dengan cardboard je la. T.T

Rilakkuma in the house!

Tak lupa jugak tulis message untuk idol. Ok aku cuma tujukan kat Donghae je. T.T Mian SJ oppa. Dyorang kata, dyorang akan hantar ke Korea poskad tu. Hmm tak tahu la.

Ehhem, tak payah gatal-gatal nak baca. AGAGAGA

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti, tapi aku dah balik. Ruffneckz buat persembahan pun aku tak nampak sebab aku tengah beratur, aku terlindung dibelakang tiang. So sad. T.T Video special untuk ELF tu pun aku tak dapat tengok. Tengok kat youtube je la.






Dyorang ada buat jualan. Kalau beli boleh buat cabutan untuk tahu kita dapat hadiah apa. *Lelaki depan aku beli album Girls Generation, The boys. Then dia cabut kat situ, dapat album 2AM. Bertuah betul!* Ok, aku tak beli apa-apa. >.< ㅋㅋㅋ  Dia tak jual brg SJ sangat.

Masa tengah makan kat KFC, Ruffneckz buat persembahan lagi, lagu Super Junior. Tak dapat tengok jugak. Kami memang tak ada jodoh. Rilakkuma, kita pun tak ada jodoh kan? Tak apa la. Satu hari nanti....


P/S: Pasal balik rumah aku tak nak cerita. Aku dah confuse dengan pengangkutan awam. Aku bukannya kenal KL sangat pun. T.T Er, faham-faham je la.



Keletah -.-
Oh yea, Adik lelaki aku umur 9 tahun belek-belek snack udang tu then dia tanya aku,
Dia: Akak, kalau kita makan jajan ni nanti kita boleh cakap Korea ke?
Aku: Eh! Mana ada la. Tapi kalau keropok tu memang ada fungsi macam tu aku dah makan banyak dah.

Adik perempuan aku 16 umur yang baru balik dari kem, tengok gambar polaroid aku pakai hanbok.
Dia: Eh, muka kau macam orang Korea la! Tapi macam makcik je la. Serius!
Aku: -.- 


120323 SNSD at Petronas Tower.

24 March 2012


Yeah, dapat juga aku pergi sana. Macam biasa la, kalau aku pergi ke tempat macam tu, mesti ayah aku yang hantar. Aku ni tak reti naik public transport. Lagipun kalau kteorang sesat, rasa selamat sikit sebab ada ayah. ^.^ Oh yea, aku pergi dengan adik aku, dan Farzana.


Aku tak tangkap gambar sebab tempat kteorg jauh. Lagipun kteorang sibuk nak cari tempat yan selesa sikit nak tengok. Tempat pertama yang kteorang dapat kat tepi-tepi bunga. *Kalau nak tahu, kalau kita lompat melepasi bunga tu, kita dah masuk kat kawasan yang 'bertiket'.* Memang ada security jaga kawasan tu, tapi dia tak kekal. So nampak la ada 2 3 orang kena kejar dengan security tu.

Tak lama kemudian, masa security dah lenyap dari pandangan, peminat yang tak bertiket dari bahagian depan dah melompat masuk beramai-ramai ke kawasan bertiket. Disebabkan aku, adik aku dengan Farzana adalah orang depan untuk lompat, kami disuruh orang belakang untuk lompat masuk. Masa ni aku memang rasa serba salah sangat. Peraturan sekolah pun tak pernah langgar ni lagi kat concert besar. *Sikit-sikit tu ada la >.<* Disebabkan orang belakang kteorang dah tolak, kami terpaksa melompat masuk.



Dah masuk tu rasa menyesal pulak, sebab ramai yang tinggi-tinggi terus tak nampak apa-apa. *Mula-mula masuk kat kawasan bertiket yang mahal* So we decide untuk berdiri kat luar sedikit. *Kawasan bertiket yang murah sedikit.* Kat situ ok la sikit, tak nampak stage pun nampak jugak la skrin. Tak lama tu bau rokok pulak. Haishh kat tempat-tempat macam ni pun nak merokok jugak ke? Lepas tu security mula check tiket. Kteorang cuba bertahan seberapa lama yang boleh kat tempat tu, tapi kena keluar jugak. //Gelakkan diri sendiri\\

At last, kteorang cuma berdiri kat tempat yang tak nampak stage tapi nampak skrin, view yang aku dapat macam kat bawah ni. Video kat bawah ni Farzana yang rakam.




Yeah, we enjoy their performance. Tapi ada seorang lelaki yang tiba-tiba menyelit depan aku. Dia bukan je rampas view aku yang elok tu, tapi pijak kaki aku sekali. Pastu buat muka bodoh je. -.- 

Lepas tu ada moment yang tak disangka-sangka. Ada orang guna laser warna hijau, lepastu laser kat bahagian badan sunny. Bahagian tak yang patut -.- Video ada kat bawah.

Bila SNSD dah habis buat persembahan, semua S♥ne *Nama peminat SNSD* keluar dari tempat tu. Then aku dengar ada foreigner kata "What? They were here just for those girls?". Aku senyum je dengar dia cakap macam tu. Memang kebanyakan orang yang datang sana sebab SNSD. Sebab ni la first time SNSD datang Malaysia.

Walaupun ramai yang dah keluar ada juga yang masih berada kat situ mungkin sebab dyorang bayar untuk masuk ataupun sengaja nak tunggu event tu habis. So kteorang bertiga pun nak balik, masa dalam perjalanan nak cari ayah aku, terjumpa la seorang lelaki dalam lingkungan 20 tahun keatas.

Stranger: Adik, nak tanya ni, mana .........tak dengar apa dia cakap...................... sebab saya tinggal kat hotel tu.
Kami: Sorry, sebab kteorang pun bukan orang sini. Kteorang tak tahu. 

Sebenarnya aku perasan sesuatu, sebab tu aku tak dengar apa dia cakap.

Aku: Korang perasan tak? Kat tangan lelaki tu ada tiket untuk concert tu. Maksudnya dia pun tengok SNSD je ke? Dia bayar untuk cuma nak tengok tu je. Event belum habis kot.

Bila dah jumpa ayah, ayah pulak tanya.

Ayah: Dah habis ke belum sebenarnya?
Aku: Dah.
Ayah: Tu ada lagi tu kat sana.
Aku: Kteorang nak tengok orang yang diimport dari Korea je.

Pengalaman tu ohsem. Kbai. Oh yea, aku tak ada gambar nak share sebab aku cuma bawa camera instax aku je. Camera tu mana ada fungsi zoom. Lagipun camera tu keluarkan gambar tak boleh nak share. LOL. Sorry sebab entry ni agak panjang. Sebab tu aku tepek gambar SNSD kat atas tu sikit-sikit.XD




3December2011 – I went to MoA

04 December 2011



Aku tak sangka aku akan pergi sana.  Aku menang tiket Royal Zone section D dari Tourism Selangor. So, kalau aku pergi aku mesti nak adik aku pergi sekali. Takkan aku nak pergi sorang-sorang  kan? Ayah aku kena la belikan lagi satu tiket. Masa tu harga tiket dah turun separuh harga. Apa lagi? Beli ah! Lol. Masa nak pergi tu, serius aku berdebar-debar sangat. >.<

Ok, sampai sana kita orang jumpa kawan FB kitaorang.  Ain and Aina ^.^ Dia orang dengan adik aku sama tiket, Royal Zone section E. Tapi masa masuk kat sana dia orang duduk dengan aku, Royal Zone section D. Hahaha. Tapi honestly aku cakap, masa aku tunjuk tiket kat staff kat situ, dia suruh aku pergi kat Rock Zone B! Kalau aku betul-betul pergi kat Rock Zone sumpah #untungla !

Aku tak tangkap gambar sangat, Royal Zone tu agak jauh dari pentas. Kamera aku tak boleh zoom lagi dekat. So, aku amik video je la. Tu pun tangan dah lenguh sangat bila balik rumah. Tapi memang memuaskan! Sorry, aku aku lambat upload sebab video yang diambil ni berkapasiti besar, so proses uploadnya boleh cukur janggut 2 kali. >.<

Aku nak penuhi permintaan orang yang minta gambar. //Mianhae, chingu-deul sebab tak dapat bagi gambar pun.
Afrina Fakira – Lee Donghae
Sarah Kim – Cho Kyuhyun
Nuraqila Zulkifli - Gongchan, Suzy
Ili Nur Amni Dzulkarnain - Lee Donghae
Anis Suraya Azman - Super Junior
Amirul - Choi SiWon
Nurul Farhana Mohd Zaid - Gongchan, Kyuhyun, Amber, Jia
Shyia Myungsoo II - Jia, Krystal, Suzy
Adelina Amin - Sandeul
Nana Niel - Sungmin
Nur Syafrina - Lee HyukJae

Nanti bila aku dah upload video, aku tag korang ok? (Y) Ok, guys, nanti aku update lagi pasal ni. Erghh, sibuk ni.


Note: Ok dah upload. Tapi tak dapat nak upload semua. Berat gila kot video. SO ada la yang sikit-sikit dah upload tu. Kalau nak tengok, (klik sini) Video beriban. tapi dapat upload 4 je. *nangis*. Sia-sia aku sakit tangan dok merakam depa.



100611 U-Kiss showcase in Malaysia 2011

08 June 2011


Susah nak percaya tapi memang aku pergi pun. Ayah hantar kat Pavilion. 

Ini la secara rasminya aku nak bagitau yang itu lah pertama kalinya aku jejakkan kaki kat Pavilion. Rasa macam culture shock.

Tapi pedulik hape. Aku redah je walaupun tak tau selok-belok tempat tu. Demi oppa tersayang. Aiceh

Walaupun free standing je (sebab kalau free standing tak payah tiket). Geram jugak la dengan some chinese yang bawak folded chair. So dia la paling tinggi dan block pemandangan aku. Aku dah la rabun. Kejam tsk tsk

U-Kiss - Man man ha ni.


Sarangheyo U-Kiss! Kami cinta padamu!




Aku paling suka jerit benda tu. Lagi best bila dyorang balas, 'SARANGHAE'! 
 
 
Benda yang agak menyesal kat sini, aku tak study lagu-lagu U-Kiss. So tak berani la nak volunteer diri pergi depan. Uwaa nak jugak jadi lucky fans


#zhoumihenry, SUJU M Hari belia 2011

07 June 2011




Entry ni special buat ZhouMiHenry. *Tu nama dia kat shoutmix. Kami ni asyik berbual kat shoutbox je, cerita pasal Super Junior M, Hari Belia tu. Mungkin berita pasal Super Junior M yang kat hari belia tu dah agak lama untuk korang. Tapi bukan bagi kami-kami yang datang ke konsert tu. Benda tu masih fresh tau! Hahaha.

----------8<---------------------------------------------------------------------------

Awak mesti dah baca entry SUJU M Hari belia saya tu kan? Sebenarnya, banner MYELF saya tu keadaannya dah teruk bila bawak balik rumah. Sebab kawasan saya berdiri tu sempit sangat, saya letak banner tu kat bahagian botol air kat bag tu. Lagi malang bila banner macam dah nak terkoyak sebab kena peluh ELF lain. Balik rumah, saya terus je tindih dengan buku dan seterika supaya dia lurus balik. **Ada niat nak frame, tapi tak terbuat lagi. hhaa!


Ryeowook oppa.

Kedudukan saya, awak boleh agak berdasarkan gambar tu la ye? Gambar tu 100% dari tempat saya berdiri dan yang paling cantik antara semua gambar yang saya ada. Gambar yang lain terpaksa padam sebab buruk sangat. Tangan dah mengigil pegang phone. Penat =.='

Petang tu bila nampak makin ramai pakai barang-barang SuJu, saya pun rasa nak beli. Tapi, petang tu dah habis stok. 'Ahmoi' tu kata kalau nak juga, kena datang balik bila konsert Super Junior dah tamat. Ingat nak pergi, tapi dah malam sangat + penat sangat + malas sangat. Hhaha, saya punya 'driver' pun dah calling-calling. *Driver tu sepupu je. Dia dipanggil driver sebab saya dan adik saya duduk belakang masa dia drive.

Tapi kempunan-kempunan nak memiliki barang K-Pop tu dah tercapai. Entry barang k-pop. Haha, sangat puas hati walaupun mahal. Oh ya! Banner tu memang free untuk ELF yang ada kat situ.

Q: Awak dah ada kat depan pentas tu berapa lama? Tak penat ke tunggu?


**Kalau banyak nak share, then malas nak komen, awak balas guna entry pun tak pe. 

110528 Hari belia negara-Super Junior M

29 May 2011


Aku berjaya dapatkan benda ni!  :')


Aku pergi ke konsert tu. Teruja gila tengok dyorang keluar ke pentas. Sampai lenguh-lenguh kat kaki masa berdiri hampir 5jam tu hilang macam tu je. Peminat-peminat SUJU (ELF) semua dah berkumpul kat depan pentas dari pukul 3. Walaupun konsertnya mula pukul 10.

Aku pun ada kat situ, lagi beberapa tapak je lagi aku sampai kat depan pentas, tapi dah tak boleh bergerak lagi dah. padat gila, tangan aku pun dah tak boleh keluar. Peluh pulak dah macam air terjun. Baju aku basah, boleh perah weyh! Masa balik, duk dalam kereta, kereta pun bau hanyir. yeks!

Mula-mula dyorang  nyanyi lagu Perfection-SuJu M. Lepas tu berbual sekejap, best betul aku tengok dyorang sebut 'sayang' tu. Aww, comell! Then lagu Blue Tomorrow, lepas tu persembahan solo. Persembahan solo Henry yang terbaik la! Aku suka lagu tu.  Henry Lau-Off My Mind. Choreogrphy dia lagi la. Histeria aku kat situ.

Dalam kesesakan tu jugak aku dah kehilangan aku punya teddy bear yang aku sangkut kat purse aku. Tak jumpa langsung! Sedihnya! Aku ingat nak mintak kat Donghae, sebab dia ada banyak teddy bear  *Aku intai bilik dia. hahaha
aww, byknya teddy bear die!

Sayangnya Donghae+Siwon tak ada. Sebenarnya kurang lagi seorang, tapi aku tak tahu. Aku cuma kenal Super Junior M yang dulu je, ada Hangeng tu. Sekarang, eunhyuk pun dah ada kat SUJU-M. Aku lagi suka, sebab 'couple' dia ada. EUNHAE! ahh, comel gila la!

Masa hampir nak habis konsert tu, ada 6 ELF yang dipilih untuk nak kepentas dan tanya soalan kat SUJU-M ni. Lepas tanya soalan, dyorang dapat peluk SUJU-M. Jealous aku! Tak suka part tu!  >:'(  Nasib baik Donghae tak datang.

Persembahan local pun tak layan dah, Farah Asyikin datang, nyanyi lagu Hello, Wana nyanyi lagu apa entah. Taku tak pernah dengar la. Azlan&The Typewritter datang nyanyi lagu Jeritan Batinku. Ada lagi yang lain. memang suram, sebab kat sekeliling pentas tu cuma peminat SUJU-M dan kebanyakannya berbangsa cina. Sebab tu tak ada sambutan. Tak tahu pulak ada yang tak puas hati.


Aku tak nak masuk campur dalam kes tu. Tak nak kena saman :)


Aku rasa cemburu tengok orang pakai payung yang ada tulisan SUJU, topi SUJU, Strap SUJU, Kipas SUJU, Badge SUJU, Tag SUJU dan yang paling tak boleh blaa, aku tengok gambar Donghae Oppa aku kat bawah ketiak orang. *Gambar Donghae kat beg tu :( Lagi satu, memang kebanyakannya, barang-barang tu pakai gambar Donghae. Kyuhyun aku ada nampak satu, yang lain tak de.




Ada orang pakai tag yang pertama tu 
Barang kat atas tu aku nampak orang pakai. Jeles gilaa. Lawanyaa!

Light stick tak payah cerita la. Banyak cantik-cantik. Jeles ==' Nak jugak! Kat sana ada orang jual barang kpop. Tapi aku tak beli sangat sebab tengok dia jual macam sorok-sorok je. Tiruan la tu. So, aku tak beli! Saya ELF sebenar. Saya hanya beli yang ORI je. Walaupun mahal. Sanggup berdiri 5 jam tanpa duduk untuk SUJU-M  *Perasan.




Baik pergi konsert berbayar. Seat sorang satu, tak payah kongsi, tak payah berdiri. :)
I Prom15e to 13elieve!



p/s: Kat mana nak beli barang-barag K-Pop ni ea? any idea?