AAA, terujanya aku nak tulis cerita ni. Mimpi ni mimpi paling BEST yang pernah aku alami. Kenapa? Sebab mimpi ni lain. Tak macam mimpi aku yang lain. Please ea, kalau baca tu guna imaginasi yang tinggi melambung. *LOL Hiperbola citer ni*
Watak:
- ME
- TOP, Big Bang
- JYP a.k.a Jinyoung Park
Hari ni sungguh sibuk sama macam hari-hari sebelum ni. Tapi aku dah biasa dengan keadaan ni. Hidup selalu berpindah randah dan mesti sorokkan identiti sebenar daripada orang ramai. Pihak atasan agensi aku kata, "Dalam dunia ni, kita tak boleh percayakan sesiapa pun." Ya. Aku sendiri pun tak kenal siapa sebenarnya Pihak Atasan tu. Inilah aku! Agen rahsia yang ditugaskan untuk menyiasat.
Waktu petang tu aku dah mendapat mesej dari pihak atasan untuk keluar daripada hotel yang aku tinggal dan mengikuti lelaki yang telah ditugaskan untuk menghantar aku menjalani misi. Aku terpaksa mempercepatkan langkah aku kerana pada bahagian bawah mesej tertera, 'ASAP'. Sebaik sahaja keluar, aku nampak lelaki yang dimaksudkan, TOP Big Bang yang berpakaian sut lengkap dengan topi bersandar pada keretanya. Tanpa berlengah, aku terus masuk ke dalam kereta.
//Hampir sama tapi TOP sepatutnya pakai bow tie warna hitam//
Beberapa minit kemuadian, aku sedar yang aku tidak mengenakan pakaian yang sepatutnya agar orang ramai tidak dapat mengecam aku. Aku terus memberitahu TOP tentang masalah itu. TOP segera memandu menuju ke Hotel 5 bintang bawah tanah kerana kami dimaklumkan Hotel tersebut sedang mengadakan aktiviti prom dan hotel tersebut paling dekat. Pada bahagian atas hotel adalah kompleks membeli belah untuk orang kaya.
Sebaik sampai, kami keluar dari kereta dan segera masuk ke dalam kompleks membeli belah tersebut. Aku perlu turun 7 tingkat ke bawah untuk sampai ke hall hotel. Kami berhenti di pintu utama shopping mall bagi memastikan keadaan selamat, kemudian aku terus berlari menuju ke escalator manakala TOP berlari kearah bilik kawalan pada setiap tingkat bagi mematikan kamera CCTV selama 2 minit supaya imej aku tidak terpampang pada monitor.
Setelah berjaya sampai ke Hall Hotel, aku pergi berkomunikasi dengan seorang perempuan agar perempuan tersebut memberikan aku pakaian yang dia pakai untuk aku menyamar. Perempuan bersama dress labuh itu aku bawa pergi ke bilik persalinan. Disitu, aku nampak TOP telah berjaga di depan pintu, dengan isyarat yang TOP bagi, faham la aku bahawa bilik itu telah dikosongkan.
Sebelum mengenakan pakaian tersebut, aku perlu membuat perubahan pada pakaian seperti yang diajar sewaktu aku jadi trainee agensi tersebut. Tetapi, aku tak tahu apa yang aku perlu lakukan pada pakaian tu. Tiba-tiba muncul JYP dari pintu belakang pada bilik tu, dia datang pada aku dan koyakkan dress labuh tersebut sehingga menjadi dress paras lutut. JYP mengangguk pada aku dan terus keluar.
Aku keluar daripada bilik persalinan dan terus berlari kearah luar hotel bersama TOP untuk teruskan perjalanan...
No comments:
Post a Comment