Showing posts with label FanFiction. Show all posts
Showing posts with label FanFiction. Show all posts

NE FF : Your turn

07 May 2012


NE FF stands for Never End Fan Fiction. Want to know more about this? Click here.



Sebenarnya, ini adalah mimpi pertama yang aku dapat yang ada kaitan dengan K-Idol. Dah la dua-dua watak ni dari group yang lain. Aku rasa cerita kali ni pendek. Ya, memang sekejap je.

Watak:
  • ME
  • Nad *My sister*
  • Eli, UKISS
  • Siwon, Super Junior




Sebelum konsert bermula, aku dengan Nad berjalan-jalan kat stage yang mereka akan gunakan bagi memastikan barang-barang lengkap. *Tak tahu konsert apa* Segala props diatas pentas tu kami periksa.  Kemudian terdengar pintu pada bahagian sebelah kanan terbuka. Muncul 2 orang lelaki berpakaian singlet putih, Siwon, Super Junior dan Eli, U-Kiss. Hubungan mereka begitu rapat seperti adik-beradik.

Aku mula memberikan reaksi apabila idol yang kebiasaanya aku lihat di dalam skrin kini muncul di depan mata. Aku sangat sukakan Eli, UKISS. Perbualan mereka terhenti apabila aku menjerit nama ELI. Adik aku masih lagi membelek-belek props yang berada diatas pentas dan tidak menghiraukan apa yang aku lakukan.

Eli berjalan kearah aku dan memberikan senyuman yang manis, manakala Siwon pula terus berjalan kearah bilik untuk mendapatkan solekan. Aku sedar Siwon nampak seperti kecewa kerana aku langsung tidak menyebut namanya. Aku hanya menyenangkan hati aku dengan berkata, "Erm, tak ada apa apa kot.". Jadi aku pun teruskan niat aku yang ingin bergambar bersama Eli.

"Nad! Tolong pegang camera." Kata aku. Eli faham apa yang aku inginkan dari dia, jadi dia terus ber'posing' disebelah aku. Setelah beberapa kali tangkap gambar, Eli dipanggil untuk mendapatkan solekan. Siwon pula keluar dari bilik tersebut lengkap dengan kostum. Aku memandang dia, dia hanya memberikan senyuman tawar kepada aku. Perasaan serba salah memaksa aku memanggil Siwon pula.

"Siwon oppa. ^.^" panggilku. Siwon terus datang kepada aku dan meminta adik aku, Nad untuk menangkap gambar kami. Aku terkejut dengan apa yang dia lakukan tapi aku hanya senyum. Aku paling ingat, pose terakhir yang Siwon buat ialah berdiri di belakang aku dan buat seperti dia sedang 'back-hugging'. Last word for you Siwon.

"Thanks for your SPECIAL FAN SERVICE ♥"



Esok pagi,
Le me: Nad, aku mimpi Eli dengan Siwon!
Le her: Siwon? Ah tak nak la dengar. *She is Siwon biased*
Le me: Ada kau sekali.
Le her: Ok, nak dengar.
Le me: Tapi, aku watak utamanya.
Le her: Simpan je cerita kau.

NE FF : No one special

06 May 2012


NE FF stands for Never End Fan Fiction. Want to know more about this? Click here.


Aku tak tahu apa yang menyebabkan aku mimpi pasal Onew, SHINee padahal aku bukannya selalu tengok muka dia or buat apa apa yang ada kena mengena dengan dia. Dia bukan bias aku. AAA Tolong!

Watak:
  • ME
  • Onew, SHINee
  • SHINee's manager *I don't know whether SHE's the manager or not.*


After a few hours at the shopping mall. Yeah, weekend this is what are my family use to do. We want to go back home. We're going to use an escalator to get to the first floor. From the second floor, i could group of girls holds a banner. So we wait for the first floor is 'clean' from all the girl.

I wonder who are they waiting for. A few minute later, there is two man get out from the left door and then all the girl are shouting and start to move closer to them. So we make a quick step to use the escalator and avoid the girl.

When i was on the escalator i saw man behind the first man is falling down due to a lot of girl are pushing them. The first man didn't help him but only give him a mad glare and just leave him alone. The man who fall stands up and run away. The fans realize what happen and they dismiss.

My family and i went to parking lot and i saw a man crying beside our car. I definitely know him. He is Onew, SHINee! I remember the cloth the the 'falling man' is the same like what Onew is wearing right now. "AH! You're SHINee Onew!! So, the man who give you dead glare is your manager?" i ask him. He just nodding.

Since he look so awful, i decide to bring him home. He sit beside my bed in my room. I tried to talk to him but it's never gonna work because i don't know korean language much. So, to make him forget what just happen to him at the shopping mall, i take out my handphone and ask Onew,"Selca?" he smile and make a lot of cute poses. I hate to admit it, but i love to see his bright smile. I don't know that he love camera so much.

But then my mom call me, "Akak! Someone are looking for you!". When i start to stand up to see who is looking for me, Onew's face is changing into sad face back. When i get out from the room, i saw a girl late 20 asking me, "Is Onew here?". I was shock, how did she found out? Looking at my confused face, the girl continue her word, "Don't be surprised by this. We're tracking his phone number." I still stand stiff and didn't answer her. "Why? Huh, this is i don't understand about fangirl. What are they see in the idol? Idol are just normal human being just like you. Nothing special!" 

Before i answer all the question, Onew appears from my back and get out from my house and go into the car in front of my house. "Okay thank you. I've got to go.". To me everything is moving too fast, but it's okay at least i got my selca with Onew in my phone....


LOL I woke up in the morning ang check my phone. It's dissapointing when the selca is not there. T.T





NE FF : We're secret agent

05 May 2012


NE FF stands for Never End Fan Fiction. Want to know more about this? Click here.


AAA, terujanya aku nak tulis cerita ni. Mimpi ni mimpi paling BEST yang pernah aku alami. Kenapa? Sebab mimpi ni lain. Tak macam mimpi aku yang lain. Please ea, kalau baca tu guna imaginasi yang tinggi melambung. *LOL Hiperbola citer ni*

Watak:
  • ME
  • TOP, Big Bang
  • JYP a.k.a Jinyoung Park




Hari ni sungguh sibuk sama macam hari-hari sebelum ni. Tapi aku dah biasa dengan keadaan ni. Hidup selalu berpindah randah dan mesti sorokkan identiti sebenar daripada orang ramai. Pihak atasan agensi aku kata, "Dalam dunia ni, kita tak boleh percayakan sesiapa pun." Ya. Aku sendiri pun tak kenal siapa sebenarnya Pihak Atasan tu. Inilah aku! Agen rahsia yang ditugaskan untuk menyiasat.

Waktu petang tu aku dah mendapat mesej dari pihak atasan untuk keluar daripada hotel yang aku tinggal dan mengikuti lelaki yang telah ditugaskan untuk menghantar aku menjalani misi. Aku terpaksa mempercepatkan langkah aku kerana pada bahagian bawah mesej tertera, 'ASAP'. Sebaik sahaja keluar, aku nampak lelaki yang dimaksudkan, TOP Big Bang yang berpakaian sut lengkap dengan topi bersandar pada keretanya. Tanpa berlengah, aku terus masuk ke dalam kereta.

//Hampir sama tapi TOP sepatutnya pakai bow tie warna hitam//

Beberapa minit kemuadian, aku sedar yang aku tidak mengenakan pakaian yang sepatutnya agar orang ramai tidak dapat mengecam aku. Aku terus memberitahu TOP tentang masalah itu. TOP segera memandu menuju ke Hotel 5 bintang bawah tanah kerana kami dimaklumkan Hotel tersebut sedang mengadakan aktiviti prom dan hotel tersebut paling dekat. Pada bahagian atas hotel adalah kompleks membeli belah untuk orang kaya. 

Sebaik sampai, kami keluar dari kereta dan segera masuk ke dalam kompleks membeli belah tersebut. Aku perlu turun 7 tingkat ke bawah untuk sampai ke hall hotel. Kami berhenti di pintu utama shopping mall bagi memastikan keadaan selamat, kemudian aku terus berlari menuju ke escalator manakala TOP berlari kearah bilik kawalan pada setiap tingkat bagi mematikan kamera CCTV selama 2 minit supaya imej aku tidak terpampang pada monitor.

Setelah berjaya sampai ke Hall Hotel, aku pergi berkomunikasi dengan seorang perempuan agar perempuan tersebut memberikan aku pakaian yang dia pakai untuk aku menyamar. Perempuan bersama dress labuh itu aku bawa pergi ke bilik persalinan. Disitu, aku nampak TOP telah berjaga di depan pintu, dengan isyarat yang TOP bagi, faham la aku bahawa bilik itu telah dikosongkan.

Sebelum mengenakan pakaian tersebut, aku perlu membuat perubahan pada pakaian seperti yang diajar sewaktu aku jadi trainee agensi tersebut. Tetapi, aku tak tahu apa yang aku perlu lakukan pada pakaian tu. Tiba-tiba muncul JYP dari pintu belakang pada bilik tu, dia datang pada aku dan koyakkan dress labuh tersebut sehingga menjadi dress paras lutut. JYP mengangguk pada aku dan terus keluar.

Aku keluar daripada bilik persalinan dan terus berlari kearah luar hotel bersama TOP untuk teruskan perjalanan...




NE FF : It's time to run.


NE FF stands for Never End Fan Fiction. Want to know more about this? Click here.



Ok, tak tahu kenapa aku boleh termimpi pasal benda ni. Mungkin sebab aku asyik fikirkan hubungan dia orang. Ok, aku menngaku aku frust. Tapi aku dah boleh kawal perasaan aku sekarang. *Memang susah nak kawal perasaan cemburu kalau dah suka.* 

Ok, benda ni dalam Bi. Nak test Bi. LOL

Watak.
  • ME.
  • Donghae, Super Junior
  • Jessica, SNSD


Today is the day. My class make an outdoor activities. Early in the morning, all my classmate has come to the lake. *Seriously i don't know where the exact place is* The first activity is jogging around the lake. I jog by myself. I don't know why that day i didn't meet any of my bestfriend. I jogging while enjoy the view of the lake.

Then, there is a foreign couple jog pass over me. I'm just watching them from their back. I feel uneasy when seeing the man beside the girl. I feels like i know him. After a few minutes i've solved my mind puzzle. I know he is Lee Donghae, Super Junior, but who is the girl besides him? and what are they doing in Malaysia?

I made a decision to ask him right away. So i make my steps faster to catch up the couple. I few steps before i reach the couple, suddenly the couple stops. This make my move freeze. What i saw in my eye is, Donghae lower his self to tie the untie shoe of the girl. From this distance, i can recognize the girl. The girl is Jessica, SNSD!

//Err, this is suppose to be Donghae, and the girl should be wearing a tracksuit//

After Donghae got Jessica's shoe tie, they continue jogging and having fun. I could hear their laughing hapily. I feels hard to breathe by watching them so i stops walking. I head got full of question about them.

My boy classmate who walking behind me wake me up from my daydream. They are boy who likes to 'bully' me in class. They shout "Hey Hafzhan! Tired already?". As usually like in the class, i've never answer their question and starts running....


Never end FanFiction


Best tak tajuk aku? Ngee! Aku teringin nak tulis fanfiction sebenarnya. Tapi ye la. Aku ni tak pandai sangat nak mengarang. So aku ingat nak tulis mimpi aku kat sini. Jadi macam fanfiction la, yang jadi 'never end'nya sebab mimpi aku selalu tak habis aku dah bangun. Pakai je la imaginasi korang untuk bayangkan apa yang terjadi Ok? ^.^

//Saje nak show off mimpi aku ni. Cool. Kbai//

Entry tu mengkin ada dalam bahasa melayu, dan mungkin ada dalam bahasa inggeris. Kalau aku dah siap tulis aku akan letak link tu dalam entry ni. :P
  1. [Donghae, Super Junior + Jessica, SNSD] It's time to run.
  2. [Onew, SHINee] No one special.
  3. [Siwon, Super Junior + Eli, U-Kiss] Your turn.
  4. [TOP, Big Bang + JYP] We're secret agent.