Pesta Buku Selangor

31 May 2013


Semalam aku baru dapat pergi Pesta Buku Selangor ni. Aku saja paksa ibu pergi sebab aku nak sangat beli buku-buku Fixi tu. Aku geram sangat tengok feedback-feedback pembaca kat twitter tu. Lagipun pesta buku tu dekat Shah Alam tak de lah jauh mana pun.


So ibu kata pergi pukul 10. Aku yang dah terbangun lambat ni pun kelam kabut macam apa mandi semua. Paling sadis pagi tu, berus gigi aku dah menjelajah ke alam terbaru dia. Aku sekarang terer, kalau dulu jatuh barang dalam lubang jamban aku jerit. Sekarang aku tengok je. HAHAHA

Okay tangan aku parkinson kejap

Maizura (jiran aku) ikut sekali. Ibu tak tau jalan pergi pesta buku tu. Okay now thanks to navigation dalam kereta myvi mak aku ni. Sebelum keluar rumah lagi aku dah set tempat destinasi. Time tu ibu kata "Ibu nak pergi isi minyak dulu". Disebabkan ibu jalan keluar dari jalan yang navi tu bagi, navi tu pun memekak la LALUAN BERTUKAR. Berapa kali tah dia cakap benda tu.

Aku ni sengal sikit, pergi set tempat dekat SACC Mall. Padahal pesta buku tu dekat SACC nasib baik tak jauh jalan kaki. Nasib baik jugak la Maizura cakap dekat SACC. Tak de la aku rasa macam ngok je jalan dalam SACC Mall yang kosong tu. //Masa aku pergi, tak ramai pun dekat SACC Mall tu//

Bila dah sampai, aku cari la booth yang aku nak pergi. Okay ni dah terpisah dengan ibu dan Maizura. Tapi yang ohsem sebab boleh jumpa Maizura just guna instinct tak payah call. HAHA

Aku habiskan baca Awek Chuck Taylor sampai pukul 4 pagi. 

Well actually pekerja kat booth buku Fixi  tu ramah weyh. Sampai dia tanya soalan pun aku tak reti nak jawab. Dang! Memang la aku tak tahu sebab aku baru nak berjinak-jinak dengan buku underground macam tu. But okay la sebab dia rekeman kan buku apa yang best buy. RM 50 untuk 3 buku. Ohsem kan? Memang time tu aku bawak RM 50je pun. *Dompet aku tinggal duit emas je sekarang ni*

Masa tu awal sangat habis memborong buku. Nak lepak dekat SACC mall lama sikit pun rasa tak best. "Ibu, jom pergi Setia City Mall." Aku memang suka bab jalan-jalan ni. Sebab aku oleh jalan 2-3 jam tanpa henti, tapi bila bersenam lepas 5 minit nak berhenti.

Kat SCM ni la bergambar macam sakan~ Boleh pulak terjumpa Amira Izzati dengan adik dia. Masa tu aku mata aku melilau *Ni namanya cuci mata yang tak pernah bersih, buat tambah taik mata je* Dengar pulak nama aku kena panggil AJAN. Okay 2-3 kali jugak dia panggil baru aku perasan. Sengal betul adik si Zetto ni. "Woi kau nampak aku tak?"

Okay aku agak terkenal dengan kebaboonannya. I mean rabun. Sebab kalau aku tak nampak, aku cuma pandang arah suara yg panggil aku then terus senyap je sambil kelip-kelip mata. But masa tu aku pakai cermin mata. Aku nampak cuma aku tak percaya dengan apa yang aku nampak. Tu yang terkaku kejap. Yela mana sangka jumpa kakak yang ada adik sengal macam tu.

Ini muka tak tau malu. Kecoh-kecoh kat food court sebab nak tangkap gambar. 

Pemandangan dari food court. Lawa kot

Okay nampak muka my mum sesuku. Dia tengah betenang dari kekenyangan yg dialaminya. Aku pulak memang perut elastic sumbat je.



Saja pakai spec macam Eunhyuk~ I wanna dance

Inilah perempuan. Sampai kedai kasut, satu kedai kasut tu nak try semua.

Okay gambar ni sangat diluar pengetahuan aku

Ini pun. Mohon penjelasan kenapa tak ajak aku?

Sales girl kat kedai tu tak kisah kita orang nak jadi model kedai dyorang. 

Ini sangat MUDA escalator yang turun kebawah tu mak aku harungi dengan naik atas. Nasib aku tak rakam. Macam jalan atas treadmill tau, cuma beza ni mendaki.

Nad ni dah besar gergasi pun nak naik. 

Ingat senang nak jalan dengan budak kecil? Mak aku lumba lari dengan adik aku dari hujung tu tau. Siapa kata kat Mall tak boleh excersice?

Well Maizura kedai tu special ada nama hampir sama dengan nama kau. ZARA. Sila tukar kepada ZURA pls.


Yang ni sesat sikit. Ni dekat SACC Mall. LOL

Gamabar tandas. Ok ni wajib sikit. Tandas lawa. ngeh ngeh

Pergh ni tak senonoh. Tapi kentut aku keluar bunga kot. Kbai 

Tengok nak balik pun sibuk nka tangkap gambar kat tempat parking. Perempuan~~


Dah sampai rumah aku terus try baca buku yang aku baru beli tu. Okay buku tu sangat addicting. Aku tidur pukul 4.41 pagi semalam semata-mata nak habiskan buku ni. Tak boleh nak tunggu esok. Now sambung baca buku Sperma Cinta then Ilusaniti

Duh lepas ni kalau aku nak buku macam ni kena beli online la? Selalu aku masuk popular or MPH payah nak jumpa.
Ibu belanja kasut. YAYY







No comments:

Post a Comment