My bad sleeping habit

24 May 2013


Dulu aku paling harap aku takkan masuk kesekolah berasrama, pergi kem, atau apa-apa aktiviti yang kena tinggal kan rumah untuk beberapa hari. Bukan sebab aku sayang sangat bilik aku. Tapi sebab aku ada habit yang memang dari kecil aku buat kalau nak tidur. Kalau tak de rasa tak tenang dan susah nak tidur.

AAA Comei baby meow

Yeah i have that bad habit. It's not bantal busuk. It's kain renda. Any kain renda pun boleh. So dia tak busuk okay. Aku pernah jugak nak tinggalkan habit ni. Tapi aku jadi susah nak tidur malam., asyik guling kiri kanan je. Tapi kalau dah penat sangat boleh je terus tertidur.

Masa aku duduk kat matrik dulu ada juga time-time aku susah nak tidur. Memang guling kiri kanan sambil bayangkan bukan-bukan. Imaginasi aku ni dah la entah ape-apa. Tu setiap kali roomate aku ajak stay up aku mesti cakap ni kat dia

Nanti kalau kau nak tidur, please bagi aku tidur dulu?

Aku rahsiakan je benda ni sampai la semester dua, i mean last sem la. Aku bagi tau dyorang. okay. No more secret. Aku suka pakai kain pink aku yang kembang tu sebab ada renda. Hahaha. Tak tahu sampai bila aku tidur dengan benda ni.

Bila google pasal benda ni, baru aku tahu bukan aku sorang je yang berhabit pelik. Ni baca sini. Adik lelaki ketiga aku pun habit pelik jugak. Tapi tak serupa dengan aku. Apa punca pun tak tau



Actually aku punya habit tu lagi teruk masa kecil. Aku tidur sama macam baby tidur. Ye hisap ibu jari. -.- Now yang tu no more la. Tinggal lagi 50% habit aku yang tak dapat nak buang. T.T




No comments:

Post a Comment