Preparation to be a student in KMPk.

17 May 2013


Ni sebenarnya gambar hari terakhir aku kat matrik.
Okay firstly, lets talk about preparation. Aku dulu prepare barang-barang masuk matrik seminggu sebelum masuk. Tu pun aku suka lengah-lengah kan. //Jiwa ragaku mengharapkan masa dapat dihentikan// Reason why? <click here>

Tapi rasa tenang sikit bila ada akak senior yang asalnya aku kenal dari game yang bernama 'YoVille'. Aku mula main kat myspace. Terbawak-bawak kat FB. Dia la yang aku boleh harapkan time tu. Tak tau nak tanya siapa lagi


Okay back to topic. Here some tips that i can share
1. Pakaian
Baju kurung lebih. Yela takkan nak pakai baju yang sama je dalam seminggu tu. *Tapi nanti lama-lama korang mesti main pinjam-pinjam baju kawan. HAHA, nak variasi katanya* Nak pakai blouse boleh je asal tak ketat and bawah punggung. Senang kata pakaian sila sopan sikit. Seluar slack kalau boleh please ada sekurang-kurangnya satu. Yela nanti dapat baju korporat takkan nak pakai dengan seluar tackkan?

Kasut tu aku tau masa mula-mula je rajin pakai kasut PVC tu. Lepas tu memang dah tak pakai. Yang ni tak ada yang cerewet sangat asalkan kasut bertutup. Tapi kalau boleh kasut tu mestilah bewarna hitam. Lagi-lagi dalam kelas dinamika

Tak pernah aku guna board ni sebab tak reti

2. Barang study
Disarankan untuk menyediakan banyak testpad and A4 paper. Memang korang akan gunakan banyak benda alah ni. Kalau tak habis guna sems 1, boleh guna masa sems 2. Buku tak guna sangat, depends kepada lecturer la. Assignment biasa tulis tangan je. So stok pen pun kena banyak haha *Aku tak de laptop, boleh je survive. lol pinjam kawan.*

3. Makanan ringan
Makanan ringan yang tahan lama tu boleh bawa banyak-banyak, contoh: Maggie, biskut, instant porridge, instant soup,dll. Tapi kalau makanan yang agak tak tahan lama tu mohon jangan simpan lama-lama. Contoh: Roti. Kang bersemut bilik tu. Makanan ringan kalau dah buka sila letak dalam bekas kedap udara, baru tahan lama. jangan biar ternganga sampai lemau.

4. Bed stuff
Kalau nak selesa tidur bawa la bantal lebih ok. *Aku ada pengalaman tak bawa bantal lebih, tup-tup dapat pulak bantal yang keras. Dapat la merasa sakit leher pagi-pagi* Cadar pulak bawa at least dua. Korang nanti cuma disediakan bantal sahaja. Tu pun nasib dapat keadaan yang macam mana.

5.Hygiene stuff
Barang mandi tu tak perlulah aku senaraikan. Kena bawa sabun cuci pinggan. Ye la nanti lepas korang buat air minuman, makan maggie nak basuh guna apa? *Dulu aku tak terfikir nak bawa. Nasib baik roomate aku ada bawa. hehe* 

6. Laundry
Kalau rasa malas nak basuh guna tangan, jangan risau. Mesin basuh ada disediakan. Tiga mesin basuh setiap blok kediaman. Haa, ready la duit syiling banyak-banyak kalau nak guna. Duit syiling yang diterima ialah 20sen dengan 50sen SAHAJA. Pastikan bukan duit baru. Yang tak bestnya, Mesin basuh tu ada kat aras bawah. Kalau dapat bilik tingkat 4, memang basuh pakai tangan je la.




Serious aku tak tahu nak tulis apa lagi. Kalau ada soalan boleh je tanya direct. *Kalau tanya kat twitter aku boleh reply on time :)* Aku tak kisah kalau korang tak follow aku pun. Kalau terfollow pastu unfollow balik pun aku tak kisah. :D Tapi aku kisah kalau korang tak nak sembang dengan aku. HAHA. 

BTW, ni ada benda penting nak bagitau. Tolong ikut arahan dia. JANGAN BAWA seterika, electric kettle, extension and semua electric appliance yang guna elektrik banyak. Kang kalau tiba-tiba tak ada elektrik jangan tanya kenapa. Aku dah merasa merana tak dapat charge phone. Kalau nak guna pun tunggu lama sikit. Dalam minggu orientasi tolong la jangan.

Oh ye , dalam mingu orientasi nanti... pandai-pandai la manage time. Tu je yang aku dapat cakap. Jangan jadi macam aku. Aku masa orientasi tak sempat makan, SELALU. Kebanyakan pelajar kat situ pun sama sebab masih tak biasa.

Setiap ujian yang korang bakal terima akan jadikan korang lagi kental~ wuu 




No comments:

Post a Comment