Pavlova time

05 May 2013


Mana berat badan tak naik sebab kelmarin dah balun Burger bakar. Semalam pulak sibuk nak buat pavlova. Masa balik dari matrik hari tu aku timbang berat aku, turun 5 kg. Nombor tu tahan 2 hingga 3 hari je. Lepas tu terus naik 2kg. Pftt Time tu rasa macam nak makan semua benda je. Bukan senang nak maintain. -.-


Ini semua sebab terpengaruh dengan Fatin Liyana. *Aku rasa hidup aku sejak-sejak ni dipengaruhi oleh akak ni* Lagipun bahan-bahan pavlova bukan banyak sangat. Senang je buat.. Aku cuma kena beli buah dan whipping cream je. Thanks to akak Fatin Liyana for the recipe.

Ini hasil buatan sendiri okay
Gambar ini dari insta. Insta: nurhafz_



BAHAN - BAHAN 
 Meringue

  • 4 Putih Telur 
  • 175g Caster Sugar 
  • 1 sudu kecil cuka masakan 
  • 1 sudu kecil tepung jagung


 Hiasan

  • Whip cream 250g 
  • Strawberry / Blueberry / Kiwi ( Anything sour )


CARA-CARA 
 Oven 
1. Pre-heat oven pada suhu 170 darjah celcius

 Meringue 
1. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy)
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk * Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas mixer
 5. Place the baking paper on top of a baking tray (Use only baking paper, do not use any container or mould)
6. Spread the meringue in a circle shape.
7. Bakar selama 30 hingga 40 minit.
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.

 Hiasan 
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream
2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam.





I dont know whether it is normal when my meringue grows bigger and bigger until it touches the top of the oven and when it's done, it started to become smaller and smaller. *pancit kali* Okay aku anggap semua tu normal je. Tapi sedap weyh. Rasa macam gula kapas.

Aku tak jumpa stawberry or kiwi for sour fruit, so aku guna plum merah. Sedap je. Aumm~

Aku bagi Ani rasa.. Malam tu dia mesej
"Okay la pavlova kau. Lain kali buat mesti lagi sedap. (memang ada rasa pahit)" - i bet she ate the part which touch the top of the oven. Hangus yang tu. Aku tutup guna cream. HAHA

My dad says;
"Siapa buat ni? Sedap. Sedap" - Oh yeah, positive comment.

Kalau dah dapatposotive comment tu yang rasa semangat nak buat lagi. Tapi not now buddy. Next recipes to do is... Puding Caramel! Resepi bakal dirujuk daripada blog Cik Epal.


Memang aku free sekarang ni. So masa akan diluang dengan buat makanan dan tambah berat badan. Sekian.

No comments:

Post a Comment