Once upon a time, i had to stay in KMPk

16 May 2013


Okay, baru sekarang aku ada hati nak tulis pasal Kolej Matrikulasi Perak. Tapi dalam entry ni bukan la entry tips-tips nak masuk matrik. Cuma nak share pengalaman je. Pasal tips tu, nak tanya boleh je, better tanya secara personal. *Layanan istimewa ni. Tak nak?*

Aku tak kenal pun 3kuntum bunya kat situ.><
Gambar diatas merupakan tempat yang paling digemari pelajar. Anjung Siswa. Kenapa? Everybody loves wifii right? hehehe

Aku ingat lagi masa first time masuk tempat ni. Masa tu bukan kali pertama aku masuk situ. Tapi kali kedua. First time masuk masa sebelum hari pendaftaran. Well, my dad got a permission from a lecturer to look around in the college. //Well actually we cant get in. Rasa tak sedap hati nak masuk tu makin menebal setiap minit.

Okay bila dah masuk tu, aku memang tahan macho walaupun nak je aku nangis-nangis minta bawa balik rumah. Aku ni tak biasa duduk jauh-jauh. Pergi kem kat hutan pun aku tak pernah. Setakat kem kat sekolah tu ada la. Tapi tahap ke-macho-an aku tu hilang jugak bila family nak balik. On that time i said to myself, 'I'm gonna hate this place. Forever for sure.' 


Mood aku masa mula-mula tu memang tak boleh kawal. 'Bakal-bakal' roomate aku pun takut dengan aku. Aku agak kurang ajar time ni. Pandang dyorang pun tak nak. Sibuk duk tengok kereta-kereta berjalan kat bawah sambil 'sob sob'. *cerita pasal roomate dan bilik aku* Tapi lama-lama okay la. Aku tak de la nak merajuk sampai tak nak belajar. Aku suka belajar benda baru, nak buat acano? Haha

Agak kejam jugak bila dapat tau majoriti student kat situ semua asal dari Perak. //What? Am i the only Selangorian here?// Luluh hati ku. Aku tengok first day kat matrik dah rapat. Rupanya kawan sekolah. *NOT FAIR* Me? I feels like alien meyh. Im not use to use their slang. Deme, kome, hang.

Masa nak nyanyi lagu negeri Perak lagi la kelakar. Orang lain nyanyi, aku pulak dok miming kat situ. Tak susah pun lagu negeri tu sebab sama je dengan lagu Negaraku. Cuma lirik tu... Tak dapek la nak ingat.

Bila duduk matrik, masa itu sungguh berharga.

Aku kalau balik dari kelas, jangan la berani nak baring atas katil. Mau terlelap. Memang kena pandai manage time. Sebab kelas biasa start pukul 8 and end at 4. So bila sabtu ahad memang rasa heaven kalau tak de assignment. Freeee yeahh.

After a long period stayed there, i started to show my true colors. *Yea, after i feel comfortable with my roomates* Memang kalau orang tak kenal aku nampak aku lain. Lagi lain bila dah rapat. I like skinship. kbai. LOL Time ni la baru kita kenal setiap orang ada kerenah dia. //Walaupun kadang-kadang aku bukannya faham sangat//

Aku ingat lagi masa aku tengah sedap-sedap guna putik kapas..
Aku: Ahh leganya
Echa: Aku dah agak kau akan cakap macam tu.
Aku: Uh? Kenapa? Aku selalu cakap macam tu ke?
Echa: Ye!

Pasal secret lagi best share. Haha. Lagi-lagi secret yang most confidential... Pasal tabiat aku masa kecik-kecik. *Sebenarnya aku dah berusaha tinggalkan tabiat ni, tapi dia buat aku susah nak tidur malam* Okay FULLSTOP pasal ni

Sebenarnya panjang lagi kalau nak cerita. Pasal elaun yang selalu menghadapi 'konspirasi' macam hape tah, pasal aktiviti yang dijalankan, pasal pensyarah, do and don'ts, pasal cerita mistik~ Kalau dengar cerita aku memang ada pro and contra dia. Tapi apa yang penting kat sini ialah pengalaman. Luaskan jaringan persahabatan anda :) 

BTW, to my junior.. 

Welcome to Perak Matriculation College

Tu pun kalau korang masuk sana. lol kbai


2 comments: