Pesta Buku Selangor

31 May 2013


Semalam aku baru dapat pergi Pesta Buku Selangor ni. Aku saja paksa ibu pergi sebab aku nak sangat beli buku-buku Fixi tu. Aku geram sangat tengok feedback-feedback pembaca kat twitter tu. Lagipun pesta buku tu dekat Shah Alam tak de lah jauh mana pun.


So ibu kata pergi pukul 10. Aku yang dah terbangun lambat ni pun kelam kabut macam apa mandi semua. Paling sadis pagi tu, berus gigi aku dah menjelajah ke alam terbaru dia. Aku sekarang terer, kalau dulu jatuh barang dalam lubang jamban aku jerit. Sekarang aku tengok je. HAHAHA

Okay tangan aku parkinson kejap

Maizura (jiran aku) ikut sekali. Ibu tak tau jalan pergi pesta buku tu. Okay now thanks to navigation dalam kereta myvi mak aku ni. Sebelum keluar rumah lagi aku dah set tempat destinasi. Time tu ibu kata "Ibu nak pergi isi minyak dulu". Disebabkan ibu jalan keluar dari jalan yang navi tu bagi, navi tu pun memekak la LALUAN BERTUKAR. Berapa kali tah dia cakap benda tu.

Aku ni sengal sikit, pergi set tempat dekat SACC Mall. Padahal pesta buku tu dekat SACC nasib baik tak jauh jalan kaki. Nasib baik jugak la Maizura cakap dekat SACC. Tak de la aku rasa macam ngok je jalan dalam SACC Mall yang kosong tu. //Masa aku pergi, tak ramai pun dekat SACC Mall tu//

Bila dah sampai, aku cari la booth yang aku nak pergi. Okay ni dah terpisah dengan ibu dan Maizura. Tapi yang ohsem sebab boleh jumpa Maizura just guna instinct tak payah call. HAHA

Aku habiskan baca Awek Chuck Taylor sampai pukul 4 pagi. 

Well actually pekerja kat booth buku Fixi  tu ramah weyh. Sampai dia tanya soalan pun aku tak reti nak jawab. Dang! Memang la aku tak tahu sebab aku baru nak berjinak-jinak dengan buku underground macam tu. But okay la sebab dia rekeman kan buku apa yang best buy. RM 50 untuk 3 buku. Ohsem kan? Memang time tu aku bawak RM 50je pun. *Dompet aku tinggal duit emas je sekarang ni*

Masa tu awal sangat habis memborong buku. Nak lepak dekat SACC mall lama sikit pun rasa tak best. "Ibu, jom pergi Setia City Mall." Aku memang suka bab jalan-jalan ni. Sebab aku oleh jalan 2-3 jam tanpa henti, tapi bila bersenam lepas 5 minit nak berhenti.

Kat SCM ni la bergambar macam sakan~ Boleh pulak terjumpa Amira Izzati dengan adik dia. Masa tu aku mata aku melilau *Ni namanya cuci mata yang tak pernah bersih, buat tambah taik mata je* Dengar pulak nama aku kena panggil AJAN. Okay 2-3 kali jugak dia panggil baru aku perasan. Sengal betul adik si Zetto ni. "Woi kau nampak aku tak?"

Okay aku agak terkenal dengan kebaboonannya. I mean rabun. Sebab kalau aku tak nampak, aku cuma pandang arah suara yg panggil aku then terus senyap je sambil kelip-kelip mata. But masa tu aku pakai cermin mata. Aku nampak cuma aku tak percaya dengan apa yang aku nampak. Tu yang terkaku kejap. Yela mana sangka jumpa kakak yang ada adik sengal macam tu.

Ini muka tak tau malu. Kecoh-kecoh kat food court sebab nak tangkap gambar. 

Pemandangan dari food court. Lawa kot

Okay nampak muka my mum sesuku. Dia tengah betenang dari kekenyangan yg dialaminya. Aku pulak memang perut elastic sumbat je.



Saja pakai spec macam Eunhyuk~ I wanna dance

Inilah perempuan. Sampai kedai kasut, satu kedai kasut tu nak try semua.

Okay gambar ni sangat diluar pengetahuan aku

Ini pun. Mohon penjelasan kenapa tak ajak aku?

Sales girl kat kedai tu tak kisah kita orang nak jadi model kedai dyorang. 

Ini sangat MUDA escalator yang turun kebawah tu mak aku harungi dengan naik atas. Nasib aku tak rakam. Macam jalan atas treadmill tau, cuma beza ni mendaki.

Nad ni dah besar gergasi pun nak naik. 

Ingat senang nak jalan dengan budak kecil? Mak aku lumba lari dengan adik aku dari hujung tu tau. Siapa kata kat Mall tak boleh excersice?

Well Maizura kedai tu special ada nama hampir sama dengan nama kau. ZARA. Sila tukar kepada ZURA pls.


Yang ni sesat sikit. Ni dekat SACC Mall. LOL

Gamabar tandas. Ok ni wajib sikit. Tandas lawa. ngeh ngeh

Pergh ni tak senonoh. Tapi kentut aku keluar bunga kot. Kbai 

Tengok nak balik pun sibuk nka tangkap gambar kat tempat parking. Perempuan~~


Dah sampai rumah aku terus try baca buku yang aku baru beli tu. Okay buku tu sangat addicting. Aku tidur pukul 4.41 pagi semalam semata-mata nak habiskan buku ni. Tak boleh nak tunggu esok. Now sambung baca buku Sperma Cinta then Ilusaniti

Duh lepas ni kalau aku nak buku macam ni kena beli online la? Selalu aku masuk popular or MPH payah nak jumpa.
Ibu belanja kasut. YAYY







My cousin enggaged

26 May 2013


Okay, memang ayat untuk tajuk tu pelik. Asal faham sudah la eh?

Hari ni pergi Melaka, sebab hantar sepupun kita bertunang. Nak tau cerita awesome pasal dyorang? Actually, dorang tu memang couple since sekolah. Ni ayah yang cakap la. Okay aku tak tahu sangat sebab aku datang tu untuk makan dan untuk meramaikan rombongan. NGEE

Okay my mum dah pandai buat muka
Masa balik ni kelakar. Ayah dah mengantuk, so switch dengan ibu. "My dad won't let me drive because i have no lisence. T.T". Ibu terlepas susur keluar ke Klang. HAHAHA. So dapat la jalan jauh-jauh sikit. XD Aku memang suka jalan-jalan walaupun duduk dalam kereta je. 

Time macam ni la aku rasa phone aku ni berguna. MAPS. Tapi aku tak reti nak men'setting' menda alah tu. Ghahaha. Kelakar bila aku konon-konon dah dapat jalan untuk balik, tengok-tengok kereta ibu dalam maps tu jalan arah bertentangan dengan jalan yang maps tu bagi. 


Serius aku tak tahu kteorang dah sampai mana masa tu. Nampak jugak la perkataan Putrajaya dalam peta tu. Terus teringat kat Festival Belia 13 yang tahun ni aku tak dapat pergi. Ayah ni bila ibu dah terlajak jalan baru dia bangun. Aku baru je nak poyo pakai maps tak guna tu. *Tu bukan maps tak guna tapi aku yang tak reti guna*

Aku memang suka duduk tengah. Air cond~~
Ayah ajar cara tengok signboard, and dia bagi tau nama jalan-jalan kat sana *tempat yang terlajak tu*. Nama lebuhraya la. Uishh pening. Tak ingat pun. Rasanya ni kali kedua ayah bagi tau. Hew hew




My bad sleeping habit

24 May 2013


Dulu aku paling harap aku takkan masuk kesekolah berasrama, pergi kem, atau apa-apa aktiviti yang kena tinggal kan rumah untuk beberapa hari. Bukan sebab aku sayang sangat bilik aku. Tapi sebab aku ada habit yang memang dari kecil aku buat kalau nak tidur. Kalau tak de rasa tak tenang dan susah nak tidur.

AAA Comei baby meow

Yeah i have that bad habit. It's not bantal busuk. It's kain renda. Any kain renda pun boleh. So dia tak busuk okay. Aku pernah jugak nak tinggalkan habit ni. Tapi aku jadi susah nak tidur malam., asyik guling kiri kanan je. Tapi kalau dah penat sangat boleh je terus tertidur.

Masa aku duduk kat matrik dulu ada juga time-time aku susah nak tidur. Memang guling kiri kanan sambil bayangkan bukan-bukan. Imaginasi aku ni dah la entah ape-apa. Tu setiap kali roomate aku ajak stay up aku mesti cakap ni kat dia

Nanti kalau kau nak tidur, please bagi aku tidur dulu?

Aku rahsiakan je benda ni sampai la semester dua, i mean last sem la. Aku bagi tau dyorang. okay. No more secret. Aku suka pakai kain pink aku yang kembang tu sebab ada renda. Hahaha. Tak tahu sampai bila aku tidur dengan benda ni.

Bila google pasal benda ni, baru aku tahu bukan aku sorang je yang berhabit pelik. Ni baca sini. Adik lelaki ketiga aku pun habit pelik jugak. Tapi tak serupa dengan aku. Apa punca pun tak tau



Actually aku punya habit tu lagi teruk masa kecil. Aku tidur sama macam baby tidur. Ye hisap ibu jari. -.- Now yang tu no more la. Tinggal lagi 50% habit aku yang tak dapat nak buang. T.T




iPhone 6 concept

21 May 2013



In this entry i will just share my opinion. I'm not an iPhone user also not a Samsung user. So no war babe. I bet most of you had heard about this concept too right?

Actually we can find a lot of iPhone 6 concept in youtube. Right now im going to share my opinion about the top video about iPhone 6 that mostly shared by other.



Lets see this is the most shared iPhone concept on my facebook.
Yeah when i first time watch this video i was like 'OMG this is really cool' because its can functioning like a macbook. But when the video is end, i think this is not working because it's only can functioning at night or dark room. I dont think Apple would made this. You would need a wall and floor or maybe table.
The second video is not really the most shared but it's appear in a phone magazine as a rumors.
They put a simple innovation to this iPhone. Thinner than iPhone 5 and it has a larger button home than other iPhone.
This is one of iPhone 6 concept video that i found on my facebook
Clear concept. No holographic. Very thin. Well, i'm scared if i forgot where did i put my phone. It's just going to be disappear. Quite good but sometimes i feel funny.


Omg, i seriously can fell to any of iPhone 6 concept in youtube. They're so ridiculous about the holographic and clear concept. Maybe one of the video is the real concept who knows? HAHA. Great video editors. I hope i can edit my video like them. 

Okay that's all. I got to go. Maybe you have your own opinion too? What about share it with me? :)


KFC till night

19 May 2013


16May2013.

Okay entry untuk tarikh tu sumpah macam dah lapuk. Aku sebenarnya nak tulis hari tu. Tapi tak berkesempatan nak tulis sebab aku tengah sibuk buat entry untuk junior KMPk. ( click here for the entry )


Qiella, Zaliena and the right one named 'derpina'

Ni semua gara-gara aku nak video-video running man *without downloading meyh*. Memandangkan si Qiela tu ada. Deal la nak jumpa kat KFC kapar. Memandangkan masa tu baru keluar 'Spicy Korean Burger'. Okay kita balun je la.

jjan~ Hard disk adik aku pulok sibuk interfame


Lupa ke hari tu hari guru? Ramai gila budak sekolah kat KFC tu. -.-*Dulu masa aku sekolah tak pernah aku pergi merayau dengan baju sekolah aku ok* Aku rasa macam dalam kelas dah. Bising sangat.

Sepatutnya aku pergi KFC tu naik motor sebab aku ada lesen motor je. Tapi disebabkan adik lelaki aku dah bawa, aku pun bawa je la kereta. Aku kena ambil Zaliena dulu. Dalam perjalanan tu aku nampak la bakal kereta kancil yang bakal aku bawa nanti.

"Zal, kau tengok. Nanti aku bawa kereta tu dengan kelajuan maksimum 20km/j. Lawak gila sekarang aku bawa kereta pun dah sampai 80km/j"

Lama gila aku berbual dengan minah dua orang tu. Kongsi cerita pasal U and poli memasing. Aku share la pengalaman aku kat matrik tu. Memang lain corak hidup kiteorang. Sumpah. Lepas tu ajar si Zaliena ni pakai twitter. *dalam kteorang semua cuma Zaliena ni yang lambat sikit pasal laman sosial ni. Dulu masa zaman myspace pun aku yang buatkan*

Suddenly Qiella tanya.
Qiella: Weyh Hafzhan, yang akaun twitter kau yang kedua tu..
Aku: Yea?
Qiella: Kan kau pernah pakai gambar dengan sorang laki tu kan? Sejak hari tu aku asyik fikir siapa la lelaki tu. Takkan pakwe kau kot.
Aku: Tu crush aku la. Pakwe apabendanya? Dia chinese lor
Qiella: Chinese? Macam melayu kot. Hensem

Bangga seketika. ghahhaa

Bila hard disk-hard disk sedang 'mating'
Tak sempat nak transfer semua video tu. Sedih gila. 123 GB. Dah la balik lewat. Sampai tak tau nak berbual apa lagi. Nasib baik aku bawa kereta. Boleh la hantar Qiella tu balik. Dia tu datang Kepci jalan kaki je. Ish berani betui. Tau la rumah dekat. Bahaya kot jalan sorang-sorang.

Okay dah sampai bawah sini baru aku share gambar solo kawan aku. HAHA. Gambar aku tak payah la nak minta. Tu aku dah letak kat tepi tu. Muehehehe

This is Qiella
This is Zaliena
Actually aku pakai baju running man aku. Bila dah sampai KFC tu aku minta Zaliena tarikkan name tag aku. Panas kot kat kawasan tu. Tebal sangat.  Rasanya bunyi 'strapppp' tu menarik perhatian orang ramai. Mintak maap



Preparation to be a student in KMPk.

17 May 2013


Ni sebenarnya gambar hari terakhir aku kat matrik.
Okay firstly, lets talk about preparation. Aku dulu prepare barang-barang masuk matrik seminggu sebelum masuk. Tu pun aku suka lengah-lengah kan. //Jiwa ragaku mengharapkan masa dapat dihentikan// Reason why? <click here>

Tapi rasa tenang sikit bila ada akak senior yang asalnya aku kenal dari game yang bernama 'YoVille'. Aku mula main kat myspace. Terbawak-bawak kat FB. Dia la yang aku boleh harapkan time tu. Tak tau nak tanya siapa lagi


Okay back to topic. Here some tips that i can share
1. Pakaian
Baju kurung lebih. Yela takkan nak pakai baju yang sama je dalam seminggu tu. *Tapi nanti lama-lama korang mesti main pinjam-pinjam baju kawan. HAHA, nak variasi katanya* Nak pakai blouse boleh je asal tak ketat and bawah punggung. Senang kata pakaian sila sopan sikit. Seluar slack kalau boleh please ada sekurang-kurangnya satu. Yela nanti dapat baju korporat takkan nak pakai dengan seluar tackkan?

Kasut tu aku tau masa mula-mula je rajin pakai kasut PVC tu. Lepas tu memang dah tak pakai. Yang ni tak ada yang cerewet sangat asalkan kasut bertutup. Tapi kalau boleh kasut tu mestilah bewarna hitam. Lagi-lagi dalam kelas dinamika

Tak pernah aku guna board ni sebab tak reti

2. Barang study
Disarankan untuk menyediakan banyak testpad and A4 paper. Memang korang akan gunakan banyak benda alah ni. Kalau tak habis guna sems 1, boleh guna masa sems 2. Buku tak guna sangat, depends kepada lecturer la. Assignment biasa tulis tangan je. So stok pen pun kena banyak haha *Aku tak de laptop, boleh je survive. lol pinjam kawan.*

3. Makanan ringan
Makanan ringan yang tahan lama tu boleh bawa banyak-banyak, contoh: Maggie, biskut, instant porridge, instant soup,dll. Tapi kalau makanan yang agak tak tahan lama tu mohon jangan simpan lama-lama. Contoh: Roti. Kang bersemut bilik tu. Makanan ringan kalau dah buka sila letak dalam bekas kedap udara, baru tahan lama. jangan biar ternganga sampai lemau.

4. Bed stuff
Kalau nak selesa tidur bawa la bantal lebih ok. *Aku ada pengalaman tak bawa bantal lebih, tup-tup dapat pulak bantal yang keras. Dapat la merasa sakit leher pagi-pagi* Cadar pulak bawa at least dua. Korang nanti cuma disediakan bantal sahaja. Tu pun nasib dapat keadaan yang macam mana.

5.Hygiene stuff
Barang mandi tu tak perlulah aku senaraikan. Kena bawa sabun cuci pinggan. Ye la nanti lepas korang buat air minuman, makan maggie nak basuh guna apa? *Dulu aku tak terfikir nak bawa. Nasib baik roomate aku ada bawa. hehe* 

6. Laundry
Kalau rasa malas nak basuh guna tangan, jangan risau. Mesin basuh ada disediakan. Tiga mesin basuh setiap blok kediaman. Haa, ready la duit syiling banyak-banyak kalau nak guna. Duit syiling yang diterima ialah 20sen dengan 50sen SAHAJA. Pastikan bukan duit baru. Yang tak bestnya, Mesin basuh tu ada kat aras bawah. Kalau dapat bilik tingkat 4, memang basuh pakai tangan je la.




Serious aku tak tahu nak tulis apa lagi. Kalau ada soalan boleh je tanya direct. *Kalau tanya kat twitter aku boleh reply on time :)* Aku tak kisah kalau korang tak follow aku pun. Kalau terfollow pastu unfollow balik pun aku tak kisah. :D Tapi aku kisah kalau korang tak nak sembang dengan aku. HAHA. 

BTW, ni ada benda penting nak bagitau. Tolong ikut arahan dia. JANGAN BAWA seterika, electric kettle, extension and semua electric appliance yang guna elektrik banyak. Kang kalau tiba-tiba tak ada elektrik jangan tanya kenapa. Aku dah merasa merana tak dapat charge phone. Kalau nak guna pun tunggu lama sikit. Dalam minggu orientasi tolong la jangan.

Oh ye , dalam mingu orientasi nanti... pandai-pandai la manage time. Tu je yang aku dapat cakap. Jangan jadi macam aku. Aku masa orientasi tak sempat makan, SELALU. Kebanyakan pelajar kat situ pun sama sebab masih tak biasa.

Setiap ujian yang korang bakal terima akan jadikan korang lagi kental~ wuu 




Once upon a time, i had to stay in KMPk

16 May 2013


Okay, baru sekarang aku ada hati nak tulis pasal Kolej Matrikulasi Perak. Tapi dalam entry ni bukan la entry tips-tips nak masuk matrik. Cuma nak share pengalaman je. Pasal tips tu, nak tanya boleh je, better tanya secara personal. *Layanan istimewa ni. Tak nak?*

Aku tak kenal pun 3kuntum bunya kat situ.><
Gambar diatas merupakan tempat yang paling digemari pelajar. Anjung Siswa. Kenapa? Everybody loves wifii right? hehehe

Aku ingat lagi masa first time masuk tempat ni. Masa tu bukan kali pertama aku masuk situ. Tapi kali kedua. First time masuk masa sebelum hari pendaftaran. Well, my dad got a permission from a lecturer to look around in the college. //Well actually we cant get in. Rasa tak sedap hati nak masuk tu makin menebal setiap minit.

Okay bila dah masuk tu, aku memang tahan macho walaupun nak je aku nangis-nangis minta bawa balik rumah. Aku ni tak biasa duduk jauh-jauh. Pergi kem kat hutan pun aku tak pernah. Setakat kem kat sekolah tu ada la. Tapi tahap ke-macho-an aku tu hilang jugak bila family nak balik. On that time i said to myself, 'I'm gonna hate this place. Forever for sure.' 


Mood aku masa mula-mula tu memang tak boleh kawal. 'Bakal-bakal' roomate aku pun takut dengan aku. Aku agak kurang ajar time ni. Pandang dyorang pun tak nak. Sibuk duk tengok kereta-kereta berjalan kat bawah sambil 'sob sob'. *cerita pasal roomate dan bilik aku* Tapi lama-lama okay la. Aku tak de la nak merajuk sampai tak nak belajar. Aku suka belajar benda baru, nak buat acano? Haha

Agak kejam jugak bila dapat tau majoriti student kat situ semua asal dari Perak. //What? Am i the only Selangorian here?// Luluh hati ku. Aku tengok first day kat matrik dah rapat. Rupanya kawan sekolah. *NOT FAIR* Me? I feels like alien meyh. Im not use to use their slang. Deme, kome, hang.

Masa nak nyanyi lagu negeri Perak lagi la kelakar. Orang lain nyanyi, aku pulak dok miming kat situ. Tak susah pun lagu negeri tu sebab sama je dengan lagu Negaraku. Cuma lirik tu... Tak dapek la nak ingat.

Bila duduk matrik, masa itu sungguh berharga.

Aku kalau balik dari kelas, jangan la berani nak baring atas katil. Mau terlelap. Memang kena pandai manage time. Sebab kelas biasa start pukul 8 and end at 4. So bila sabtu ahad memang rasa heaven kalau tak de assignment. Freeee yeahh.

After a long period stayed there, i started to show my true colors. *Yea, after i feel comfortable with my roomates* Memang kalau orang tak kenal aku nampak aku lain. Lagi lain bila dah rapat. I like skinship. kbai. LOL Time ni la baru kita kenal setiap orang ada kerenah dia. //Walaupun kadang-kadang aku bukannya faham sangat//

Aku ingat lagi masa aku tengah sedap-sedap guna putik kapas..
Aku: Ahh leganya
Echa: Aku dah agak kau akan cakap macam tu.
Aku: Uh? Kenapa? Aku selalu cakap macam tu ke?
Echa: Ye!

Pasal secret lagi best share. Haha. Lagi-lagi secret yang most confidential... Pasal tabiat aku masa kecik-kecik. *Sebenarnya aku dah berusaha tinggalkan tabiat ni, tapi dia buat aku susah nak tidur malam* Okay FULLSTOP pasal ni

Sebenarnya panjang lagi kalau nak cerita. Pasal elaun yang selalu menghadapi 'konspirasi' macam hape tah, pasal aktiviti yang dijalankan, pasal pensyarah, do and don'ts, pasal cerita mistik~ Kalau dengar cerita aku memang ada pro and contra dia. Tapi apa yang penting kat sini ialah pengalaman. Luaskan jaringan persahabatan anda :) 

BTW, to my junior.. 

Welcome to Perak Matriculation College

Tu pun kalau korang masuk sana. lol kbai


I learn how to controlling a robot

10 May 2013


Last wednesday, i went to a 6 hours course to control a robot. Yes a robot. What you don't believe me? It is a real robot where you sit 'them' and controlling like a boss. Yeah, iam soon going to be a LEGAL DRIVER. The robot that i mention is just a vehicle. It's a big mechanical machine that i need to be qualified before handling it.

Okay, lets stop the drama. Tapi kadang-kadang rasa malas tu ada nak buat lesen kereta. Dah buat sorang-2 tak ada kawan. T.T Tak semangat woo.

Oh yeah BTW, memang aku dah buat puding karamel *gambar ada dalam instagram* tapi tak post kat sini. Kalau nak tau sebenarnya aku agak fail buat puding tu. Tu yang tak berani nak tulis kat sini. Tapi tak pe. Nanti aku buat lagi sekali.

Duh, malas gila nak tulis. Aku tak ada mood nak tulis. Aku nak gelak-gelak tengok gambar kat 9gag. kbai

Wawa, happy belated birthday

07 May 2013


Actually birthday Wawa ni 6Mei13 which mean semalam. Aku tau birthday dia semalam sebab aku tengok kat facebook. Tapi aku asyik tangguh-tangguh je nak wish. Lagipun bagi aku wish kat facebook ni tak best, macam tak ikhlas *depends la pada niat orang yang wish tu, but the way they wish it seems that they not*

Wa, kau anggap la yang onew nak bagi bear ni kat kau

Disebabkan sikap aku yang suka tangguh-tangguh tu, aku jadi lupa nak wish. Nasib baik la Echa ingatkan aku. Haa menggelabah puyuh la aku sebab masa tu dah 7Mei. Dah terlepas dah 6Mei tu. 


Malam tu lepas Echa ingatkan aku pun, aku masih tangguh-tangguh sampai aku mesej wawa pukul 1:32pagi.  (Aku kalau waktu cuti memang burung hantu. Tidur pukul 2-3) Wawa dah tidur kot masa tu. Sebab dia reply mesej aku pagi-2 waktu aku tidur (Dan kalau tidur lambat, wajib terlajak pukul 10)

Ni la ayat jiwang aku dengan wawa tu

Aku: Wa, Happy Birthdayy. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ;D
Wawa: Thanks Ajan... Walaupun hang lambat wish kat aku tapi aku tetap hargai.
Aku: Lambat kau kata? Cepat kot. Aku wish untuk tahun depan punya. haha
Wawa: Kuang ajo. Ala.. Tahun depan punya au wish untuk tahun bila pulak? cover la tu
Aku: Kau dah 20 tahun dah *padahal 2013: 19y/o* HAHA tua. Tahun 2014 nanti aku wish yang ke 21 pulak.

So adik-adik, pengajarannya disini jangan la tangguh-tangguh kerja yee.

Oh ye. Wawa.. Pasal hadiah tu.. Kau kena mesej aku alamat rumah kau. Nanti aku hantar ye. Tapi lambat sikit tau. Aku beli hujung minggu ni. Kalau aku dah post, nanti aku mesej.

Kesian kau. Birthday kau je yang kita tak dapat celebrate sama-sama. T^T


Oh ye. aku nak pesan kat kau ni wawa. Jangan jadi clumsy sangat macam onew dalam gambar tu. *Sumpah aku gelak terbahak-bahak bila tengok gambar tu*




Pavlova time

05 May 2013


Mana berat badan tak naik sebab kelmarin dah balun Burger bakar. Semalam pulak sibuk nak buat pavlova. Masa balik dari matrik hari tu aku timbang berat aku, turun 5 kg. Nombor tu tahan 2 hingga 3 hari je. Lepas tu terus naik 2kg. Pftt Time tu rasa macam nak makan semua benda je. Bukan senang nak maintain. -.-


Ini semua sebab terpengaruh dengan Fatin Liyana. *Aku rasa hidup aku sejak-sejak ni dipengaruhi oleh akak ni* Lagipun bahan-bahan pavlova bukan banyak sangat. Senang je buat.. Aku cuma kena beli buah dan whipping cream je. Thanks to akak Fatin Liyana for the recipe.

Ini hasil buatan sendiri okay
Gambar ini dari insta. Insta: nurhafz_



BAHAN - BAHAN 
 Meringue

  • 4 Putih Telur 
  • 175g Caster Sugar 
  • 1 sudu kecil cuka masakan 
  • 1 sudu kecil tepung jagung


 Hiasan

  • Whip cream 250g 
  • Strawberry / Blueberry / Kiwi ( Anything sour )


CARA-CARA 
 Oven 
1. Pre-heat oven pada suhu 170 darjah celcius

 Meringue 
1. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy)
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk * Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas mixer
 5. Place the baking paper on top of a baking tray (Use only baking paper, do not use any container or mould)
6. Spread the meringue in a circle shape.
7. Bakar selama 30 hingga 40 minit.
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.

 Hiasan 
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream
2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam.





I dont know whether it is normal when my meringue grows bigger and bigger until it touches the top of the oven and when it's done, it started to become smaller and smaller. *pancit kali* Okay aku anggap semua tu normal je. Tapi sedap weyh. Rasa macam gula kapas.

Aku tak jumpa stawberry or kiwi for sour fruit, so aku guna plum merah. Sedap je. Aumm~

Aku bagi Ani rasa.. Malam tu dia mesej
"Okay la pavlova kau. Lain kali buat mesti lagi sedap. (memang ada rasa pahit)" - i bet she ate the part which touch the top of the oven. Hangus yang tu. Aku tutup guna cream. HAHA

My dad says;
"Siapa buat ni? Sedap. Sedap" - Oh yeah, positive comment.

Kalau dah dapatposotive comment tu yang rasa semangat nak buat lagi. Tapi not now buddy. Next recipes to do is... Puding Caramel! Resepi bakal dirujuk daripada blog Cik Epal.


Memang aku free sekarang ni. So masa akan diluang dengan buat makanan dan tambah berat badan. Sekian.

Burger Bakar time!

04 May 2013


Malam tadi berjaya juga aku sampai ke tanah jajahan burger bakar abang burn. Ni semua sebab aku baca entry Yuyu Zulaikha dengan entry Fatin Liyana. Gila mengancam burger dia. Aku yang duk baca entry dia orang meroyan depan lappy ni "NAK BURGER BAKAR"

Aku pergi kat tanah jajahan burger bakar yang kat Klang. Ala yang dekat-dekat Jusco Bukit Tinggi tu. Malam tu memang sesak dekat Klang sebab ramai nak balik kampung mengundi. Tapi demi burger bakar, ayah terpaksa gagahkan jua untuk memandu. *lol ayat tak boleh blah* Yes, timing kita orang salah. T.T

Okay nak post gambar, jangan risau, aku takkan goda korang makan burger bakar ni sebagaimana aku digoda dengan entry Fatin Liyana dan Yuyu Zulaikha tu



Ini bukan gwiyomi. Ni style nak baham burger.

So this is mine, Lamb Cheese tak silap
Kekejaman berlaku bila burger sampai je, ring atas burger aku dibaham oleh adik aku. Aku tetap nak letak balik kat posisi dia walaupun dah cacat. uwaa

My mum's, meatball



Wuu banyaknya gambar aku letak. It's soo me to capture of a food instead of eating it. Umm i think it is soo malaysian.

To be honest, meatball dia sedap. *Eh tak tau la kalau memang masa tu aku tengah lapar. Aku ni memang makan je.* 

Bak kata Yuyu Zulaikha, perempuan patut makan meatball je sebab burger tu tak muat nak masuk mulut. Yang aku ni first time makan burger guna pisau dan garfu. Nak potong burger tu pun rasa air liur aku ni nak melimpah. So i end up makan satu satu. mula-mula makan roti dulu, lepas tu daging, lepas tu roti balik. *Daging dia tebal ok*

Kalau ada orang post burger bakar yang tower tinggi-tinggi tu lagi la aku teruja. 

BTW, kalau nak tengok lokasi jajahan burger bakar abang burn yang dekat dengan tempat korang, klik sini. Good luck dengan burger korang! :D



Dedicated to Quratul Nadia

03 May 2013


Actually i got a cute present from her. So this entry is dedicated to her. HAHA sebijik sebijot aku tulis nama dia. spoil sebab tak letak nama ayah dia je. Ececeh, ingat aku tak tau ke nama ayah dia? Aku tak nak letak, takut nant dia belasah aku sebab aku letak panjang sangat nama dia.

A snow globe! I never had this before meyh.


Salam. Weyh, aku ada barang nak bagi kat kau. Tapi kau ambil kat kawan aku. Nama dia Dayah. Teja tingkat 2 bilik nombor 12. Buka barang tu bila dah sampai rumah tau. 


*Segala kesalahan dalam ejaan didalam mesej telah pun dibetulkan* Dalam hati aku masa tu, "Kejam. Kenapa nak bagi sesuatu kat aku? Aku tak ada apa-apa sekarang ni" Kalau nak bagi sesuatu kat aku, bagi la tau awal-awal. Boleh aku sediakan untuk kau jugak. Nanti aku jadi rasa serba salah. T.T


Katanya jadikan kenangan. "Okay last day nanti pun aku ada something untuk kau" aku fikir macam tu.


Masa dah sampai rumah tu. Cepat-cepat aku keluarkan hadiah dia dari kotak dan buka. *Aku buka dengan penuh berhati-hati tau!* Mana tahan aku tengok bungkusan comel warna merah kat bilik aku 2 hari sebelum tamat matrik sedangkan aku cuma boleh buka kat rumah je.  *gambar bungkusan boleh tengok kat insta*

Ada kad ucapan atas kotak tu.. Ni aku dah cabut and lekat kat meja. Happy Belated Birthday kau..



So, aku nak reply ucapan dia la ni;
  • Hye! Kat sini saya tak ada present untuk awak =(
  • Awak kata tak cantik? Kenapa saya tengok cantik je? =D
  • Okay! Saya anggap awak ada lah bear yang lelaki dan saya bear perempaun dalam globe tu. *K joke*
  • NICE TO MEET YOU TOO!
  • I WONT FORGET CHU MEYH!
Kat bahagian kad tu ada tulisan "Sorry saya tak kreatif" so ni saya nak reply "Sorry, saya tak romantik pun"



Kan aku ada tulis yang aku nak bagi something kat dia kan? Ha ni la dia. Aku cuma bagi gambar je. 
Gambar kiri je ok. Kiri. Yang kanan tu, i call it penyibuk antarabangsa
Ni je yang mampu bagi. Nasib baik masih ada film lagi masa tu. 1 gambar pada aku. 1 gambar kat dia. Tu yang lepas exam aku sibuk duk cari budak nama Que ni. Ayah dia dah sampai. So dia nak kena gerak dulu. 














nota kaki: Sakit hati aku nak drag gambar dari phone ke folder kat lappy ni. Tak boleh drag 92 gambar terus. Kena copy satu-satu. Memang fed up. Untuk entry ni tak pe sebab tak banyak gambar. Untuk entry "A1T4" tu banyak gambar tu yang buat aku rasa 50-50 nak update pasal tu. hmm


Beli boyfriend jom

01 May 2013


Haip, jangan fikir bukan-bukan dengan tajuk entry tu.

Kay ni ceritanya. Aku memang dah lama nak tengok cerita Absolute Boyfriend. Nak download malas. Nasib baik kat matrik hari tu aku jumpa kat lappy orang *Entah lappy siapa yang aku selongkar pun aku dah tak ingat*


Sinopsis: 
This drama series unfolds the story of Riiko Izawa, a pretty and kind-hearted temp staff from a pĂ¢tisserie corporate office in search of a boyfriend but fails miserably for being too serious in her dating demeanor. While Riiko rants of her dating misfortune, Kronos Heaven inventor, Namikiri overhears Riiko's frustrations and incites her curiosity on an offer that promises to change her life. Riiko then pays a visit to Kronos Heaven and answers an ideal boyfriend online survey, unaware that these qualities will serve as basis for 01, a personalized robot built to be the perfect lover to its owner. Riiko's ideal "knight in shining armor" robot boyfriend was later named as Night Tenjo - the perfect boyfriend for Riiko -- if only he is human. Night soon manifests traits unbecoming of a machine - emotions and a will of his own. He proves himself as the most suitable boyfriend even as Riiko nurtures a budding relationship with her boss, Soshi Asamoto.

Kiss to boot up

Nak hidupkan kena kiss dulu. Kalau orang lain yang kiss.. hmm hambik kau, robot tu format semua data owner dia yang lama. *means dia dapat girlfriend baru la*. Aku kesian kat robot tu. Dia dah ada perasaan sendiri kot. *Possible eh?* Yang perempuan tu pulak asyik anggap dia tu robot yang diprogramkan untuk jadi boyfriend dia pulak. Adui adui.

Aku memang cemni kalau tengok cerita, im immersed in the story line. Lagi pun aku dah lama tak layan drama. Ada juga terasa macam nak beli boyfriend tu *Boleh setting ikut apa yang kita suka.* Mahal dia memang tahap cipan. Memang kat Jepun suka pakai robot. Robot boipreng pun jadi.

"Just think he is an electric appliance. Just like how are you living now. Is it wrong to live with Mrs. Washing Machine and Mr. TV?"  -Sumpah lawak cara dia cakap ni. Sebab perempuan tu takut dia kena halau oleh penyewa rumahnya sebab duduk dengan lelaki. BHAHAHA

W-W-What?! Aku baru tahu cerita tu ada taiwanese version! Nama dia jadi "Absolute Darling". Dah la Ku Hye Sun dengan Wuchun berlakon. Okay ini satu kekejaman buat aku. Aku dah tengok cerita yang Japanese version sampai episod 5 kot. Ni kalau aku bagitau adik aku ni, agak-agak nak tak dia downloadkan untuk aku. Dia kan minat pakcik hensem nama Wuchun tu..

Malam tadi tak dapat sambung tengok episod 6 sebab ada pop out "Find Codec". Menda jadah apa la yang spoil mood aku tu. Bila klik 'Find', tak jumpa apa-apa pun. -.-

Ni kalau sape-sape yang nak tengok sekali lalu boleh je. Play video kat bawah ni. Memang korang tau straight sampai ending cuma tak best sebab tak rasa confict dia. Kalau nak tengok full download la, lepas tu bagi aku pinjam. HAHA