[Video] #HaNaTravelling is Hafzhan and Wana Travelling

28 July 2015


Assalamualaikum,

Ingat tak entry last sebelum aku hiatus tu. Ok kalau tak ingat, entry ni sebenarnya [http://hafzhanrauf.blogspot.com/2015/05/lalalalala.html]. Boleh klik kalau rasa macam nak baca.

Aku ada promise nak bagi full video untuk video pendek yang aku share kat dalam entry tu. Sejujurnya dah lama aku siapkan video tu tapi tak berkesempatan nak share kat sini sebab masa tu blog tengah under construction.


Actually kitorang ni takde la travelling pun. Nama tu acah acah je HAHAHAHA. Takde idea nak tukar and masa tu tak terfikir pun sangat. So hentam je.

Jadi sebenarnya kitorang join program yang dianjurkan university. So faham la kan? Takde la travelling mana pun.Tak ada pun rupa macam backpacker semua tu. Buat masa ni tak berani nak ber-backpacker semua ni. Tak reti.

Okay jom la tengok video.


And video kedua ni special sikit. Kalau nak best tengok video kedua ni kena pakai earphone. Sebab ada suara suara halus. Tapi okay je kalau tak nak pakai sebab ada subtiltle untuk suara halus tu. Tapi kalau nak dengar apa salahnya :)


Kalau berminat dengan music yang aku pakai dalam video tu, boleh tengok kat description dalam setiap video ok.

Konsep video ni sama je macam video yang aku buat masa pi Langkawi dulu. Kalau nak tengok video Langkawi tu, korang boleh check kat youtube channel aku tu atau [Klik sini].

Apa-apa soalan boleh tulis kat comment. Mungkin akan ada entry yang full dengan gambar je lepas ni. Nak share gambar pi Thailand jugak lepas ni hew hew.

Tukar URL blog tanpa hilang readers

23 July 2015


Assalamualaikum,

Aku paham bila ada sesetengah blogger tu pakai nama tak berapa nak matang macam nama blog aku dulu . Sebab masa tu pakai hentam je blog URL asalkan ada blog. Lepas tu tak sangka pulak rasa nak continue blogging.
 
Then bila dah lama-lama rasa segan pun ada dengan link sendiri (Padan muka kat diri sendiri). Bila nak tukar URL pulak risau dengan reader yang tak tau dengan perubahan URL. Lagi-lagi bila dah banyak exchange link. Kena visit satu satu blog lepas tu nak inform, macam leceh kan?

So macam ni caranya:

Klik gambar untuk tumbesaran

Login > Setting > Edit blog address > Save

Seterusnya, create blog baru menggunakan URL lama. Ya, URL lama boleh terus digunakan sebaik sahaja korang tukar URL baru. Cuma perlu klik New Blog yang ada kat bawah nama korang kat dashborad tu.

So, pakaikan Redirect Skin untuk blog baru korang dan ini aku list sikit redirect skin untuk korang. Kalau ada lain yang nak aku senaraikan, boleh letak kat comment dan nanti aku update.

Jadi kepada yang masih ada URL blog lama korang, jangan risau sebab bila dia tekan link, tu dorang akan dibawa ke URL baru korang.Untuk contoh, korang boleh cuba klik link blog lama aku ni (http://stupidity-zone.blogspot.com/)

See? Tukar URL blog dan masih mengekalkan blog lama dan readers lama. Aku harap entry ni dapat bantu korang yang tak tau nak tukar URL atau ragu-ragu nak tukar URL.

Jujur aku pun tak tau sangat pasal ni. Dah banyak kali fikir nak tukar URL tapi sayang takut hilang readers. Punca nak tukar URL ni bila terbaca kat group Blogger kat FB. Ada offer untuk review job and those yang berminat kena tinggalkan URL blog dan email untuk dihubungi. Segan nak tinggalkan komen kat situ sebab nama blog macam asdfghjkl.

Sekian, terima kasih kat Abang Apis sebab ajar dan aku rasa benda ni quite useful untuk aku share kat korang benda ni.

Adios


Shopping raya bersama Zalora

21 July 2015


Assalamualaikum,

Since ini entry pertama bulan Syawal, macam biasa nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang rajin datang kat blog chipsmore ni (Insert sad emoticon here)

Okay cukup dulu pasal raya ni. Sekarang nak cerita pasal lain. Terima kasih kaat Zalora sebab offer for collaboration dengan blog kedua aku (entry ini) and dapat voucher. Walaupun masa tu baru perasan email lepas 4 hari hahaha.

Nak share barang yang aku beli dan dapat lagi duit raya dari Zalora (Dia isi voucher dalam sampul raya, so duit raya la kan?)



Rasanya Zalora ni bukan benda baru untuk blogger-blogger kan? Mesti ada yang pernah dapat email invitation atau comment dari staff Zalora untuk collaboration. To those yang dah pernah dapat, mesti suggest korang yang belum/bakal dapat untuk terima invitation tu. Tak rugi pun :)

Masa mula-mula aku dapat invitation ni pun aku ingatkan spam. But it wasn't.

Ini bukan entry berbayar ok. Selamat berblogging!

Ready Stock Nike shoe from @amizvault

13 July 2015


Assalamualaikum,

So here, aku nak suggest igshop yang jual kasut Nike. Sekarangkan ramai yang suka pakai kasut Nike. Those yang budget tak cukup nak besar tu, beli yang biasa pun dah okay kan? Igshop ni lagi jual ready stock. Tak payah dah tunggu lama lama.


Instagram


Macam ni ceritanya, aku nak belikan adik aku kasut Nike Roshe Run. Ada la deal dengan beberapa igshop ni. Banyak problem macam supplier tipu dorang la (Yang ni no worries, dia pulangkan duit dah).

Sampai nak dekat puasa. Masa ni macam mustahil sikit nak buat pre order sebab adik aku nak pakai masa raya. (Siap cakap "Weh nanti geng geng aku pakai roshe run kot semua" dengan nada kesian. Haih lemah betul la aku.) Takut tak sempat. So nasib baik jumpa si @amizvault ni. Terang-terang dah tulis ready stock.

Yang bestnya lagi layanan dorang. Smooth je order dengan dorang. Takde la nak tunggu reply lama pun. And masa nak buat pertukaran saiz pun okay. Since nak beli kasut secara online ni payah sikit. Lagi lagi bila saiz kasut bola adik aku EU44 and kasut sukan dia EU42. Konfius kan?

And today (read: kelmarin), kasut tu dah sampai and Alhamdulillah saiz yang betul. Honestly, seronok deal owner igshop macam ni *thumbs up*. Sangat recommanded untuk korang :)

Welcome back!

09 July 2015


Assalamualaikum,




TADAAA!




Perasan tak apa yang  baru? Ala mesti la perasan kan? Gigit kang sape yang tak perasan tu. Penat tau buat hew hew.

Okay apa yang korang nampak, blog aku dah berwajah baru (Horeey la sikit woi). Kalau nak tau, header tu orang yang sponsor. Aku tak reti buat header kot. So terima kasih kat Abang Apis sebab buatkan (Itu pun aku rasa lepas aku paksa dia banyak kali hahaha)

Dan untuk pengetahuan, aku dah tukar URL blog jugak. Anggap je la blog aku baru akil baligh, so tamat la nama yang tak berapa nak matured tu. Cuba teka apa nama blog aku yang tak berapa nak matured tu? --Kalau rajin aku bagi hadiah hahahaha



Lepas buat short survey antara nama yang aku suggest and nama yang Apis suggest, majority go on A. So, here is the result.




So, those yang ada exchange link dengan aku tu, mintak tolong tukarkan link. Tapi kalau malas tukar pun tak pe. There will be a redirect page from the old one ke yang baru. Aku yang gatal nak tukar kan? So ini la dio.

Last but not least, nak bagi shoutout kat Ariena (http://xixibaek88.blogspot.com/). Rajin betul rindu kat akak. Akak dah la macam chipsmore kat blog ni. Kadang kadang tu memang nak update blog, tapi takde idea nak update pasal apa.

http://xixibaek88.blogspot.com/
16 June 2015, 09:04AM
Aku pun rindu nak blogwalking sebenarnya tapikan malas tu mengatasi segalanya. Sebab tu la berat naik. Padan muka huaaa.