My grandma on TV

14 July 2013


Assalamualaikum,

Actually semalam aku balik kampung. Saje nak berbuka and sahur dengan nenek. Haha. Tapi satu malam je la tidur kat kampung, pasal isnin nanti adik aku sekolah.

Nenek: Eh kakak tengok la TV 1. Ada drama bersiri rakam kat tempat kerja nenek. Nenek pun ada konon-konon berlakon sekali
Aku: TV 1? Cerita apa?
Nenek: Apa ye tajuknya? Ada Norkhiriah berlakon. Konon-kononnya bos.

[aku ni jarang tengok TV. Berita je yang aku rajin tengok. *itu pun kalau rajin* So memang tak bukak la TV-TV ni]

Hahaha kalau korang nak tau, tempat kerja nenek aku tu agak terkenal. Dulu masuk Wanita Hari Ini, TV3. Lepas tu Agen Halal, TV Alhijrah. Surat khabar pun ada. Ada la jugak nampak muka nenek aku yang comel tu. Hahaha

Nenek aku ni kerja buat kerepek. "Kuih siput" antara kuih yang femes. Tapi aku lagi suka kerepek bawang. Muahaha.




Okay tu je. Ni aku update pakai fon. Nanti kalau aku update pakai laptop, aku post gambar. Hehe Jangan lupa tengok nenek aku kat TV ye~



2 comments: