#TheJemahJemahJourney: Day 3

24 November 2015


Assalamualaikum,

Kalau korang tak tau apa benda ni, wajib baca dari Day-1 (klik sini). Dan kalau dah baca day-1 and nak skip ke day-2 (klik sini)

Hari ketiga ni plan nak pergi Laman Seni 7, Shah Alam. Tapi malangnya hujan. So cuma dapat tunjuk dari dalam kereta je. Sambil tu jalan-jalan area situ tunjuk kedai-kedai best. --Kalau dapat pi, mesti dah berlambak gamabr dalam entry ni.

Next, lepak dekat Setia City Mall, Setia Alam. Aktiviti yang best nak buat kat sini ialah main buih sabun! Sebenarnya seronook je nak berkelah kat tengah padang. Tapi baru lepas hujan, so basah. Usually tempat ni penuh dengan orang main roller blade, skateboard, bagi ikan makan --Yang ni tak ada gambar sebab kitorang record video je haha

Space Mission, I-City

At night, kitorang pergi I-City, Shah Alam. Tujuan utamanya nak masuk Snow Walk, tapi under maintainance. So kitorang pilih nak masuk Space Mission, RM15/person. Agak-agak sape yang teringin nak rasa macam mana duduk kat space tu, boleh cuba.

Keluar je dari Space Mission ni, hujan balik kat luar. So tak ada la gambar lampu-lampu tu semua. Again sebab kitorang ambil banyak video. Gambar jadi kureng sikit.


Rutin bagi si perut buntal, haruslah makan. Korang kalau dah pergi I-City tu, wajib la singgah Murni Discovery, Shah Alam ni. Dekat je pun. Makanan kat sini so far sangat memuaskan hati dan memuaskan perut lapar. Nama air dia pun, peh unik ok. Sedap pun sedap.

P/S: Bila aku nak siapkan video ni pun entah.

#TheJemahJemahJourney: Day 2

21 November 2015


Assalamualaikum,

Those yang belum baca day-1 punya, boleh berbuat demikian dengan (klik sini)

So yeah, day-2 ni kitorang fully naik public transport untuk ke KL. Tempat yang kitorang pergi ni Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Nak main kat indoor theme park, Cosmo World dia je sebenarnya.

Dari Klang, kitorang naik bas. That bus driver berhentikan kitorang kat monorail Tun Sambathan. Just beli tiket sampai Imbi and dah sampai. Waktu balik tu, ambil monorail ke KL Sentral and  ambil KTM untuk balik ke Klang. --Tapi kitorang gedik turun kat Shah Alam sebab malas nak duduk dalam KTM lama-lama (padahal lagi 2 station je pun)


Tiket masuk ke Cosmo World for adult with mykad ialah RM41. Boleh masuk 2 kali, in case nak pergi makan dan solat dulu. Kitorang sampai dalam pukul 12. Pukul 3 keluar then pukul 5 lebih masuk balik sampai pukul 6. --Ni baru menggunakan dengan sebaik mungkin namanya hahaha

Tapi masa kitorang pergi tu, ada dalam 3 adult game yang masih under maintainance. Maka kitorang pun bedal je permainan budak-budak. Rugi la tak rasa semua kan?

Ni penghancur diet namanya hmm
 Masa pergi ni sorang lagi kawan uni aku, Wana join. Dia duduk dekat kawasan KL, so senang la jumpa. Since dia bawa 2 orang adik dia, maka jadi mangsa untuk tangkapkan gambar kitorang la. Kerja akak-akak ni cuma posing je pastu tunggu adik-adik tangkap gambar. Tak guna betul kan? --Ok ni tipu. Akak baik kot.

Wana balik dalam pukul 6. Perjalanan balik aku agak jauh, so aku decide nak balik lepas maghrib. Aku rasa ni kali ke 4 atau 5 datang Times Square tapi aku masih noob jalan dalam tu. Sesat kah kah kah.



Kalau korang nak tau ada sale that Savee mask. RM1/pcs. Cuba cakap mana nak dapat harga macam tu? So aku balun 5 keping je. Dah try sleeping mask dia, best! Aku suka pakai mask and terus tidur. Biar dia kering sampai esok pagi. Dia kering and tak rasa melekit pun (muka aku berminyak sikit so tak suka yang ada rasa melekit. Tak selesa)


So there, end of #TheJemahJemahJourney for day-2. Ada lagi k. Hari last, day-3. Tunggu tau. Sebenarnya aku tipu korang. Aku kata video dalam proses editing kan? Sebenarnya, memang belum edit sikit pun lol.

#TheJemahJemahJourney: Day 1

17 November 2015


Assalamualaikum,

Cuti mid-sem haritu, kawan uni aku, Haliah duduk rumah aku sebab nak jalan-jalan kat Selangor (She is from Johor). Untuk 3 hari 2 malam. Dan sebab tu la, ada hashtag special untuk journey ni, #TheJemahJemahJourney. Memang nama hashtag merepek sikit sebab aku yang bagi nama. Ha sape suruh kan? 



Since Haliah teringin sangat nak main ice skating, aku bawa dia pergi Ice Rink, Sunway Pyramid. Dia tak tau betapa susahnya nak ber-ice skating lagi-lagi untuk first timer. So masa kat sana, memang rupa mak nenek la melekat je tepi dinding tu. --Tapi aku dah suruh dia cuba roller blade kat rumah dulu, kasi fefeeling. 

I know the feeling excited nak ice skate lepas tu muka berubah terus bila masuk ice rink sebab dia tak mudah macam yang kita nampak. I fell so many time kot, well process of learning kan? And now i have no problem nak ice skating. Just kena gain more confident nak speed up by more practising.

For Haliah, since kitorang pi hari Jumaat, there are soo many people. Sampai ice rink pun macam berair. Kalau terjatuh, kena perah seluar. I told her "Weh kalau nak jalan lagi nanti, better try not to fall okay?". --Well she is okay now. Boleh jalan without "dinding" (tapi pegang aku la haha).


Then after maghrib, kitorang gerak ke Ikea, Damansara. Nak penuhkan kempunan si Haliah makan meatball Ikea. Pengaruh budak budak instagram la ni dok post gambar benda alah tu. Untuk ni, aku tak ada gambar. Kalau sape kenal aku, aku ni kalau lapar memang makan terus tak fikir apa dah. Lepas makan nanti baru macam terkedu "WEI AKU LUPA AMIK GAMBAR HMM"

Other place yang wajib singgah bila dah sampai sini, kena pergi Kedai Ustaz, Damansara (Kedai accessori phone). Sape pernah pergi mesti tau betapa bestnya shopping casing phone, screen protector, monopod sebab murah-murah belaka wei. --Aku jumpa casing yang sebijik aku beli, harga dia RM9 padahal aku beli kat tempat lain RM30 *menangis mendayu-dayu*

Untuk hari pertama ni, aku pergi dengan adik aku yg ke-2, Nadhirah, Adik aku yang ke-5, Dona, Haliah. Kalau nak tengok gambar and video kitorang, boleh search hashtag #TheJemahJemahJourney kat instagram okay?

Aku tau over sangat siap ada hashtag bagai dengan watermark sendiri. Tapi macam ni la kalau dapat kawan dengan blogger yang over macam aku. Semua nak kena ada watermark. Exclusive konon-konon. --Video dalam proses editing. Ni la punca aku tak buat assignment kah kah kah


Thanks to...

15 November 2015


Assalamualaikum,

Entry ini berkaitan dengan entry aku yang lepas pasal "Behind The Scene Banner Apis". Tak sangka betul entry pasal banner Apis tu sangat mendapat perhatian pembaca.

So first sekali nak ucap terima kasih sebab puji banner tu lawa *Walaupun masih ragu-ragu kalau Apis bayar korang untuk cakap macam tu haha* --Ucapan terima kasih ni untuk those yang puji dalam entry Apis sekali (Kantoi stalk Apis)

Terima kasih guys!


To Rasya and Wana yang request untuk tengok lagi 3 banner tu. Tak tau la nak reveal ke tak sebab banner tu biasa je. Berpeluh terus aku bila baca komen korang mintak tengok lagi 3 banner  tu. Tunggu la kalau terbuka hati nak share. Ei biasa je kot. Korang ni tsk tsk.


So semalam macam tetiba teringin nak belajar photoshop. Gigih tau aku install photoshop and buka youtube belajar satu-satu. Korang jangan tanya apa benda yang aku belajar ok? Sebab apa benda aku buat pun tak tau. Dalam video dia buat jadi, sampai turn aku cuba, hampeh. End up, aku shutdown laptop and tidur. --Takde la gigih mana pun aku ni kan? HAHAHA



Aku rasa bosan dengan entry aku bye


P/S: Apis, aku sedut folder software and game dari hard disk kau dulu tu. Tu yang dengan senang hati aku install photoshop. Tengkiyuu --Pastu tak reti pakai macam nak uninstall balik je hmm

Behind the scene Banner Apis

13 November 2015


Assalamualaikum,

Korang ada baca entry Apis yang dia finally ada banner sendiri tu? Kalau belum, mohon baca entry beliau (klik sini). Lepas tu datang sini balik hahaha

"Weh buatkan aku banner"
"Kenapa aku? aku tak reti la weh"
"Ala cuba je dulu"
"Hmm aku boleh cuba. Kalau tak lawa jangan  marah"
"Okay!"

We can call him Mr. Perfectionist sebab ada pengalaman buat banner giveaway dulu. Dia punya komen "Weh tu tak center la" "Font tu tak sesuai" "Boleh tak keataskan sikit yang tu?". Stress gak la sebab dah adjust, kena screencap lepas tu send kat whatsapp untuk verification. Berterabur gambar banner dalam galeri aku masa tu --Yea yang ni aku buat pakai phone je.

Aku sediakan 4 banner berbeza sebab aku risau kalau mamat ni tak suka. Tiga banner pertama dia suka. Terkejut jugak aku sebab tak ada complaint. Dia pilih pilihan ke-3 masa tu. So aku pun "So, aku tak payah siapkan yang ni?" (banner yang terakhir yang hampir siap). "WEH AKU NAK YANG TU PLS"

Maka jadilah banner bawah ni.
http://hafizzulkafly.com/
Klik untuk pi blog Apis
I am glad that he liked my banner. Sebab aku bukannya pandai buat pun. Yang ni aku edit pakai photoscape je. Of course la hasilnya tak berapa. (I tak pandai pakai photoshop ok) --Apis dah edit bagi lagi lawa wah.

By the way, i made my own banner. Tak aci la kalau aku buatkan untuk orang lain tapi aku sendiri tak ada kan? So untuk tengok banner aku, ada kat bahagian disclaimer --This is the reason why i tukar appearance blog sebab nak match dengan banner hahaha


P/S: Sorry Apis sebab banner tak kena dengan saiz requirement kau yang 1:1. And kalau aku tau kau sebenarnya terpaksa cakap banner aku buat tu cantik, tau la aku hantar penyepak aku pakai pos laju.

P/S2: Omg aku tak sanggup nak buat kan sape-sape banner. Please cari orang yang lagi bertauliah. Aku buat tak lawa pun kan T^T

Insiden kena lempang

09 November 2015


Assalamualaikum,

Before start aku kena bertenang dulu. I dont know la why. Tapi this incident aku malu gila sampai panas muka aku. Kena tampar dengan blogger femes keh. Terus tak mau reply dah lepas tu hahahaha--Omg please chill la kak jan.

Alkisahnya macam ni, tiba-tiba Apis whatsapp:-

"WANA PROMOTE KITA KAT BLOG DIA WEH"

"Kite?"

"Haah. Cuba kau buka blog dia. Ada nama kau and link blog kau" 


So aku pun buka la blog Wanaseoby kita ni. Terharu gila tiba-tiba nampak nama sendiri dalam entry dia. Tak sangka blog selekeh aku ni dapat bagi dia inspirasi. Sampai gatal tangan dia nak tukar layout blog.

http://wanaseoby.com/
Klik gambar dan anda akan dihantar ke blog Wanaseoby

Maka dengan penuh rasa keterujaan dan pelik sebab blog tak senonoh ni mendapat perhatian, aku pun tweet:


Kalau korang buka tweet tu aku tak sure yang korang dapat baca semua conversation atau tak. Aku sarankan korang tak payah la baca lagipun hahaha. Sebab mula-mula tu Wana belum join conversation kitorang.

Sampai la satu masa ni dia reply. Kebetulan masa tu aku punya skill membaca jadi teruk tahap cipan. Maka dengan itu, berlaku la insiden lempang melempang.


Aku tak sedar yang Wana tulis LEMPENG. Malangnya aku baca LEMPANG. Confident habis aku reply kena lempang. Patut la masa tu Apis reply "Sedapnya dapat lempeng nyior". Aku ingat Apis tu nak meloyar buruk. Alih-alih aku yang loyar buruk rupanya KAH KAH KAH --Start sini seorang Kak Ajan rasa segan dan tak nak reply tweet dah.

Tapi Apis ni suka mengganggu ketentereaman aku hmm


Muka aku akan panas balik setiap kali aku teringat insiden lempang ni. End up basuh baju sambil membebel "Adoi ajan kenapa kau reply macam tu" "Padan muka kau, sape suruh tak baca tweet tu betul-betul" "Hamekau excited sangat kan?".

To Wana, thanks sebab rasa blog kakjan ni macam inspirasi. *masih malu lagi*

Sebenarnya insiden ni berlaku pada 31 Oktober 2015. Tapi lambat publish sebab kena amik masa untuk cool down muka *panas panas*. Lepas tu bila ada mood nak tulis entry, wifi uni pulak tak nak bagi kerjasama. So sekarang baru la dapat habiskan entry ni hahah.


P/S: Ada satu hari ni adik aku (Nad) tanya cemana nak edit blog. So aku cakap la "Aku kalau edit blog selalu refer tutorial wanaseoby.com dengan hafizzulkafly.com". Lepas tu dia kata "Ha dorang dah pakai domain, kau bila lagi?". Aku terus tersedak bila baca T^T

OMG ITS AISYAAZMAN'S BIRTHDAY GIVEAWAY!

01 November 2015


Assalamualaikum,

http://aisyaazman.blogspot.my/2015/10/aisyaazmans-birthday-giveaway-10.html
Click banner to join!
Ni nak habaq yang Aisya Azman ada buat giveaway sempena birthday dia. Mesti masa korang baca tajuk entry pun macam ada party kan? --Birthday ke berapa pun tak sure huhu *biarlah rahsiaa*

Eksklusif untuk perempuan je okay untuk join giveaway party ni. Sangat dialu-alukan untuk girls yang tak boleh kalau tengok cute thing. Macam aku hahaha.

Credit to owner

Credit to owner

So here sneak peak hadiah. Nak tau lebih pasal hadiah, korang boleh (klik sini). Sebab dia dah bagitau pasal hadiah. --Ni kalau korang tak tertarik, tak tau la nak kata apa.

Rasanya dah follow semua term and condition. To those yang join giveaway ni, good luck okay! Yang belum join pastu rasa teringin nak join, boleh klik kat banner atas sekali tu eh.

P/S 1: Aisya, kita geng tak leh tengok cute thing sebab rasa cam nak borong je. 

P/S 2:Dulu pernah kumpul strap phone sebab comel. But then hidup dengan 5 beradik ni kalau tak garang, memang hilang semua tu hmm

P/S 3: Aku tulis entry ni dalam kelas weh. Nak mogok sendiri sebab botol air hilang. Aku cuai lagi (macam dah boleh sambung entry "Botol Air Bersiri" aku ni) Tiap semester aku pakai botol baru tau tak hmm