UCF 2015: DPP MISC (Tarian Melayu)

10 October 2015


Assalamulaikum,

UUM Cultural Festival (UCF). Sempena UCF, setiap Dewan Penginapan Pelajar (DPP)  kena sediakan peserta untuk setiap kategori persembahan. Aku la antara peserta tu, wakil DPP MISC.

Rampaian tarian melayu aku no 2 T^T
Sejujurnya, kitorang berlatih amik masa 3 hari tepat untuk keseluruhan tarian sebab ada masalah peserta tarik diri. Paling best kebanyakan kitorang ni baru pertama kali menari tarian melayu. Nak hilangkan "kayu-kayu" masa menari tu punya la susah.

Apa-apa pun, lepas polish 2-3 hari sampai 2-3 pagi semua dah smooth sikit. Kitorang atas pentas tu dah tak fikir pasal pertandigan dah. Have fun kat stage. Less nervous sebab rabun. So kat atas pentas tu mana tau siapa yang tengok kitorang ni.


Kalau terer, cuba la teka yang mana satu aku. Nama yang aku letak kat description video tu berterabur. So anda takkan mendapatkan jawapan kat situ. Memang sengaja pun hahahah. Teka pada susunan yang mula-mula masuk stage tau. Kang kalau minit ke 2 atau 3 aku dah tukar tempat.


Hint: The kayu one


Buat masa ni cuma roommate aku je yang tau. Yang lain semua salah teka. Kawan sekolah rendah aku teka pun salah kot. Adik aku pun teka salah hmm. Bawah ni collection jawapan salah. Jangan ikut jawapan dorang tau.

Instagram

Twitter

Seronok sebenarnya menari ni. Kebetulan aku ni memang suka menari. Tengok la semester 1 masa kat UUM ni aku dah wakil DPP untuk tarian india masa hari apresiasi. --Yang ni korang boleh cari video dia kat youtube "HafzNurd" tu.



Not a winning group but act like one. Had nothing to regret because we have fun. Love to work with these amazing girls :)



2 comments:

  1. wah ko make up sebijik mcm geisha..hhahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana. Depa suruh makeup tebal gila gila hmm

      Delete