Trailer Wo Meiyou Pengyou

09 February 2016


Assalamualaikum,

Ini lah dia entry yang aku akan share video assignment yang di-inspire oleh this one blogger. Okay tak nak cerita. Yang tu boleh baca kat (sini)

Video tu aku dah edit jadi macam trailer sikit. Jangan nak letak expectation tinggi sangat. Aku ambil Mandarin level 1 je. So tak banyak sangat perkataan boleh pakai. Dan yang sebenarnya, mostly kawan aku yang tengok semua garu kepala hadam video kitorang --Zedey gila mesej tak sampai.

So before that, pardon our acting skills, pardon or mandarin pronounciation, pardon or mandarin translation, pardon our mandarin sentences. --Kalau rasa ada salah tu tegur je okay. Siapa tegur aku berlakon kelakar, aku gigit.


Sinopsis: 
Hafzhan dan Haliah bertemu setelah beberapa tahun tidak berjumpa kerana Hafzhan melanjutkan pelajarannya di luar negara. Masing-masing menceritakan pengalaman bertemu dengan kawan baru bernama Nadia yang baru dikenali sejak 2 bulan lepas.

Selepas Haliah menceritakan bagaimana dia berkenalan dengan Nadia, Hafzhan terkejut kerana dia juga berkenalan dengan seseorang yang bernama Nadia pada 2 bulan lepas. Anehnya, cara mereka berkenalan adalah hampir serupa. Cuma yang membezakan, tempat mereka berkenalan.

Kedua-dua mereka menunjukkan gambar bersama Nadia di telefon bimbit masing-masing. Positif dalam kedua-dua gambar adalah Nadia yang sama. Adakah ini kebetulan? Siapa Nadia?

Perkenalan antara Hafzhan-Nadia dan Haliah-Nadia ni aku buat dalam bentuk flashback. Konon-konon gitu hahaha. --Sedih sebab semua orang tak faham. Harap je laoshi (read: teacher) paham cerita kitorang ni.

So dalam actual video sebenarnya nak buat cerita macam kat atas. Yang buat orang keliru bila aku lupa tambah satu scene orang ramai pandang Hafzhan dan Haliah masa dorang berbual dengan Nadia. Nadia is actually can't be seen by anybody else except Hafzhan and Haliah. So dorang cakap sorang-sorang sebenarnya --Padan muka buat kerja last minute, tak sempat nak betulkan.

Dan sebenarnya aku dah ada jalan cerita kenapa Nadia pilih Hafzhan dan Haliah. Kenapa mesti 2 bulan lepas dan siapa Nadia tu sebenarnya. Tapi nak rangka skrip tu macam leceh sikit sebab tak banyak perkataan aku belajar dalam mandarin level 1 ni. Basic je semua. --Eleh baru buat yang ni je ada scene tertinggal. Eleh ajan.

Aku dapat idea ni pun sebab baca entry rombongan sekolah. Thanks for the ((inspiration))! Actually nak buat genre thriller tapi forbidden bebeh. Ni assignment hahaha.

Well at least idea ni muncul. So takde la aku susah-susah buat movie pasal kucing. Aku ingat nak buat kucing aku berlakon. Tapi i bet mesti susah gila nak bagi dorang pandang kamera. --Weh kantoi la aku bela kucing kat bilik. Em 4 ekor termasuk mak dia okbai.