Rasa macam dah lama gila tak update entry. Padahal entry yang latest one tu 28 January 2016. Baru je 5 hari kan? Ok ok lama. Lepas tu aku macam slow sikit nak blog walking ni. Maafkan saya T^T
So lewat petang semalam, presiden kelab aku hantar ni dalam whatsapp group dengan ayat;
"Saksikan drama terbitan Universiti Utara Malaysia 'Inikah Cinta' di TV3 bermula hari ini pada jam 7PM. 90% penggambaran dalam kampus."
Yes kalau korang tak pernah masuk UUM, korang boleh la tengok cerita tu huhu (Sempat promote U sendiri). Tapi tak payah la susah-susah nak cari aku sebab aku memang tak ada pun dalam tu. Aku sendiri tak pernah terserempak masa dorang shooting. --Cuma sekali tu sebab dorang shoot kat kafe kolej kediaman aku.
Kajian mengatakan 90% pelajar menemui jodoh di Universiti, admin termasuk dalam golongan 10%, anda pula...
Posted by Inikah Cinta on Saturday, January 30, 2016
Based on posting page ni, aku dalam kalangan 10% tu okay. Bila entah nak ada scene terlanggar mamat hensem dan kertas bertaburan tu. Scene kena lari dari monyet dan jatuh tangga tu selalu la hahaha. #CeritaDongengUniversiti
I should have post this thing sebelum episod pertama keluar kan? Ei apa la aku ni. Dah korang jangan terlepas episod kedua.
Yes masa makan kat kafe, i met (sorry bukan "met" tapi "saw" je) that Nizam Zaidi pastu kawan aku kata "Ha tu la pelakon dia". Dalam hati aku "La pelakon ke. Patut la good looking. Baru nak jadikan crush, takpe lah bye" --Kawan aku je pernah tangkap gambar dengan dia. Aku? Tangkap gambar dengan crush matrik pun tangan dah genggam baju. Nak aku pengsan ke apa?
P/S: Sorry takde audition pun sebenarnya lol
