#ThePakweHunting

26 October 2015


Assalamualaikum,

Firstly nak bagitau jangan ambil kisah sangat pasal tajuk tu eh. Korang kena tahu dulu cerita pakwe hunting aku ni. So, jom start.

Satu hari ni aku tiba-tiba macam berminat dengan jam yang sporty style. Ye tau pelik gila aku ni sebab alasan yang digunakan ialah "tiba-tiba terminat". I aimed for Baby G from Casio. Tapi as student, memang pesen survey yang cikai kat instagram #BabyGMurahMalaysia.

Best thing about pricing jam jam ni, mostly semua  harga RM70. Lepas tu bila tengok harga jam couple boleh dapat RM60 untuk satu jam (Total RM120). So i was like, baik beli jam couple kan? I know RM10 pun nak berkira sangat.


Orang pertama yang aku approach untuk ajak beli jam ialah adik lelaki aku. Tapi sikit pun tak supportive. So, i was like.. "Okay fine. Kau nak aku cari pakwe eh".

Tapi since aku ni pun tak pandai nak mengorat orang, dua orang kawan aku ni yang jadi mangsa. Kalau nak tau siapa, just klik pada gambar conversation. Nanti tau la sape gerangan mangsa mangsa pakwe hunting aku.

http://hafizzulkafly.com/http://aimanbudakbaik93.blogspot.my/


So kita panggil guy dalam conversation kiri tu Calon A dan sebelah kanan ni Calon B.

Calon A asyik komen betapa tak lawanya jam yang aku nak. Ye sampai esok harinya pun sama. (Sebab i gave him another example color yang available). Sampai lama-lama pun aku pun dah malas hahahaha.

Calon B pulak membebel bila dapat tahu yang aku tengah #PakweHunting untuk beli jam. Dia membebel la yang aku ni takde soft skill nak cari pakwe. Tak pasal-pasal aku kena ceramah dengan mamat ni. 


End up, jam tak ada. Pakwe pun tak ada. Kah kah kah weh pakwe tak nak pls, Apa la salah aku nak cari "pakwe" beli jam pun kena ceramah macam nak cari calon suami. Ugh.


Finding Sandra

24 October 2015


Assalamualaikum,

Pernah tengok short drama Finding Sandra? Kalau belum, guys boleh tengok. I have to say that short drama sangat lah best. Aku baru tengok semalam and teruja sorang-sorang.

findingsandra.com

First time tau aku tengok advertisment kat youtube tu sampai habis. Siap bookmark link sebab memang nak sangat tengok. --Yes aku nampak dari youtube advertisment je ni.

Story line dia best sebab aku suka tengok cerita ala-ala spy ni. Punya syok tengok, sampai tak sedar yang sebenarnya kau tengah tengok iklan Milo. Dia punya website pun best. Rasa macam tengah access website spy kot HAHAHA --Kak Ajan forever suka berangan.

Ini bukan entry berbayar. I wrote this sebab i suggest sangat tengok sebab aku suka lol. Good job Milo :)

Respon to "biodata seorang ajan"

15 October 2015


Assalamualaikum,

Entry yang ni simple je sebab tak dapat nak tulis entry lain. Macam biasa alasa yang dipakai adalah "busy". Sorry. Tak tau la kenapa cerita selekeh jugak yang aku suka share kat sini. Mungkin sebab tu la nama blog aku dulu "Stupidity Zone" kah kah kah.

Ini entry yang aku nak respon kat commentor kat entry "Biodata Seorang Ajan". Sampai tulis kat entry ni sebab semua orang kena tau. Kang kalau pakai reply, mana ada siapa baca. Dalam masa yang sama, nak bagi shout out kat orang yang comment entry tersebut.

1. http://theruslans.blogspot.my/

Salam kenal jugak kak :)


2. http://kakaktiricinderella95.blogspot.my/


Hi back kepada geng anak sulung 5 beradik yeayy! Gambar lelaki dalam gambar author tu sebenarnya adik aku. Yunus, 16 (2015). Muka budak ni memang macam duda anak 3 pun. Jangan confuse eh. 

Heran gak la dengan budak ni. Dulu dia anti-camera. Kalau kitorang nak tangkap gambar dia, mesti dia elak. Serious acah-acah limited edition. Tapi tengok la sekarang ni, aku nak selfie sorang tetiba muncul makhluk duda anak 3 ni hmm.

P/S: Yang ni semua orang kena tau k. Meet my brother yang acah-acah hot hahaha (Sebab kalau aku balik, dia suka suruh aku check saiz bicep dia sama or besar sebelah. Boring~)




Okay gais, meet this sweetie Sya. Dia ni sebaya adik aku yang duda anak 3 tu tau. At least Sya takde la suruh akak ukur bicep kan? Hahahaha.

Hobi akak? Selain suka tweet "bosan" masa bosan, akak suka kacau orang kat whatsapp. Normally yang rapat-rapat tu akak terjah je. Haa millenium sangat hobi. Dulu suka baca buku --Cliche kan? Ala akak punya hobi bosan la hahaha. Paling best pun berangan, tapi akak sorang je la yang rasa best XD

Akak cita-cita nak jadi fashion designer dulu. Ni punca rajin tengok America's Next Top Model and Project Runaway la ni. Malangnya, lukisan akak semua ke laut. Tak pernah dapat A dalam pendidikan seni. Pastu selalu pilih lukis poster masa exam sebab nak elak pakai watercolor sebab tak reti pakai.

Maka dengan itu, akak pun teruskan la dengan kos yang akak ambil sekarang dan bercita-cita nak jadi kaya je hahahahaha. Kalau course banking memang kaya, kaya pegang duit orang la hahahaha

P/S: Penat akak fikir hobi dan cita-cita zaman sekolah akak. Semuanya bosan dan cliche.


4. Zahrenn Na


Hi! Ala kenapa tak ada link blog ni hmm T^T

Memang ramai la orang macam Zahrenn ni. Sebab kawan-kawan akak selalu cerita;

"Ajan, aku cakap dengan mak aku yang aku nak pi sekolah dengan kau (dia sebut Hafzhan kat mak dia. Pastu dia cakap lelaki mana pulak Hafzhan tu?"

"Ajan kau tau tak, masa mula-mula aku cerita pasal kau kat mak aku, dia tanya adik kawan dengan lelaki ke?"

Ini yang akak risau ni. Nanti kalau akak kahwin ke, mesti ramai confuse mana satu nama pengantin perempuan and mana satu pengantin lelaki. Tak pun mesti ada yang fikir "Gay ke" kalau baca nama kat kad jemputan or sign yang tercacak kat traffic light hmm

But so far tak terasa sangat sebab dapat tau ada je orang lain nama "Hafzan" dan dia perempuan. Aku yakin mesti dorang rasa benda yang sama. So aku paham la deme ni hahaha-- Tapi nama dorang takde huruf "H" sebelah huruf "Z" selalunya, mine still rare la ni? Haih


Shout out untuk dorang sebab rajin komen. No bukan apa. Sebab aku jarang update entry dan agak lambat nak blogwalking. So tak sangka la ada orang yang masih nak komen entry kat blog yang tak terurus ni.

Nanti ingatkan aku untuk ceritakan sesi mencari pakwe eh. Curious tak? Curious tak? HAHAHAHA

UCF 2015: DPP MISC (Tarian Melayu)

10 October 2015


Assalamulaikum,

UUM Cultural Festival (UCF). Sempena UCF, setiap Dewan Penginapan Pelajar (DPP)  kena sediakan peserta untuk setiap kategori persembahan. Aku la antara peserta tu, wakil DPP MISC.

Rampaian tarian melayu aku no 2 T^T
Sejujurnya, kitorang berlatih amik masa 3 hari tepat untuk keseluruhan tarian sebab ada masalah peserta tarik diri. Paling best kebanyakan kitorang ni baru pertama kali menari tarian melayu. Nak hilangkan "kayu-kayu" masa menari tu punya la susah.

Apa-apa pun, lepas polish 2-3 hari sampai 2-3 pagi semua dah smooth sikit. Kitorang atas pentas tu dah tak fikir pasal pertandigan dah. Have fun kat stage. Less nervous sebab rabun. So kat atas pentas tu mana tau siapa yang tengok kitorang ni.


Kalau terer, cuba la teka yang mana satu aku. Nama yang aku letak kat description video tu berterabur. So anda takkan mendapatkan jawapan kat situ. Memang sengaja pun hahahah. Teka pada susunan yang mula-mula masuk stage tau. Kang kalau minit ke 2 atau 3 aku dah tukar tempat.


Hint: The kayu one


Buat masa ni cuma roommate aku je yang tau. Yang lain semua salah teka. Kawan sekolah rendah aku teka pun salah kot. Adik aku pun teka salah hmm. Bawah ni collection jawapan salah. Jangan ikut jawapan dorang tau.

Instagram

Twitter

Seronok sebenarnya menari ni. Kebetulan aku ni memang suka menari. Tengok la semester 1 masa kat UUM ni aku dah wakil DPP untuk tarian india masa hari apresiasi. --Yang ni korang boleh cari video dia kat youtube "HafzNurd" tu.



Not a winning group but act like one. Had nothing to regret because we have fun. Love to work with these amazing girls :)