Laman Seni 7 #LorongBelakang

22 July 2014


Assalamualaikum,

Di suatu pagi yang tak berapa nak pagi (dah nak dekat pukul 12 dah pun), aku dapat whatsapp dari Lily "Ajan kau nak ikut aku pergi laman seni tak?" -- Okay benda ni aku reply lambat gila pasai aku mamai lagi. HAHAHAHA

Okay dah. Aku pergi la. Dah orang ajak ye dak? Aku dah lama pun teringin nak pergi. Jeles tengok orang letak gambar lawa-lawa kat insta tu ;_;

Untuk pengetahuan korang hasil seni ni ada kat lorong belakang Seksyen 7, Shah Alam. So kat bawah ni adalah hasil gambar wuuu XD















Banyak lagi sebenornye. Cuma malas nak ambil gambar, dah penat. Kalau nak rasa best, boleh pergi sendiri ye. Bye XD





Cheap dreamcatcher from @hariharimimpi

17 July 2014


Assalamualaikum,

Okay entry ni sesuai la bagi peminat-peminat drama korea The Heirs ni. Aku tau ramai yang tengok betul tak? Gila ko tak tengok. Heroin semua cun cun. Hero semua hensem hensem. Ha ha okay dah lari topik. aku mention cerita ni sebab rata-rata yang kenal dream catcher ni dari cerita ni.


Instagram

Kalau nak tau, aku sebenarnya memang dah lama cari dream catcher neclace. Kalau boleh nak beli kat luar je la. Best boleh belek-belek kan? Tapi susah nak jumpa kat tempat aku ni. So terima kasih la kat akak Hanis Zalikha sebab memperkenalkan hashtag #sayajual<nama item> sonang nak carik kau.

Dalam banyak-banyak instagram yang aku survey, aku tengok instagram @hariharimimpi ni la jual paling murah. Harga dia berpatutan untuk setiap saiz. Cantik pun cantik. Dan yang best, tali dream catcher tu korang boleh request nak panjang mana pun. Dyorang tak caj pun untuk tali.

Sape yang nak decorate meja study ke, nak jadi perhiasan kereta ke, nak jadikan rantai ke, nak jadikan strap telefon ke, boleh dah usha insta ni.



Ni yang aku beli. RM5 each and memang request tali panjang sebab nak jadikan rantai pun. Beli dua sebab satu untuk adik punya.

Berbaloi la sikit beli banyak kalau harga tak masuk postage ni sebab nanti boleh agih-agih kos postage. Korang kumpulkan kawan 6 orang yang nak beli benda ni, then order sekali. Kan kos postage dah jadi RM1 seorang. Wuuu

Okay bye

Keputusan peperiksaan akhir semester kedua

14 July 2014


Assalamualaikum,




Okay maka dengan ini, pelajar-pelajar UUM boleh la mark kat kalendar tarikh tu untuk buat persediaan untuk depan lappy dari sebelum pukul 3 untuk rebut masuk ke dalam laman web tu. Normal la kan? Mesti sesak. Jangan lappy yang hang sudah. Makesure internet pun kena power.

Aku macam biasa la, aku mesti check sehari selepas "hari-lawan-web-U-sesak" ni. Satu sebab malas nak berperang masuk. Yang kedua sebab aku kena prepare mental dan fizikal. Fuh.

Kepada semua student UUM yang bakal check korang punya result minggu depan, aku ucapkan semoga berjaya ye. Dan student lain yang mungkin ada yang baru habis final ke... Pun semoga berjaya jugak.

Aku tak berharap sangat dengan result sem ni. Sebab sem ni serba tak kena sikit. Banyak betul dugaannya. So aku tak pasang target tinggi-tinggi. Kang merana sebab kecewa pulak. T^T Korang doakan result aku baik-baik je okay, terima kasih.

Adios




#PrayForPalestina

12 July 2014


Assalamualaikum,

Tak payah nak mukaddimah panjang-panjang kot. Tengok hashtag tu pun dah tau. Korang jangan pura-pura tak tau pulak ye. Aku pun dah tak boleh nak describe situation sekarang macam mana. Sedih.


Daripada kita dok sorang meratapi kesedihan mereka, apakata kita tolong deme sekali? Dapat pahala. Tak rugi buat kebaikan dibulan Ramadhan ni.


Ada satu lagi benda nak share. Doa Qunut NazilahDibaca ketika rakaat terakhir solat sebelum atau selepas rukuk -- Sumber @imammudaasyraf . Kata senjata orang muslim itu adalah doa. Guna senjata kita. Bukan caci maki Israel tu. Tak bawa apa-apa faedah pun.



Daripada korang dok tweet gambar-gambar rakyat Palestin yang dibom (Banyak sangat. Aku tak retweet gambar macam tu sebab aku pun ngeri. Tak sanggup)

Atau mula menganjing orang-orang yang tak tweet/update status pasal gaza dan menganggap mereka adalah orang yang tak concern pasal Palestin, apakata korang mulakan langkah untuk membantu. Membantu biar ikhlas ye.

Ha lupa nak share satu lagi cara paling simple untuk bantu iaitu dengan SMS. Ha cepat amik phone tu.
SMS.

Taip PALESTIN <jarak> 1 / 3 / 5 / 10 



Hantar ke 39111


Jom la kita mulakan langkah membantu. RM1 pun dah kira besar dah asalkan ikhlas. Kalau ada rezeki lagi kita derma lagi. Untuk saham akhirat kita juga kan?




Status paling win setakat ni. Aku bukan menyebelahi mana-mana pihak okay. Aku tak tengok world cup pun. Tapi benda ni dah terang. Satu je nak cakap, "Jangan cepat nak hukum orang".


Note: Kita kena AJAK orang buat kebaikan bukan SURUH orang buat kebaikan.

Cheap korean lens at @hallyfashionista

08 July 2014


Assalamulaikum,



Instagram


Kalau korang tengah cari contact lens, yes korang berada di entry yang betul. Ni instashop kawan aku, yes one of trusted seller ok. --Kalau tak trusted, boleh je mengadu kat aku nanti aku belasah dia haha.

Dia jual pelbagai jenis lens. Kalau nak ada power pun boleh. Takde la nanti dah pakai lens tapi kena pakai cermin mata pulak kan? Disarankan korang check mata dulu sebelum beli. Makesure tau berapa power korang, nanti kawan aku akan suggest power untuk lens korang ok?

Kawan aku ni sebelum dia buka instashop ni, dia pun dulu seorang customers. So dia memang dah survey harga instashop yang jual lens. So memang dia akan jual lagi murah dari tu. Cuba la banding kan hahaha

Follow kalau nak tengok jenis lens yang dia jual :)

[Video] Short vacation to Langkawi

05 July 2014


Assalamulaikum,

Ha, kalau baca tajuk pun dah tahu kan entry ni adalah kesinambungan dengan entry aku pergi Langkawi hari tu. Tapi ni versi video. So kalau ada yang nak pi baca balik entry hari tu, boleh [klik sini]. Video ni lambat siap sebab aku ni malas sangat nak mengedit. HAHA



So bawah ni video behind the scene atau lebih tepatnya video yang kena reject.



Aku ni takde idea sangat nak pakai lagu apa untuk video-video ni. So semua lagu pilih randomly dari apa yang ada dalam music library aku. So kalau macam tak kena tu... Paham paham je la kan. Haha





Note: Kalau korang perasan, suara aku paling kuat. Dan Hallya. Sebab tu kalau dalam bilik kat U tu, bilik aku dengan Hallya yang paling bising macam speaker. Choi.



Friendly Blogger Week

01 July 2014


Assalamualaikum,


So aku ingat nak memperbaharui bloglist aku. Aku buat kecil kecilan je. Friendly Blogger Week, see im trying to be friendly here. Whahahaha tapi takde official banner bagai pasal aku ni noob in designing. Tengok la blog tak de la semegah mana tu pun aku dan bangga XD

So let me explain what is Friendly Blogger Week ni and what will happen next.

- Blog akan di follow
- Blog's FB fanpage akan di like
- Blog akan ada dalam bloglist
- Blog akan di list dalam bahagian affies

So macam mana nak join? Simple! Comment this entry dengan blog link korang. Kalau korang nak followback or like back or apa apa je la, aku tak kisah. Tak nak pun tak apa. Tu atas korang la. Tapi kalau korang buat, terima kasih tau!

Mula mula tu ingat nak korang reply kat cbox je tapi takut terlepas pandang. So comment la senang.

Benda ni akan berjalan pada 1 July 2014 - 5 July 2014.



Note: Aku tau week tu minggu dan seminggu tu 7 hari. Tapi cukup la 5 hari tu. Sape cepat dia dapat ^^