Tak boleh tidur? Punca?

27 March 2014


Assalamualaikum,


Problem, bila lepas siap assignment dalam pukul 2 lebih tu aku terus tidur. Terbangun dalam pukul 3 sebab ada bunyi apa pun aku tak tau. Lepas tu terus tak boleh tidur.

Otak ni macam nak befikir je. Aku ni memang spesis aktif waktu malam (Aku syak aku ni memang spesis mamalia nocturnal doh). Bila siang tu malas dia macam hape.

Jadi bila tak boleh tidur ni, aku teringat ada dua faktor yang menyebabkan kita tak boleh tidur. Sumber bacaan twitter, HAHAHA




Boleh paham tak perasaan bila tiba-tiba teringat kat benda ni masa terbangun tu? Ugh bencik ai. Aku terus baca ayat kursi sampai pukul 4 and tertidur. Esoknya kelas pukul 8, muka macam zombie. T^T


By the way, fakta yang pertama tu tak boleh diterima kerana benda tu cuma mitos. Ada faktor lain yang yang menjadikan punca kita tak boleh tidur. Bukan ni je. Kalau nak jawapan berilmiah sikit pergi google sendiri. Hahaha

Fakta kedua tu pun tak betul ye. Permainan fakta palsu semata-mata. Saje je nak takutkan korang. For better answer (click here)


P/S: Aku ni tah pape fikir bukan-bukan bila tak boleh tidur. Padahal masa aku buat assignment tu aku minum kopi. Tahap power punya pasal, terus tak boleh tidur. Dah la nocturnal mammal, pastu minum kopi. BURNN HAHAHAHA

P/S: Ni sebenarnya sambungan entry haritu (here). Cuma aku asingkan. HAHAHA

Pendorong aku siapkan assignment

26 March 2014


Asslamualaikum,



Okay tu antara sebab aku bertungkus lumus aku siapkan assignment-assignment aku. Tapi ada sebab lain yang memaksa aku siapkan assignment:

1. Ahli lelaki dalam group aku dah siapkan part  masing-masing.
 Gila kau. Tergugat la. Aku ni boleh buat bodoh tak sentuh assignment sedangkan dyorang dah siap pun. Aku sebagai perempuan tercabar weyh. Tercabar.

2. Jangan biarkan kerja tertangguh.
Okay bila dah start buat tu kena la terus habiskan. Tengah ada semangat tu baik teruskan. Tak payah tangguh. Setakat tidur lambat sikit tu apa la sangat kan?

P/S: Aku dah siap assignment. Lega. Tapi tiba-tiba ada error yang menyebabkan aku kena buat balik. Perasaan aku? Nak baling meja. T^T


Plain totebag from @nodesignerhere

22 March 2014


Assalamualaikum,

Cuba teka. Cuba teka. Siapa yang baru menang giveaway kat instagram hari tu? Aku la tu~ Wuu. Tak sangka boleh menang. Sebab pemenang dia pilih satu je, randomly.



Nasib baik owner instagram dah warn awal-awal. Kalau tak, aku bukanlah pemenangnya sebab ada yang main kotoq naa. Tau la nak memang. Orang lain pun nak menang jugak.

"Private ig dan ig khas untuk join giveaway tak akan dikira" --Aku suka gila kalau owner instagram dah mention awal-awal benda ni. At least, each contestant have an equal chance to win.

"Pemenang akan dipilih secara random" --Yang ni pun best. Kalau kira mengikut likes terbanyak, memang takde harapan la aku. Aku ni bukan jenis pergi ig orang and comment minta like.



Aku sebenarnya dapat hadiah kitty pencil case tu. Yang bag tu aku beli. Dah alang-alang menang kan? HAHAHA

To be very honest, aku memang tak bawa pencil case pergi kelas dengan alasan berat. Since pencil case aku tu besar. Bila dapat simple pencil case macam atas ni, baru rajin bawak pencil case pergi kelas.

Pencil case yang besar mendorong saya untuk meletakkan lebih banyak barang didalamnya dan menjadikan dia lebih berat daripada buku. Apa orang kata? Kedai? Macam macam hado dalam pencil case tu. Cakap je nak ape.

Now "kedai" i dah jadi "pencil case" balik. wee



Instagram



P/S: Okay sape-sape yang berminat nak beli plain totebag boleh tengok (klik sini). Dia jual macam-macam jenis plain totebag. Beli pukal, dapat murah. Kalau nak cutomized totebag pun ada. Tapi kena ikut mood dia la nak buat ke tak. Kalau nak sangat pi pujuk dia suruh buka order. XD

P/S1: Aku dah beli barang dari dia 2 kali. Memang best ah bank in hari ni, esok sampai rumah!

P/S2: Aku post pasal benda ni sebab banyak keyword search blog aku pasal totebag. So here. hambik kau. Hahaha




Congratulation to SPM-er '96.

21 March 2014


Asslamualaikum,

Rasanya tak terlambat lagi nak ucap tahniah kepada adik-adik batch '96 kan? Aku ni sebenarnya nak kata busy tu takde la busy sangat. Aku ni jenis sayang waktu tidur aku. HAHAHA (Ni kalau ibu aku tau, mampus gua). Okay, congratulation speech aku tak buat lagi. Ehem ehem, test 1, 2, 3.



Tahniah kepada adik-adik yang dapat result gempak dalam SPM dan untuk adik-adik yang result tak power dalam SPM tu tak payah nak sedih sangat sebab kita geng. 

Okay tak lupa juga nak ucap tahniah kat adik aku, Nad. Kau ni melapou betei potong result aku eh. Padan muka aku, sape suruh result 2A je. BHAHAHA

Tapi tak kisah la. Rezeki masing-masing. Kalau yang dah berusaha lebih tu memang patut la dapat result gempak. Yang dah berusaha tapi tak dapat result power tu takpe, Allah got a better plan for you. Don't be sad. Just believe in Him. 

Sape yang memang tak berusaha tu tak payah cakap la. Memang kome style result macam aku la kot. Sebab aku pun main-main je pun masa form 5. Apa kisah. Kepala budak tadika lagi masa tu.

Masa ambil result dulu pun aku steady je. Tak rasa sebak sikit pun. (Mungkin aku ni separuh robot ke hape) Yang aku tau masa tu aku terus balik rumah sebab nak tengok cerita korea.

Yang aku paling bersyukurnya sebab aku masih boleh sambung belajar dengan result cikai tu. Sebelum tu ada la jugak risau kalau-kalau aku akan terperap je kat rumah sampai tua. Tapi tak. Masa tu baru tau apa maksud belajar. Kalau dulu aku ingat belajar tu adalah untuk suka-suka.

What i want to say here, everything that happened to you today has been arranged. Be faith to Allah and He will lead you to success.

Lepas ni kome tunggu result UPU la kan? Good luck okay. Memang lumrah kalau tak dapat course yang kita nak pun. Jangan cerita pasal aku. Aku ni takde cita-cita dulu. Segala course yan tersenarai tu, sikit pun aku tak faham. Dan ini la lumrah jadi anak pertama.

But don't worry, just go with the flow and everything will gonna be okay :)

Bye.

Happy 20th Birthday

15 March 2014


Assalamualaikum,




Yeap hari ni la birthday gua. Tapi hari khamis hari tu dah makan kek. Dah lama gila tak makan secret recipe. Wuu. Actually pergi makan kek awal tu ada sebab.







Pertama, aku sambut sekali dengan birtday Hallya, (8 March 2014).
Sape sape yang dah like facebook page kat atas ni and berminat dengan aksesori dia jangan lupa cakap minta diskaun. Bodek je. Ni birthday month dia. "Akak! Happy birthday! Saya minat la dengan aksesori blablabla. Nak diskaun boleh?" HAHAHAH (Habis la Hallya lepas ni semua dok tuntut diskaun dari dia XD)


Kedua, minggu ni memang aku dihujani dengan assignment and presentation.
Memang stress bila fikir ada je kerja yang tak siap. Sepatutnya lepas siap satu assignment rasa lega. Ni tak, masih garu kepala fikir next assignment. So we decided to forget all our assignment in one day. Serious weyh, lepas balun kek secret recipe malam tu balun KFC. (Nangis la gua mengenangkan berat badan)


Okay sekarang sila beri laluan kepada gambar-gambar yang aku tangkap secara tak malunya dalam Secret Recipe. Kejap berdiri, kejap duduk, tukar-tukar kerusi. Semua sebab nak cari angle gambar yang acah-acah photographer. As always, all of this picture are edited with my favorite filter, VSCO Cam :)

Lapau tak lapau tak? HAHAHA

Turkish Indulges

As always, fake candid

Hari menghabiskan film. HAHAHA



Okay last word.



Kalau Fynn Jamal adalah kokping dan Hanis Zalikha adalah keknis, maka aku lah kakjan. Eh bukan aku tiru kokping ke keknis. Ni memang nama aku dari kecik since aku anak sulung. Dapat la kakjan~ Cuma tak pernah dikomersialkan. BAHAHA Bye.


P/S: Okay Sekarang umur dah cecah puluhan. U.U

Fluffy Co Organic Tote Bag

14 March 2014


Assalamualaikum,

http://www.fluffyco.com/51-organic-tote-bags 
Click on the picture above to see more





I want to have this but i don't know how to buy it. I only know if i dealing with the owner, not through website 100%. Plus,  the pricing is in dollar. So it is quite expensive. So i guess it could be enough if i post it here.

I wish i could find other tote bag that is almost similar with this. I will definitely buy it. Definitely! Yes a suggestions are most welcome.

You fall in love with this bag too don't you? 




P/S: This is not sponsored entry or paid entry.