Bosan sebenarnya bila dah nak habis semester 1 ni pun orang asyik tanya;
"UUM ni pilihan pertama ke?"
"Memang minta UUM ke?"
"Memang pilih course ni ke?"
Kisah aku masuk U ni agak panjang dan tak boleh nak dipendekkan kepada kurang daripada 2 minit (atau mungkin boleh cuma aku je yang tak tau macam mana). Jadi selalunya bila orang tanya macam tu aku lebih suka kata "YA".
Sebabnya:
1. Malas nak dengar soalan seterusya
2. Pendek, ringkas dan padat (Er, padat tu tak kot)
Okay biar aku cerita dengan jujurnya.
Masa aku isi upu ni dulu, aku kat matrik. Isi last minute katakan. Padan muka kelam kabut. Elok aku tengah kelam kabut tu boleh pulak line internet celcom slow tahap cipan (atau memang laman web tu yang gila suka sangkut-sangkut).
First time aku isi upu ni semua cantik je pilihan universiti and course aku. (Okay terpaksa strike pasal course sebab aku memang zero sikit cakap pasal course. Semua aku isi pakai hentam je). Tapi bila nak save tu, semua jadi kosong balik. Kecewa betul.
Second time boleh sabar lagi. Isi balik semua. Memang pilihan universiti dekat-dekat dengan rumah je. Sama cantik macam aku isi mula-mula tu. Tapi bila save, again. Kosong balik.
Kali ketiga ni aku memang isi laju-laju. Sebab pengemaskinian upu cuma boleh buat 3 kali sahaja. Jadi pilihan universiti semua tunggang-langgang sebab takut lepas ni kalau tak dapat save kena beli nombor pin lain. Asal aku nampak course yang agak-agak relate dengan aku, aku tibai je. Dan hasil daripada pen'tibai'an aku tu. Dapat la save. Aku isi upu ni kurang daripada 2 minit.
So, that's it. That's how actually i tercampak kat sini.
Well actually ada la jugak berangan nak pi study luar negara tu. Tapi baru duduk hujung negara pun macam hampeh, selamat jalan la luar negara tu oi.
Akak, ayah kata jangan pilih U jauh-jauh. Matrik Perak tu je pun dah tak larat ini kan jauh.
Lepas result upu keluar, memang lagi jauh dari matrik perak aku dapat. Siap lintas matrik Perak dulu sebelum sampai U. Nak buat acano. Dulu UUM tu pun aku tak tau singkatan kepada apa. (Memang singkatan U semua aku tak tau. Serious). Kat mana U tu terletak pun aku tak tau. (Serius eh. Dulu UMK tu pun aku tak tau kat mana.)
Tak apa. Ada hikmahnya tu
No comments:
Post a Comment