Soalan psikologi.

20 April 2011




 Try soalan psikologi ni best tau. Soalan-soalan ni kredit: dia



1. sekarang kamu berada didepan hutan belantara yang sangat tebal. kamu ingin memasuki hutan belantara tersebut. untuk memasuki hutan belantara itu, kamu mesti bertukar menjadi haiwan. soalannya ANDA INGIN MENJADI HAIWAN APA

2. setelah anda memasuki hutan tersebut, HAIWAN APAKAH YANG ANDA INGIN TEMUI?

3. kemudian anda jalan2 lagi kedalam perut hutan, kemudian anda menjumpai sebatang sungai. anda ingin meyeberangi sungai tersebut untuk samapai keseberang. APAKAH CARA YANG ANDA GUNAKAN UNTUK MENYEMBERANGI SUNGAI. samada nak berenang ke, buat rakit, buat jambatan atau apa-apa ajer. 

4. setelah menyemberangi sungai, kamu meneruskan perjalanan. kemudian kamu menemui satu peti harta karun yang ada bermacam-macam benda berharga. intan, emas, berlian, dll. APAKAH YANG KAMU AKAN LAKUKAN DENGAN HARTA KARUN TERSEBUT? adakah kamu ambik kesemuanya, ambil sedikit sebagai kenangan, tak ambil langsung, atau ape2 aje. 

5. kamu meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan sebuah rumah. APAKAH KEADAAN PINTU RUMAH TERSEBUT YANG KAMU MAHUKAN. kamu nak pintunya terbuka, tertutup, terbuka sikit2 atau apa-apa ajer. 

6. kemudian anda memasuki rumah tersebut, seterusnya anda melihat sebuah meja di dalam rumah tersebut. APAKAH BAHAN MATERIAL MEJA TERSEBUT YANG ANDA INGINKAN? contohnya diperbuat drp kata, kayu, besi, konkrit, dll. 

7. diatas meja tersebut terdapat segelas air. AIR APAKAH YANG ANDA INGINKAN BERADA DIATAS MEJA ITU? contohnya air suam ker, sirap ais ker, teh panas ker... . 

8. seterusnya anda keluar dari rumah tadi dan meneruskan lagi perjalanan. kemudian anda menemui air terjun yang sangat cantik dan menarik. APAKAH YANG ANDA LAKUKAN DENGAN AIR TERJUN TERSEBUT? adakah anda akan terus terjun mandi, atau sekadar main-main air, atau sekadar menikmati permandangan indah, atau ape2 ajer. 


tamat soalan... 

jawapannya... ... 














ialah... ... . 













1. soalan pertama menggambarkan diri anda, dan anda ingin menjadi apa? contohnya, kalu anda ingin menjadi kucing. anda ingin menjadi seorang yang manja, selalu dibelai, pemalas dan pelbagai lagi sifat-sifat yang ada pada kucing. korang kaji sendilah yer perangai haiwan yg korang nak jadi.  Burung


2. soalan 2 menggambarkan pasangan yang anda inginkan. samalah macam soalan no 1. sifat haiwan yang korang nak jumpa tu adalah antara sifat yang mesti dimiliki oleh pasangan yg korang cari.  Kuda


3. soalan 3 menggambarkan macamana korang menyelesaikan masalah. kalu korang memilih berenang utk menyemberangi sungai, ini bermaksud korang main redah ajer dalam menyelasai sesuatu masalah. korang x kaji risiko lain yang bakal menanti korang. kalu korang buat jambatan, rakit atau sampan, kiranya korang buat langkah berjaga-jagalah dalam menyelesaikan masalah.  Berenang je la.

4. soalan 4 menggambarkan sifat amanah korang. kalu korang ambik harta karun tu, ini menandakan korang tak amanah. walaupun ambik sikit jer. kalu tak ambik tu, kiranya amanahla... ..  Ambil sikit, hehehe

5. soalan 5 menggambarkan pemikiran korang. kalu korang nak pintu terbuka, maknanya korang jenis berfikiran terbuka. kalu korang nak pintu tertutup, maknanya korang berfikiran tertutup.  Tertutup

6. soalan 6 pulak menggambarkan pendirian korang. kalu korang nak meja yang diperbuat daripada bahan yang mudah pecah seperti kaca, kristal dll, ini menggambarka pendirian korang tak tetap, mudah rapuh n pecah, tak teguh. kalu korang nak meja yang diperbuat drp besi, maknanya perdirian korang teguhlah sikit. lagi keras material meja tu lagi teguhlah pendirian korang.  Kayu

7. soalan 7 pulak menggambarkan tahap kesabaran korang. kalau kaorang nak air berunsur sejuk, maknanya korang ni lambat marah, kalu marahpun cepat sejuk balik. kalau air panas, kauorang ni cepat panas baran la kot, cepat marah.  Suam, tak sejuk tak panas

8. soalan 8 menggambarkan bagaimana caranya apabila anda telah menemui seseorg yang amat menarik perhatian anda. kalu anda terus mandi, ini menandakan anda terus mengorat lelaki/perempuan yang telah mencuri perhatian anda. kalu anda hanya main-main air ajer, ini bermakna anda hanya mendekati sidia sahaja, tanpa meneruskan langkah yang lebih agresif. kalu anda hanya melihat permandangan shj, ini bermaksud anda hanya melihat sahaja sidia tanpa membuat sebarang langkah. umpamanya anda hanya tunggu sidia dtg mengorat anda dulu la.  Melihat :)


2 comments: