Kisah di parking motor sekolah 2

10 March 2011


Ingat tak kisah di parking motor? Kalau tak ingat klik sini ok!

Isnin, 7March2011
Yang sebenarnya, hari ini masa aku datang sekolah dan nak parking motor, budak lelaki tu pun baru datang sekolah. Macam biasa dia parking motor dekat dengan motor aku la. Masa tu aku tak perasan dia ada kat situ. Dia yang tegur aku dulu. Dia kata;
‘Hai kak! Helmet dah kering?’
‘Huh? Oh! Dah~’

Sengal! Saja je dia nak kenakan aku. We’ll see boy. Aku mesti kenakan kau pula. Hahaha!!!


Selasa, 8March2011
Hari ni pula, jalan raya basah. Awal pagi hujan. Masa sampai kt sekolah, macam biasa kat tempat parking motor.  Dia tiba-tiba tegur aku. Aku tak perasan pun dia ada kat situ. Dia kata;
‘Kak! Letak helmet tu elok-elok. Takut hujan ni, nanti kang bertakung lagi,’
‘Huh? Oh! Ok!.’

Walaupun dia dah bagi nasihat macam tu, aku tetap letak helmet macam biasa. Tak reti la nak letak helmet ‘elok-elok’. Masa aku pergi buat lessen, JPJ tak ajar cara letak helmet dengan betul pun. Dia cuma ajar cara pakai helmet je.


No comments:

Post a Comment