Masa meronda-ronda padang tu, aku dan Hafizah melencong sekejap ke kelas. Rindu dengan tempat duduk kat kelas tu. Lagipun aku dah diberitahu yang kat kelas dia orang dah letak mentera. Teringin juga nak tahu . Tu yang melencong.
Ain , Hafizah, Amirul dan Hazwani.
Amirul, Ain, Aku dan Hazwani
Lokasinya belakang pintu kelas je. Haha. Ni masa rehat.
Lepas tu, aku pergi tengok perlawanan bola baling lelaki bawah 18 tahun antara SMKSKI dan ACS . Perlawanan memang sengit. Masa ni, aku tak bertugas sebagai PC pun, sebab Cikgu Norijan tarik aku untuk duduk disebelah dia. *Aku jadi payung dia. Panas terik . Tak boleh nak lari. Dia pegang tangan aku kuat-kuat. Tapi tak apa la, at least aku dapat tempat duduk VIP dekat padang tu. Sokong sekolah sendiri yang sedang berlawan. Tapi malangnya sekolah aku kalah 5-1 dengan ACS. Pemain simpanan SMKSKI kata juri tu yang tak adil . Tak apa la. *Aku tak tahu apa-apa peraturan bola baling. Sekolah kita dah dapat masuk semi-final pun dah kira bagus la tu.
Bila perlawanan dah hampir berakhir, seorang pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong jatuh. Kali ni aku suka semangat yang PBSM tunjukkan. But, thats not the point. The point is, pelajar tu sukar bernafas kerana bola yang dibaling dengan kuat tepat terkena pada dada dia. Kesian sangat sebab tak dapat bantu. Dia asyik berguling-guling je. Nak suruh cikgu dia hantar ke klinik tak boleh, sebab cikgu tu datang naik bas. Cikgu Maznah yang hantar. Pelajar tu dah kejang kat tangan masa sampai kat klinik. Nak tahu doktor kata apa? 'Tu la, kenapa bernafas kuat sangat? kan dah kejang.' Harap-harap dia baik.
Habis perlawanan dalam pukul 12 tengah hari. Masih ada masa untuk masuk ke kelas. Tapi aku malas. Penat+lapar. Minta maaf la ye kawan-kawan.