Apabila istilah 'derma' disalah guna.

26 October 2010


Semalam, adik aku yang berumur 7 tahun (adik keempat)  tiba-tiba aku. Dia kata ;

"Kakak tengok ni, Zack dah buat tabung derma. Serupa macam kat sekolah punya. Nak derma tak?"

Adik kedua aku pun cakap la;

"Kenapa aku kena derma kat kau?"
"Sebab aku tak ada duit." 
"Nak tengok apa yang kau tulis kat depan tabung derma tu."

Dia menghulurkan tabung.

"Kenapa kau buat tabung ni?"
"Alaa, setiap hari jumaat kat sekolah agama mintak derma, Zack pun nak buat juga la. Dah la. Zack nak minta kat kawan Zack"

Lepas tu, aku pun menyampuk.

"Weyh, kau tahu tak derma ni untuk apa?"

Geleng kepala.

"Derma ni untuk orang yang susah je. Kau tak susah tak payah la minta derma."

Mengangguk dan berlalu pergi. Tiba-tiba aku terdengar;

"Weyh, kau susah hati tak? Aku nak derma ni."

_______________________________________________________________________

Ya! Adik aku dah salah faham dengan istilah derma ni. Tak payah la nak contohi adik aku ni ya. Dia tak tahu apa-apa. Dia masih kecil lagi.




4 comments:

  1. haha.. si zack yang gatal :D hahahahahahaha

    ReplyDelete
  2. heheheh.. susah juga kalu salah faham ni.,.... ha tu i da susah tu jum derma kat i

    ReplyDelete
  3. @pN.rOsHAha. mengadu kat adik saya. gerenti die derma punya!

    ReplyDelete