Diam diam - Tilu

30 October 2010


Setiap pagi sebelum pergi sekolah, aku mesti terdengar lagu ni kat radio hot fm . Seronok bila dengar. So, aku nak kongsi dengan kau orang. Dengar lah :)





Ashraf Sinclair sebenarnya Mr. Bean?


Aku memang dah lama nak tulis pasal ni. Tapi asyik terlupa je. Sekarang aku tulis cepat-cepat sebelum aku terlupa lagi.

Alkisahnya... Setiap kali waktu petang, memang turn mak aku  tonton televisyen. Dia suka tonton 'Anugerah dan cinta' , cerita Indonesia. Nak tak nak, aku pun join je la. Aku nampak muka Ashraf Sinclair sebagai pelakon utama. Dengan buat muka cutenya aku cakap dengan adik aku;

"Nad! Handsome kan Ashraf Sinclair ni!"
"Tak!"
"Eh! Kau tak nampak ke betapa handsomenya dia tu!"
"Tak! Muka dia macam Mr.Bean."

Dengar je dia cakap macam tu, muka Ashraf Sinclair yang tadinya sungguh handsome bertukar dengan muka Rowan Atkinson tu. Alahai imaginasi. Untuk menghilangkan ilusi si Mr. Bean tu, aku pun berdebat lagi.

"Mana ada! dia lagi handsome. Tak sama langsung dengan Mr. Bean tu."
"Tak percaya tanya ibu."

Aku pun tanya la ibu. Ingatkan ibu menyebelahi aku. Tapi;

"Ibu, muka Ashraf Sinclair dengan Mr.Bean sama ke?"
"Ya! Sama."

Nak buat macammana. Terpaksa kalah.

______________________________________________

So, apa pendapat kau orang? Sama ke?


 


Apabila istilah 'derma' disalah guna.

26 October 2010


Semalam, adik aku yang berumur 7 tahun (adik keempat)  tiba-tiba aku. Dia kata ;

"Kakak tengok ni, Zack dah buat tabung derma. Serupa macam kat sekolah punya. Nak derma tak?"

Adik kedua aku pun cakap la;

"Kenapa aku kena derma kat kau?"
"Sebab aku tak ada duit." 
"Nak tengok apa yang kau tulis kat depan tabung derma tu."

Dia menghulurkan tabung.

"Kenapa kau buat tabung ni?"
"Alaa, setiap hari jumaat kat sekolah agama mintak derma, Zack pun nak buat juga la. Dah la. Zack nak minta kat kawan Zack"

Lepas tu, aku pun menyampuk.

"Weyh, kau tahu tak derma ni untuk apa?"

Geleng kepala.

"Derma ni untuk orang yang susah je. Kau tak susah tak payah la minta derma."

Mengangguk dan berlalu pergi. Tiba-tiba aku terdengar;

"Weyh, kau susah hati tak? Aku nak derma ni."

_______________________________________________________________________

Ya! Adik aku dah salah faham dengan istilah derma ni. Tak payah la nak contohi adik aku ni ya. Dia tak tahu apa-apa. Dia masih kecil lagi.