Liebster award: amenoshonen

29 October 2014



Assalamualaikum,


Yeay kena tag lagi! Thanks to Syahril sebab sudi tag. Korang kalau nak jawab soalan dari beliau oun buleh. Klik je nama dia tu.

Seriously now aku gilo busy dengan segala assignment. Ni pun curi-curi menaip sekejap. So, nak minta excuse tak ikut rules dia hehe.

So, here we go.

Q: Nickname zaman sekolah apa?
A: Rasanya takde nickname lain selain Ajan.

Q: Tolong tanya Rapunzel kejap berapa panjang rambut dia.
A: Punjel kata dia dah potong rambut paras bahu sebab hari tu rambut dia terlekat chewing gum.

Q: Kalau korang dapat superpower, korang nak superpower yang mana? Apa yang korang buat dengan superpower tu?
A: Nak superpower boleh yang invisible. Nanti senang skodeng orang. Nak tengok mana dyorang letak taik idong dyorang lepas korek HAHAHA

Q: Ada seketul bom dok betul-betul depan mata korang.Apa korang nak buat?
A: Apa? Roti bom? Makang!

Q: Tinggi berapa?
A: 33 x 5 - 1 = ?

Q: Kalau anda ditakdirkan duduk dalam bas sempit dengan orang yang ketiaknya yang "harum semerbak kasturi" apa yang korang buat?
A: Kentut supaya dapat lawan "bau kasturi" dyorang. At least bau kentut sendiri tu sedap. HAHAHA

Q: Korang ada nampak orang kena electric shock. Nak tolong orang tu ke tak?
A: Mintak bantuan orang lain sebab tak tau handle.

Q: Bangun dari tempat yang korang duduk, pusing tiga kali, belok kanan tiga langkah, empat langkah ke belakang, enam langkah ke depan, lima langkah ke kiri. Ambik benda yang ada kat depan mata lepas tu. Apa yang korang ambil?
A: Selipar dan penyapu. Oih, soalan ni bawak aku sampai luar.

Q: Ada phobia tertentu? Kalau ada phobia apa?
A: Agliophobia - fear of pain. Aku kalau tengok cerita thriller, bila ada body part yang luka dalam cerita tu, aku terus gosok kat badan aku. Sebab macam boleh rasa kesakitan dia. Pastu stop tengok sebab tak boleh survive T^T tsk tsk

Q: Suatu hari anda bangun sebagai seorang zombi. Apa korang buat lepas tu?
A: Teruskan kehidupan sebagai zombie. Melanjutkan pelajaran, bertemu jodoh dan bahagia selama-lamya. HAHA

Q: Benda paling gila korang pernah buat?
A: Entah. Aku pun tak sure yang aku buat banyak sangat benda gila sampai tak ingat atau aku memang tak pernah buat langsung.


Yeay dah habis. Lepas ni rasanya susah dah nak tengok-tengok blog huaaaa

Segmen Blogger Cergas & Santai

26 October 2014


Assalamualaikum,

http://nineteencapri.blogspot.com/2014/10/segmen-blogger-cergas-dan-santai.html
Nak tau lebih lanjut, klik banner okay?

Lepas baca pasal segmen ni, rasa macam setuju dengan Zati 120%. Memang perasan lately blogger dah kureng aktif (Cam aku ler tu) --Bukan apa weh, takde masa and takde idea nak update apa sebenarnya.

And segmen ni kira alat bantuan aku nak jana idea apa nak share kat korang. (Ceh ayat tu over gila) Sebab biasanya orang yang pendiam (pendiam ke omg!) macam aku ni banyak benda dalam kepala. Cuma susah nak keluarkan. Serious.

So here, nak jawab soalan yang diajukan. 

1. Currently, lagu/movie/novel apakah yang menjadi kegemaran korang?
Aku pilih buku eh? Sebab lagu kegemaran aku banyak weh. And movie pulak aku tak berapa nak update.

So buku yang menjadi kegemaran ni ialah Wreck Your Journal. Kalau korang ada follow @mohamadazlanyunos korang tau la. Aku kenal buku tu pun dari instagram dia. Secara jujur aku nak bagi tau aku bukan la se-kreatif macam abam Azlan tu. Tapi gedik nak jugak.


Amacam? Best kan? Aku beli version kecik sebagai permulaan untuk menjadi kreatif. Nanti kalau dah siap, aku update ok?


2. Suggestkan SATU link blog yang kamu suka / lawati.
Sorry Zati, sebab jawapan ni nanti tak mengikut kehendak soalan.

Firstly, nak promote blog adik.  
Nadhirah: http://nenekshinchan.blogspot.com/

Second, nak promote blog BFF  aku dalam alam maya ni.  
Apis: http://hafizzulkafly.blogspot.com/

Lastly, nak promote blog blogger-blogger yang satu uni dengan aku. Kiteorang siap dah jumpa k hew hew.
Kak Ika: http://mizzikastories.blogspot.com/
Kirah: http://nsmk-kimkirah.blogspot.com/
Aiman: http://aimanbudakbaik93.blogspot.com/


3. Entry korang yang korang rasa readers patut baca.
Ini takdak. HAHAHAH Serious. Tak best mana pun entry aku ni. Plus aku suka merepek entah apa-apa.


So this is how i finished this segmen. Lama dah tak join segmen sebab malas tapi pelik aku boleh semangat pulak nak join segmen ni.




Your image has been selected for the curated VSCO Grid

24 October 2014


Assalamualaikum,

Korang tau ke apa benda ni sebenarnya? Pernah dengar apps VSCO Cam?

VSCO Cam ni bukan la apps yang edit gambar sampai mengubah imej asal gambar macam photoshop tu. Dia cuma bekalkan beberapa preset yang kita boleh guna untuk jadikan gambar kita lebih hidup. Nak preset yang lain sikit, kena beli la eh. --Preset free pun dah cukup banyak kot.



To those yang macam terlebih rajin, boleh sign up VSCO Grid ni. Tapi kalau malas and just nak pakai preset dia je pun boleh. Aku ni sign up sebab curious. Dok explore apps ni punya pasal.

Web view
 Visit my VSCO Grid:  


VSCO Grid ni sama je macam akaun instagram korang tu. Macam photo gallery. Tapi yang best pasal VSCO Grid ni ialah, deme akan pilih gambar korang (kalau terpilih la) and gambar korang akan terpapar secara worldwide.



Semalam, dapat email dari VSCO Team dengan tajuk "Your image has been selected for the curated VSCO Grid". 2 gambar aku dia pilih serentak semalam. Untuk view gambar yang terpilih, boleh klik: http://grid.vsco.co/grid/goto/541e981b73670883348b4865


Nampak tak  not an ajan  kat situ? Hehe




Oh kalau korang nak tengok gallery aku yang kat instagram pun boleh. Singgah la sekali sekala tu.

 Instagram: @nurhafz_


Ha, korang-korang yang ada VSCO Grid tu yang nak share pun boleh. Nak follow. Boleh kongsi tips nak kasi gambar lagi umphh kan?



Note: Android user yang pakai apps ni, nak pesan jangan simpan banyak sangat gambar dalam library VSCO tu. Better save dalam gallery amd move dalam SD Card. Kalau tak, lama-lama nanti dia keluar "Insufficient storage".

Aku cakap berdasarkan pengalaman. Sebab aku pernah simpan gambar sampai apps tu saiz dia 2+GB. Aku punya internal storage dah ler kecik je. /Nangis sebab noob sangat dulu/


Guitar noobies

20 October 2014


Assalamualaikum,

Gini la alkisah yang agak kejam tapi salah aku jugak. Noob. Boleh pulak percaya.

Kisah pasal sepupu aku 2 dari kiri, lelaki. Wafi.

Masa cuti sem 3 bulan tu, ada balik kampung. Tengok sepupu aku dah mula main gitar. Macam teruja jugak la masa tu. Dah lama dah teringin nak main gitar (Tak reti, nak mintak belas orang ajar la ni).

Tengok gitar ada tulisan kapok. So aku gedik-gedik tanya...

"Awat bukan Yamaha?"

"Yamaha? Aku ingat nak beli Samsung punya hari tu.."

"WHAT?! Samsung ada keluarkan gitar ke?"

"Habis tu? Yamaha ada keluarkan gitar ke?"

"Wait. Kau tipu aku ke?"

"Kau cakap betul ke?"

"Ada la gitar Yamaha. Recorder, piano semua ada. Kau ingat aku tipu? Kuang asam!"

"HAHAHAHA Ye la. Aku ingat kau nak memperbodohkan aku."


Okay lupakan dah kisah noob tu. Masing-masing masih noob. Tapi aku lagi noob sebab masih belajar chord, while sepupu aku dah terer dah sekarang.

Aku dapat gitar lambat. Yep, aku dapat gitar secondhand free. Cuma kena beli tali je. Bila nampak label Yamaha kat gitar tu, rasa macam nak tergelak pulak. --Orang yang bagi gitar ni adalah orang yang sama tunjuk ajar aku pasal selok belok blog ni dulu. Thanks hehe.

Sorry la sebab gambo tak cukup photography. Lighting tak cukup dalam bilik. Tsk tsk.

Comei tak? Hew hew Gigih jugak aku cari tutorial pasang tali dia kat youtube. Kagum dengan diri sendiri. HAHA



Okay ni sambungan cerita tadi. Haip tak baik gelak. Ok gelak je la. Aku pun rasa kelakar.

Pembasmian entry blog

17 October 2014



 Assalamualaikum,


Selesai jugak aku saring semua entry blog aku. Aku terpaksa go through kesemua 511 post yang aku buat sepanjang aku ada blog ni. Dan selepas saringan, tinggallah 190 post. Nampak sangat lagi 321 post tu mengarut punya.


Aku amik masa 3 hari nak saring semua entry blog aku.
1. Delete entry merepek
2. Edit ayat dalam entry yang nak dikekalkan

2 kali aku go through. Masa pertama kali baca balik entry lama ni, apa yang aku boleh conclude ialah

"Boleh tahan jugak aku tulis blog dulu. Pandai sangat bab merepek. Pastu tak boleh blah semua entry wajib centerkan ayat. Pastu mesti nak colorful-colorful bagai."

Maka dengan ini, blog aku dah bebas dari entry annoying bagai. Yang tinggal cuma entry bodoh-bodoh je (dan kpop)

Teringat zaman njadi blogger newbie dulu:




Macam nak nangis bila ingat balik. Gedik gila minah ni. HAHAHA. Tengok la. Benda remeh pun nak update. Guane tak entry cecah 511? Ceh

Liebster Award: nsmk-kimkirah

13 October 2014


Assalamualaikum,


Kena tag balik oleh Kim Kirah.

Sweet gila rupanya maksud Liebster Award ni. Ni yang rasa macam nak hadiahkan flying kiss kat orang yang duk tag aku selama ni. *flying kiss*.


1. Dah berapa lama berblogging? 
:: Dah started masa form 3, masa tu url blog http://sumthing-stupid.blogspot.com/. Tapi tak tau nak mintak tunjuk ajar sape, blog was deleted. And officially started back on 31 August 2010. Ini la dia.

2. Apa lagu favourite Top 5 sekarang? 
:: Something by Junggigo ft Soyou
:: Danger by BTS
:: Goodluck by Beast
:: Her by Block B
:: Obsession by Boyfriend
:: Everybody by Ingrid Michaelson
 
3. Apa matlamat yang korang mesti capai dalam 5 tahun akan datang? 
:: Nak makesure masa tu dah boleh bagi duit sendiri kat parent. (Habis degree kan? Hehe)

4. Apa impian yang ingin dicapai pada suatu masa dahulu dan tak tercapai, tapi korang tak menyesal malah bersyukur? 
:: Entah. Tak ingat. Biasanya benda yang tak tercapai ni jangan dikenang sangat. So tak ingat apa-apa pun.

5. Wallpaper phone sekarang gambar sape? 
:: Gambo sendiri. HAHA boleh la lockscreen wallpaper. Pasal home wallpaper takde gambar sape-sape pun. Cuma scenery yang sendiri tangkap. See i made my phone talk to you "Are you ajan enough to touch me?"

6. Kalau study suka suasana macam mana? (bising2 macam dengar lagu atau sunyi sepi? )
:: Depends pada subject. Kalau kena buat essay atau membaca, prefer tempat yang senyap. Kalau buat kira-kira, pasang lagu sambil joget pun boleh.
 
7. Kalau tengah kusut, Apa korang buat? (update status FB? contoh je..hehe) 
:: Tidur. I don't tell people about what im worried about. If i tweet pun, not specifically described and selalu dah delete balik.

8. Apa perkataan bahasa asing yang pertama korunk belajar or ingat sekarang? 
:: Bahasa Jawa, belajar dari nenek --Ngompol, kencing malam
:: Bahasa Tamil, belajar dari Uhma (Org yg duk sebelah aku masa form 1) --Nillem pen, pen biru.
:: Bahasa Mandarin, belajar dari lagu Super Junior M --Baobei, baby
:: Bahasa Korea, belajar sendiri -- Dah tak ingat perkataan pertama haha

-Aku sendiri pun tak sure betul ke tu perkataan pertama aku. Tapi boleh la eh?

9. Kalau di beri peluang untuk menjadi seseorang,siapa yang ingin anda jadi? 
:: Erm takde sape-sape. Jadi diri sendiri ni pun dah best.

10. Kalau di beri pilihan untuk memilih antara "dijodohkan dengan pilihan parent" dengan "pilihan sendiri" mana yang anda pilih? 
:: I don't really mind both. Pasal aku memang takde sebarang calon. Tapi aku tak rasa yang parents aku dah pilihkan sesiapa so forever bujang HAHAHA --Actually more too, "Kalau ada jodoh, ada lah"

11. Latest task you were doing and what is its benefit? (Tak termasuk post ni)
:: Latest task? Baru publish entry "Love Is An Open Door". Benefit dia, nak maintain blog traffic for my passive income. Hehe


Tapi sorry la tak dapat nak follow rules dia dengan betul kali ni. Korang kalau nak join, just jawab soalan yang aku pernah bagi kat sini (klik sini). Then share link jawapan, nanti kalau banyak aku combined and buat satu entry untuk korang. Amacam?


Ha tengok screenlock aku hari apa and pukul berapa. Lepas tu tengok balik bila aku publish entry ni? Lain kan? Delay je kerjanya huh.

Love Is An Open Door --part II

10 October 2014


Assalamualaikum,

Finally siap jugak video behind the scene untuk video Love Is An Open Door tu. Those yang tak tengok lagi part 1, mohon tengok dulu eh. (klik sini)

Sebenarnya video ni dah siap lama. Upload pun dah lama. Tapi tang nak update entry ni yang hadoi payahnya. Aku bagi priority kepada segala kerja, dan assignment aku dulu. So, nak tulis entry ni macam tertangguh-tangguh. (Kalau tak caye, cuba tengok kat youtube video tu. Publised berapa haribulan?)

Aku balik U awal sehari. Pasal tak nak kelam kabut kalau balik lambat-lambat. So masa terluang tu, aku sibuk la dok edit video ni. Assignment pun tak dak hahaha

Ok dah. Kesian ampa dok tunggu lama nak tengok video ni. So, sila la tengok. Nak pesan sikit, tolong hiraukan suara jantan kami tu. --Kami tak suka miming. Suka nyanyi terus. Rasa macam dok dalam karaoke jamban kot. HAHA




Yang bawah ni pulak, special video. Pasal video ni paling terganggu dengan kehadiran adik bongsu aku, Dona. --Dalam video tu nanti please fokus kat budak tu je.

Dia peminat tegar cerita Frozen weh. Aku tak tau cemana, tapi masa aku balik raya haji hari tu tengok dia pakai dress Elsa. Aku syak dia pujuk ibu aku kaw kaw sebab nak baju tu.




So tu la dia. Syok sendiri je lebih hahaha.

Love Is An Open --part I

06 October 2014


Assalamualaikum,

Hampa yang ada follow instagram aku tu, tau la apa yang aku buat lately. Love Is An Open Door parody. Kalau dalam instagram tu banyak behind the scene punya video, yang ni yang actual.




Aku dah tengok cerita ni lebih 11 kali masa cuti semester hari tu. Adik aku yang bongsu ni suka ajak "Akak jom tengok frozen?" --Dan cuba teka sape yang selalu end up tengok sorang-sorang sebab adik bongsu dia dah tertidur masa pertengahan cerita? Aku!

To be very honest, aku memang lambat sikit tengok cerita ni. Sampai dah bukan musim dia baru aku tengok. Kalau aku kat U memang aku tak ikut sangat perkembangan semasa even movie. Tau tau semua dok update status "Olaf" "Conceal, dont feel" "Elsa" Anna". Blur gila aku.

So, ini juga antara kes terlambat. For your info, yang nyanyi part lelaki tu bukan adik bongsu aku. Yang ni adik second, Nadhirah (ini blog nenek ni). --Nad ni pun stail tidur tengah tengah movie. End up aku tengok sorang sorang pastu cakap sorang sorang. Ceh.


Haah, aku memang suka buat video. Tapi tak sanggup jadi vlogger. Sebab takde benda nak share pun. Setakat bodoh-bodoh macam ni boleh la.  Cukup la blogger ni Haha

Note: In process nak edit behind the scene untuk video ni. Banyak yang kelako. Tunggu tau. Hew hew

Cool tutorial blog to refer on

04 October 2014


Assalamualaikum,



Hampir heart attack tau akak baca mesej awak ni. Apa-apa pun terima kasih sebab suka. Terharu tau sebab tak sangka. Again, thanks Nabihah

To be honest, semua editing dalam blog ni 100% aku refer tutorial yang dah kena list kat "credit" section tu. Tutorial dari blog Apis dan Wana. Even link blog dari mana aku dapat icon comel tu pun ada kat situ.

Tapi kalau tak jumpa tutorial on some editing maksudnya aku ada buat perubahan sikit pada kod. Try an error (Pasal aku ni pun takde la terer sangat main pusing-pusing kod).

Aku tinggalkan link blog deme k. Since tak tau nak share apa sangat XD Cuba la belek-belek dulu tutorial dari situ k.




Note: Lately i busy sebab nak siapkan segala assignment sebab nak cuti yang betul-betul cuti masa raya haji ni. Yay! Free assignment holiday :)