Welcome to blogger world back, dear Miss Moustache

28 April 2013


Aku baru je siap editkan blog Echa. Sumpah aku tak tahu yang bahagian 'Edit HTML' tu dah berubah jadi lain. Susah gila nak edit. SERIOUS SERIOUS. Dengan semangat yang waja, aku edit jugak.

muka konon-konon malu bila orang puji blog comel. BHAHA

Tapi memang pening gila aku tengok code yang macam tu. T.T Agak menyesal jugak sebab selama ni aku biarkan je blog aku. *Nak buat macam mana, hati terpaut pada twitter walaupun menyusahkan sebab ada character limit* Dah besar rupanya blog aku ni. Makin upgrade, makin pening.

Makcik misai tengah ajar Momo Hitam dia ngaji tu. XD

Nak tengok blog Echa? boleh je. Follow lagi la budak tu suka. Sila klik ---> Miss Moustache. Blog dia masih kosong lagi. Baru buat balik la katakan. So tak banyak benda yang aku boleh sumbat dalam blog tu. Lagi pun dengan keadaan blog yang agak baru bagi aku.

Macam mana tak lahir blog baru bila blog lama dia dah lupa password? Kelakar gila 'makcik misai' tu. Lupa email dan password blog sendiri, tapi salahkan aku pulek~ Kali ni memang aku suruh dia salin email dengan password. Kalau tak ingat jugak tak tau ler.



BTW! Perasan tak ada benda yang aku dah tambah kat blog ni? INSTAGRAM!! Follow la kalau nak :D TBH, memang aku rajin post gambar kat insta dari facebook dengan twitter. So fahem fahem la~
And... Gambar kat bahagian tepi tu, gambar laki aku yang tak official. TIPU! haha tu sebenarnya crush chinese aku setelah kecewa degan crush melayu. Kaitan dia dengan pengaruh kpop aku ni langsung tak de okay. Er mungkin ada 30% .

OMG, lepas ni hari isnin exam paper Bisnes. Selasa paper Ekonomi. Lepas tu bebas. Wooo.

Jam menunjukkan pada pukul 4:28AM. Aku kalau jumpa lappy yang lengkap dengan internet, tak tidur pun tak apa. Okay. Selamat malam semua. Eh! I mean Selamat Pagi >.< Bye

To Miss Ng :)

13 April 2013



This entry dedicated to Miss Ng Sau Ping *lol miss, i'll never spell your name wrong again. ngehehe*


Pegang mop dan penyapu, berpakaian seperti cleaner lengkap walaupun pinjam sahaja. Tuala yang disangkutkan dileher diikat di dahi. Tarik nafas panjang... 

SAYA SEDIA NAK BUANG SAWANG-SAWANG DI BLOG SAYA

Hmm aku rasa tak lama lepas tu aku tinggalkan juga blog ni. Alahai, kesian blog aku. Kurang kasih sayang. Aku tak de masa nak tulis. Rindu jugak nak tulis sebab hari tu masa kelas bahasa inggeris, tiba-tiba je..

Miss NG: Does anyone here know how to edit a blog?
*nobody respond*
*At the end of the class, me Nurhafzhan Bt Abdul Rauf said to Miss Ng*

"Miss... Actually, i MAYBE can help you with your blog."

Nak dipendekkan cerita, masa editkan blog dia tu la aku rasa rindu pulekk dengan blog aku tu. Kalau nak cerita panjang, memang panjang weyh sebab Miss Ng tu peramah. Kelakar pulak tu. 

Blog yang aku nak editkan ni bukan blog personal dia. Ni macam task yang lecturer kena buat. Kementerian suruh. Katanya "Nak memudahkan pelajar ambil nota dizaman IT ni". Ala-ala gitu la ayatnya. But the problem is, my lecturer don't know how to edit the blog. Ramai jugak lecturer macam tu sebenarnya sebab aku dengar juga Miss Ng cakap dengan kawan dia

Miss Ng: Tu, dia pun suruh student dia buatkan blog untuk dia lor. Student dia buat duit guna blog pakai advertisement
Miss Kaein: Oh really?

Part buat duit guna advertisment tu memang terasa sikit la. Aku buat oi. Tak pernah dapat. Hahaha. Biasa la blog tak popular. Nama kawan Miss tu pulak aku tak sure betul ke tak. Dia lecturer chemist. Miss Ng kata "ha, you edit kan kawan miss punya blog dulu. Nanti kalau ada salah apa-apa, biar unit chemist kena.*evil laugh*" (Aku dah kata Miss Ng kelakar doi) So aku tengok-tengokkan la blog kawan Miss Ng dulu.

Tapi bukannya aku editkan pun blog tu. Miss Ng tau aku dah lama tak jumpa blog. Tu dia bagi masa suruh 'refreshh' kepala hotak aku ni. Kononnya supaya aku jadi terer sikit ah. *padahal masa cuti sems1 hari tu aku baru je mengedit blog. Memang fresh lagi pun* Boleh je aku edit kan masa tu sebab taste kteorang sama C.O.M.E.L . Tapi tak sempat sebab aku ada gap 1jam je hari tu. lepas tu aku ada kelas. Setakat pakai yang basic-basic je la yang sempat ajar.

Ingatkan hari khamis nak tolong edit lagi, *tu pun kalau dia minta la. Mana la tau dia dapat science comp student untuk editkan ke. science comp studentkan belajar buat web* Malangnya hari rabu malam tu pulak aku dah demam and 'kerusi merah beruang merah' <-- ni transtlate bi. Food poisoning. Tak larat aku nak jalan. Pening kepala. So aku tak datang laa. *OMG lupa nak bagi tau, aku editkan blog tu hari selasa*




Wuu panjang kisah AKU punya blog, dan AKU punya lecturer. LOL memang semua cerita pasal AKU je la kan? *perasan* Tapi sedih je. Masa kelas last dengan Miss Ng tu, aku tak datang sebab food poisoning tu.Gambar Miss Ng pun tak de. Hmm T.T




To Miss Ng, Miss, nak edit blog tu senang je. Kalau nak edit yang extra sikit, just google je tutorial. Saya pun macam tu jugak dulu :D lama-lama nanti Miss terrer jugak la*Alamak, tak tulis BI pun. Heee Tak pe ye Miss~*