#PrayForPalestina

12 July 2014


Assalamualaikum,

Tak payah nak mukaddimah panjang-panjang kot. Tengok hashtag tu pun dah tau. Korang jangan pura-pura tak tau pulak ye. Aku pun dah tak boleh nak describe situation sekarang macam mana. Sedih.


Daripada kita dok sorang meratapi kesedihan mereka, apakata kita tolong deme sekali? Dapat pahala. Tak rugi buat kebaikan dibulan Ramadhan ni.


Ada satu lagi benda nak share. Doa Qunut NazilahDibaca ketika rakaat terakhir solat sebelum atau selepas rukuk -- Sumber @imammudaasyraf . Kata senjata orang muslim itu adalah doa. Guna senjata kita. Bukan caci maki Israel tu. Tak bawa apa-apa faedah pun.



Daripada korang dok tweet gambar-gambar rakyat Palestin yang dibom (Banyak sangat. Aku tak retweet gambar macam tu sebab aku pun ngeri. Tak sanggup)

Atau mula menganjing orang-orang yang tak tweet/update status pasal gaza dan menganggap mereka adalah orang yang tak concern pasal Palestin, apakata korang mulakan langkah untuk membantu. Membantu biar ikhlas ye.

Ha lupa nak share satu lagi cara paling simple untuk bantu iaitu dengan SMS. Ha cepat amik phone tu.
SMS.

Taip PALESTIN <jarak> 1 / 3 / 5 / 10 



Hantar ke 39111


Jom la kita mulakan langkah membantu. RM1 pun dah kira besar dah asalkan ikhlas. Kalau ada rezeki lagi kita derma lagi. Untuk saham akhirat kita juga kan?




Status paling win setakat ni. Aku bukan menyebelahi mana-mana pihak okay. Aku tak tengok world cup pun. Tapi benda ni dah terang. Satu je nak cakap, "Jangan cepat nak hukum orang".


Note: Kita kena AJAK orang buat kebaikan bukan SURUH orang buat kebaikan.

3 comments:

  1. betul tu.. tak update apa-apa pasal Gaza tak semestinya tak ambil tahu. Mungkin dia hanya tengok dalam diam & berdoa.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn pendapat kamu. Ambe pun lebih suka mcm ni. Biar Allah saja yg tau betapa sedih dan sakitnya hati ambe lihat semua tu. Di FB terlalu ramai ustaz dan ustazah segera. Masing-masing nak tunjuk hebat. Ada pulak yg sanggup kutuk mengutuk org lain. Betapa ceteknya ilmu diorg. Sekurang-kurangnya mereka di Palestin sudah ada tiket ke syurga...kita di Malaysia belum nampak jalan ke SANA. Tapi masih tak sedar. Biar kita teruskan berdoa semoga mereka beroleh kemenangan. Janji Allah itu PASTI akan terjadi jua.

    ReplyDelete
  3. good article..., thanks for share

    ReplyDelete